Wednesday, October 27, 2004
Lirik Cpol yg belum dilagukan...
jangan biarkan langkahmu
beriring pesona dan puji
bisanya apa kau tahu
menghapus amal yang murni...
pandanglah pada batinmu
nawaitu pada Ilahi
usahalah apa kau mahu
syurgawi taman abadi...
c/o usahlah bermain kata
andai di hati tak kausanggupi
berjuang di medan nyata
kejujuranmu pasti teruji...
melangkah atau tergugah
sunnah berjuang kaukan tempuhi
beringat walau selangkah
agar di sana tak kausesali...
nawaitu nilaian Tuhan
usah dicemar nafsu insani
murnikan amal tindakan
cerminan mukmin sejati
kerana perlu kautahu
sukarnya dalam mengabdi...
beriring pesona dan puji
bisanya apa kau tahu
menghapus amal yang murni...
pandanglah pada batinmu
nawaitu pada Ilahi
usahalah apa kau mahu
syurgawi taman abadi...
c/o usahlah bermain kata
andai di hati tak kausanggupi
berjuang di medan nyata
kejujuranmu pasti teruji...
melangkah atau tergugah
sunnah berjuang kaukan tempuhi
beringat walau selangkah
agar di sana tak kausesali...
nawaitu nilaian Tuhan
usah dicemar nafsu insani
murnikan amal tindakan
cerminan mukmin sejati
kerana perlu kautahu
sukarnya dalam mengabdi...
142
142
Do you think
U will enter paradise
Before his test
Who fought with the best
In patience in His cause
You did indeed wish for martyrdom
Before U met it
Now you've seen it openly with your own eyes.
He is no more than a messenger
Before him passed away many messenger
If he dies will U be disbelievers?
And turn back on your heels
Even if U do so, no harm to Allah
Surely reward will be given for the grateful.
Many among them,
Fought in Lord's cause
Along with them
RibbiyyuunÖ.
They never lost heart
Neither weaken nor degrade
Love of Allah bestowed on them
Our Lord! Forgive our sins
Transgression
Keep firm our feet- Give us Victory

Ada satu kotak kosong!
ADA SATU KOTAK KOSONG !
Ada satu kotak kosong di satu sudut rumah, besar dan kau boleh muat masuk ke dalamnya. Aku buat keputusan untuk tinggal disitu menjadikan dia tempat aku, wilayah aku. Aku letakkan satu biji bantal untuk aku tidur, satu papan lukisan untuk aku melukis dan sebatang pensel untuk aku menulis. Aku masih ada rumah, tetapi aku mahu tinggal dalam kotak kertas ini. Aku masuk ke dalam kotak itu setiap hari. Aku menyanyi dan berpuisi seperti orang gila, kerana aku begitu bahagia. Kotak ini tempat aku.
Aku keluar dari kotak, aku duduk di dalam rumah aku. Penghuni rumah ini boleh lihat aku, boleh pegang kepala aku kerana aku bukan halimunan, aku wujud. Tak percaya, cuba tengok aku minum air, tidak ada yang tumpah atas lantai, semua masuk dalam tekak dan perut. Tengok aku tolak-tolak kepala kawan aku ini, kepala dia bergoncang, dia marah agaknya . Dia sepak kaki aku dari tepi. Terduduk aku. Tengok.
Aku bercakap dan gelak ketawa dalam rumah ini, orang nampak dan mereka juga berkata-kata dengan aku. Mulut mereka bergerak-gerak seperti itik menyudu air. Tak, bukan. Itik mana tahu pakai sudu, itik guna paruh untuk menyudu. Itu tanggapan kita, aku tahu itik mesti marah kerana kata mulut dia seperti sudu. Cuba aku pulak kata mulut kau macam sudu. Ha, tahu pun marah.
Aku ada kucing dalam rumah aku ini, dua ekor warna coklat. Baru tadi dia gigit dagu aku. Aku nak menjerit tapi tak jadi. Logiknya, buat apa menjerit. Luka dah tertinggal dekat dagu, takkan hilang dengan menjerit. Sakit tak hilang dengan menjerit. Aku suruh dia baring telentang. Aku nak pijak perut kucing aku. Tapi, tak jadi. Sebab apa. Sebab nanti isi perut dia yang warna hijau akan tersembur kena lantai. Mana aku tahu isi perut dia hijau? Aku tahu sebab aku pernah tengok di tengah-tengah jalan dulu, kereta pompuan lipstick tebal langgar seekor kucing belang. Tak, bukan. Kucing tu tak pakai lipstick, korang dah salah faham. Dan lipstick tu warna merah jambu, bukan hijau!
Berbalik kepada kotak kertas aku.
Kotak itu harta aku, ruang yang mentakrifkan siapa aku. Entiti yang mewakili pemikiran aku. Aku ada rumah tapi aku masih mahu tinggal dalam kotak. Rumah masih tempat tinggal aku, untuk berinteraksi dengan orang, untuk pijak kucing, untuk makan itik. Tapi, aku tak boleh berpuisi dan menyanyi seperti orang gila dalam rumah aku. Aku malu, dan orang akan ketawakan aku.
Aku perlukan kotak itu untuk mendefinasikan keinginan aku, dunia aku sendiri. Dalam kotak aku, aku boleh minum menggunakan sudu (itik terasa nampak..!), aku boleh terbang, aku boleh bercakap dengan pokok kaktus. Dinding akan jadi kolam renang untuk aku, dan aku boleh makan pensil tanpa ada orang yang larang. Cuma satu yang tiada di situ, tiada kongkongan.
Aku keluar dari kotak, aku perlu lihat realiti di luar, di dalam rumah aku, di jalan raya, di dalam kedai, di universiti. Baru aku keluar kucing perut hijau aku ini sudah sibuk mahu di dukung. Aku angkat dan dia tengok muka aku. Dia cuma cakapÖ ì kesianÖ muda-muda lagi dah gilaî.
Dia kemudian terbersin dekat muka aku. Aku suruh dia baring, aku nak pijak perut dia.
24 April 2002 Nureffa

MEMILIH PASANGAN HIDUP
************************
MEMILIH PASANGAN HIDUP
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal
perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat
selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya
terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali
pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan
berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah
s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu",
"Kasih" dan akhir sekali
"kahwin".
KENAL
*****
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya,
pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya
merisik corak hidupnya dan perangainya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya
lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana
waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu
kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan
kawan kawannya"
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya
kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau
sebaliknya.
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita
boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya....
Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam
apa juga perkara
KELAS
*****
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak
dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada
golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama
kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.
Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang
perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA
TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk
menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
*****
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan
keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan
atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud
jurang yang dalam.
Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi
menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang
dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.
Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti
Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan
AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita ygserba
cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak
boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.
KASIH
*****
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya
yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin.
Merujuk kepada sebuah hadis
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini
melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat
wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu
boleh
menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan
pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak
terletak pada HATI kaum lelaki"
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu
permainan pondok pondok.
Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin
kebahagian rumahtangga,.
Hadis Nabi ada menyatakan
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia
hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,
Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah
menjanjikan kemiskinan.Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN,
Allah
akan menghina
keturunanya dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan
kerana
ALLAH demi
menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,
Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di
pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan di
lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan
dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
*****
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah
sering bertanya
"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan
manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak
ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"
"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri
@
suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan
mencari jalan mengatasinya"
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang
tidak
baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang
baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas
kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.
Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada
kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.
Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di
wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan
hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu
memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan
menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya
seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati
nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat,
bukan
semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada
lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih
kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua
keluarga....
"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang
pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah
saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke
Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang
pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang
wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa
Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama
tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama
Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu
kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat
demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah
sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat
terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy
menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana
cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada
Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Suruah Al Baqarah:
"Janganlah kamu berkawhin dengan orang musyrik, kerana
sesungguhnya
berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik
walaupun cantik..."
wassalam

Hadith
Hadis Ketigapuluh :Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "
MENCARI JALAN PULANG
PERJALANAN SEPI
SEORANG MUSAFIR MENGHITUNG NASIB DIRI
MENCARI ERTI SEBUAH TAFSIRAN MIMPI
YANG SEMALAMNYA MENGANGGU IGAUAN TIDUR
TENTANG MASA DEPAN
YANG SILIH BERGANTINYA
HAMPIR...
LENA DAN BAHAGIA
TUHAN...
SESUNYI AIR DI LAUTAN
MASIH PUNYA MATLAMAT DIRI
UNTUK SAMPAI KETEPIAN
BERDEBUR MENGHEMPAS MAZMUMAH DIRI
BERKECAI BUIH NODA...
DEK KEKUATAN DAN KEKERASAN PEPASIR KEINSAFAN
LALU LURUT SEMULA KE SAMUDERA
BERLARI MENINGGALKAN UNTAIAN DOSA !
KESYAHDUAN ITU MEREMPUH LAGI
BUKAN LAGI PADA MEHNAH DUNIAWI
TAPI KINI PADA KASIH TUHAN YANG SERING TERGADAI
DEK KELALAIAN DUNIAWI
DAN BEKALAN DIRI YANG MASIH BELUM SEMPURNA
UNTUK DIPERSEMBAHKAN
TATKALA DITUNTUT KELAK
TUHAN...
SIRAMLAH DIRIKU
DENGAN LAUTAN MAGHFIRAHMU
AGAR SENANG KU CAPAI MARDHIAHMU
DAN MUDAH PULA....
AS-SAKINAH DATANG BERTANDANG
MENIUPKAN SEMILIR AS-SA'ADAH
KE DALAM ROHKU
LALU AKU AKAN TEGAP BERDIRI
TATKALA DIUJI
WALAU KU TAHU
KEPERITAN HIDUP PASTI MENGEJAR
NAMUN IA TETAP KAN JADI
IDOLA SEBUAH RENTAK
PERJALANAN...
MENCARI JALAN PULANG...!!!
-MQZ 18-NILAM PURI
EX - MELBOURNE

Taqwa seniman
Assalamualaikum kepada pembaca.
Ana hari ini ingin mengulas tentang Seni.
Seni itu halus, subjektif dan semua orang pro tentang seni.
Hebatnya seni itu bergantung kepada syok sendiri dan penerimaan audience.
Seni yang paling hebat hebat adalah seni yang diabadikan hanya kepada Allah.
seni ini bertujuan untuk amal maaruf dan nahi mungkar, serta daawah, ibadah dengan hikmah, iaitu tidak terlalu menyerlah kecantikan ia hingga niat daawah itu ditenggelamkan oleh kecantikan seni, atau niat daawah itu sendiri adalah untuk mencantikkan seni.*dalam konteks para artis.
Ana suka graphic, fine art, musik.
Blend Media = kertas,internet,masa,bunyi,sentuhan,jiwa,tv,karya seni,sajak,nasyid. persembahan.
Tahap tertinggi para artis adalah apabila ia hanya kerana Allah dia berkarya dan tidak kagum dengan karyanya sendiri bahkan tak putus putus memohon kepada Allah agar Allah meredhai akan karyanya.
membuat karya adalah suatu ibadat.
Idea
Untuk mendapatkan idea, adalah dynamic sumbernya.
Yang penting idea itu dari Allah dan kita berusaha mencarinya.
semua cara adalah betul kecuali cara yang menjauhkan diri dari Allah.
*cari footnotes untuk memperlengkapkan fakta.
Hadith dan Ayatul dari Al Quran.

Jihad
Telah dibenarkan Jihad
Walau kau tak suka
Ia baik untukmu
Walau tidak gembira 2:216
Dan peranglah yang musyrik
Grombolan dan grombolan
Ketahuilah Ummatik
Jagalah ketaqwaan 9:36
Mara kehadapan
Samaada kau ringan ataupun kau berat,
Samaada kau sakit ataupun kau sihat,
Jihadlah hartamu Jihadlah dirimu
Semuanya kerna Allah, itu yang kau tuju. 9:41
Tak sama iman yang dok rumah
Kecuali yg uzur
Daripada yang jihad
Perang demi Allah
Korban harta jiwa
Kepada mereka syurga
Kerana Allah cinta
Yang jihad dijalannya
Darjat yang tinggi darinya
Keampunan tak terhingga
Rahmat untuknya
Dialah Pengampun
Dialah Penyayang 4:95-96
Sungguh! Allah dah beli
Dari mukmin jiwa raganya
Dari mukmin hartanya
Dengan jannah
Ada yang membunuh
Ada yang terbunuh
Janji tuhan benar
Tercatat dalam torah
Tersebut dalam Injil
Tertulis dalam Quran
Allah sebaik janji
Khabar gembiramu
Kejayaan pasti bertemu 9:111
Sungguh! Perang dan jihad
Pagi dan petang
DijalanNya Yang Esa
Lebih berharga
Dari dunia
Dan seisinya (Bukhari Muslim) 3 x repeat
Dari Sahal bin Saad
Rasul memberitahukan kita
Sehari berjuang
Besar sungguh ganjarannya
Kalah dunia dan seisinya
Satu tempat disyurga
Sebesar tapak kuda
Nilaiannya lebih mulia
Dari dunia
Dan seisinya
Samalah juga
Perang dijalan Allah
Petang dan pagi
Sehari perjuangan
Lebih mulia
Dari seribu hari
Ditempat lain.

Tuesday, October 26, 2004
Graduan: Antara Kerjaya Dan Amal Islami
Graduan dan Kedudukannya di Dalam Masyarakat
Graduan selaku belia terpilih, merupakan aset penting di dalam sebuah masyarakat. Mereka adalah kelompok pengkaji, penghasil idea baru, pendesak dan seterusnya elemen yang menyampaikan mesej-mesej itu kepada masyarakat dan pemerintah. Dalam erti kata yang lain, mereka adalah nadi masyarakat.
Matlamat Siswazah dan Graduan
Bagi graduan muslim, alam siswazah semestinya sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita tentang matlamat yang seharusnya menjadi destinasi perjuangan. Segulung ijazah yang terhasil adalah bekalan untuk mengejar matlamat yang semestinya bukan direka cipta sendiri atau oleh sesiapa, melainkan telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam suatu sistem yang bernama ëAd-Diní.
Firman Allah SWT:
ìAdalah tidak wajar umat Islam itu keluar semua sekali ke medan peperangan. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalam pengetahuan mereka tentang agama, supaya dengan itu mereka akan memberikan peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya kaum mereka itu beringat-ingat (dapat menjaga diri)î (At-Taubah 9 : 122)
Oleh yang demikian, jelas kepada kita apakah sebenarnya peranan, matlamat dan ëkerjayaí yang menanti graduan seperti kita.
Sebagai peringatan, ëkerjayaí lulusan tafaqquh fi ad-dien bukanlah sebagaimana kerjaya menurut takrifan umum. Ia bukan bidang yang dipilih, bergaji, mempunyai cuti tahunan dan cuti sakit. Ia adalah amanah Allah, tanggungjawab Kalimah Syahadah yang tersimpul di dalam satu kalimah yang mudah ñ ibadah!
Bagaimana Pula Kerjaya Hidup?
Bahan fikir yang sentiasa merunsingkan seorang graduan ialah tentang pekerjaan. Keberhasilan sebuah pekerjaan yang baik adalah sama penting dengan kejayaan mendirikan rumah tangga. Dua topik ini merupakan capaian terdekat yang biasa diusahakan oleh seorang graduan. Bagi menentu dan menyesuaikan pekerjaan (kerjaya) dengan amal Islami, apakah faktor yang mesti dipertimbangkan?
ï Masyarakat Tempatan ñ seorang graduan sepatutnya sudah memahami atau sekurang-kurangnya bersedia untuk memahami permasalahan yang wujud di dalam masyarakat tempat ia kembali. Kemampuan untuk memahami hal ini, dan seterusnya menentukan keperluan yang dihajati oleh mereka, membolehkan kita membuat keputusan yang tepat. Kes contoh: Anda adalah satu-satunya lulusan bidang agama di dalam masyarakat tempatan berkenaan dan mereka memberikan sepenuh harapan agar anda mengisi kekosongan ëtugasí yang ada. Faktor ini sepatutnya dimasukkan sama di dalam perancangan lokasi kerja kita, supaya tidak berjauhan dari masyarakat berkenaan.
ï Kemahiran Berdakwah ñ Bagi seorang graduan yang mempunyai kemampuan bercakap, beliau mempunyai medan partisipasi yang lebih luas. Manakala yang lebih mahir pada aspek yang lain seperti kecekapan mengurus dan mentadbir atau mungkin menulis, maka skil di bidang berkenaan mesti dimaksimumkan penggunaannya. Seorang graduan wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran sebagai wasilah partisipasi.
ï Latar Belakang Keluarga ñ Keluarga yang menyokong dan menyertai amal Islami adalah peluang besar kepada seorang graduan untuk meneruskan sumbangannya. Walau bagaimanapun, perbezaan fikrah dan kefahaman sama ada antara Islam dan sekularisma, mahu pun perbezaan jemaah, mestilah ditangani dengan hikmah.
ï Kemampuan Ilmu ñ Ia merupakan faktor yang sepatutnya telah diselesaikan sebelum seorang siswazah bergelar graduan. Seorang graduan yang gagal menguasai ilmu akan berhadapan dengan dilema semasa meneruskan amal Islami di medan post-graduation. Penentuan kerjaya dan penglibatan di dalam amal Islami banyak dipengaruhi oleh hal ini.
Oleh yang demikian, seorang graduan lulusan agama sebenarnya bebas untuk menentukan apakah kerjaya yang ingin diceburi sebagai wasilah sumber pendapatan hidup sebagaimana warganegara yang lain. Akan tetapi ia mestilah tidak bercanggah atau mengabaikan matlamat besar 9:122 (At-Taubah 9 : 122) dan seterusnya memelihara faktor-faktor pertimbangan yang telah dihuraikan di atas.
Graduan Tafaqquh fi Ad-Dien dan Bidang Perniagaan
ì9/10 rezeki adalah dari hasil perniagaanî sering menjadi hadith sandaran kepada graduan yang berkeputusan untuk menceburi bidang perniagaan sama ada selepas menamatkan pengajian atau semenjak di alam siswazah. Dari beberapa aspek, kemahiran berniaga yang ada pada sesetengah siswazah merupakan satu skil yang positif, wajar diberikan sokongan dan diperkembangkan agar mencecah marhalah profesional.
Akan tetapi, pemerhatian yang dibuat memperlihatkan suatu kenyataan; siswazah dan seterusnya graduan yang aktif di bidang perniagaan kebanyakannya gagal mengimbangkan aktiviti perniagaan dengan amal Islam yang tidak lucut kewajipannya dengan apa alasan sekali pun. Ia merupakan suatu fenomena yang mendukacitakan. Bagi yang menjurus terus ke bidang perniagaan, mereka menjadi terlalu sibuk dan ëhilang skilí berdakwah. Manakala yang terus berdakwah pula, terpaksa membahagikan tugas bercakap soal agama dengan sesi menerangkan produk yang dijual. Bahkan ada pula yang mempamerkan barang jualan di belakang masjid dan kemudian mengumumkannya sebelum menutup ëmajlis membaca kitabí!
Tegasnya, siswazah dan graduan yang aktif di bidang perniagaan mesti mengambil serius tentang hal ini. Mereka bertanggungjawab menyusun dan mengatur agar amal Islam terus berada di priority teratas.
Cabaran
Firman Allah SWT:
ìDan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta serta jiwa dan hasil tanaman. Lantas berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.î (Al-Baraqah 2 : 155)
FirmanNya lagi :
ìDan seandainya matlamat (kamu) itu dekat dan perjalanan (yang mesti ditempuh) itu pendek, nescaya mereka akan mengikut kamu. Akan tetapi ia menjadi sesuatu yang jauh bagi mereka disebabkan oleh kepayahan (yang ada)î. (At-Taubah 9 : 42)
Tribulasi adalah seiringan dengan perjuangan. Amal Islami adalah tanggungjawab yang Allah SWT taklifkan kepada kita sebagai pewaris Anbiyaí. Oleh yang demikian, persediaan fizikal dan mental adalah suatu kemestian. Walaupun bentuk tribulasi itu mungkin berbeza dari satu zaman ke satu zaman yang lain, ia tetap memerlukan bekalan yang sama iaitu iman, sabar dan istiqamah. Bentuk cabaran yang mungkin perlu diberikan perhatian oleh para graduan adalah:
Ketakutan
Takut adalah fitrah yang Allah tanamkan di dalam jiwa setiap insan untuk kebaikannya. Takut binasa menjadikan manusia berusaha mengelak dari mendedahkan diri kepada bahaya. Namun, ketakutan itu jika tidak disalurkan ke jalan yang benar akan menjurus dari kebinasaan kecil kepada kebinasaan yang lebih besar. Takut itu terbahagi kepada dua:
Takut Realiti
Seorang graduan yang meneruskan amal Islami akan berhadapan dengan ujian ketakutan. Ia mungkin datang dalam bentuk ugutan pihak berkuasa dengan akta-akta masyhur yang merbahaya. Ia juga mungkin datang dari keluarga yang menghalang, masyarakat sekeliling yang tidak menyokong dan sebagainya. Ketakutan ini adalah ketakutan yang diakui oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Baraqah ayat 155. Jalan keluarnya adalah sabar.
Takut ëFatamorganaí
Ia adalah ketakutan bayang-bayang yang datang dari diri graduan itu sendiri. Ia menyangka penglibatannya yang tidak seberapa sudah mengundang bahaya. Tegahan disangka ugutan, bantahan disangka ancaman. Lantas akal membayangkan pelbagai kemungkinan yang akhirnya mematahkan perjuangan. Takut ini muncul dari iman yang lemah, tawakal yang palsu bahkan sifat nifaq yang mengotori kepercayaan. Akibat takut seperti ini, cacing mungkin disangka ular! Ia boleh diatasi dengan membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah itu tadi dan seterusnya mengukuhkan keikhlasan di dalam perjuangan.
Sabda Nabi SAW:
ìBarangsiapa yang berjihad untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia itu fi sabilillahî
Kelaparan
Sifat bersederhana dalam hidup adalah kunci yang membentengi cabaran ini. Ia mesti diterapkan bukan sahaja di dalam diri graduan itu sendiri malah kepada pasangan dan anak-anak yang ditanggung. Kelaparan itu mungkin datang akibat ujian yang berikutnya iaitu kekurangan harta dan kesempitan hidup.
Kekurangan Harta
Sejarah salafus soleh memperlihatkan bagaimana ilmu agama tidak pernah berfungsi mendatangkan kekayaan kepada para duat (pendakwah), ilmuan dan pejuang. Sifat qanaah adalah bekalan utama yang membentengi diri dari cabaran ini. Kekurangan harta mungkin berpunca dari pendapatan yang rendah, dipotong gaji dan infaq perjuangan yang berterusan. Kesemua ini adalah cabaran kepada jihad harta yang menuntut sabar dan iman yang benar kepada Allah Ar-Razzaq. Firman Allah SWT:
ìMereka itulah (golongan munafiq) yang berkata : janganlah kamu memberikan nafkah kepada mereka yang bersama dengan Rasulullah, supaya (dengan cara itu) mereka akan berpecah belah. Sedangkan bagi Allah itulah segala khazanah langit dan bumi. Hanya orang-orang munafiq itu sahaja yang tidak memahamiî (Al-Munafiqun 63 : 7)
Kekurangan Ilmu
Kecacatan pengetahuan di kalangan graduan yang mendukung amal Islami menjadi cabaran besar yang bakal dihadapi olehnya. Jika kecacatan itu ketara, ia akan menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada graduan berkenaan. Hilang kepercayaan adalah sama dengan kehilangan wujud! Graduan akan diketepikan dan tersingkir akibat kesalahan diri. Oleh yang demikian, graduan semasa di alam siswazah sudah sepatutnya selesai melengkapkan diri dengan tsaqafah sebagaimana yang dituntut. Cadangan para ulamaí seperti Al-Marhum Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan dan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Tsaqafah Ad-Daíieyah sewajarnya diberikan penumpuan sedari awal pengajian.
Suasana Persekitaran
Siswazah yang duduk di alam pengajian mungkin berpeluang untuk membentuk sendiri kehidupan supaya suasana persekitaran menggalakkan diri ke arah komitmen yang padu di dalam amal Islami. Akan tetapi apabila bergelar graduan dan kembali ke pangkuan masyarakat, berkemungkinan suasana yang menanti adalah kontra atau sekurang-kurangnya melesukan. Ia mungkin datang dari masyarakat bahkan mungkin dari suami atau isteri serta anak-anak dan keluarga. Cabaran ini boleh diselesaikan dengan beramal Islami secara jamaie, dan terus saling menghubungi di antara satu sama lain.
Cabaran-cabaran Lain
Terdapat banyak lagi cabaran yang menanti graduan yang terus berpatisipasi di dalam amal Islami. Ia mungkin muncul dari jalan dan bentuk yang tidak disangka-sangka. Alam pekerjaan, perkahwinan dan mungkin semi-pengangguran adalah suasana-suasana baru yang mudah disebut tetapi sukar untuk ditempuh kecuali dengan kelengkapan diri yang mencukupi. Bahkan cabaran yang lebih tinggi adalah kematian. Namun, kita semua menuju kematian, maka anggaplah ia hanya sebagai kemestian yang bakal dihadapi oleh setiap yang hidup. Bezanya, kita menjadikan kematian yang satu itu di jalan Allah. Oleh itu, perlulah kepada para graduan sebelum kembali ke tanah air supaya bersedia dengan tiga kesimpulan cabaran iaitu:
ï Kesusahan
ï Kesenangan
ï Kesenangan selepas kesusahan
Kesimpulan
Selepas menamatkan pengajian, graduan mestilah bertindak kemas dan tegas di dalam menyusun kerjaya dan amal Islami.
1. Bagi mereka yang masih belum mendaftar ahli secara rasmi, tanggungjawab utama ialah berbuat demikian seberapa segera.
2. Bagi yang telah mendaftar, hendaklah menghubungi pimpinan jemaah terutamanya di kawasan masing-masing tentang kepulangan.
3. Dalam konteks memulakan amal Islami, graduan harus berkemahiran mencipta kerja dan bukan lagi menunggu kerja diberikan oleh pimpinan jamaah.
4. Kerjaya yang dipilih sebagai sumber pendapatan seharusnya meletakkan kepentingan amal Islami di aulawiyyat yang utama.
5. Disiplin diri dan masa adalah kunci kejayaan.
Semoga Allah SWT memelihara kita di dalam perjuangan ini dan seterusnya menetapkan kaki di atas jalan yang dipilih ini. Sesungguhnya soal istiqamah yang penurunan ayatnya telah memutihkan rambut Baginda SAW adalah soal besar yang berhajatkan muhasabah dan doa yang berterusan. Wallahu Aílam bi As-Sawab. Wassalamualaikum WBT.
Hasrizal Abdul Jamil
http://permai1.tripod.com/kerjaya.html

Sahibul Hikayat
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM UKHUWAH
Dapat waktu surfing di internet, untuk dikongsi agar dapat pengajaran bersama...
Al-kisah, diriwayatkan dalam satu kitab klasik yang tidak diketahui asal
usulnya, diceritakan sebuah hikayat oleh para penglipur lara. Kisah ini
telah diubah suai bagi memodenkan cerita dengan keadaaan semasa. Kalau tak barangkali akan dituduh jumud, kolot dan sebagainya.
Bermulanya hikayat ini apabila Leman ingin menjelajah dunia dengan kereta sakti bernama Proton. Leman ingin menuju ke satu destinasi yang jauh dimana disitulah bagi Leman kebahagiaan abadi akan diketemuinya.
Maka dipendekkan hikayat, kereta sakti Leman telah rosak diperjalanan.
Itulah kuasa Tuhan. Sesakti mana pun kereta itu pasti akan rosak akhirnya. Sedang Leman menurun mendapatkan bantuan, muncul seorang puteri cantik bestari ingin membantu. Puteri itu dikenali sebagai Tun Siti.
Leman yang dalam kesusahan itu dengan hati terbuka kedatangan Tun Siti yang ingin menghulurkan bantuan.
"Hamba rasa, kereta sakti ini rosak kerana petrol digunakan sebagai
bahan bakar"
"Kenapa Tun Siti berkata demikian? Bukankah petrol itu bahan wajib untuk kereta!?"
"Itulah, cuba tuan hamba fikir, siapakah yang mencipta kereta? LELAKI
bukan?
Jurutera itu seorang LELAKI. Maka sudah tentu akalnya pendek sebab
lelaki ini hanya suka mengikut nafsu sahaja"
"Idea WANITA tidak pernah LELAKI ambil kisah. Kalau ditanyakan pada wanita, sudah tentu air menjadi bahan bakarnya. Sudah lah mudah untuk didapati, tidak mencemarkan alam pula. Dalam buku hikmat jurutera, hamba lihat semuanya telah ditafsirkan berdasarkan kepala otak lelaki. Kalau nak guna untuk lelaki sahaja tidak mengapa, tetapi mengapa kereta sakti untuk wanita pun lelaki yang cipta. Otak jurutera-jurutera itu semua biol-biol belaka."
"Tetapi Tun Siti, bukankah sifat air itu tidak boleh membakar?"
"Ah..itulah. Tuan hamba pun lelaki. Ini semua hasil otak-otak biol
jurutera-jurutera kolot tu. Zaman sudah berubah tuan hamba. Kerana petrol manusia berperang. Kalau air kan mudah. Patut penciptaan kereta ini berubah mengikut zaman. Pendapat wanita perlu diambil kira...! Buku hikmat jurutera patik baca dalam terjemahan Inggeris tidak pernah mengatakan bahan bakar itu mesti dari petrol. Hanya dari otak-otak biol si jurutera LELAKI itulah datangnya idea begitu. Menyusahkan wanita sahaja."
Tidak lama kemudian, datang pula seorang lelaki. Memperkenalkan dirinya sebagai Kasim Baba. Setelah mendengar perbalahan antara Leman dan Tun Siti, Kasim Baba pun berbicara.
"Kata-kata Tun Siti ada betulnya. Zaman sudah berubah. Idea menggunakan petrol perlu difikirkan semula. Dan hamba fikir, sebab adanya tayar, kereta sakti tuan hamba ni tidak boleh bergerak."
"Ya Kasim Baba...! Tayar kan komponen utama untuk kereta. Kalau tiada
tayar, tidaklah ia bernama kereta.!"
"Zaman sudah berubah Tuan Hamba...Tayar itu juga idea kolot
jurutera-jurutera kereta dahulukala. Mereka mencipta-cipta barang yang
tidak ada dalam buku hikmat jurutera. Idea itu untuk kepentingan
sahabat-sahabat mereka yang menjadi tauke getah."
"Kereta sakti Tuan Hamba ini tidak sesuai kerana ada tayar. Tayar kalau
sudah hilang bunganya akan dibuang dan akhirnya akan mencemarkan alam...!
Zaman moden ini, kereta perlu berubah. Bukan zaman mengikut kereta."
Leman berasa sangsi. Tun Siti dan Kasim Baba saling sokong menyokong.
Kemudian datanglah pula seorang mekanik yang secara kebetulan lalu disitu. Setelah melihat hal yang berlaku, maka berkatalah si mekanik.
"Leman, Tuan Hamba telah ditipu oleh Tun Siti dan Kasim Baba. Kalau dah namanya kereta, kenalah ada tayar dan petrol untuk menggerakkan kereta. Kalau tiada tayar, namanya kapal layar atau burung besi. Kalau tiada petrol namanya kereta lembu. Kereta sakti ni rosak sebab tuan hamba lupa menggantikan minyak hitamnya sahaja."
"Tengok, si kolot sudah datang. Dahlah pakaiannya kotor. Mereka semua ni satu perguruan dengan jurutera-jurutera kolot tu. Percayalah kata kami..."
"Wahai Tun Siti dan Kasim Baba, hamba ni mekanik. Jadi hamba tahulah mana yang rosak."
"Mekanik jumud! Zaman sudah berubah. Bukan mekanik dan jurutera kereta sahaja yang berhak dalam hal-hal kereta sakti tau. Lagipun semua orang kini sudah ada kereta sakti. Jadi, semua ada hak untuk berbicara pasal kereta sakti dan mengubah suai ikut sesedap kami."
"Air mesti digunakan mengantikan petrol!"
"Tayar mesti dibuang!"
Inilah sebahagian sedutan hikayat dari kitab klasik yang ditemui. Kisah
yang lain bakal diterjemahkan di lain hari itu pun kalau dasar pendidikan
kita masih kekal menggunakan bahasa Jawa. Sekiranya dasar berubah kembali menggunakan bahasa Hawaii, kita kena tunggu di lain masa.
Catatan pakdi:
Cereka ini ditulis setelah pakdi membaca artikel Zainah Anwar, Executive
Director Sister In Islam di dalam majalah Time. Keluaran 10 Mac 2003.
Artikel tersebut bertajuk Ending The Patriarchy.
Kita seharusnya berasa kesal, terdapat pertubuhan yang kununnya menggunakan nama Islam, tetapi tidak pernah menghormati pendapat ulama-ulama. Apa yang ditulis oleh Zainah Anwar, secara tidak langsung telah menolak pendapat-pendapat kesemua Imam Mazhab yang empat.
Islam tidak pernah mengasingkan atau mendiskriminasikan wanita. Kalau malas sangat nak bukak kitab-kita hadis, buku terbaru Dr HM Tuah Iskandar, Membina Hati Bahagia banyak mengandungi hadis yang mana Islam sangat memuliakan wanita. Malah, Sayyidatina Aisyah setelah wafat Rasulullah saw, menjadi rujukan para sahabat dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Semoga kita semua sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayah Allah swt.
Sila klik link yang diberi. Kalau dalam majalah sebenar, ada gambar beliau
yang tidak bertudung sebab bagi SIS, tudung itu adalah adat orang Arab.
Dan itu adalah resolusi dalam Kuala Lumpur Islamic Forum, dimana apabila diumumkan tudung itu tidak wajib, tepukan gemuruh bergema di forum
tersebut, tahun lepas. Wana'uzubillah.
* Leman - umat Islam
* Tun Siti - pejuang kebebasan wanita
* Kasim Baba - golongan anti-hadis
* mekanik / jurutera - ulama'
* kereta - Islam
* buku hikmat jurutera - al-Quran
* tayar - al-hadith
* petrol - ijtihad ulama' berdasarkan alQuran & Hadith
* air - pendapat yang mengikut logik akal semata-mata
WASSALAM
Azzif Anuwar

Burger oh burger....
habih laaah .. kita suma takleh makan burger ...
hotdog ... makan McD .. Burger King ... dan suma
tempat yang sewaktu nye.
Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina
tu! daging ayam danlembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang prosestidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.
Berdasarkan pengalaman sayadalam industri memproses makanan, boleh dikatakan
semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.
Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi
manakala pork product yg lain
saperti lard (minyak babi)lard (*lard jg byk diguna pakai dlm minyak wangi branded), pork fat (lemak babi),ham (ini asal nama
hamburger) dan bacon (hirisan &! gt;nipis daging
babi yg biasa serve duringbreakfast), pork instestine (perut babi) dll tidakapa bagi Muslim.
Saya pernah bekerja di Shangri-la Hotel KL, di situ
terdapat satu BUTCHER Dept.
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork
casing adalah saluranusus yg digunakan sebagai kulit sausage.
Semuaingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu
firm dan tak mudah break.Jadi kalau sausage itu chicken or beef still contain pork.
2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll, chicken roll,meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua bolehdidapati di supermarketdan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA!
3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg
disusun lawa-lawa padabuffet table seperti Terrine
dan Pate pun ada lemakbabi..
Assalamulaikum,
Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina non muslim , saya ada satu
kisah yang menarikuntuk diceritakan .Salah seorang kawan telah
menceritakan kepada saya ini,
Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik
pulih bekalanelektrik.Pada satu hari bapanya bertugas
membetulkanbekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting.
Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan
kerja-kerja pembaikan pulih
bekalan beliau telah merayau rayau dikawasan
sekitar. Setiap pekerja
pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran
memasuki kawasan yang
melibatkan! penggunaan elektrik, jadi secara tidak
sengaja beliau telah
memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya
daging-dagingayam berlongok-longok.
Kemudian daging-daging babi berlongok-longok
disebelahan. Rupa-rupanya
kilang tersebut membuat burger dan daging-daging
ayam dan babi tersebut
dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan
burger. Beliau telah
bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan
daging babi dengan
daging ayam. Tokeh tersebut berkata kalau tak campur
burger yang hendak
dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan
mencampurkan daging ayam
dan babi burger mudah dibentuk.
Katanya lagi burger ini tidak dijual terus kepada
orang Melayu. Tapi jika
mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil
burger daripada kilang
tersebut. Lu ingat itu supplier cukup ka untuk
supply satu Malaysia (Tak
tahu supplier mana yang ambil dari dia).
Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK
MAKAN BABI", menyirap darah
bapanya. Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS
buat serbuan tak ada
apa-apa yang jumpa, kilang tersebut pun tak ade.
Mungkin dah pindah bila
menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.
P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah
mungkin ada yang
bercampur dengan daging babi. Patut lah bila kes JE
timbul rupanya
berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari
babi dikeluarkan dari
&g! t;ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya
takan beratus ribu babi
ini dilantak oleh orang Cina no muslim saja. Mungkin
sebahagian darinya dibuat bahan
makanan yang lain, lepas tu bagi orang Islam makan.
Yang peliknya lagi
kebanyakan yang jual burger tu orang Islam Melayu.
*forwadkan.. kepada rakan dan saudara seagama
anda...

Monday, October 25, 2004
Untuk Yang Tersayang
Untuk Yang Tersayang
Hari ini...
Tidak lagi seperti semalam
Bagai ada yang kurang
Umpama kari tidak bergaram
Hari ini...
Aku mendongak ke langit
Mencari jawapan pasti
Di sebalik awan-gemawan
Oh... angin
Andainya kau bisa membawaku
Terbangkanlah aku ke sana
Untuk bersama yang tersayang
Hari ini...
Aku menangis sendu
Rindu yang amat dalam
Dari dasar hatiku
Untuk yang tersayang...
Mengapa aku kau tinggalkan
Sendirian
Kegawatan
Tanpa engkau sebagai sokongan
Tolong...
Aku hampir kelemasan
Basah dengan harapan
Kering tanpa belaian
Tapi aku sedar
Pergimu aku relakan
Pasti itu yang terbaik
Telah ditentukan
Yang tersayang...
Satu yang aku mahu
Walaupun kita terpisah alam
Engkau tetap ku sayang
Aku berjanji
Peninggalanmu akan ku jaga
Katamu akan ku ingati
Pohon kopi menjadi saksi
Kasih sayang kita yang tak bertepi
Hari ini...
Tugasmu telah berakhir
Aku doakan kau bahagia
Bersama cintaNya yang abadi
Bagi diri ini
Rasa sayangku semakin kuat setelah dikau pergi
Walaupun kau jauh
Sayangmu tetap di hati
Pemergianmua ku redhai
[Daeng Mas Ana]

Subscribe to:
Posts (Atom)