Thursday, October 27, 2005

Banyak juga versi video klip ni ya?

ha.. tunggu apa lagi... pergila ke link bawah ni

http://www.funpic.hu/swf/numanuma.html

Tapi aku lagi suka vesi budak MMU tuh...

Wednesday, October 26, 2005

Berdasarkan Lirik Cpol, sahabat ana Saudara Ijam telah bikin cerpen...

Kita nikmati



Di Manakah Abi?


Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.

"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."

Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.

"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman." Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.
"Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi."
"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?"

Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.

"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."
"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"
"Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."
"Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan."

Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.

"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan."

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...

Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih 'hijau' apalah yang hendak dimengertikan...

Tuesday, October 25, 2005

Alex, Reza, jo, ikut si Paiji iktikaf... jom!

Monday, October 24, 2005

YESS!!! dapat dah lirik dari Cpol

Akhirnya..

Baiklah untuk tatapan, semua,
ana sisipkan lirik lagu terbaru dari kami...

Rakaman terbaru akan siap selepas Raya Haji...

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad

1)

inilah kami... (lagu intro)

kami bukan sasterawan negara
mendamba rasa di hujung tinta
kami hanya penyampai kata
risalah Allah Yang Esa

bukan kami pejuang perwira
dikagumi kesatriaannya
kami hanyalah anak muda
mengagumi fikrah yang nyata

c/o
kami sekadar bersuara
mengingatkan sesama kita
kamilah pewaris negara
dakwah kami buat semua

hanya kami aktivis muda
ingin hidup dalam agama
fahamilah kami semua
kami hanya penyampai kata

...risalah Allah Yang Esa.



2)

la tahzan

semusim kemarau melanda
jangan disangka selamanya
redahlah denai dunia
kan ketemu titis dinginnya

biarlah langit murung
takkan hilang camar di awan
jangan diratapi sedihmu
tersirat sari manisnya

singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

c/o
la tahzan
usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilangkan sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

la tahzan
senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.



3)

melodi indah

lukisan biru samudera
dakapan dingin bayunya
pepasir putih seakan pesona
tatkala irama samudera
putih-putih disangka awan
rupanya camar di hujung angkasa
tersenyum secerah pawarna
oh indahnya maya...

andai berbisik badai
gelora kan tak terasa
dian cahaya cinta ciptaNya
sentuhan penuh makna
puji-memuji pada keasyikan
kilauan permata bergemerlapan
mekar bersemi kesyukuran
kasih setulus rasa...

c/o
menatap seri wajah purnama
mengusik bebintang di langit tinggi
terlerai tabir hati nan gersang
segirang pelangi pagi...

bagai tertawan luas samudera
mendung berlalu berganti pelangi
agung kurnia bingkisan Tuhan
mendamba rindu di hati...





p/s:nantikan...

Sunday, October 23, 2005

Ok, secara eklusif dari Blog Dhuat...

Buat pertama kalinya... ana promote lagu ROSSO

Best giler!!! - review dari Mr Dhuat



Moga bahgia
Moga bahgia.mp3 by Rosso.klik di "SINI" .
(Right klik dan save as)

Friday, October 21, 2005

Aris Ariwatan (Yusri / Imanzali)

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


Sapa ada lagu ni?

Pls pls email kat saya

dhuat@yahoo.co.uk
Gambar Ahmad maser muda-muda dulu...
dekat kem latihan perang galaxy.

Thursday, October 20, 2005

sila ke add dibawah untuk

1) Belajar bahasa indonesia
http://www.geocities.com/fairymahdzan/

2) Belajar "pop culture indonesia"
http://myindo.com/

"Yess mannn..."(dipetik dari film Kiamat Sudah Dekat)
Okelah, nak promote blog adek aku la plak...
Ahmad ada adek? Blog Adek?
Brother in Islamlah... hooooo

Rosso namanya.
Best blog dia.
Dah lama jugak a jengok blog dia.
beberapa bulan nan lalu...

Dia ni minat nasyid.Kartun dia minat jugak.
Sama macam abang dia.

Salah satu lagu yang kalian boleh dengari
dari blog dia adalah lagu SENYUM

Lagu nie "famous" tahun 80han kat TV dahulu...
Famous sepertimana lagu "Kenali Malaysia" by allahyarham Sudirman..
I personally think that lagu Kenali Malaysia is much much better
than lagu Cuti-cuti Malaysia.

Baiklah, kepada sesiapa yang nak dengaq lagu
SENYUM versi ROSSO, silalah pi ke blog rosso

Kat pautan sebelah ni, klik aje rosso.

SENYUM


Verse 1

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya..
Senyumlah dari hati
duniamu berseri...

Verse 2

Senyum umpama titian
dalam kehidupan...
kau tersenyum, ku tersenyum
kemesraan menguntum

Chorus

Senyum... kepada semua
Seyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman
terjalinlah...

ikatan

Wednesday, October 19, 2005

COMEY KAN?



inilah dia si anak landak...

Farok, apa landak dalam bahasa omputeh a? lupela....
Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."

"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.

Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

Tuesday, October 18, 2005

Aku cilok artikel dari email...
sapa original writer pun aku tak tau..

moga tulisannya mendapat manfaat...


Kisah Mak Chik (Adaptasi dari sebuah pengalaman)
(buat pengajaran puteri2ku Safiyyah & Husna)

Last weekend aku balik kg macam biasa. Not expecting anything spectacular,
maklumlah kita dah tua, kalau budak2 ye la seronok gile nak bermain. Bagi
aku yg penting sekali is ziarah ibu bapa. Bila lagi nak berbakti pada
diorang, masa hidup ni la kita nak berkawan, mendengar cerita diorang dan
perbetulkan sebarang silap diorang dengan cara yang paling baik. Jgn pula
kerana nak jaga hati kita biarkan orang tua kita melakukan perkara2 yang
berdosa atau amalan yang tidak sah.

Nak jadi cerita, kebetulan dirumah nenek ada Mak Chik ku sekeluarga. Tiga
bulan lepas dia kemalangan sikit. Terjatuh dan patah kakinya. Jadi teruslah
duduk di rumah nenek bersama anak2 nya. Elok lah ada orang yg menjaganya.
Aku ada la jugak ziarah dia, tengokkan keadaan dia. Recovering...which is
good.

Petang Sabtu lepas tiba-tiba mak aku bertanya. Aku bukanlah ustaz tapi
setakat asas fardhu ain tau la.

"Bu, mak nak tanya pasal Mak Chik kau tuh..."

" Tanya la mak, ape dia?"

" Masa dia jatuh dulu dia tengah 'period'. Bawak gi spital, kena la simen
kaki dia tu. Kira sekarang dah 3 bulan la bersimen."
....aku mendengar sepenuh hati ..

mak menyambung, "... masalahnya sampai hari ni dia tak semayang dan tak
pose"

".... ha?? takkan seteruk tuh, tengok nampak ok je??" pintasku

" dia kata dia tak dapat nak mandi wajib sebab kaki dia bersimen, sebab tu
sampai sekarang tak semayang. Lepas tu dia kata dia tak boleh pose sebab
dia belum mandi wajib..."

.................................... aku terkedu, nak nangis pun ade, nak
marah pun ade.........................

" Mak, itu tak betul. Sakit macamana pun sembahyang tu wajib. Kalau tak
dapat mandi wajib "full", mandi takat yang boleh. Kalau tidak pun
dibenarkan bertayammum utk membolehkan sembahyang. Sembahyang tetap kena
buat. Tak boleh la sebab tak boleh nak sampai air terus decide takleh
sembahyang. Puasa pulak tetap sah walaupun dia dalam hadas. Dia bukannya
period dah cuma tak mandi je lagi. Berpuasa dalam keadaan belum mandi tetap
sah. Jadi dia tetap wajib berpuasa."

Aku sebak bila mengenangkan keadaan Mak Chik. Kuingatkan bila berpakaian
menutup aurat patutnya asas agama tentulah dah kuat tapi sangkaanku
meleset. Aku sedikitpun tidak menyalahkan Ma Chik...selain daripada fact yg
dia tak bertanya orang yg tahu sebelum dia decide tak nak semayang or pose.

Terlalu byk faktor yg menjadikan keadaan begitu. Tapi yang terbesarnya
adalah:
Dia anak bongsu yang dimanjakan. Orang lain dok ikut je cakap dia. Semua
takut dia merajuk...
Suaminya bukan la orang yg faham agama. Memang suami yg sangat baik dan
rajin, cuma tidak faham. Jadi suaminya buat tak kisah je bila isterinya
tidak semayang atau pose. Yang ni aku sedih giler.

...selepas lama diam mak bersuara.."Awak tegur lah dia.!"

...aduhhhh, bukan kerja enteng tu buk...masakan aku yg muda remaja ni nak
menegur ibu saudara yang begitu. Agak sukar aku nak buat. Patutnya orang
yang dia respect la buat teguran. Aku sayang kan Mak Chik dan aku nak
menolong, cuma aku ni bukannya pandai nak menegur, biasanya berjam2 aku
mencari perkataan yg sesuai. Kalau sebaya ok lagi, ni dah berumur.

Lama aku termonong eh jang, betapa beratnya tanggungjawab ni, kalau aku tak
buat aku yg dipersoalkan ALlah nanti. "Kenapa ko tak tegur sedangkan ko
tahu ia salah???!!!" Kot mana aku nak jawab nanti. Tak pasal2 aku pulak
kena humban sekali dalam neraka.

Aku memang jenis tak suka sangat menyakitkan/mengecikkan hati orang. Aku
tau perasaan kena tegur. Self esteem time tu drop gile. Kalau kena orang
ego, memang takkan terima teguran. Silap gaya ada yang cakap "mind your own
business". Aku cuma akan tegur orang yang betul2 aku sayang dan aku yakin
dia akan terima teguran aku dengan baik. Not in this case certainly. Aku
tak rasa Mak Chik boleh terima dengan hati terbuka. Pak Chik pula mesti
tercabar sebab macam selama ni dia tak didik isteri dengan baik. Aduh
pusing pusingan kepalaku.

Sampai la hari ni aku termonong ajo... aku kena draft something so that
weekend ni aku boleh tegur dia. I must do something FAST.

Pengajaran yg aku dapat over the weekend:
Tanggungjawab suami besau, kena pastikan isteri taat pada Allah dan
hukum2 Islam. Sebab tu suami kena belajar ataupun izinkan isteri
belajar.
Anak2 kena dididik dengan kefahaman Islam sebenar. Once dia dah kawin,
sgt susah nak diperbetulkan. Bab ni Allah akan tanya ayah bukan anak.
Terlalu byk perkara yg masyarakat kita masih jahil termasuklah perkara2
asas.
Kebab-e Koobideh



Bahan

500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat

2 biji bawang besar, dipotong dadu

1 labu bawang putih

1 biji telur, dipukul terlebih dulu

4 biji tomato, sederhana besar

Garam secukup rasa

10g lada hitam, dicincang kasar

1 camca kecil serbuk kunyit


Cara membuatnya

Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.

Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab. Cucuk selang seli daging dengan tomato.

Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.

Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.
AIS KACANG



Ais kacang, ais, ais kacang...
Bila terasa penat dan rasa dahaga,
singgah di gerai ais kacang diminta...
susu dan jagung, kacang dan lengkung,
air gula berwarna, campur semua
enak rasanya
Kegemaran kita semua (ulang rangkap 1)

Ingat tak lagu ni?
(hmnn paiji, sekolah anta mungkin tak blaja lagu ni kot)

Monday, October 17, 2005

Barely 80's

Those OLD days!!

You grew up watching He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Space Cop Gaban, Ultraman, and Mighty Mouse. Not to forget, Ninja Turtles, Mask and Smurfs too. You grew up brushing your teeth with a mug in primary school after recess time. You squatted by a drain with all your classmates beside you, and brushed your teeth with a colourful mug. Remember the days when the school nurse comes with a list for the dentist appointments, the sound of the drilling when your friend has a fill in his tooth.

You remember the packets of milk (Projeck Susu Segar) and milo we get in primary school to encourage us to drink more milk. And when we had to line up just to get one cup, and some of us would line up again for another cup of cold milo. And r emember we use to buy susu sekolah and get stomach-ache the next day.


During primary (some KBSR & 3M) school days, the teacher will punish you using a long ruler to hit your palm. A bowl of noodle soup cost only 40c in primary school days. When you were in primary school, girls like to go to the bookshop to buy cute stuff such as animal erasers, sharpeners, notebook etc. Play with these paper doll... with all the paper clothes.. etc etc

In secondary school days, you buy the Bata BM Turbo school shoes. Some guys like to wear those china made ankle high shoes. Some even like to wear those very thick socks with their school shoes. remember the panda, carefree or warrior shoes.. :) Internet? E-mail? What the hell is that.

So you thought a decade or more ago. Your friends don't have pagers or hand phones in school. CDs? What'. that? Cassette tapes were the norm.. Movie tickets used to cost less than $5 last time. there is no KLCC.. Pertama or Bukit Bintang the only place we have.. The goodies from Mamak shop used to be Mamee, Ka ka, Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in the box) + the mat sentul voices as a jingle, colourful hard "egg", "cigarette" chocolate, pink bottle of bubbles, and small tubes with yellow sticks to blow "more lasting" bubbles that you can pop more air in or slam it on. You never forget 'Ti Kam'.

When exams are over, the board games (eg: U NO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video games will be all over the class room. Girls will start playing 'batu seremban'.guys with 'tudung botol oren' Your favourite sound is the bell! For it's the homemade ice cream man. The cream that tops Haagan Dazs! The pink colour ice-cream with eyes plus a wide smile. Another bell is the recess bell, a time to get away from school work and to eat. Another time when there is no bell but all guys will anxiously wait for it...The PJ, PE time (time for football!!)

Your favourite childhood games were playing "guli"(marbles), five stones,zero-point, catching, and/or "Pepsi-Cola one two three"! The best thirst quencher of all times is the yummy colourful ice tubes you can buy from provision shops. To eat them, break the tab and suck while holding the freezing tube! All gals had barbie dolls, My Little Pony, pound puppy, Polly Pocket and etc, while all boys had star wars figur ines or a rubber band catapult that shoots folded paper or eraser bits. Once was the era whereby ice-cream sticks were valueable items, than came the paper aircrafts, chalk fights.

Everyone envied the class monitor and his assistant, cos they were the ones who came up with the daily duty roster, giving names to teacher on who makes the most noise and who's running around the class. The elite group are the prefects, the one with license to move around, they consider themselves above the law when not many students actually listened to them, and that's when the PK Hem comes in.

Some boys made their own guns from wood,and used 'Bacali' as the bullets.Some even used matches to shoot and burn kids'lanterns during Lantern Festival.. and you also rather to 'ponteng sekolah' juz to watch final episod of Moero Attack .. miss that much.. summersault berkembar... hehehe.. still remember this one..

Cheers to the 70's..80's babies...NOW, WE RULE THIS WORLD

(gua cilok dari webkl.net written by anak Emak)
EDISI BERKEMBAR !!!

Versi komposer n Versi Artist

Yuk download sementara server masih beroperasi.



Di manakah abi?

Di manakah abi?.mp3 by Dhuat.klik di "SINI" .
(Right klik dan save as)


Di manakah abi?.mp3 by Arraid.klik di "SINI" .
(Right klik dan save as)




Di manakah abi?

Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad

Friday, October 14, 2005

ART EXPRESS!!!

Anda mempunyai bakat terpendam?
Ingin meluahkan?

Hubungi saya di dhuat@yahoo.co.uk


ini adalah kerana "dhuat team" akan "MENGANJURKAN" konsert ART EXPRESS!!!" pada pertengahan tahun 2006.

Merangkumi persembahan Nasyid, deklamasi sajak,pementasan teater,short video screening dan pelbagai lagi acara menarik.

Kepada yang berminat, dialu2kan untuk meluahkan bakat terpendam anda.

Hubungi saya di dhuat@yahoo.co.uk

Yang nak tolong jadi urusetia juga, dialu2kan menghubungi saya.


Persembahan akan dilakukan di sebuah auditorium yabg berhawa dingin dan mempunyai sistem bunyi2an yang best.

Pendekatan baru akan bermula!!!


Pop Song

-Jemputan khas kumpulan rock ntuk menghiburkan lagu berunsur kehidupan dalam versi selamat (akustik)


Persembahan Sajak diiringi montage (projector visual)

- Untuk memberikan penghayatan sajak lebih bermakna, diiringi pancaran visual yang dapat membantu membangkitkan kesan rasa.


Persembahan teater diiringi kesan visual (projector visual)

- ini adalah untuk zooming visual yang agak sukar dilihat dari jarak jauh. contohnya adengan sms: audience akan dapat melihat dengan jelas sms yang tertera di dalam babak pementasan tersebut.


Short Film screening.

- Short film/animasi terpilih akan dipancarkan untuk dinikmati oleh para penonton.
antara film yang dipancarkan = Al Kisah Kucing lorong (rakaman puppet show oleh team dhuat)


tu jer kot stakat ni.. sebenarnya banyak lagi...lain kali saya cerita lagi....

Team Dhuat = Ahmad, Paiji, Cpol, Abg Bad, Tajul, Nizam, Paei, Zuhdi (anda ingin nama anda tertera di sini? hubungi saya.)

Thursday, October 13, 2005

FWD:Subject: Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain
sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah
mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin
namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan

memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima
dengan
sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi
untuk
berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya
senantiasa
mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu
pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah
SAW
menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar
pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya
persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak
ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam
hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah,
yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wednesday, October 12, 2005

Kembara seniman Jalanan.


Waktu sama2 menembara bersama Mr Tajul n geng ke selatan thai, kami mendapati bahawa Khutbah Jumaat adalah dalam BAHASA MELAYU. Hah?

Di Saigon Vietnam juga begitu.

Hebatnya Bahasa Melayu.

Hebat Bahasa Melayu adalah kerana Islam.
This means local hawker foods like Hokkien Mee, Curry Mee, Mee Goreng, Mee Jawa, Hokkien Char...............

News in NTV7 yesterday.

From the latest news, the above yellow noodle contains harmful substance called Boric Acid, which is actually banned by the Ministry of Health as it has been over used by noodle manufacturers. To be on the safe side,we are advised to avoid consuming yellow noodles for the moment.

It could cause death if consumed in large amounts especially for children. Instead of taking this type of noodle, you can substitute it with Mihoon or Koay Teow.

Please pass this information to your friends.


------ End of Forwarded Message

Monday, October 10, 2005

Ada 2 link baru.
moh ke sana


Best Best


1) kak Sarah n Geng
2) Abu Saif

moh ke sana!!!
Tazkirah Tertunda dari sahabat Dhuat (Mr Paey) 2003

Mencari Jalan Pulang

“What is real? How do you define real? If you’re talking about what you can feel, taste , smell or you see, then ‘real’ is simply the electrical signals interpreted by your brain”.

Bagi yang meminati filem yang pernah meletup suatu ketika dahulu, “The Matrix”, pasti pernah terlintas ungkapan kata-kata ini dari mulut watak utama, Morpheus kepada Neo dalam memberi penjelasan tentang kehidupan yang hakiki. Idea yang timbul suatu ketika dahulu dalam alam falsafah bahawa dunia ini tidak ‘real’ telah disokong oleh ahli-ahli sains termoden. Dan ini sudah tentunya di benarkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa melalui lidah junjungan kita, Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Firman Allah Ta’ala:-

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabbmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan ”(ArRahman:26-27)


“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”(AlHadid:20)

Bahang kehadiran Ramadhan masih lagi hangat terasa. Insan-insan yang mendambakan kehidupan yang lebih hakiki dan lebih ‘real’ akan cuba sedaya upaya menggunakan peluang keemasan dibulan Ramadhan yang lalu untuk mengmpul sebanyak mungkin ‘harta’ tawaran dari Allah bagi menjadi tukaran untuk membeli kehidupan diakhirat kelak. Maka teramat rugilah barangsiapa yang berlalu Ramadhan padanya sedang dia tidak berusaha untuk mendapat ganjaran-ganjaran dari Yang Esa. Moga-moga tahun hadapan, Allah masih sudi untuk memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang dirindui.

Bekalan terbaik ialah taqwa.
Aidul Fitri yang lalu, menjanjikan mimpi-mimpi indah bagi sebahagian daripada kita. Maklumlah, disaat inilah, ramai daripada kita akan pulang beraya kekampung halaman bertemu sanak saudara. Bak kata almarhum Sudirman Hj Arshad dalam lagunya yang famous lagi glamour, “Oho O.. Balik Kampung..Oho..O..Balik Kampung, Hati Girang.”

Keringan itu pasti lebih dirasai oleh mereka yang tinggal berjauhan dari keluarga. Pertemuan hanya berlaku setahun sekali. Berkerja di KL, tapi keluarga di Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor dan sebagainya.Belajar di Australia, keluarga di Malaysia. Kerinduan pasti membara.

Bagi yang pulang kekampung dan terpaksa melalui perjalanan yang jauh, sudah menjadi kewajipan baginya untuk membuat beberapa persediaan untuk menjamin kelancaran perjalanan menuju kedestinasi.Keselamatan kenderaan dipastikan, baju dan seluar dikemaskan dalam beg pakaian, tidur yang cukup untuk kesegaran, air dan makanan untuk bekalan.

Sesungguhnya perjalanan kita yang sebenar tidak jauh. Hakikatnya hidup didunia ini adalah suatu perjalanan menuju kesuatu destinasi yang kekal abadi. Suatu perjalanan yang menuntut kepada perbekalan. Andainya perjalanan ke kampung menuntut kepada kita untuk mencari bekal dan persiapan, maka perjalanan menuju kenegeri abadi lebih-lebih lagi.

Firman Allah Ta’ala yang maksudnya:- “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan berpuasa keatas kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu beroleh taqwa.” Al Baqarah
Ibadah puasa yang kita baru tempuhi tidak lama lalu mempunyai suatu objektif yang amat mulia. Allah menghuraikan dalam ayat ini, bahawa salah satu daripada objektif puasa dibulan Ramadhan ialah untuk mencapai darjat taqwa.Puasa yang sempurna dengan menjaga hukum syara’ dan hakikatnya akan melahirkan insan yang muttaqun (orang-orang yang bersifat taqwa). Taqwa mempunyai pelbagai maksud. Antaranya ialah pelihara atau cegah.:-
Orang yang bertaqwa memelihara dirinya dengan melakukan perintah Allah
Orang yang bertaqwa memelihara dirinya daripada melakukan larangan Allah
Orang yang bertaqwa memelihara hubungan cinta dan kasihnya terhadap Allah.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “ Dan ambillah bekalan, maka sebaik-baik bekalan ialah taqwa.”

Sebagai ‘amilin atau pekerja dalam dunia dakwah, setiap daripada kita haruslah berusaha sedaya upaya mengejar darjat taqwa dalam kehidupan dengan menjaga 3 perkara diatas.
Kita sudah pun melalui banyak siri usrah, tamrin, liqo’, nadwah, Winter Camp, Spring Gathering, Summer Camp, bengkel, ceramah, tazkirah dan seumpama dengannya. Persoalannya, sejauh manakah latihan dan tarbiyah itu dapat memberi efek kepada taqwa kita?!
Kita sudah melalui Ramadhan saban tahun. Persoalannya, sejauh manakah latihan dan tarbiyah Ramadhan dapat memberi efek kepada taqwa kita?!
Ayuhlah teman-teman dan sahabats yang dirahmati Allah, ayuhlah kita cari bekalan taqwa dalam kita Mencari Jalan Pulang.

Contohi peribadi Rasulullah dan para sahabat
Firman Allah Ta’ala :-

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu'min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.”(AlFath:29)

Dalam kita meneruskan pencarian kita untuk Menuju Jalan Pulang, tidak dapat tidak, kita amat memerlukan kepada seorang penunjuk jalan. Perjalanan nak balik ke kampung halaman, sudah tentu nak kene selalu tengok signboards. Kalau kita nak balik ke Kota Bharu, kene ler ikut signboard ke Kota Bharu. Kalau kampung kita kat Paris ker, Amsterdam ker, Denmark ker, maka yang bawak kereta tue kene le ikut signboard dia betul-betul.
Begitulah juga perjalanan menuju ke negeri abadi. Tidak ada jalan yang lebih canggih dan lebih benar daripada perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahualaihiwasallam. Perjalanan inilah yang menjadi model ikutan oleh para sahabat radhiyallau’anhum ajma’in. Maka tidak hairanlah jika Allah cuba bermanja dengan mereka dengan menyebutkan dalam firmannya:-

“….Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya…...”(AlBayyinah – 8)

Bagaimanakah caranya untuk kita memperolehi redha Allah? Ianya tidak semudah kata-kata dan tidaklah seindah yang disangka.Redha Allah akan menjelma seandainya kiat menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Yasir sekeluarga, Abdul Rahman Auf, Bilal, Hanzalah, Mus’ab, Mu’az, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan banyak lagi, pengorbanan mereka bukanlah sedikit. Darah yang mereka bayar untuk syurga bukanlah sedikit. Harta yang mereka korbankan bukanlah sedikit. Masa yang mereka berikan bukanlah sedikit.
Bayangkanlah andainya di padang mahsyar kelak, kebetulan taqdir Allah membangkitkan kita disebelah Saidina Hamzah b Abi Tolib, dimanakah kita nak meletakkan muka kita ini bila dia bertanya kepada kita, apakah bekalan yang kita bawak untuk bertemu Allah? Dimanakah kita nak meletakkan muka kita yang sudah sedia tebal seinci ini?
Ayuhlah kita melipatgandakan usaha kita untuk Mencari Jalan Pulang.

Hakikat Jalan Pulang – penuh onak duri.

Firman Allah Ta’ala yang maksudnya,”Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu, keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.”AtTaubah42

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi Allah,
Suatu perkara yang perlu kita sedari bahawa apabila kita meletakkan diri kita diatas jalan yang diimpikan, maka segala mimpi ngeri akan menjengah kedalam mimpi kita. Tidur yang lena sesekali akan diganggu oleh visual-visual yang menakutkan. Perjalanan yang lancar, sesekali akan tersekat oleh masaalah dan problem.Kehidupan yang indah ini sesekali akan dicubai dengan mehnah dan tribulasi.
Sebagai musafir di Jalan Pulang ini, kita wajiblah membekali diri kita dengan bekalan taqwa yang sempurna dan peralatan ilmu tentang Islam.Tidak kurang pentingnya juga ilmu-ilmu tentang keunggulan junjungan nabi besar kita Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam dan para sahabat.

Cukuplah sekedar itu, kudoakan agar diriku ini dan diri kalian akan berjaya bertemu Jalan Pulang.
Sebuah lagi antara karya Hunusan Lidah@Putra Bulan yang menjadi fav aku


"Lamaran Dari Palestin"

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya, “dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan.
Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Professor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.

“Assalamualaikum”, sapaku.
“waalaikumsalam warahmatullah”, jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?”, tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu”, jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam”.
“Nama saya Siti Hawa dari palestin”.
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku
kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”.
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel”, jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis
belajar ?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan
islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”.
“Betul. Betul”. jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel”.
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami
bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh
israel”.
“Keluarga kamu macam mana?”, tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel”.
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar”.
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan
sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami”.
“Insya-Allah”, jawabku.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas”, pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik”.
“Terima kasih”, balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.
Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku mencari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan ‘air cond’ dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut. Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.

Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Eh ustaz, minum ustaz”
“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada kenduri lepas jumaat ni kat Masjid Ar
Rahman”.
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”.
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la”.
“Insya-Allah ustaz”.

dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, “Hidup islam hancur Israel!”. akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai ‘winbreaker’ untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.

“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama”
“saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan”.

di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu

“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”

Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.

“Eh, kamu ke Siti Hawa?”, aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya”, Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”.
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah
negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk
membantah kekejaman Rejim Zionis”.

terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”.
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu”.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.

“selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu”.

Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya.

Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri”. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya”. Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.
Al kisah al kucing lorong

Di suatu lorong yang suram di belakang kawasan perumahan. Waktu malam tanpa bertemankan bulan suasana lorong itu amat teramatlah gelap dan kelam. Kelihatan seekor kucing membuat ‘catwalk’ memecah kegelapan malam lorong itu berjalan tanpa arah tujuan. Tiba-tiba perjalanan kucing itu terhalang dengan kemunculan sekumpulan kucing liar yang tiba menyekat perjalanan kucing itu.
“Ha ha ha ha.” Sekumpulan kucing liar itu hanya ketawa sambil diperhatikan oleh kucing yang seekor itu.
“Siapa kamu semua ni? Kenapa kamu semua menghalang pejalanan aku?” Tiba-tiba sekumpulan kucing yang ketawa ini senyap. Salah seekor daripada mereka bersuara. “Nama aku Jinggo, ketua kumpulan Swastika Hitam. Lorong ini adalah kawasan kami. Kami Swastika Hitam berkuasa di sini!”
“Habis tu apa kena-mengena dengan aku? Apa tujuan kamu semua menghalang perjalanan aku?”
“Ha ha ha. Kamu telah menceroboh kawasan kami.”
“Jadi apa yang kamu mahu sekarang?”
Pertanyaan kucing itu hanya disambut oleh gelak ketawa oleh Jinggo dan konco-konconya. Tak semena-mena jinggo melompat menghampiri kucing tersebut. Maka mata bertentang mata. Bulu masing-masing mengembang, tegak berdiri menunjukkan kegarangan. “Dengar sini kawan-kawan semua. Jangan ada antara kamu yang masuk campur dalam pertarungan aku dengan kucing asing ini!” Seruan Jinggo kepada konco-konconya disambut dengan laungan kata-kata semangat dari kumpulan Swastika Hitam. Sebermula detik itu maka lorong belakang kawasan perumahan yang tadinya sunyi sepi kini seolah-olah dilanda ribut pertarungan yang amat hebat. Alunan irama pertarungan penaka deruan badai ganas menghempas. Masing-masing bercakaran menunjukkan kehebatan masing-masing. Sayup kedengaran bunyi sorakkan dari konco-konco Jinggo. Namun begitu kelihatan Jinggo yang pada mulanya menunjukkan kegagahan di depan konco-konconya semakin lemah diasak oleh hunusan kuku dan taring gigi lawannya. Asakan demi asakan dilepaskan oleh kucing asing itu yang kelihatan semakin gagah dan ganas itu. Dan tiba serangan penyudah kucing tersebut melepaskan cakaran sulongnya hingga menyebabkan Jinggo terpelanting terus ke longkang berhampiran. Ini menyebabkan konco-konco Jinggo yang dari tadi bersorak riang kini terdiam akibat tergamam dengan tertewasnya ketua mereka. Tidak setakat itu kucing itu terus mendapatkan Jinggo dan mengacukan kukunya ke muka Jinggo. “Tolong jangan apa-apakan aku lagi. Engkau memang hebat. Aku mengalah. Aku akui kehebatan engkau.” Jinggo yang mulanya berlagak seperti wira kini menikus dan merayu-rayu kepada kucing asing itu. Melihatkan ketewasan Jinggo dan kemenangan kucing asing itu, konco-konconya yang selama ini setia kepada Jinggo terus mendapatkan kucing asing itu. “wah, kamu memang hebat! Siapa kamu sebenarnya? dari mana kamu datang?”
“Nama aku Farouk. Aku sentiasa merantau dari satu tempat ke satu tempat.”
“Kalau macam tu Farouk. kami minta kamu jadi ketua kami, jadi pemimpin kami, kumpulan Swastika Hitam. Dengan kegagahan kamu, memang layak kamu menjadi ketua kami.”
“Betul tu Farouk. ketua kumpulan Swastika Hitam mestilah seekor kucing yang tangkas dalam pertarungan.” Jinggo turut serta memujuk Farouk untuk menyertai dan mengepalai Swastika Hitam.
“Baiklah. Kalau itulah permintaan kamu, aku sedia menjadi ketua kamu dan memimpin kumpulan Swastika Hitam ini.”
“Hidup Farouk!” Jinggo melaungkan kata semangat sebagai tanda sokongan yang diikuti oleh semua ahli kumpulan Swastika Hitam.
“Dengar sini kawan-kawan semua. Pertama sekali aku mengucapkan terima kasih kerana sudi melantik aku sebagai ketua kamu. Di sini aku berjanji akan memastikan kumpulan Swastika Hitam ini menjadi kumpulan yang paling berkuasa bukan sahaja di lorong ini, malahan di lorong-lorong yang lain di kawasan perumahan ini.” ucapan Farouk ini disambut dengan sorakan semangat oleh konco-konconya.
“Satu lagi yang ingin aku tekankan di sini, sekarang ini bukan lagi masanya untuk kita bergantung harap kepada manusia. Manusia sebenarnya hanya menyusahkan kita. Mereka bukan mahu membela kita. Tetapi mereka mahu mengongkong kebebasan kita”
“Ya, betul tu Farouk! kami sokong.”
“sepatutnya dari dulu lagi kamu menyertai kami Farouk.”
“Kita mesti bebaskan diri kita dari cengkaman manusia. Malahan kita mesti berusaha untuk membebaskan kucing-kucing peliharaan yang lain dari cengkaman manusia. Kita akan tarik mereka sertai kumpulan kita supaya kumpulan kita menjadi lebih kuat.”
“Hidup Farouk! hidup Swastika Hitam! Bebaskan diri dari cengkaman manusia!” sekali lagi lorong suram itu bergema dengan laungan kata-kata semangat daripada kumpulan Swastika Hitam. Ucapan Farouk yang penuh berapi-api telah menaikkan semangat baru dalam kumpulan Swastika Hitam.
Dalam keriuhan lorong itu oleh laungan semangat dari ahli Swastika Hitam, tiba-tiba muncul seorang wanita memanggil-manggil kucingnya yang hilang.
“Meow. Meow. Comel. Comel.” Wanita tersebut ternampak akan Farouk dan terus mendukung kucing itu. dipeluknya dan dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Kejadian itu hanya disaksikan oleh ahli-ahli Swastika Hitam yang lain tanpa sebarang reaksi. Terpancar riak-riak kehairanan di wajah masing-masing.
“Mana comel pergi? Puas mama cari comel tau. Tengok ni habis kotor badan comel. Balik nanti kita mandi ye. Mama ada beli whiskis untuk comel.” Wanita itu bersama Farouk yang didukungnya semakin jauh dan hilang di telan kegelapan malam.
“Ha ha ha ha ha ha!!!” lorong belakang yang sebentar tadi itu dilanda ribut kebisuan kini riuh kembali oleh gelak tawa penghuni-penghuni tetapnya.
“Ceh! Farouk konon. Kucing liar konon. Tak bergantung kepada manusia konon. Rupa-rupanya kucing belaan. Nama comel pulak tu. Makan whiskis. Punyalah manja.”
“Ha ha ha ha ha ha!!!” Kata-kata salah seekor kucing di lorong itu disambut gelak ketawa oleh rakan-rakannya.
“Huh!, nampaknya kita hampir-hampir tertipu oleh kucing manja tersebut. Sekarang ini nampaknya aku masih lagi ketua kamu semua.”
“Ceh Jinggo! Kamu sudah dikalahkan oleh kucing belaan yang manja tu masih lagi berangan-angan mahu menjadi ketua Swastika Hitam. Kamu tak layak menjadi ketua kami. Malahan kamu tak layak bersama-sama Swastika Hitam.”
“Cis! Berani kamu mempertikaikan kewibawaan aku! Mari kita bertarung.” Jinggo yang rasa tercabar dengan kata-kata salah seekor ahli Swastika Hitam terus mencabar kucing itu bertarung. Lorong belakang kawasan perumahan itu sekali lagi dilanda ribut pertarungan yang amat hebat. Keriuhan ribut pertarungan itu ternyata telah mengganggu ketenteraman malam penghuni di kawasan perumahan itu, tiba-tiba tin-tin kosong, botol-botol kosong dan air menghujani kawasan lorong suram itu yang membuatkan segala kucing-kemucing di lorong itu bertempiaran lari.

By Lidah Penghunus.

Untuk membaca kara yang lebih menarik lagi, sila ke link Putra Bulan>Karya muslim

Saturday, October 08, 2005

Secupak ilmu, Segantang Akal

Ilmu aku haus.
Bolos waktu sudah.
Rugi.


Kuliah Nik Aziz yg kuhadiri beberapa minggu sudah menceritakan tentang
kepentingan akal.

Wisdom.

secupak ilmu memerlukan segantang akal ntuk 'membawa' ilmu tersebut.

Ilmu akal tidak ada diajar di sekolah2.

Edward de Bono pun x mampu nak ajar ilmu akal...(bono banyak menipu)

ilmu tanpa akal = cannot deliver the knowledge/impliment very well.

Orang bijak kebanyakkannya berilmu.

Orang berilmu tak semestinya bijak.

Apa yang ingin aku sampaikan di sini?

Ilmu=termaktub. tetap

contohnya 1+1=2

akal =kreativiti


beginilah, aku kasik contoh


Pada suatu malam purnama...
katakan Ali naik kereta di lebuh raya yang dikelilingi hutan.
1 tayarnya pancit.Ali nak ganti tayar tersebut dgn tayar spare.
setelah dibuka tayarnya, nat2(4 biji) telah terjatuh di lubang jalan raya yang berlopak dalam.(tayar sparae memang takda nat ya)

telefon x da coverage.

masalah = kereta memerlukan 4 nat ntuk pasang tayar.

Nak pakai ilmu apa sekarang?(ntuk mendapatkan 4 nat yg telah hilang)

ilmu matematik?
ilmu mencari bengkel berdekatan?
ilmu telefo/sms?
ilmu jejak nat?
ilmu membuat magnet agar dapat tarik nat dari lubang?


Pemilihan nak menggunakan ilmu apakah itu didasari dengan AKAL.

Dalam ayat Quran juga, berulang2 kali disebut orang berfikir, tidakkah kamu berfikir dan pelbagai ayat yang menjuruskan supaya kita berfikir...

Penyelesaian = ilmu yang didasari akal.

Baiklah, kita bukak lagi minda.

Key question = macammana nak cari nat?

solution = berfikir + ilmu.

4 tayar = 16 nat.
1 tayar kehilangan 4 nat.

16-4=12 nat yang tinggal.

12 bahagi 4 = 3 nat untuk setiap satu tayar

TADA!(sound fx)

Friday, October 07, 2005

Duhai sahabat dhuat, yuk kita semua menziarahi blog baru sahabat ana...

sila layari http://fourtysomething.blogspot.com/

best best


moh kite ke sana.

Jangan malu ntuk bertandang ke sana dan berborak apa saja.

ucapkan salam...


(rugi kalau tak baca pemikiran orang hebat2 nih)

laa... tunggu apa lagi tu, just click on my link > 40 something


YUK!

Kalu mr Dhuat promote lebih2 bermakna teramat bestla blog itu...

tak percaya?

jom ke sana hehehe
Air gamat mampu ubati demam denggi?



Saudara Pengarang,
KETIKA negara kita berhadapan dengan wabak demam denggi, saya berasa wajib untuk berkongsi pengalaman yang mana terpulang kepada para pembaca untuk mencuba atau mungkin ada mana-mana pihak yang dapat mengkajinya.

Kali pertama saya mengalami perasaan cemas akibat penyakit `tiada ubat' ini ialah apabila anak bongsu saya mengalami demam yang amat sangat, muntah darah dua kali sebelum sampai ke HUKM. Dia muntah darah sekali lagi apabila berada di wad.

Dalam keadaan yang mencemaskan ini, saya telah berikan anak saya minum air gamat sebanyak dua sudu dan mencampurkan sedikit air gamat ke dalam air minumannya tanpa pengetahuan doktor.

Anak saya yang mulanya tidak mampu untuk minum air dengan banyak, akhirnya dapat minum dengan baik dan tidak muntah darah lagi. Adakah kerana air gamat ini? Tetapi yang pastinya anak saya dibenarkan keluar selang beberapa hari dia dimasukkan ke hospital.

Lebih kurang setahun kemudian, saya sendiri menghidap demam denggi. Tanpa pengetahuan doktor, saya juga minum air gamat. Doktor yang merawat saya berasa hairan apabila mendapati bilangan platelet saya naik sehinggakan beliau bertanya apa yang saya makan yang boleh menyebabkan platelet saya begitu. Saya pasti hanya air gamat dan makanan hospital sajalah yang menjadi makanan saya selama menerima rawatan.

Ditakdirkan, besan saya pula dijangkiti demam denggi dan telah dimasukkan ke Hospital Tun Ampuan Rahimah, Klang. Ketika melawatnya di hospital saya telah bawakan air gamat. Alhamdulillah bilangan plateletnya naik seterusnya menghilangkan rasa cemas di hatinya dan keluarga.

Semasa menghadiri satu majlis perkahwinan anak seorang kawan, saya telah diberitahu bahawa kawan saya itu dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. Saya telah mencadangkan kepada beliau untuk cuba minum air gamat.

Dia dibenarkan keluar hospital selang beberapa hari kemudian. Bilangan plateletnya yang rendah sudah naik semula.
Itulah pengalaman saya, terpulanglah kepada sesiapa yang menghidap demam denggi ini untuk mencubanya sebagai satu ikhtiar di samping mendapatkan rawatan di hospital.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para doktor dan jururawat HUKM yang baik-baik belaka ketika merawat saya dan anak. Semoga Allah memberkati segala kebaikan tuan dan puan sekalian. - SALEHA OTHMAN, Cheras, Selangor.

Thursday, October 06, 2005

TAKTIK ISRAEL MENGHAPUSKAN PEMIMPIN ISLAM

Israel sejak zaman-berzaman menggunakan pelbagai
kaedah untuk menghapuskan pemimpin, sama ada pemimpin
politik Islam, pemikir & penentang mereka. Taktik yang
digunakan bergantung kepada situasi, peribadi
pemimpin, dan suasana setempat pemimpin yang mereka
ingin hapuskan.

1) Kiriman surat perangkap

Kita sudah maklum, Israel menggunakan perisik mereka
sendiri iaitu Mossad untuk mengirim surat berperangkap
ini. Surat perangkap ini mengandungi bom, yang apabila
dibuka akan meletup. Telah ramai pemimpin Islam yang
terkena perangkap ini. Antara yang terawal, tika tahun
50-an, Mustafa Hafiz yang pergi bertemu Jamal Abdul
Nasir pada Jun 1956 di Gaza, akhirnya beliau
ditangkap. Selain itu, Bassam Abu Syarif, jurucakap
rasmi bagi Barisan Nasional Untuk Pembebasan Palestin
juga terkena perangkap yang sama pada 1972 di Beirut.
Begitu juga pengarah Pusat Kajian Palestin, Dr. Anis
Soyigh.

Namun tidak selamanya taktik ini berkesan. Rupanya
jerangkap membingkas memakan tuan. Pada 19 Ogos 1972,
Pengarah Mossad, Amir Syasyuri, yang ketika itu berada
di Kedutaan Israel, London turut terkena surat
mengandungi bom itu dan dia mati di tempat kejadian.

Pihak organisasi Palestin (organisasi perjuangan)
telah menggunakan banyak cara demi mengelakkan
perangkap ini membingkas lagi. Antaranya dengan
menjaga kerahsiaan peti surat, membuat daftar harian
bagi setiap surat yang masuk dari mana, bila dan apa
jenisnya serta bentuknya. Selain itu, mereka tidak
membuka surat di tempat yang ramai anggota organisasi
berada seperti di pejabat, tetapi menyerahkannya
kepada pakar pembuka surat yang lengkap dengan
peralatan untuk dibuka di tempat khas yang jauh
daripada manusia.

2) Memasang bom pada kereta

Kebanyakan pejuang kurang mengambil berat tentang
persediaan asasi dan penting untuk keselamatan kereta
walaupun mereka terdedah kepada risiko tersebut.
Daripada penulis Ghassan Kanfani di Beirut hinggalah
kepada Bassam As-Sya'kah di Tebing Barat dan selain
mereka, ramai yang telah terkena. Mungkin ini kerana
mereka tidak pernah terfikir bahawa mereka mungkin
menjadi sasaran Mossad sebab mereka tidak terlibat
dalam gerakan ketenteraan atau keselamatan, walau
bagaimanapun, pengalaman membuktikan Mossad
menyasarkan serangan kepada semua jenis golongan
rakyat Palestin sama ada wartawan, jurnalis,
sasterawan, hinggalah kepada pemimpin politik dan
tentera.

Memasang bom tidaklah sesusah mana. Cuma memerlukan
seseorang yang tahu selok belok litar elektrik kereta,
di mana-mana boleh dipasang. Di enjin, di bonet, di
but kereta, di pintu, di atas kerusi ketika duduk,
hatta pada lampu tinggi, lampu belakang dan mana-mana
lampu boleh dipasang bom. Asalkan litar elektrik dapat
disambungkan, maka terciptalah bom yang mampu
memusnahkan nyawa dan kereta!

Inilah yang berlaku kepada As-Syahid Ibrahim Banu
'Udah yang diletupkan dalam kereta kerabatnya.
Sepatutnya, beliau tidak memberikan kunci kereta
beliau untuk dibuat pendua kepada sesiapa yang tidak
dikenali agar tidak dibuat kunci pendua bagi
menceroboh kereta beliau. Penggera kereta patut
dipasang, meletakkan tanda pada pintu, but dan bonet
kereta supaya dapat mengetahui jika dibuka, selain
memastikan pintu dikunci dan dijaga. Pejuang jua perlu
memastikan tidak berlaku sebarang perubahan ganjil
pada keretanya pada waktu malam dan memeriksa bahagian
bawah kereta pada waktu pagi kerana kemungkinan besar
bom diletakkan di bawah kereta.

3) Meletupkan kereta dari jarak jauh

Teknik ini teknik yang mudah dan tidak memerlukan masa
yang banyak. Peletup cuma memerlukan alat penerima
isyarat yang dibubuh pada badan kereta dan penghantar
gelombang yang mengandungi butang peletup. Apabila
sasaran sudah tiba, butang itu hanya perlu ditekan dan
BOM! Kereta itu meletup.

Pejuang perlu memastikan agar alamat sentiasa
bertukar, telefon juga selain kereta yang digunakan.
Sebelum memakir kenderaan, pejuang juga perlu
memastikan agar tiada kereta atau orang-orang yang
mencurigakan berada di kawasan sekeliling.

4) Menembak dari jarak dekat

Sebahagian besar pejuang Palestin, yang dihapuskan
dengan teknik ini, berada di negara-negara Eropah yang
pada pandangan mereka, negara seperti ini selamat
sedangkan negara-negara Eropah mempunyai hubungan yang
erat dengan Mossad dari sudut perisikan. Hal ini
memang agak mengecewakan kerana para pejuang Palestin
tidak mengambil berat hal keselamatan masing-masing
setelah berada di negara tersebut sedangkan mereka
adalah buruan Mossad dan berada dalam senarai paling
dikehendaki dan penting dalam organisasi.

Antara yang terbunuh dengan taktik ini ialah As-Syahid
Fathy As-Syaqafi, Amin Am bagi pergerakan Jihad Islami
di Palestin yang ditembak oleh seorang komando Israel
di Malta pada tahun 1995.

5) Menyerbu rumah

Yang dihapuskan melalui cara ini adalah Kamal Nasir,
Kamal Udwan dan Abu Yusuf Najjar yang rumah mereka
diserbu komando-komando Mossad di bawah pimpinan Ehud
Barak pada 10 April 1973. Ketika serbuan berlaku di
flat yang didiami oleh ketiga-tiga mereka di jalan
Firdan, Beirut, mereka ditembak. Kawasan yang mereka
diami, tidak ramai rakyat Palestin atau rakyat Lubnan
asal, jadi mereka mudah dijadikan sasaran Mossad.
Sepatutnya, pejuang tidak berada di tempat awam
sehingga memudahkan rumah mereka dijejaki. Juga perlu
berhati-hati ketika keluar dan masuk rumah. Selain
itu, pejuang perlu memastikan jiran-jiran mereka bukan
dari kalangan perisik-perisik atau yang boleh disyaki.
Malang bagi Abu Yusuf dan sahabatnya, jiran hadapan
rumah mereka di aras yang sama adalah seorang wartawan
Amerika yang menghilangkan diri selepas serbuan
berlaku.
Taktik ini memerlukan ramai orang dan persediaan yang
cukup rapi selain maklumat yang lengkap. Jadi,
kelemahan pejuang sehingga mendedahkan maklumat
keselamatan diri sepatutnya dielakkan.

6) Meletupkan bilik

Taktik ini digunakan dengan memasang bom pada katil,
pada pintu atau pada mana-mana alat penerima isyarat
yang boleh diletupkan dari jauh. Kes seperti ini
banyak berlaku di hotel yang didiami pejuang
sebagaimana yang berlaku terhadap Doktor Mahmud
Al-Hamsyiri pada 1972 di Paris dan Majid Abu Syirar di
Rom pada 1981. Perlu diingat bahawa hotel-hotel yang
didiami khususnya di negara Eropah adalah dibawah
pengawasan polis dan rangkaian Mossad. Justeru, amat
mudah bagi Mossad untuk menyamar sebagai pekerja hotel
dan memasang bom. Pejuang seharusnya menyembunyikan
identiti masing-masing sewaktu mendiami hotel dan
berwaspada terhadap pekerja-pekerja hotel selain tidak
tinggal tetap di satu hotel sahaja.

7) Racun

Yang terkenal dengan percubaan Mossad Israel untuk
membunuh beliau dengan racun adalah Ustaz Khalid
Masy'al, Ketua Pejabat Politik bagi HAMAS namun gagal.
Tetapi mereka berjaya membunuh Wadi' Hadad, doktor
Palestin merangkap salah seorang pemimpin Barisan
Nasional Pembebasan Palestin yang mampu merangka
beberapa operasi merampas kapalterbang. Racun itu
dibubuh padanya di Baghdad, yang menyebabkan beliau
mati akibat kanser darah kronik pada 28 Mac 1973.
Khabar angin juga masih tersebar mengatakan bahawa
Yaser Arafat juga terkena jenis racun yang sama yang
membawa kematian akibat kanser darah. Hal ini boleh
dielakkan dengan berhati-hati mengambil makanan
terutamanya di tempat awam, memastikan tiada orang
asing yang masuk ke dapur, makanan hanya disediakan
oleh orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau
diri sendiri dan memasang kamera pengawasan ketika
tiada di rumah untuk mengelakkan orang yang tidak
dikenali masuk dan menaruh racun dalam makanan.

8) Peluru berpandu dari pesawat

Kaedah ini dilakukan terhadap Syeikh Ahmad Yasin,
pengasas gerakan HAMAS, dan Syeikh Abbas Al-Musawi,
Amin Am Hizbullah dan Abu Ali Mustafa, Amin Am Barisan
Nasional Pembebasan Palestin dan Doktor Abd Aziz
Rantisi dan ramai lagi pemimpin gerakan HAMAS. Teknik
dilakukan dengan pengesanan sasaran melalui satelit
yang menghantar maklumat dan gambar kepada pesawat
yang mengintip sasaran.

9) Meletupkan telefon bimbit

Pemimpin yang terkenal yang terkena letupan telefon
bimbit ini adalah Yahya Ayyasy, ketua Istisyhad dalam
pergerakan Kataib Qassam. Dikisahkan oleh Usamah
Hamad, sahabat rapat Yahya, bahawa 5 bulan sebelum
pembunuhannya, Yahya berlindung di rumahnya. Bapa
saudara Usamah, Kamal Hamad, orang yang mempunyai
hubungan rapat dengan perisikan Israel telah
memberikan sebuah telefon bimbit Belfone kepada Yahya
untuk digunakan. Kamal telah meminjam telefon itu
selama dua hari dan memulangkannya kepada beliau.
Sementara itu, bapa Yahya sering menghubungi Yahya
melalui telefon bimbit sedangkan beberapa kali Yahya
menyuruh bapanya menelefon menggunakan telefon rumah.

Pada Subuh hari Jumaat 5 Januari 1996, Kamal
menghubungi Usamah untuk memintanya membuka telefon
bimbit kerana beliau ingin menelefon dari Israel
kerana talian telefon rumah telah dipotong. Pada jam
9, bapa Yahya menelefon telefon bimbit tersebut serta
menyatakan bahawa tidak dapat menghubungi rumah Usamah
kerana talian telefon dipotong. Seketika kemudian,
Yahya menyambut telefon dan mengatakan, "Wahai ayah,
janganlah lagi menelefon dengan Belfone ini..." dan
tiba-tiba telefon itu meletup dan Yahya jatuh.
Rupa-rupanya, 50 gram bahan peledak telah ditanam di
dalam telefon...

dicilok dari tulisan seseorang.

moga bermanfaat

Tuesday, October 04, 2005

Patik ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua dan semoga amalan kita mendapat keredhoanNya.

Monday, October 03, 2005

Interesting Facts - NOKIA Mobile Phones
Some interesting facts for your Nokia Mobile.

(1). Imagine your mobile battery is very low, you are expecting an
Important Call and you don't have a charger. Nokia instrument comes
with reserve Battery. To activate, key is *3370# your mobile will
restart with this Reserve and your instrument will show a 50%
increase
in battery. This Reserve will get charged when you charge your cell
next time.

(2). The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find
yourself out of coverage area of your mobile network and there is an
emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to
establish the emergency number for you.
Do share this important info with others too. Hope you'll never need
to use it though! And interestingly, this number 112 can be dialed
even while the keypad is locked. Try it out !