Saturday, September 30, 2006

ISLAM - mana satu kah kita?

tassawuf-driven
politic-driven
masjid-driven
economic-driven
professional=driven
ulama-driven
art-driven
sastera-driven
majlis ilmu-driven
jemaah-driven
awek/pakwe-driven
semangat-driven
status-driven
fadhilat-driven
ukkhuwah-driven
jihad-driven
media-driven
ideology-driven
dsb...

Sedarkah kita walaupun kita cenderung ke arah sesuatu driven, namun kita harus kembali kepada punca, pandai mengimbangi agar wujud toleransi, faham memahami, harga menghargai agar kita tidak memperlekeh drive2 yang lain, diulangi agar kita kembali kepada punca iaitu ALLAH.

Janganlah kita taksub dengan driven sehingga tenggelam di dalam driven dan menjadikan driven matlamat kita.

Sesungguhnya ISLAM itu SYUMUL!

Kembalilah kepada ALLAH
kembalilah kepada ALLAH
kembalilah kepada ALLAH

Monday, September 25, 2006


powered by ODEO

Rakaman Untuk Dunia! - Episod Pengenalan oleh DJ Ahmad

Saturday, September 23, 2006

Menterjemahkan bahasa internet kepada orang awam.

Aku dapati sekarang ini, banyak tulisan-tulisan berkualiti di internet tidak sampai kepada orang awam.Ini adalah kerana merekat idak mempunyai akses internet.

Antara tulisan yang berkualiti yang saya maksudkan adalah tulisan Tuaan Guru Hj Hadi, Roslan SMS, Saiful Islam, Faisal Tehrani dsb.

Begitu juga dengan komik-komik dakwah -ikomik,dakwah.info/komik,alwancomics dsb

Ceramah dan juga tazkirah audio di internet apatah lagi video di internet.

Adakah mesej berkualiti ini hanya untuk mereka di internet sahajakah?
Tidak bukan? Berapa kerat sahaja orang awam yang mempunyai internet?

Maka, dengan ini saya melancarkan REVOLUSI MEDIA (versi dhuat) agar tulisan-tulisan bermanfaat ini disebar cetak, Komik dakwah disebar cetak, video dan audio internet diCDkan dan semua ini diberikan secara PERCUMA kepada orang awam yang tidak mampu mengakses internet, tetapi mampu membeli majalah URTV,subscribe Astroe,beli dvd pirate, beli cd artis cetak rompak atau cd asli, selalu berlibur.

Kita sentuh hati-hati mereka dengan getaran hati.
AssalamuAlaikum.

Dear All,
Marhaban Ya Ramadhaan! Ramadhaan Kariim
Semoga Kita Memperolehi RahmatNya, keAmpunanNya,
dan diBebaskan dari Api NerakaNya ...


Maaf Zahir dan Batin

-Ayuh pertingkatkan amal ibadat (solo ataupun berjemaah)
solat kalu buleh a, berjemaah soqmoe...


Rakaman Untuk Dunia -Versi RADIO

Coming Atraction!

________________________________________________________________________________

-Ada apa dengan Puasa ?-

Rancangan radio berkisarkan latar belakang bulan Ramadahan yang kita rindui.
merangkumi temubual dengan adik2 kecil mengenai hari pertama puasa mereka, tazkirah oleh ustaz mengenai natijah Ramadhan, pendapat orang ramai(rakaman luar studio) mengenai sambutan ramadhan...nasyid ramadhan...resepi masak cepat(simple food) semestinya berguna kepada pendengar luar negara yang malas nak masak tapi nak makan sedap.Ucapan selamat berpuasa dan temubual eksklusif bersama warga emas mengenai suasana berpuasa di Malaysia suatu ketika dahulu(1940)an berbanding sekarang dari segi makananya,suasananya,ibadatnya,gotong-royongnya....

________________________________________________________________________________

-Dokumentari-
Sejarah awal penggunaan Rado di Tanah Melayu.
Apakah itu AM,FM,Long wave,Short wave.
Peranan Radio di sekitar 50an 70an 80an dan 90an.
Berbandinngan rancangan Radio BBC dengan Rancangan Radio di Malaysia.

Asal usul Ais Kacang.
Perbezaan di antara ais kacang di dunia.
________________________________________________________________________________

-Ujana ilmu-
Diskusi buku, forum, sastera, ekonomi, politik
________________________________________________________________________________

-Dhuat bersama adik-adik-
Rakaman luar dan dalam studio mengenai pergolakan adik-adik muda.
-Home work dan sekitar sekolah mereka
-Kucing kesayangan saya
-My fav TV programme
-Hobi saya
-Cita2 saya
-Story telling(sirah or tarbiyah motivated story)
-Nasyid.Bacaan sajak.
-Drama Radio adik-adik.
dsb...

*Aku cuba memperketengahkan ini untuk mentarbiyah mereka dimana ibu ayah mereka selalu hilang(melakukan dakwah)itu adalah tuntutan dakwah adalah tidak mengapa.
Insyaalah melalui Radio ini, aku cuba memujuk dan menghiburkan mereka.
________________________________________________________________________________

-Drama Radio-
Lamaran dari Palestin-skrip adalah hasil Karya Meowsoleh
________________________________________________________________________________

-Art Talk-
Bersama Ahli Filsuf Musik Baru!
________________________________________________________________________________

-Keluarga-
Suami Isteri dan Dakwah
Interview dengan pasangan Regu dakwah mengenai cabaran dan rintangan
yang mereka hadapi dalm kehidupan seharian sebagai pendakwah.
________________________________________________________________________________

-Tazkirah-
Bersama Ustaz Megat Tantawi
________________________________________________________________________________

-Motivasi-
Bersama Mak Busu
________________________________________________________________________________

-Crime Buster-
tentative-Kamal Afendy
________________________________________________________________________________

Setakat itu jer kot untuk episod pengenalan.
Aku akan buat secara berperingkat dibantu oleh sahabat-sahabat saya yang percaya dengan idea gila saya.
Sekian Terima Kasih.

ALLAHHUAKHBAR!

Rakaman Untuk Dunia!
-For the sake of ALLAH-

Tuesday, September 19, 2006

Setelah beberapa tahun bersabar, akhirnya Alhamdulillah lahirlah konsep RADIO yang saya idam-idamkan.Bermula dari zaman kanak-kanak, zaman remaja nakal, aku memang OBSESS menjadi Deejay.Sewaktu di Melbourne juga aku menjadi Deejay di siaran berbahasa Melayu di sana.Aku kepilkan beberapa hasil rakamanku di ketika muda dulu dan juga rancangan RADIOku yang terkini (2006) Rakaman Untuk Dunia-Pilot Episode.

Terima kasih kepada sahabat yang PERCAYA dengan idea gila saya.
Terima kasih tak terhingga kepada Mama, Papa,Paiji(PENYOKONG AKU NO 1!),Meowsoleh,Mak Busu(tqtq),Pak Busu(Coolest bro on earth!)Mera Naqib He,Abe Lan,Kak Erza, Enai,Kak Sofea,Kak Faza dan kepada semua pengunjung tetap Rakaman Untuk DUNIA !

kerana sokongan penuh anda terhadap idea GILA saya.

Terma Kasih!
-Pilot episode masih gagap beb! Sebab dah bertahun tak berceloteh.

sila ke sini http://dhuat.multiply.com/music/item/35

I can see POTENTIAL DEEJAY out there!
AlexUmar, Aljabal, Hukamak hehehe wanna join my show?

Monday, September 18, 2006

I dedicate this poem to my beloved friend, Rafaei

Sajak dipetik dari internet 3 tahun nan lalu.

Sahabatku,
Mengenalimu tujuh tahun lalu
Merupakan rahmat buatku

Sahabatku,
Kau mempunyai ciri seorang hamba Allah yang baik
Anugerah Ilahi yang mesti disyukuri
Bodohlah aku jika mengingkari
Teman yang sebaik dirimu

Sahabatku,
Kau mengajarku erti kehidupan
Tidak semua yang manis itu indah
Bukan semua yang pahit itu buruk
Redha dengan apa yang ada

Sahabatku,
Kau umpama ibu dan bapaku
Juga umpama abang dan kakak
Memberi panduan dengan ikhlas
Walaupun aku mungkin berkecil hati
Aku berterima kasih

Sahabatku,
Kau umpama cermin bagi diriku
Yang sentiasa mengingatkanku
Yang serba lemah dan lalai
Kadangkala kabur dan hampir luntur

Sahabatku,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerana kau masih sudi
Bersamaku dalam apa jua keadaan
Menenangkanku
Ketika aku kehilangan orang yang dikasihi

Sahabatku,
Onak dan duri
Dugaan dan cubaan
Sepanjang tahun-tahun ini
Menjadikan aku lebih kuat dan tegas
Dalam menjalani kehidupan

Sahabatku,
Baru aku sedar
Seorang sahabat yang baik tidak semestinya
Ada di depan mata setiap ketika
Untuk memperingat dan menasihat

Sahabatku,
Walaupun kau nun jauh di mata
Tetapi,
Nasihatmu sentiasa sampai di angin lalu
Menjadikan aku manusia yang berbahagia
Kerana masih ada yang sudi
Menjadi temanku
Di waktu suka dan dukaku

Sahabatku,
Semoga kau berbahagia
Bersama keluarga dan tugas harianmu
Mendapat rahmat Allah sepanjang kehidupan
Sebelum bertemu hari terakhir
Buat diriku dan dirimu

Sahabatku,
Ucapan Alhamdullillah kepada Allah
Dan terima kasih kepadamu
Kerana menjadi seorang sahabat
Yang terpilih dikalangan para sahabat
Yang memberi kebaikan kepada orang lain
Seperti aku

SELAMAT HARI LAHIR 1 Nov, 2003.

w.n.afinaz
Kuala Lumpur 31 Okt, 2003


p/s:kalau sahabat kata kita gemuk, maknanya memang kita gemuk.
sahabat umpama cermin.Kan Paiji kan?

Sunday, September 17, 2006

Sahabat Tauladan
(Harap tuan punya artikel tak marah aku cilok tulisan beliau, mohon cilok...)
sisipan http://musicofmyheart.blogdrive.com/

Teman 1

Kisah yang ingin saya ceritakan ini, bukan kisah cereka, bukan juga kisah rekaan, ianya kisah benar. Ya, benar-benar terjadi dalam hidup saya. Saya mengenalinya lewat Ramadhan yang lepas, usai kelas bersama seorang Ustaz. Dia yang saya kenali pada perkenalan pertama, bicaranya hanya saya cicipi dengan perasaan endah tidak endah. Bagai malas melayan kenalan yang baru itu. Dialah. Dialah yang memberi saya satu nafas baru di kampus ini. Kami hanya berbasa basi bersembang. Sambil mengatur langkah pulang ke asrama. Namun jauh di dasar hati, saya mengatakan dia akan menjadi antara sahabat yang akrab di dalam hidup saya suatu hari nanti. Entah mengapa kuat benar naluri saya.

Dia adalah siswi biasa-biasa sahaja. Pada pandangan zahir, seorang yg sederhana namun menyenangkan. Kami mula saling akrab apabila iftar dan solat terawih bersama. Ya! Mungkin ianya umpama cerita biasa, Namun, bukan biasa bagi saya. Ketika berbual-bual sambil menunggu waktu berbuka, kami bertukar pandangan. Lantas bagai mengalir satu perasan yang halus tika bertukar pandagan. Dia muslimah bekas siswi Kejuruteraan. Namun, atas desak hati, menukar kuliah ke ilmu wahyu. Bukan itu kisah utamanya. Namun bagaimana cintanya beliau pada ilmu. Pesonanya memukau! Ilmunya membuat saya tersentak dari tidur saya yang panjang di kampus ini. Saya tahu setelah sekian lama berada di kampus ini, ana terasa amat kekosongan jiwa dan ilmu. Bukan senang melupakan segala keindahan mengutip ilmu di bumi anbiya; itu. Dia; memang cintakan ilmu. Rajin membaca amat klise dengan tabiat wanita yang lain. Gemar membaca buku ilmiah dan mampu mengeluarkan hujah-hujah dan mengingati fakta-fakta dengan baik.

Dia yang saya kenali, rajin membantu, malah tanpa teragak-agak ringan menemani saya dengan kereta kancilnya ke Kuala Lumpur; Plaza Low Yat mencari barang yang tertinggal beberapa hari yang lepas. Dia yang menemani saya dengan sabar walau tersesat bebarapa jam di tengah-tengah bandaraya itu. Bersama-sama makan di kampung baru. Dan tanpa teragak-agak menghulurkan 10.00 ketika peminta sedekah meminta ehsan di meja kami. Tanpa saya sedar. " mengapa awak bagi banyak sangat, takut mereka itu menipu. Nanti seolah-olah kita menggalakkan pula." Saya menegurnya, tidak puas hati." Saya ada duit kecil." Katanya..biarlah pahalanya tetap berjalan walau mereka menipu..sambil membaca potongan ayat Al-Quran berkenaan sedekah. Saya kagum metah. Dia memang tidak pandai marah. Malamnya, apabila saya mengadu sukar konsentarsi apabila membaca sendirian di bilik, beliau menemani saya membaca. Walau sama-sama letai benar,dan saya yang sebenarnya bukan membaca melainkan terhangguk-hangguk keletihan. Aduhai sahabat.

Dia yang saya kasihi, berbicara melalui pengalaman. Walau kami sedikit berbeza pandangan, namun kami bersatu dalam perasaan, dan berkongsi satu intuisi dan pandangan utama yg sama. Terdapat sata kata-katanya yang amat saya kagumi." Wanita walau dikatakan sesolehah manapun, sesiqah mana pun, sebaik mana pun, sezuhud mana pun bukanlah wanita solehah penenang hati, sakinah yang dijanjikan Allah dalam Al-Quran selagi mana bergelar 'awek' pd lelaki dan belum berkahwin dengan lelaki tersebut".Setuju amat saya. Mana mungkin kita mengatakan sudah bertemu teman hati; soulmate, pembakar semangat perjuangan andai akad tidak lagi termetri.Sambung beliau lagi " Perempuan selagi mana belum memetrai akad, hanya akan bawa masalah pada lelaki". Lantas ketawa kami berderai bersama-sama. Lucu rasanya apabila beliau menceritakan hujahnya dengan seorang adik yang beliau kenali dengan gayanya yang menghiburkan. Dia berbicara natijah pengalaman. Saya setuju benar.

Suatu waktu dahulu katanya, beliau gadis kota KL yang moden, ghairah membeli barang berjenama, dan suka bershopping di bandaraya. Bermain bowling, ski, dan lain-lain menjadi perkara biasa. Muzik non-Islamic halwa telinga. CLEO adalah kegemaraannya tiap bulan. Namun, tika hidayah Allah mengusik tirai jiwanya, bergemalah sinar taufiq yang menenangkan hati dan rasa. Jadilah beliau seperti sekarang. Pecinta ilmu Abid-Rahman yang unggul. Bukanlah bermakna salah kita bersukan indoor, namun hatinya sudah tiada lagi syuur untuk perkara-perkara itu. Titik.

Banyak benar perkara yang saya belajar darinya, beliau mengetahui web-web ulama' muta'khirin, malah menghafal nama kitab2 tafsir2 salafiyyun dan mutaqqaddimun walau baru benar di dalam bidang ilmu agama ini. Isinya berhikmah dan berisi. Cinta pada Rasulullah dan sahabat-sahabat juga ulama'2 salaf dan idolanya Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau sering mengadu pada saya. " saya rindukan sangat nak pergi ke Makkah dan Madinah, saya sering berdoa untuk ke sana bukan sekadar ziarah malah menetap di sana. Bulan Ramadhan lepas, hati saya meruntun-runtun ingin ke Mekah. Mengalir-ngalir air mata sya" Beliau pasti akan bercerita penuh perasaan. Kami berkongsi kerinduaan yang sama. Namun, mungkin beliau lebih lagi, Jiwa kami ibarat satu dalam dua. Berbeza namun mencinta the " ultimate". Dia menyatakan cintanya dan rindunya pada Rasulullah dan Makkah bukan omongan. Bukan disertakan dengan larangan-larangan- hipokrisi cinta Rasul. Namun tulus jiwa dan taat padaNya natijah. Seperti saya yang ingin amat ke sana, beliau lebih lagi. Kami berkongsi air mata. Dia yang saya kenali..

Itulah dia yang saya kenali, penghibur dan peneman saya di sini. Penegur dan sahabat buat saya. Dialah yang saya cintai kerana Allah. Mu'minah pencinta ilmu akhir zaman. Dia yang saya kasihi. Titipan saya ini tidak memadai menggambarkan kelapangan jiwa saya mengenali dia. Pasti tidak akan memadai. Saya pasti benar itu.

Nailofar.

Makatabah

6.19 p.m Friday, December 23, 2005


Komen aku: cerita yang menarik.Seseorang yang dalam taqwanya.

Aku BETUL BETUL JEALOUS dengan depa!

Contoh tambahan.

Seorang sahabat baikku mengajarkan daku malu.
Malu terhadap bukan mahram.
Malu bersahabat dengan perempuan selain isteri shj.
Malu berbuat dosa.

Apabila beliau diuji dengan ujian yang dahsyat tika zaman mudanya,
beliau cuma tenang sahaja.
Matang wataknya.
Warak akhalaqnya.

Kepada ALLAH sahaja diluahkan segala duka.
Segala-gala.

Hadith dan AlQuran sentiasa dalam pegangan.

Senyum manisnya, tenangnya.

Cintanya mendalam terhadap ALLAH terhadap Rasul.

Aku tahu aku tak seperti mereka.
Aku sedar tu.

Aku juga ingin jadi soleh seperti mereka.
Aku juga ingin masuk Syurga.

(Tapi jiwaku masih rock!)
-rupa-rupanya masih ada transisi lagi selepas sesuatu Major transisi.

Camner ni?

Moga University Ramadhan bisa mencorakkan daku.

Moga aku lulus dengan cemerlang.

Insyaallah...

Tuesday, September 12, 2006

FTSOA

For the Sake of ALLAH

Lagu Nasyid saya yang ke 2.(2001)
Dinyanyikan oleh Paei - Dhuat.

Lirik Rafaei
Melodi Ahmad

Lirik Berbahasa Inggeris campur Arabic (Fusha)

Pernah menjadi lagu Fenomena/Nostalgia di bumi 'Down Under'.
Saya berharap sangat anda mendengar lagu ini.

http://dhuat.multiply.com/music/item/27


Kopi dan pasta!

Subject: JANGAN MENGELUH



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah al-imran:200 *thnx tekom for the answer :)



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi ............jom gi ngaji

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin kepada saya. Saya
sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

Sunday, September 10, 2006

Duhai teman seperjuangan.

Kembalilah kepada ALLAH.
Kembalilah kepada ALLAH.
Kembalilah kepada ALLAH.

(Aku juga menasihati diri sendiri)

Hentikan pertikaian ini.

Ia semacam barah dalam kesatuan Ummat kita.

Hentikanlah !

Hentikanlah memperlekeh ikhtiar sahabat yang lain.
Mungkin methodologinya tidak sesuai untuk anda, atau belum tiba masanya
buah yang mereka ditanam itu masak,

Namun hentikanlah memandang rendah terhadap mereka.

Paling tidak mereka BERUSAHA!

Anda hanya cuma melaksanakan apa yang anda sedang lakukan demi untuk memartabatkan Islam dan tolonglah jangan terlalu ideal sehingga mengkritik dengan kritis bahawa method lain tidak sesuai, tidak relavan...

SIAPAKAH ANDA UNTUK MEMPERSOAL?

WHO ARE WE TO JUDGE PEOPLE?

Yang paling penting disini ialah kita buat dan saling kuat memperkuat!

Menuding jari, mempersoalkan itu ini dan terlalu banyak menoleh ke belakang memperlambatkan urusan.

Musuh dah dekat!

(solat witir buat dak?) 1 rakaat jer.
Depan ALLAH selalu menangis dak?
Mungkin dek hati-hati yang keras menyukarkan kesatuan Ummat.

Wednesday, September 06, 2006

NILAI TAMBAH

Bro Elmafraqi petang tadi, sewaktu bersama-sama menghirup aroma teh tarik
di Kl Sentral, beliau mengajarkan kepadaku satu ilmu baru yang menyedarkanku.


Nilai Tambah!

Beliau memberitahuku bidalan mengenai nilai tambah.
Kata beliau, "Gelas minuman ni kan,(merujuk teh tarik kami) hanyalah
sebagai bekas air minuman sahaja.Tetapi, apabila diberi nilai tambah
kepada gelas, gelas tidak lagi berfungsi sebagai gelas sahaja.
Malah lebih dari itu!

Begitu juga manusia, harus diberi nillai tambah dari masa ke semasa.
Jika diberi nilai tambah terhadap ilmunya, maka cara menangani sesuatu
permasalahan itu dapat ditangani dengan lebih mudah, yakin dan matang.

Alhamdulillah aku semakin faham dan dapat tangkap maksud beliau.
Dari segi ilmunya, akhlaqnya, ekonominya, ketaqwaannya,jumlah
anaknya(hehe),kecerdasan badannya dan yang paling pokok sekali ialah
nilai tambah kepada diri! (ie dulu daei sekarang rijal.)

Tiada indikator yang khusus sampai tahap mana berakhirnya nilai tambah ini.


p/s:patutlah bro Elmafraqi tak putus-putus tanya soalan keramat tu?
Agaknya soalan keramat beliau tu termasuk dalam nilai tambah tak?

Tuesday, September 05, 2006

http://dhuat.multiply.com/music/item/25

Posted by Ahmad on Sep 5, '06 5:36 AM for everyone
Lagu & Lirik : Z Zulia Vocal by KEN Bass by Jajaz
Drum programming by Rafik Guitars by Z Zulia

DARAH

Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan

Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia

Pandanglah
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya

Selagi ada darah
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena disiang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mati

Segala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
Percayalah...





Lagu Band Kawan aku.
Selalu berfalsafah denganku.
Kami ahli filsuf baru!

To be BOLD and wiser!

Alhamdulillah beliau sudahpun membuat lagu Jihad dan Syahid yang kukira lebih hebat berbanding Ahmad Dhani, dari segi melodi apatah lagi mesejnya!My fav song of all time.

Jeles jugak aku dengan mamat ni, tapi memandangkan kami sama-sama memperjuangkan musik demi Islam, makanya aku berbanggga!


Idealnya

1)Terjemahan Alquran (yang paling aku sayang/hargai pemberian ini)
2)Buku Hadith (on and off)
3)Botol air yang telus lagi comel berwarna biru kristal-Untuk menjimatkan belanja
4)ipod-untuk memutar main lagu2/ceramah2/recites
atau merakam humming (melodi cakar ayam sebelum digarap menjadi melodi utuh).
5)Bxternal Hard Disk "Garden" 20 Gigabyte dan pen drive "kembara" 64 Megabyte.
6)beberapa Blank disk (kadang2 cd nasyid aku)
7)Pen dakwat hitam dan pensil.
8)Sketch book merangkap visual diary/journal
9)Buku bacaan yang selalu berubah-rubah
(Pinjam di perpustakaan atau buku persendirian yang tiada sempat membacanya lagi.)
10)Kain pelekat lalalala
11)Cermin mata betul(cermin mata hitam aku dah rosak)


sila tambahkan...

Oh ya, baru semalam pukul 3 selesai novel di bawah heheh!
Pelajaran yang aku dapat dan aku praktikkan ialah:

Ayam panggang memang sedap! (pengaruh novel tu)
Juga air asam jawa. :P

moral:Hero novel tu dengan aku, memang jauh panggang dari api, sebab itulah ayam panggang sahaja yang pantas denganku... :(

Sunday, September 03, 2006

Cukup-cukuplah dengan Alumni.

Sudahla tu.

Serapkanlah diri ke dalam Kawasan/Cawangan berdekatan.


Sedang membaca novel di atas.

Adakah novel di atas mampu mengatasi novel Tenggelamnya kapal Vendarvjik? Imam? Maria? aku tidak tahu...

Mesti ada orang tertanya, apa buang tebiat ke mamat ni baca novel jiwang ni?

Dah lama juga teringin nak baca novel ni,ternyata novel ini memang tiada lagi di toko buku di Malaysia. Tapi baru semalam adik perempuanku yang pulang bercuti dari UIA berkata kepadaku,

"Abang Mi, belilah buku novel ayat-ayat cinta tu, best kawan Nor kata.Kat MPH ada.20 ringgit jer."

Aku pun belilah.

Versi Bahasa Melayu.


Mungkin inilah bacaan santai yang akan aku mulakan sebelum membaca buku yang makin berat, ilmiah.

Oh ya. Kepada bloggers yang 'HANTU BUKU', kalian boleh meminjam buku di Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka.Ianya percuma!
Hanya perlu serahkan nombor IC untuk meminjam.5 buku untuk sekali pinjaman selama 3 minggu.

Dah banyak buku yang saya pinjam.

Ada yang sempat "skip reading" dan ada yang tidak.

Kalau kalian rindukan zaman kanak-kanak, kalian boleh juga meminjam buku di bahagian kanak-kanak.

Banyak buku cerita bergambar.Aku teruja.

Lain kali kalau pustakawan tanya, aku katakan sahaja nak buat kajian atau untuk anak-anak murid saya di sekolah tadika/rendah heheh.
(padahal untuk pengamatan diri sendiri)

Apa apa pun, kerja-kerja daawah harus diteruskan!

(Baca:KERJA dan bukannya sekadar bercakap dan hukum orang itu, orang ini tanpa memahami mereka, membina hubungan rapat dengan mereka)

Aku sisipkan lontaran idea yang AlexUmar lontarkan di blog beliau.(Aku ubah sedikit ayatnya) (minta izin Alex ya?)

"Aku mahu jadi Alim~


"Macam di dalam Al Quran disebutkan "sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"..tapi kenapakah kita tidak boleh berborak dengan lelaki?"
tanya seorang gadis dengan perasaan ingin tahu yang amat dalam.
Tetapi inilah penjelasan seorang kakak yang thiqah..
"ek eleh..takkan tak tahu..fikirlah sendiri.."

aduh..maka pulanglah gadis itu dengan sakit dihati..persoalan tidak terjawab...yang dapat hanyalah cercaan bagaikan si gadis ini sebodoh manusia..
"fikirlah sendiri"...bukankah bertanya itu salah satu cara untuk menimba ilmu..bagaimana pula mahu "fikir lah sendiri" tanpa ilmu?

Inilah hakikat mereka yang dikatakan "tahu" ..alim.. thiqah dalam bab islam..
Apabila persoalan daripada mereka yang tidak tahu
sering diabaikan.../tidak dilayan, bagaikan mereka yang tidak tahu/jahil/sengal ini..tidak berguna dan tidak akan berguna..

Aduh...

Aduh..

Sakit sungguh hati ini...
Macam mana kita hendak maju kalau sering merendahkan mereka yang rendah...
bukankan tugas kita untuk meyedarkan mereka dari sifat kejahilan?

tolong perjelaskan kepada diri saya~


terasa sungguh hati aku ini."

AlexUmar

Saturday, September 02, 2006

Sikap tidak ambil peduli adalah sikap majoriti masyarakat melayu.

Membaca:aku seringkali menerapkan perilaku ini didalam blogku kerana aku mendapati rata-rata ummat dan secara amnya rakyat Malaysia semakin terpinggir dalam membaca.

Iqra'. Surah pertama yang diturunkan kepada Muhammad (SAW) melalui Jibrail.

Membaca membenuk masyarakat berilmu.

Membaca memungkinkan minda kita berjalan beribu bernautika jauhnya.

Kalian tolong tokok tambah.
Ada apa dengan buku?

Seperti nasihat moncherie pada blog beliau (makasih ibuk Arni), (baca)

dear Pak Romizi, here I enclose Zawiyah Baba's column in Utusan today, for you to ponder. Happy reading...!


Bebas, sukarela jadi cara paling berkesan menggalakkan membaca
Membaca memang menyeronokkan. Keseronokan ini dinikmati apabila
seseorang itu membaca dengan sukarela dan memilih sendiri bahan yang
dibaca sesuai dengan cita rasa, mood, minat, tujuan atau keperluan kita
pada sesuatu masa.

Ada kalanya kita merasa tenang dan tenteram membaca al-Quran atau
kitab agama. Pada masa lain pula kita terhibur dengan membaca majalah,
buku cerita, hobi, buku-buku humor dan komik. Untuk memenuhi
keperluan ingin tahu mengenai apa yang berlaku di keliling kita,
surat khabar, sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik pula dibaca.
Seterusnya kita juga mendapat kepuasan memperoleh maklumat atau
jawapan yang dicari mahupun yang diperlukan dengan membaca atau
merujuk kepada buku.

Sesetengah orang pula merasa seronok mencabar minda dan mendalami
ilmu dalam bidang khusus dengan membaca buku-buku bukan cereka atau
ilmiah. Kepelbagaian bahan bacaan memberi bermacam jenis keseronokan
kepada pembaca terutamanya apabila membaca dengan kehendak atau
minat sendiri.

Penemuan kajian yang dijalankan oleh Universiti Southern California,
Amerika Syarikat jelas menunjukkan bahawa menggalakkan pembacaan
secara bebas dan sukarela (free voluntary reading) adalah cara paling
berkesan untuk menanamkan minat dan tabiat membaca.

Hanya dengan banyak membaca secara sukarela sahajalah seseorang itu
akan dapat menjadi seorang pembaca yang mahir, mempunyai gaya
penulisan yang baik, perbendaharaan kata yang luas, kebolehan mengeja
dengan cekap serta mempunyai penguasaan nahu yang mantap.

Pendekatan ini lebih berkesan lagi apabila pembaca memilih sendiri bahan
yang dibaca kerana ia menambah kepuasan membaca. Hasil kajian ini
terdapat dalam buku berjudul The Power of Reading: Insights from the
Research oleh Stephen D.Krashen (2004) yang diterbitkan oleh Heinemann.

Pengalaman saya sendiri semasa zaman kanak-kanak di Tampin, Negeri
Sembilan, banyak persamaan dengan penemuan kajian ini. Bahasa
pengantar di sekolah pada tahun 50-an dan 60-an adalah bahasa
Inggeris, dan guru-guru pula hampir kesemuanya bukan Melayu.

Oleh itu amat penting menguasai bahasa Inggeris sebaik sahaja masuk ke
sekolah rendah. Sejak kecil lagi kami adik-beradik memang suka membaca
komik bahasa Inggeris yang dibeli oleh bapa atau dipinjam daripada
kawan-kawan. Komik-komik cerita klasik, perang dunia kedua dan juga
mengenai cerita koboi dan Red Indian, iaitu orang asli di Amerika Barat,
bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi pendedahan awal
kepada bahasa Inggeris.

Menjadi kebiasaan kami juga membaca surat khabar Inggeris dan Melayu
dan majalah Readers Digest yang dilanggan oleh bapa.

Di sekolah pula, semasa darjah 1 dan 2, saya teringat koleksi buku yang
disimpan dalam almari di belakang bilik darjah. Walaupun tidak banyak,
buku-buku itu kesemuanya berkulit tebal dan setiap muka dipenuhi
dengan ilustrasi yang begitu hidup dan berwarna-warni. Guru kanan
sekolah itu, Mrs. Chapman, membacakan cerita dari buku-buku tersebut.
Selain itu, seminggu sekali beliau bermain piano dan kami akan menyanyi
bersama lagu kanak-kanak dalam buku tersebut. Sesi bercerita dan
menyanyi amat menyeronokkan bagi murid-murid sedarjah dengan saya.

Ketika di sekolah rendah, saya sering menemani ibu ke Melaka pada
hujung minggu untuk membeli kain batik dan kasa robiah untuk
perniagaan kecil beliau pada masa itu.

Sambil menunggu ibu memilih kain di Toko Abas, saya menghabiskan
masa di kedai buku yang bersebelahan. Di kedai buku inilah saya terjumpa
begitu banyak buku-buku cerita dalam bahasa Melayu . Lebih
menggembirakan lagi apabila saya dibenarkan oleh tuan punya kedai
untuk membaca buku-buku cerita tersebut termasuk Batu Belah Batu
Bertangkup dan Nyawa di Hujung Pedang.

Kadangkala saya masih belum habis membaca sesuatu buku itu apabila
diajak pulang oleh ibu. Saya berasa amat sayang meninggalkan buku itu
dan akan memujuk dan merayu kepada ibu agar membelikan buku itu.

Apabila ibu setuju, sayalah anak yang paling gembira dan merasa sangat
beruntung kerana menemani ibu.

Masih segar dalam ingatan saya hadiah buku yang saya terima buat
pertama kalinya dari pihak sekolah, iaitu sebuah buku cerita remaja
berjudul Black Beauty. Saya pernah membaca komik mengenai kuda
istimewa ini dan tertarik dengan ceritanya.

Di kulit dalam buku itu di lekatkan sijil penghargaan sekolah dengan
nama saya tertera dalam dakwat hitam dengan tulisan tangan yang
kemas dan cantik. Alangkah bangganya saya mendapat buku hadiah
itu. Bagi saya, selain daripada memberi pengiktirafan prestasi pelajaran
yang cemerlang, hadiah buku ini juga menunjukkan keyakinan pihak
sekolah terhadap kebolehan saya.

Nota dari Moncherie:
rasanya, kolum tersebut dapat memberikan jawapan,
bukan sahaja untuk Pak Romizi, malah untuk orang lain jugak.
If you asked me, tabiat membaca ini dah disemai oleh mak abah aku dari kecil. Sampai saatnya aku sambut hari ulangtahun,
mak abah aku belikan buku cerita. Tiada mainan, tiada anak patung.
Selain dari itu, they themselves are such an avid reader.
Kami bukan ulat buku sangat
(Aku pernah pergi rumah orang,
dimana perpustakaan mini derang menakjubkan)
tapi adalah sikit sikit buku dirumah.
Abah & mak banyak beli buku agama,
ada masa aku & hubby tumpang sekaki.
Aku dan adik adik banyak beli buku fiction & non fiction.
Though parents aku takde pun tumpang sekaki buku
yang kitaorang beli,
but we make sure we would tell them the whole story from A to Z.
It's a habit that one should nurture dan
kalau nak rajin rajinkan diri mulai sekarang,
perhaps one could start with something light.
Aku percaya,
sesuatu perkara yang kita nak jadikan ianya rutin hidup
ialah dengan melakukan perkara itu
berturut turut selama 21 hari without fail.
Cuba dulu...kalau korang dah try tapi tak menjadi jugak,
aku akan berikan solution yang lain.


Nota daripada Ahmad:

Aku mengusulkan kepada orang yang seangkatan denganku (malas membaca) supaya mulalah menanam minat membaca...

Apabila dah timbul minat, mungkin boleh mulakan dengan buku di bawah

Ada Apa Dengan Buku
Judul : Ada Apa Dengan Buku
Harga : RM19.00

Nombor siri : 2346112

Status Stok: Stok masih ada



Judul : Apa Ada Dengan Buku
Pengarang : Shaharom TM Sulaiman
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat : 275 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676116165

Ya, ada apa dengan buku? Seperti cinta suci yang tulus, buku ada segalanya. Menjadi teman paling sabar, guru yang bijaksana dan jendela yang luas. buku menawarkan ilmu, pengalaman juga bujukan buat mengisi kalbu, memperkaya pengetahuan, mempertajam minda, menguja nuansa.

http://www.ujanailmu.com.my

Friday, September 01, 2006

FESYEN BUSANA MUSLIM & CEGAH JENAYAH

(Untuk Muslimat shj/Nisa')

Tarikh : 3 September 2006, Ahad
Masa : 2 petang
Tempat : Pahlawan Room, The Summit Hotel, Subang USJ

Tetamu Istimewa
Wardina Safiyyah – Pelakon / Pengacara
Kusyi Hirdan – Wartawan / Novelis
Kamal Affendi – Penganalisis Jenayah

Bayaran - RM 15.00 seorang

Hubungi
Puteh : 013-3544405
Dina: 016-2128019
Syafina : 012-5061127

Aturcara Tentatif

2:00 - 2:30 - Pendaftaran Peserta

2.30 - 2.35 - Ucapan Pengarah Program & NISA' Kelana Jaya

2.35 - 2.45 - Ucapan Penghargaan oleh NISA' Malaysia

2.45 - 3.00 - 3N (NISA' News Network)

3.00 - 3.20 - Penampilan Istimewa Wardina Safiyyah & Perasmian Jom Cegah
Jenayah Kawasan Kelana Jaya

3.20 - 3.40 - Scarf Styling & Fashion Show

3.40 - 4.40 - "Jom Cegah Jenayah" (Kamal Affendi - Penganalisis Jenayah)

4.40 - 5.30 - Watch Out Girls! (Kusyi Hirdan - Wartawan)


www.webnisa.net


p/s:Nisa' ni mcm adik aku.sungguh!

Tidaklah bermaksud aku mengabaikan PEMUDA, Unit Amal,webtv atau sewaktu dengannya.
Cumanya beberapa progam kami(Pemuda) tidak berapa perlu diuar-uarkan.
solat witir hanya 1 rakaat jer.

moh kita buat!

Pejuang sejati pasti kan kembali beraksi!

For once in your life, be a hero!