Thursday, June 29, 2006

Insyaallah aku akan buat rakaman sedikit masa lagi.
Dah lama tak buat rakaman...

hehe satu kejutan buat kalian...

nantikan kelainan

Wednesday, June 28, 2006

Popular views of Integrity

Many people appear to use the word "integrity" in a vague manner as an alternative to the perceived political incorrectness of using blatantly moralistic terms such as "good" or ethical. In this sense the term often refers to a refusal to engage in lying, blaming or other behavior generally seeming to evade accountability. Integrity is holding true to one's values. Said another way: being one's word; doing what you said you would do (by when)/(how) you said you would do it. Integrity is knowing what is important to you and living your actions accordingly. It may take the form of a sense of etiquette that runs very deep, as in religious or political virtues.

Tuesday, June 27, 2006

Siapa mahu sertai kami?
(along with paiji,afa,ateed,abe zol and the whole geng)

Tapi aku jadik bos hahahaha!

Santai Dept of wtv8: Saluran Alternatif Anda

dalam pembikinan Santai video production for wtv8.

-nasyid
-sajak
-short movie
-teledrama
-pupet show
-and so on..

anda boleh menjadi

script writer
composer
motion graphic designer
sound engineer
art director bla bla bla

Anda dialu2kan.

mail to me at dhuat@yahoo.co.uk

Friday, June 23, 2006

Kata Kusyi

Nak minta tolong orang,
pandai-pandailah...

Apa ubat penat? Ubat penat bukannya rehat atau tidur, tetapi kegembiraan. Sebab itu ramai yang kata, asal hati gembira, penat pun tidak mengapa. Selalu saya kata penat, tetapi dalam penat itu masih boleh tersenyum, bermakna hati puas dan lega.

Yang tak lega dan sakit apabila kena berhadapan dengan orang yang tidak pro dan suka cincai cincai.

Ada beberapa pihak yang minta saya menguar-uarkan aktiviti kegiatan amal mereka di sini, boleh, apa salahnya. Silakan. Asal saja ia berita baik, saya tak akan menolak.

Cuma saya harap sangat, praktikkanlah cara PR yang betul. Kalau tak tahu, belajar. Percakapan telefon amat penting. Bak kata teman saya Idham, suara melambangkan apa saja. Profesionalism, keikhlasan dan ketulusan. Apatah lagi kita tidak berjumpa dan hanya berurusan di telefon dan alam siber. Paling saya pantang bila orang tidak mengenalkan diri ketika menelefon sebaliknya bertanya 'siapa tu?'. Bila menelefon seseorang, tolong, tolong perkenalkan diri anda dulu! Tolonglah, itu PR yang paling basic tu.

Seorang kakak ini meminta saya menghebahkan kerja amal persatuannya dan saya pun sudah bersetuju. Namun saya amat berharap dia dapat menghormati kesibukan saya juga. Bermakna dia kena punctual. Saya memerlukan infor awal untuk diupdate bila datang Jumaat (setiap Jumaat web ini diupdate).

Sebelum Rabu, kata saya. Tetapi dia terus berlengah-lengah. Beberapa kali saya menghantar reminder, katanya nantilah dulu. Dia sibuk. Katanya lagi, just tinggalkan slot untuk dia.

"Kat mana ni kak?" Tanya saya bila dia cakap pun macam tak keluar suara, macam sakit mulut.
"Tengah facial ni, kat salun... Ada mask ni kat muka!"

Oh!

Jika dia sibuk, saya tidak? Tak patut kita mengambil mudah keadaan dan situasi orang lain. Sebab itu, dalam hal ini saya selalu menekankan profesionalism.

Dia pihak yang meminta tolong tapi nampak gaya seperti saya yang terhegeh-hegeh. Mengingat dan mengingat. Hey, siapa minta tolong siapa ni???

Sesungguhnya, saya juga sibuk. Dengan kerjaya, dengan Hafiz & The Silver yang baru dilauch dan dengan website ini. Kalau mengikut priority, kerjaya palling penting dan juga buku saya tu. Tetapi kerana minat dan commitment saya beri 100 peratus tumpuan untuk majalah online ini.

Oh ya, soal jawap agama dan kaunseling, yang paling banyak memenuhi kotak emel saya. Minta maaf kerana terpaksa skrin dan memilih yang sesuai dan dari sumber yang dipercayai.

Berbalik kepada kakak tadi, alih-alih pagi tadi, sebelum pergi kerja saya check emel, baru nampak emelnya masuk, tentang infor dan segala macam perkara yang hendak di uar-uarnya. Laaa...

Saya terpaksa emel balik, 'Maaf kak, Rabu dah lewat, ada cerita lain mendahulu, Saya ingat akak tak jadi,' tulis saya. 'Posting sudah dihantar que dan untuk dua hari Khamis dan Jumaat, saya full dengan tugasan, yang tidak memungkinkan saya mengintai, mengedit infor akak yang agak panjang tu.'

Kak, saya kena bertegas dalam hal ini kerana tidak mahu jadi tertekan dan miserable hanya kerana terpaksa melayan kes last minute seperti itu. At least akak tak tertekan mana sebab sempat buat facial lagi.

Hai, sakit juga hati ni. Bukan kerana tak dapat buat facial tetapi kerana terjadinya benda-benda lain yang tidak sepatutnya berlaku, hanya kerana tidak punctual.

Saya dah edit artikel Akhmar dan cerita dia juga kena mengena dengan kes ini. Tunggu Jumaat ya!

Tidak jadi nampaknya untuk publish infor kakak tu kerana majlis dia Isnin ini... Who's to blame? Not me lah...

Kak Kusyi

http://www.jendelaku.com/

Wednesday, June 21, 2006

Engagement

Besarkanlah ruanglingkup daawahmu...
Kasihanilah mereka yang hanyut,

sedarkan mereka duhai kawan..

jangan memilih para mad'u

Islam milik mereka
Peranan kita menyampaikannya

Hidayah milik ALLAH jua
Islam Untuk Semua.

Kamu ingat para duat hanya golongan kamu sahajakah?
Golongan lepasan universiti,intelektual,profesional,alim ulama...

kamu silap sahabat..
Islam untuk semua

Para petani, nelayan, pesawah
terutamanya para peniaga
mereka juga pendakwah hebat seperti kamu.

Yang beza hanya profession
tidak pada aqidah
tidak kepada kematangan

Hulurkanlah tangan buat mereka
Jangan sesekali pandang rendah terhadap mereka

Kamu saling memerlukan
saling kuat memperkuat

Satuhatilah

ikat tautlah hati hati

mantapkan ukhwah fillah.

Nescaya kita kan diredhai ALLAH



Nafas Kebangkitan

Tuesday, June 20, 2006

Ada 2 link baru

yuk ke sana!!!

Best best

1) Ahmadinejad
- berkisarkan seorang presiden Iran.
- seorang yang licik, Revolusi Iran dihafalnya...

2) Kakak Gothic
- kakak peramah
- penyanyi sebuah band gothic rock.
- lagu bandnya tenteng hujan mmg best!

Impian, semua orang harus ada impian!!!
Apa yang kau perjuangkan? apa matlamat hidup kau?
Kalu jawapan yang kau berikan begitu lembik dan tak tegas,
makanya aku merumuskan bahawa perlu muhasabah diri.

Methodology.

1)
Berdasarkan pembacaan aku (buku Dr Tuah) salah satu teknik ialah mendapatkan nasihat daripada seseorang yg kita kadang2 atau jarang2 jumpa dia serta tak kita rapat dengannya tetapi begitu mulia akhlaqnya peribadinya...supaya tak 'biased'..

2)
Pergi ke suatu tempat yg kau tak pernah pergi dan ambil masa untuk muhasabah matlamat hidup kau, jg personaliti kau. Overhaul. Self Recognition

Monday, June 19, 2006



SYUHADA'

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (2x)

Verse 1

Usah diberi alasan pelbagai,
ayuh laksanakan kerja.
Kembangkan Islam yang tercinta,
kembalikan syiar kita.

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (2x)

Verse 2

Ayuh berikrar pejuang setia,
pertahankan Islam tercinta.
Selagi hayat di kandung badan,
Islam kan kami tegakkan.

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu

ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (3x till fade)

The Dhuat
Album: Pejuang Sejati (2005)
Prosa/Ritma: Ahmad

Klik link kiri kalau nak download
http://www.danchan.com/weblog/Raihana

Jun 2006

Renungan Singkat Bagi Wanita
Pernikahan atau perkahwinan,
Membuka tabir rahsia.

Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad Saw.,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayyub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh ........

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama.

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal, kamu pelayarnya,
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawarnya,
Seandainya Suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan takwa,

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah Swt.,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar, yang begitu setia dalam sengsara,
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah.....

154207 | insyirah82 | 19:19 | 0 comments

KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI...ALLAH DATANGKAN PETIR & KILAT, PUAS KITA MENANGIS, MEMANGGIL, MENCARI DI MANA MENTARI... RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI
Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Aku baru balik dari Ipoh.
Pengalaman yg menyeronokkan.
Jumpa teman2 lama sekolah menengah.
Banyak yang berubah.


Persiapan Album ke 5

Rearrange musik minuse one lagu2 lama saya.
Mungkin akan hire jurutera bunyi yg bernama Rafique kat studionya di TTDI wan Utama.
ipod dan hard disk rosak = lagu2 minuse one takda back up.
juga koleksi lagu2 lama saya.
Tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk membikin album dan konserto.

kenapa saya teruskan berkarya?
walaupun suara tak sesedap mawi?
sokongan tak kuat walau di kalangan sahabat handai serta saudara mara?
lagu tak sesedap mana?

Biar aku jelaskan.

1. Musik obsessi aku.Rakaman obsessi aku.
2. Sahabat2 rapat aku banyak support aku, especially PAIJI,CPOL,NIZAM,ENAI.
3. Masa menyanyi hiburkan anak2 sekolah agama kat Thailand tahun 2004,
anak2 kecil itu menghargai nyanyianku walau meraka tak faham sepatah haram
bahasa melayu.Aku terharu.(adeke diorang kate suara aku sedap heh?)
4. Maser perform kat alumni HIRA'(kali yang ke2) aku tahu itu baru permulaan...
(aku perform hentam n last minit preparation pun, mereka hargai persembahanku)
4. Masa kakak saya ke UK, beliau mendapati lagu saya dihargai di sana
(walaupun beliau takla berapa encourage aku menyanyi hehe)
5. Abangku menasihatiku agar MENZAHIRKAN aura seni supaya tak jadi macam dia.
(malu dan menyimpan perasaan seni ditelan usia)
6. Keluargaku di sini takla berapa hiraukan sangat karya2 aku.
7. ibadahku*

ini bukan sebab mahu dihargai atau mendapat perhatian...
ini adalah sebab *apa yang aku sudah sumbangkan untuk membimbing Islam sejagat.
keputusannya aku serahkan kepada ALLAH.

SEBENARNYA, AKU INGIN BIKIN LAGU REBEL = NAHI MUNGKAR.
sebab lagu amal maaruf dah terlampau banyak hinggakan orang lupa akan NAHI MUNGKAR.

mana mungkin keberhasilan amal maaruf tanpa NAHI MUNGKAR?
ianya harus dijalankan serentak!!!

Contoh aku berikan lagu yang mengajak manusia supaya bersolat.
ok bagus. tapi itu tak cukup.
seharusnya ada juga lagu yang menghalang melakukan maksiat disamping lagu2 ini.
Korang dah besar panjang, fikirlah sendiri...

Pengaruh aku takla kuat, tapi paling tidak , blog ini akan meneruskan legacy kepada adik2 supaya mereka sedar akan peranan musika terhadap kehidupan.

Perang khandak, sewaktu mneggali lubang,
mereka menyanyi hiburkan hati/utuhkan semangatjuang.
Dalam perjalanan, menyanyi untuk menghilangkan mengantuk si 'unta'.

Untuk album terbaru ni, mungkin aku kembali rock.
Rock pada cara, menuju daulah islamiah.

mungkin.

innamaakmalubinniath.

p/s: ALexUmar, sanggup kamu tampil sebagai artis jemputan?kita gegarkan dunia, sampai ke maghribi lagu REBEL kita ni akan tersebar.Jangan terkejut, lagu rock bhs ARAB.

Insyaallah. Dengan izin ALLAH.

Aku takkan berjaya tanpa bantuan serta sokongan kalian.

Dhuat

Friday, June 16, 2006

Biar terbuang terus berjuang......
biar rebah jangan berubah...
semakin dekat bahtera diri dengan Allah...
semakin menggila ombak mendesah......
kalau takut pada risiko,usah berbicara tentang perjuangan...


-Pejuang Sejati- @ true soldier

Thursday, June 15, 2006

Dan bermulalah kehidupan yang sihat...

no more junk food/chocolates
- banyakkan sayuran n buah2an

no more tea susu/tarik/milo/air gas
- air suam banyak2 (eiii)

semua meals cut into half

Jogging selepas subuh

kurangkan dinner

no more supper

no more desert


i had enough!
Ader link baru, Ustaz Zul Melaka.
dia ni Naqib kepada ex Naqib kami...

Pernah mengikuti kelas n usrah beliau...

makan berkali kali dgn beliau pun pernah...

Terima kasih banyak buat sahabat yg berikan link :)

Monday, June 12, 2006

Sunday, June 11, 2006

Assalamualaikum para blogger sekalian.

Banyak kisah yng berlaku berlegar di sekitarku dalam masa dua bulan ini.

Namun, apa yang akan aku paparkan merupakan cebisan pengamatanku untuk difikirkan bersama.

Blogger sekalian,

Tahukah kalian halatuju hidup kalian?

Tahu kan?

Oleh itu haruslah dikurangkan bongkak bicara dan diperbanyakkan ramah bekerja.
Halakan menjurus kepada destinasi objektif.
Tak semestinya terlalu sempurna.
Yang penting ia menjadi produk akhir bersesuaian dengan masa, tenaga dan keupayaan kita pada sesuatu masa yang ditetapkan.
Kita mesti pandai menjimat tenaga dan masa jg wang ringgit agar ia dapat menjana kita hingga ke destinasi nafas terakhir.


Usrah cawangan di Sunway baru2 ini menyedarkan aku tentang erti kehidupan.
Berkisarkan surah Al An Am (binatang ternakan)

Bukanlah aku baharu sahaja dikejutkan dengan erti kehidupan, tetapi aku semakin faham bahawasanya kita punya kekuatan untuk menentukan halatuju hidup kita sendiri dengan berbekalkan kudrat ALLAH.

Binatang ternakan ini mengikuti rutin kehidupan yang sama bertahun2 lamanya sehinggalah sampai ke nafas yang terakhir.

Ini adalah kerana dek bujukan zon selesa.

Usrah di rumahku (1 minggu sebelum usrah di Sunway) memberi suatu nafas kebangkitan!
Aku semakin berani hidup dan aku berani untuk mati! aku tak gentar.
ilmulah yang meniup nafas kebangkitanku itu.

Cumanya terkadang... aku lurut bersama madu indah.

tak kisahlah, madu indahka, nafas kebangkitanka, halatujuka... segala galanya untuk ALLAH. Aku kembalikan segalanya kepada ALLAH.

Aku yang mencuba sehabis baik!

Friday, June 02, 2006

Ader link baru. best best.

tak percaya?

see for yourself.

Wartawan bernama Kak Kusyi