Wednesday, December 28, 2005

"Bahasa Terindah"

Yang diucap dalam bahasa terindah.
jawapan yang bertanya didengar nabi.
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.
lereng gunung menjadi amat sunyi.
suara saja tegas bergema.
disampai arah berkias maksud serentak,
tapi jelas intinya.
tidak sedetikpun Allah menghindar.
atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
penuh baraqah.
yatim ia tak berlindung,
tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
awal begitu bergantung,
kini tidakkah merdeka,
bebas hidupnya.

lirik: Dato' A Samad Said
lagu: Ramli Sarip

Ana akan perform lagu ni diiringi petikan gitar oleh meow soleh. Nantikan konserto kami

Friday, December 23, 2005

Janganlah begitu

Janganlah Begitu...


Janganlah kita senantiasa mahukan agar semua orang mengikuti rentak kita sahaja sepanjang masa.
Sebagai orang yang baik, kita juga harus "meraikan" juga rentak yang lain dan ianya bukanlah disepanjang waktu pun.

Lihat alam.
Ramai orang.
Ramai ragam.

Be concern.
Jangan pentingkan diri sendiri.

'sensitive' la sikit..

kat public pantry...

Tanya kawan dia nak minum apa, bagi segala untuk menceriakan dia.
Jangan pula kita tunggu sahaja air apa yang bakal disediakan oleh teman-teman.
Air kopi?: Takmo
Air Milo?: Nak

kenapa ni?

Teman dah sediakan tu, minum sahajalah...
berterima kasihlah...
mujur dia buatkan air milo.
dan juga kerana dia 'tahu' minuman kegemaranmu itu.

Kamu?

Tunggu sahaja air untuk diminum, nikmati dan komen sahaja kalau air tak sedap.

Ada kamu tanya kepada teman kamu apa pula minuman kegemarannya?

( JAUH lagilah untuk membikin air untuk temanmu itu... )

Tanyalah...

atau kamu juga boleh menolongnya ke dapur, bersama-sama membikin air milo
atau membelikan milo untuk dinikmati oleh semua teman-teman...

Satu rasa yang sama, dibikin oleh aku, kamu dan kita semua.

Rentakmu, rentakku jua
rentak kita bersama...

p/s:Air milo dan rentak hanya kiasan shj...

Thursday, December 22, 2005

Kembali

-Kembali-(monoblog)

Aku pasti akan kembali
seperti warna dahulu
Aku pasti kembali
setangkas dahulu
Aku pasti kembali
sehebat dahulu

Sandarkan pada kehebatan dahulu?
Pasakkan pada rindu dahulu?
Impikan cerita-cerita dahulu?

NANTI DULU!

itu dulu.
dulu-dulu.

Realitinya sekarang.
Sekarang.
Terang berderang
Terbentang

Terima sahaja seadanya
Jangan ungkitkan kehebatan yang dahulu
kerana

Realitinya sekarang

Kau adalah apa yang kau tulis sekarang
Kau adalah apa yang kau nyanyikan sekarang
Kau adalah apa yang kau nyatakan sekarang

Bukan dahulu, bukan juga mendatang.

Kau adalah kau sekarang.
Banjir

dhuat: apa kerosakan akhlaq yg depa dok buat sehinggkan ALLAH murka?
paey: mungkin juga 'apa amal yg mereka buat sehingga Allah sayang dan beri ujian utk tambah iman?'


nota:Paey adalah salah seorang drpd team the Dhuat.

p/s: Para "dhuat", yuk ke sana.Kita tolong depa. Cuti panjang nih (terjemahkan "blog" anda dalam bentuk perbuatan)

Wednesday, December 21, 2005

Ada tanda halal beli.
Yakin halal beli.

Tuesday, December 20, 2005

oh terindah,

aku, tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri

senyumlah melati
sambutlah mentari

Saturday, December 17, 2005



(1)

When Your Heart Speaks.

Aku dah tahu apa yang aku paling2 nak di dunia ini.

Aku dah tahu halatuju aku.

Aku dah fokus.

Aku dah faham.

Aku dah dapat on button "super-power strengh" yang tak pernah aku on-kan selama ini.

Moga ALLAH mengkabulkan.

Terima kasih ALLAH.


(2)

Album ke 4 Dhuat.

Album Pertama 2002 - For the sake of ALLAH
Album ke dua 2004 - Pesanan Untuk Dunia
Album ke tiga 2005 - Pejuang Sejati
Album ke empat 2006 - ????

Skang ni sebok, sbb tu takder masa yang terluang ntuk bikin musisi sepertimana dahulu.

Friday, December 16, 2005

Suasana melody di Malaysia:Teori Dhuat (1)

Faktor keselesaan rakyat jelata menyebabkan terhasilnya melodi indah di tanah Melayu Khatulistiwa.

Berbeza di Timur tengah yang semangat nya membara dek cuaca panas dan terik menghasilkan melodi bersemangat kental.Mungkin juga penindasan terhadap rakyat jelata menyebabkan folk musik mereka menentang penindasan disusuli irama rentak perjuangan.

Berbeza dengan kita,Khatulistiwa.. disogokkan dengan lagu bangau oh bangau (bukan angau oh angau yer)yang mana telah bersawang di minda rakyat sejak sekian lama seterusnya menjurus kepada mengiyakan/menceritakan dan mempraktikkan "blamming culture".

Berbeza dengan irama di negara Tropika; Indonesia dan Thailand,Filipina.(Vietnam another story)

Mereka tak mewah sepaerti tanah Melayu.

Irama mereka real, mereka lapar, mereka ditindas pemerintah, makanya musikanya kian tulus.

Menceritakan keadaan sebenar (Iwan Falls, Belalang tua) dan bukannya cerita cinta atau angan angan sepertimana lagu rock Malaysia tahun 80an (Search,Rozana86) juga nasyid 2000 (UNIC,CUDIPT)

Mungkin juga seperti di indonesia dan juga Filipina, anak2 kecil sudah mempunyai basic music yang tinggi hasil pengaruh choir.

Nak kata kekangan politik yang menyekat lagu menjadi kritis, tak juga.
Mentaliti dan juga sogokan lagu2 sebegini semenjak sebelum merdeka menyebabkan lagu Melayu menjadi sebegini.

Ada dengar lagu P Ramlee yang menentang penjajah? Takdek kan?
Ada dengar lagu R Azmi menyuruh ke arah kebaikan? Takdek kan?
Ada dengar lagu joget/ghazal yang menentang penindasan ? Takdek kan?

Yang ada cuma lagu yang menjurus kepada kedamaian,jiwa-jiwa, walaupun genre musik yang berbeza namu halatujunya tetap satu... jiwang karat geli.

(Kemasukkan lagu nasyid arab ke Malaysia aku belum kaji lagi.Lain kali aku sentuh topik tu)

M Nasir ada jugalah membuat lagu menentang penindasan cumanya dia agak berlapik berbanding Iwan Falls.

Pemusik/pembikin musik yang berjaya adalah yang mejuruskan rakyat agar berfikiran terbuka.

selit sikit pasal bob Marley

Marley’s popularity was very appealing to politicians. During Jamaica’s election of its prime minister they knew the support of someone famous, such as Marley, could sway the public. In Jamaica, this created the problem of granting a musical artist the power to decide an election. Everyone knew of or had listened to Marley, so it made sense for his support to be fought over between the candidates.

In Jamaica, Marley could voice the feelings and opinions of his fellow citizens, who were delusional with the failures of independence and the breakdown of local politics. The role of music in Jamaica contributed to Marley’s music. It helped play an important role in giving voice and communicating with an increasingly important political class in the evolving country. Undoubtedly, he was favored by both sides of the politic battle in Jamaica and with many other nations around the world. Marley avoided direct involvement in politics, because the Rastafarian people believe that activities like that were essentially invalid manifestations of the work of higher government authorities against which they believed. One of the original reasons behind Bob Marley’s emergence as a leader within post-independent Jamaica was simple: the complete failure of the country’s political leaders to represent the needs of the black lower classes in the years before and after their independence. By staying away from the malevolent competitive battles of the actual and possible political leaders, he could attract a group of followers that others could not amass. “As former Jamaican prime minister Michael Manley has noted, ‘Marley took what was a subculture in Jamaica and elevated it to a dominant culture…[He] took a folk art and he elevated it into a universal language of communication.’ Perhaps the expansion of black culture was even more important than political change” (Wolk, par. 9).
(aku taula pasal Bob Marley tapi takla sedetail yang aku paste ni)

Bob Marley hanya salah satu contoh, banyak lagi..

persis apa yang Iwan Falls lakukan di Indonesia pada suatu ketika dahulu.

Iwan Falls dimasukkan ke lokap.


Jangan terlalu bebas hingga melahirkan fahaman lagu black metal, punk racist, Da Bomb disco. Jikalau tak dikawal, lagu2 melayu/orang putih ini boleh menjurus kepada zina, membenci kaum menentang hukum ALLAH.


(bersambung...)

Tuesday, December 13, 2005

Sungguh terkesan pabila membaca artikel di bawah.

Roh nya begitu kuat berbanding saya. Jeles aku jeles.

Adakah dengan jeles sudah cukup memadai ?

Insyaallah kami(Cpol n Ahmad) akan menterjemahkan "roh semangat juang para amillin" dalam bentuk nasyid kami yang tak seberapa ini.




SALAM IFTITAH TUAN RUMAH
[Edisi Jumada al-Awwal 1425 / Jun-Julai 2004]

[NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG]

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Saifulislam Online telah selamat saya pindahkan ke server baru. Asal tujuan, semata-mata untuk membolehkan saya menempatkan koleksi mp3 nasyid alternatif kepada nasyid lain yang sedia ada di halaman-halaman yang lain. Sebagaimana yang telah saya jelaskan di halaman [ Nasyid ], banjiran dendangan nasyid-nasyid yang ada di pasaran hari ini seasalnya patut menjadi alternatif kepada gejala hiburan melampau yang wujud di dalam masyarakat. Tetapi entahlah, semenjak kemunculan kumpulan nasyid komersil menjelang tahun 2000, hari demi hari menyaksikan nasyid terpaksa mengikut kehendak arus yang sedia ada, dan bukan lagi cuba membentuk arus baru yang dikehendaki oleh Islam.

Di zaman nasyid berkompang pada akhir 80an hingga pertengahan 90an, kaset-kaset RM4 yang dijual di kawasan ceramah, di sekolah-sekolah agama dan kedai-kedai buku sambil menunggu bas ekspres pulang ke kampung itu, mengandungi himpunan lagu yang menguatkan semangat untuk berjuang. Malah daripada nasyid itu kita boleh mempelajari tentang perkembangan perjuangan gerakan yang didokongi oleh kumpulan berkenaan. Lihat sahaja Nadamurni, nasyid seperti Musafir Kelana, Kawan, dan kaset Selamat Tinggal Duniaku yang agak kontroversi kerana didendangkan oleh Muslimat mereka, mencerminkan era pembinaan jemaah al-Arqam. Kemudian terbit pula kaset Rindu, Munajat dan sehinggalah kepada Pulang Abuya Pulang, memahamkan kepada kita tentang apa yang berlaku kepada perjuangan mereka. Saya tidaklah berhasrat untuk memberikan komen tentang isi kandungan nasyid-nasyid itu. Album Cahaya di Ufuk Timur yang memuatkan muqaddimah fikrah Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu telah difatwakan haram oleh beberapa tokoh di tempat saya belajar di Jordan, bilamana ia dipertimbangkan daripada kaca mata Al-Quran dan penjelasan sebenar Hadith-hadith yang sahih. Namun yang ingin saya pertekankan adalah nasyid di zaman berkenaan adalah nasyid fikrah, nasyid dakwah, nasyid bermesej dan nasyid yang membangkitkan semangat berjuang.

KEMUNCULAN AL-WADI DI MESIR

Begitu juga kita semua terhibur dengan kemunculan kumpulan Usrah al-Wadi oleh pemuda-pemuda yang menuntut di Universiti al-Azhar. Kaset pertama mereka, saya pun tidak pasti sangat apa tajuknya, dirakamkan di dalam bilik sahaja. Kalau tidak silap saya tajuknya ialah "Di Manakah Silapnya". Ketika itu saya masih di Tingkatan Empat 1991. Nasyid-nasyid yang mereka dendangkan dengan penuh makna itu banyak menyumbang kepada pembinaan fikrah dan diri. Sehingga ia seakan-akan menjadikan saya lebih tua dari usia sebenar. Lagu Wasiat Sayyid Qutb yang asal sebelum dirakamkan semula di dalam album keempat mereka "Islam Penyelesaian" sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan lagu Di Manakah Silapnya yang menceritakan tentang perpecahan menjadi punca kejatuhan Ummah sangat berkesan kepada diri. Selepas album pertama itu, muncul pula album kedua edisi terhad yang diterbitkan sebanyak 500 unit sahaja jika saya tidak tersilap. Iaitu kaset sempena Hari Raya Aidilfitri. Di antara lagu yang sangat saya kenangkan adalah "Anak Kecil di Palestin" yang turut saya dan penyanyi utamanya persembahkan di hadapan Sultan Perak di Dewan DBI, Ipoh sempena pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak pada tahun 1992. Semua orang terpegun dengan mesej tajam yang disampaikan bilamana nasyid kami anti klimaks. Orang lain sibuk mendendangkan nasyid goyang kepala dengan baju-baju yang menyilaukan mata, tiba-tiba kami dendangkan nasyid rintihan seorang anak kecil di Palestin yang meratapi kematian ibunya di pagi Aidilfitri oleh kekejaman regim Yahudi.

Begitulah seterusnya terbit album Kepimpinan Ulama, Islam Penyelesaian, Fajar Lebaran dan Belenggu Fatamorgana yang bila mendengar isi kandungannya, seakan-akan mendengar berita al-Jazirah! Ada nasyid tentang Bosnia, Tragedi Natrah, Masjid Babri, Kashmir, Afghanistan dan segala krisis umat Islam disentuh. Akhirnya nasyid Membangun Bersama Islam dan Islam Penyelesaian menjadi konklusi kepada semua tragedi tersebut. Begitu juga dengan nasyid Ideologi dendangan Dr Jamnul Azhar yang menyebabkan ramai ternganga. Nasyid itu dengan penuh sarcastic menyindir golongan sekular yang sangsi dengan Islam, dan lebih selesa dengan teori Niccolo Machiavelli.

UNITED KINGDOM TIDAK KETINGGALAN

Usrah al-Wadi di Mesir juga menghasilkan anak buahnya iaitu Usrah as-Soff yang pada album pertama dan keduanya banyak menyumbang kepada kategori nasyid pejuang. Pada masa yang sama juga, Sinaran Azhar oleh sahabat-sahabat Alami sempat menghasilkan beberapa buah album. Manakala di United Kingdom pula, rakan seperjuangan tidak ketinggalan menghasilkan beberapa album dan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Suara Tajdid itu telah mementaskan pentomin Salehuddin al-Ayyubi yang tidak akan saya lupakan. Album dengan cover Hitam Putih mereka, turut memuatkan sajak tentang insiden di Masjid ar-Rahman semasa kedatangan kumpulan kriket Yahudi ke Malaysia suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Razi, Ziad, Zamri, Najmi dan Azri adalah penghibur kita pada masa itu dari UK. Zaman itu kita kaya dengan nasyid yang memberi tenaga kepada pejuang agama, dan menjadi peluru tajam kepada yang menentang arus kebangkitan Islam. Alhamdulillah selepas saya lancarkan Saifulislam Online di server baru ini, rakan-rakan telah berhubung dan menyumbangkan koleksi mp3 Suara Tajdid. Halaman Suara Tajdid juga boleh diziarah di link [ UG5C ] ini.

DIRIKU BERSAMA USRAH AL-FIRDAUS

Angin nasyid di Mesir yang begitu kuat, bersemangat dan bertenaga menjadi aspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan di Jordan dengan kemunculan kumpulan usrah al-Firdaus. Album pertama Usrah al-Firdaus diterbitkan sebelum saya tiba di Jordan lagi. Album Sang Suria menampilkan Majdan Alias, Erfino Johari dan ramai lagi munsyid pada masa itu. Mereka adalah juara di kuliah, mereka juga juara di medan amar ma'ruf dan nahi munkar, tetapi tidak menghalang daripada bernasyid lantas dendangan mereka adalah refleks kepada jiwa pejuang dan penuntut ilmu di jalan Allah.

Saya dilamar untuk menyertai kumpulan Usrah al-Firdaus semasa di Mekah. Ketika kami menyertai rombongan umrah pertama untuk pelajar-pelajar baru, saya dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan di majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Madinah. Oleh kerana saya memang gemar bernasyid, maka lamaran itu diterima dengan sepenuh hati dan on the spot saya karangkan nasyid "Nostalgia Tanah Suci" untuk dipersembahkan. Orang lain sibuk membaca al-Quran, saya pula termenung mencipta nasyid tersebut di tingkat dua Masjidil Haram. Tetapi hanya untuk beberapa jam sahaja. Alhamdulillah, jiwa semasa itu masih puitis dan idea mencurah-curah. Nasyid itu adalah luahan hati saya yang kesal dengan sikap sesetengah kawan yang setibanya sahaja kami di Madinah (kami menaiki bas dari Jordan di utara Saudi, maka sampai di Madinah sebelum Makkah), yang mereka kagumkan adalah keindahan binaan Masjid Nabawi dan bukannya geledak iman dan perasaan diri sampai ke kampung halaman junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga apabila tiba di Makkah, yang dibualkan adalah kehebatan infrastruktur Masjidil Haram serta ramainya manusia di sana, dan bukannya 1001 hal yang tersirat tentang realiti umat Islam di sebalik penampilan zahir yang tersurat itu.

Kemudian, semenjak itu saya sentiasa meluahkan isi hati melalui nasyid yang saya cipta. Nasyid Tetamu Dataran Syam adalah di antara nasyid paling segera yang sempat saya siapkan. Ia ditimbulkan daripada sajak Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin tentang Bumi Syam. Saya bawa sajak itu ke dalam bilik kawan yang saya tumpang di Irbid, Jordan, dan saya ubah ia menjadi nasyid. Alhamdulillah sejam selepas itu siaplah nasyid Tetamu Dataran Syam yang kami dendangkan sempena menyambut pelajar baru tahun 1994 di dalam program Sambutan Pelajar Baru oleh Persatuan Pelajar Malaysia Jordan (PPMJ).

Nasyid-nasyid lain dikumpul bersama berkat derma yang dihulurkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah kami berjaya mengumpul wang untuk menghasilkan album kedua Usrah al-Firdaus bertajuk Gemilang pada tahun 1995. Album kedua ini, dirakam buat kali pertama di studio yang lebih 'profesional' berbanding rakaman di bilik yang generasi pertama Usrah al-Firdaus sental pintunya dengan kain pelekat agar soundproof. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid hampir 80% daripada keseluruhan album. Walaupun kualiti bunyi tidak memuaskan hati kami, namun ia tidaklah menjadi isu sangat. Apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Kami cuba tingkatkan lagi kualiti audio dengan kemunculan album ketiga iaitu Dunia Ini pada tahun berikutnya. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid dengan jumlah yang hampir sama tetapi kali ini sebahagiannya didendangkan oleh sahabat yang lain termasuklah Bambang Erman dan Erwan Johari. Ia, Erwan yang kini menjadi DJ di IKIM FM . Tajuk album tersebut iaitu Dunia Ini, mengambil sempena nasyid yang beliau cipta dan dendangkan dengan lirik yang saya tulis. Selepas itu muncul lagi album seterusnya iaitu Bingkisan Aidilfitri yang digelar oleh sahabat-sahabat di Jordan sebagai "Bungkusan Aidilfitri" kerana cover kaset tersebut yang terlalu hodoh, seperti kotak geometri. Kedai yang mencetaknya telah menipu kami, membuang semua design yang asal dan digantikan dengan warna hijau pudar yang amat mendukacitakan. Saya masih menyumbangkan banyak nasyid di dalam album berkenaan tetapi saya sudah tidak menjadi munsyidnya lagi.

Pada masa itu saya rasa sudah terlalu 'tua' dan tiada kemampuan untuk berulang daripada Mu'tah ke Amman (200km) setiap hujung minggu, menggendong kitab-kitab untuk diulangkaji sambil rakaman di studio yang ada kalanya bermula pada jam 11 malam hingga subuh. Tetapi sebenarnya saya sudah mula patah semangat kerana di zaman itulah nasyid kontemporari semakin popular dan demand semakin tinggi untuk nasyid kompang ditinggalkan dan digantikan dengan yang lebih moden serta kontemporari. Moden bukan sahaja pada alat muziknya, bahkan moden pada lirik. Nasyid tentang nasib ummah, nasyid tentang jihad dan perjuangan saudara-saudara Islam sedunia dan segala macam nasyid yang membawa 'mesej berat' semakin tersisih.

NASYID BUKAN MELAYU LEBIH KONSISTEN

Maka pada masa itu saya mula mengalihkan diri kepada nasyid bukan Melayu yang lebih konsisten. Nasyid Abu Ratib, Abu al-Joud, Abu Mazin dan 'Abu-abu' yang lain dari Syria dan Jordan menjadi bahan hiburan pada masa tersebut. Konsert nasyid berkenaan [Mahrajan Intifadhah], bila dihadiri, terasa seperti mahu meloncat ke atas pentas disebabkan oleh tiupan semangat intifadhah melalui persembahan mereka. Di antaranya adalah kumpulan Firqah ar-Rawabi dengan lagu 'Marwan'nya. Nasyid tersebut menceritakan tentang Marwan, seorang pelajar University of Jordan yang semasa cuti semester, telah pergi berjihad ke Palestin dan dikurniakan syahid! Saya juga mengumpulkan nasyid-nasyid dari Turki [Ilahiler] dendangan para huffaz seperti Prof Mehmet Emin Ay dan Mustafa Demirci , serta Ahmed Ozhan yang begitu menusuk jiwa dan menjadi unggun api terhadap semangat saya mengkaji sejarah Daulah Othmaniyyah. Lebih menggembirakan pada masa itu, selepas Solat Tarawih di Uskudar, saya dan jemaah masjid terus ke seberang jalan masuk ke khemah besar yang disediakan untuk orang ramai mendengar persembahan live nasyid-nasyid itu tadi. Bulan Ramadhan di Istanbul pada masa itu membawa kita semua terbang bypassing era Ataturk untuk tembus pulang ke hari-hari Khilafah Othmaniyyah yang gilang gemilang. Saya rindukan suasana itu.

Nasyid-nasyid di Turki mempunyai disiplin seni yang unggul bahkan dendangan yang sama pernah digunakan di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah untuk mengubat pesakit jiwa di hospital. Artikel Prof. Dr. Ayhan Songar bertajuk "Socio-Psychiatric Institutions in Old Turks Under Islamic Tradition " menjelaskan secara terpeinci tentang hal ini. Tidak malu pada diri saya untuk menyebut inilah dia apa yang dinamakan sebagai kesenian Islam. Berbanding dengan nasyid-nasyid kontemporari Malaysia yang ada hari ini, konsertnya dinamakan sebagai Malam Kesenian Islam tetapi bagi yang tidak memahami Bahasa Melayu akan kehairanan melihat pemuda-pemuda berketayap mendendangkan lagu pop! Janganlah dikaitkan Islam dengan seni yang pathetic seperti ini!

DAN KINI...

Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife.

Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang...

ABU SAIF
10 Jumaada al-awal 1425
28 Jun 2004
Isi2 Kuliah kat Masjid Favourite Aku.

Menuju Siqoh.

Qonaah=merasa cukup/redho dengan apa jua yang ALLAH berikan/tentukan
(Untuk mendapat keredhoan ALLAH, kita jua harus redho dengan apa jua yang ALLAH tentukan....)


3 Perkara menghasilkan ilmu

1) Al Quran dan Hadith
2) Akal
3) Pancaindera (telinga, mata, hati)


Jadilah anak jenis yang ke 3

Jenis 1. Membuat apa yang disuruh oleh ibubapa apabila dirotan/diberi hukuman.

Jenis 2. Membuat apa yang disuruh oleh ibubapa apabila diberi ganjaran/ada udang sebalik mee.

Jenis 3. Tak kisahlah, dapat upah ke, dirotan ke, tak dapat apa-apa ke, kerja yang disuruh tetap juga dibuat dgn ikhlas.

Sunday, December 11, 2005

Aris Ariwatan (Yusri / Imanzali)

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Ana akan re-aarange lagu ni n rakam semula.
Mendamaikan lagu ni.. best best!
Nyah Rutin.


kebiasaannya kita melakukan sesuatu yang sama setiap bulan.

Kali ini, saya akan mengajar contoh2 nyah rutin yang boleh menceriakan anda.

1) Amik cuti sesuka hati. Dan lakukan perkara halal yang ingin anda lakukan.
contohnya main layang2, makan nasi lemak kat tempat yang asing(tak pernah pergi)
naik keretapi ke seremban dan fikirkan masa depan(yg dicatitkan dalam buku nota kecik)

2) Check direktory kawan lama/ex uni/ex officemate/ex usrah member.Call and tanya khabar dia.

3) Pergi ke tempat anda dibesarkan.INI SELALU BERKESAN untuk menaikkan semangat.
teringat kawan2 lama, galah panjang,konda kondi,main longkang...
pergi ke tempat lama ini sungguh menenangkan.

4) Tengok/baca rancangan cerita yang kita selalu ignore.
Bagi peluang kat rancangan tv tu.mana tau best la pulak layan.

5) Tingkatkan amalan2 baik(ni aku takyah explain) to purify your heart.

6) Rancangkan/slotkan prgm ziarah family/kawan lama di sepanjang tahun.
Aku tahu korang bz ngan prgm daawah tapi diorang ader hak jugak ntuk diziarahi.

7) Parents. luangkan masa. amik cuti ntuk spend time tolong dia basuh baju,
masak,buang sampah.layan cerita dia, layan program tv filipino dia.

8) Kemas bilik(untuk lelaki shj) ntuk buang yang kusut di minda.

9) Duduk tempat asing n perhatikan gelagat2 manusia.fikirkan mengapa dia jadi begitu n dia kerja apa.apa background dia.Apa sumbangan anda untuk membantu orang sepertinya.

10) Open up. Tak ada yang lain selain mendapatkan keredhaan ALLAH.Pertingkatkan keupayaan diri.Tambahkan ilmu di dada.Amalan sunat.Hafalan Quran.Dalamkan pemikiran.mantapkan kesihatan tubuh badan.Tajamkan minda.Tambahkan ketahanan diri mental,rohani n fizikal.

11) Get a diary!!!

Thursday, December 08, 2005

Baiklah para blogger semua.

teruskan perjuangan anda,

Disamping mempertingkatkan kerangka program daawah untuk tahun depan,

jangan lupa untuk...

Tingkatkan amalan pose sunat, solat malam.

Dhuha dan zikir teruskan.

Jaga hubungan ngan perents, adek beradik, sahabat baik, jiran2.

Jauhi dosa.

Be kind.


Hmnn ok seperti mana setiap tahun,
Dhuat membuat anugerah blog terhebat 2005.

Dan, pada tahun ini... Blog anugerah Dhuat dimenangi oleh....

Roslan sms dan 40 something

kedua2 mereka berjaya merangkul anugerah blogger dhuat of the year...

pada yang tidak berjaya tu, teruskan usaha anda yer hehehe

Tahun depan cuba lagi...

Roslan SMS. - selalu update blog n saya selalu sangat ke blog beliau.

40 something - jarang update blog n saya selalu sangat ke blog beliau ntuk tengok sama ada beliau dah update blog ke belom.

Frankly speaking kedua2 mereka ni memang hebat.

Teruskan berkarya!

Kalaulah mereka ni tak hebat, takkanlah mereka menang anugerah "Blogger Dhuat of The Year"

Wednesday, December 07, 2005



Korang janganla sedey kalu PAS kalah.
Kita teruskan jer perjuangan.

LA TAHZAN

ingat tak maser korang bersemangat waja maser kat ipt dulu?
Haaa.. semangat camtulah yang kita nak plus keihlasan sejati.

Dapatkan keredhaan ALLAH.

Yuk teruskan perjuangan!!!

p/s:maser time art school(ipt) dulu aku tak berpeluang mengikuti (tak tahu langsung pun) usrah,halaqoh,muqayyam,tamrin,jaulah... jeles aku jeles!!!

bersyukurlah kepada yang dapat "terjebak" ke prgm daawah time ipt dulu.

Friday, December 02, 2005

Kat bawah ni gamba adek sedara Aril buat, aku puzzlekan.


Spider-man pun manusia jugak...

Bezanya cuma dia ade kelebihan yang tidak ada pada orang lain.

Apabila dia tak hentikan jenayah(gunakan superpower ke arah kebaikan)
maka adalah kesalahan mutlak spiderman...
kerana takda superhero yang lain ntuk memainkan peranan.

Telah jatuh Fardu kifayah.

Aku tau spiderman pun manusia jugak, ade up and down.
Ade ketika jugak dia nak jadi cam manusia biasa.
Enjoy life.

Tanggungjawab yang besar bagi yang berbakat besar.

Salahke kalau spiderman tak hiraukan orang lain?

dia nak jadik self centered jugak cam orang lain.

ALLAH dan RAsulnya.Keredhaan ALLAH.Syurga.

itulah yang kuatkan azam si spiderman ntuk berbakti pada ummat walau hidupnya tak mewah, tak lapang, kadangkala tak cukup waktu ntuk dibahagikan dengan kerja ofisnya, familynya, jirannya, hobinya, kawannya, dan juga "Mary Jane" dia.

go go spidey!