Saturday, September 23, 2006

Menterjemahkan bahasa internet kepada orang awam.

Aku dapati sekarang ini, banyak tulisan-tulisan berkualiti di internet tidak sampai kepada orang awam.Ini adalah kerana merekat idak mempunyai akses internet.

Antara tulisan yang berkualiti yang saya maksudkan adalah tulisan Tuaan Guru Hj Hadi, Roslan SMS, Saiful Islam, Faisal Tehrani dsb.

Begitu juga dengan komik-komik dakwah -ikomik,dakwah.info/komik,alwancomics dsb

Ceramah dan juga tazkirah audio di internet apatah lagi video di internet.

Adakah mesej berkualiti ini hanya untuk mereka di internet sahajakah?
Tidak bukan? Berapa kerat sahaja orang awam yang mempunyai internet?

Maka, dengan ini saya melancarkan REVOLUSI MEDIA (versi dhuat) agar tulisan-tulisan bermanfaat ini disebar cetak, Komik dakwah disebar cetak, video dan audio internet diCDkan dan semua ini diberikan secara PERCUMA kepada orang awam yang tidak mampu mengakses internet, tetapi mampu membeli majalah URTV,subscribe Astroe,beli dvd pirate, beli cd artis cetak rompak atau cd asli, selalu berlibur.

Kita sentuh hati-hati mereka dengan getaran hati.

No comments: