Telefon Direktori
( Sepatutnya aku letakkan gambar buku Phone Directory di sini )
Saya sarankan setiap PEJUANG SEJATI haruslah mempunyai "Telefon Direktori" di rumah.
Contoh "Telefon Direktori Ahmad"
Ini adalah untuk kegunaan kecemasan.
Situasi 1.
Ahmad mengembara ke Kelantan atas urusan Islam.
Bla bla bla berjalan bla bla bla makan
Telefon Bimbit = KONG BATERI!
Ahmad ingin menghubungi sahabat lamanya Zuhdi yang bermastautin di kelantan.
Nak dijadikan cerita, Zuhdi telahpun berpindah ke tempat baru.
Soalan. Macammana nak mendapatkan nombor telefon zuhdi walhal tiada suatu pun nombor telefon
yang ada dalam ingatan melainkan nombor telefon rumah.
Caranya adalah;
1) Ahmad call ibunya di rumah(ibunya surirumah)
dan mintakan ibunya membelek Telefon Direktori milik Ahmad
yang terletak di bawah telefon rumah.
Setiap adik beradik Ahmad mempunyai Fon Direktori tersendiri.
Amat mudahlah bagi ibu mereka menghubungi mereka walaupun mereka
kehabisan bateri atau telefon bimbit hilang.
Nyatakan nombor telefon sahabat kerja,
sahabat usrah, sahabat main bola bla bla bla.
2) AMARAN:Cara ini sangat merbahaya!Meletakkan Fon Direktori ke Internet.
Ahmad hanya perlu ke Internet Cafe dan aksess nombor Zuhdi dari sana sahaja
ataupun YM dengan Zuhdi.(itupun kalau Zuhdi online)
Kalau Zuhdi tak online selama sebulan - tak ke naya!
3) Bawa juga small Phone Directory - Letak dalam thumbdrive pun takper....Jangan menyusahkan orang!
Friday, December 29, 2006
Thursday, December 28, 2006
Coming soon MARCH 2007... KONSERT 2007 anjuran pasukan Dhuat,Rawdah dan WarnaWarni

Merangkumi persembahan Nasyid, deklamasi sajak,pementasan teater,short video screening, seni-tari dan pelbagai lagi acara menarik.
Kepada yang berminat, dialu2kan untuk meluahkan bakat terpendam anda.
Yang nak tolong jadi urusetia juga, dialu2kan menghubungi saya.(Anda akan DIBAYAR!)
Persembahan akan dilakukan di sebuah auditorium yang berhawa dingin dan mempunyai sistem bunyi-bunyian yang mantap!
Pendekatan baru akan bermula!!!
Pop Song
-Jemputan khas kumpulan rock ntuk menghiburkan lagu berunsur kehidupan dalam versi selamat (akustik)
-Kumpulan Nasyid
-Kumpulan Rap dakwah
Persembahan Sajak diiringi montage (projector visual)
- Untuk memberikan penghayatan sajak lebih bermakna, diiringi pancaran visual yang dapat membantu membangkitkan kesan rasa.
Persembahan teater diiringi kesan visual (projector visual)
- ini adalah untuk zooming visual yang agak sukar dilihat dari jarak jauh. contohnya adengan sms: audience akan dapat melihat dengan jelas sms yang tertera (di screen projektor) di dalam babak pementasan tersebut.
Short Film screening.
- Short film/animasi terpilih akan dipancarkan untuk dinikmati oleh para penonton.
antara film yang dipancarkan = Di Manakah Abi,Al Kisah Kucing lorong (rakaman puppet show oleh team dhuat)
tu jer kot stakat ni.. sebenarnya banyak lagi...lain kali saya cerita lagi....
(anda ingin nama anda tertera di sini? hubungi saya.)
dhuat79@yahoo.co.uk

Thursday, December 21, 2006
Rintihan seorang Abi :)

Sometimes I wonder
How I'd ever make it through,
Through this world without having you
I just wouldn't have a clue
'Cause sometimes it seems
Like this world's closing in on me,
And there's no way of breaking free
And then I see you reach for me
Sometimes I wanna give up
I wanna give in,
I wanna quit the fight
And then I see you, baby
And everything's alright,
everything's alright
When I see you smile
I can face the world, oh oh,
you know I can do anything
When I see you smile
I see a ray of light, oh oh,
I see it shining right through the rain
When I see you smile
Oh yeah, baby when I see you smile at me
Baby there's nothing in this world
that could ever do
What a touch of your hand can do
It's like nothing that I ever knew
And when the rain is falling
I don't feel it,
'cause you're here with me now
And one look at you baby
Is all I'll ever need,
you're all I'll ever need
Chorus
Sometimes I wanna give up
I wanna give in,
I wanna quit the fight
And then I see you baby
And everything's alright,
everything's alright
So right...

Wednesday, December 20, 2006
Medium :Kaset Logam
Jenis:Chrome Type "II"
Tahun :1979

Objektif
Melodi indah yang dialunkan, sajak yang dideklamisikan penuh intipati, drama radio yang dilakonkan,
ceramah dan tarbiyah,
moga mendapat izin ALLAH dapat mengetuk pintu2 hati agar sedar akan tujuan hidup ini.
Adalah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua yang menghargai kaset, tetapi apa yang ingin saya tekankan
di sini ialah tidak semua yang dapat merasai 'listrik' lontaran bunyi yang dihasilkan dek kaset ini.
Hanya orang terpilih!
Bersesuaian dengan ikhtiar saya yang mendapat keizin dari ALLAH.
Kaset mempunyai jati diri, kesetiaan kepada memori.
Ya, orang kata hidup pasti melangkah (menjeling ke arah Cpol) CD dan mp3 player bersepah di mana-mana.
Masakan orang akan menghargai kaset?
Apa kehebatan kaset berbanding cd, mp3 player, ipod dan sebagainya?
Memori-itulah yang mahal!
p/s:ceramah Nik Aziz kebanyakan masanya didengari ketika menaiki kereta.
Kesemuanya dalam format kaset kan?
Aku bukannya nak suruh kalian senantiasa mendengar kaset, hanyalah lontaran jiwa agar menghargai kaset
dan format2 sebelum ini-piring hitam, katrij, dan sebelumnya.

Tuesday, December 19, 2006
Monday, December 18, 2006
Ayat Pasif /Aktif
Bila lah diaorang ni nak azan? Lambat betul! Dah masuk waktu dah ni.
- Baik aku azan sekarang, dah masuk waktu dah ni.
Kenapalah mereka tidak mahu meyertai saya dalam perjuangan ini?
- Apakah kesilapan kita yang membuatkan mereka lari dari kita?
Kenapalah mereka tak buat kerja?Mereka begitu dan begini...
- Tak baik aku komen orang memanjang.Yuk terus bekerja!
Kenapalah tol semakin naik?Kenapa Islam tak boleh dilaksanakan? Kenapa kami ditindas?
- Undi PAS!

Wednesday, December 13, 2006
Di manakah abi?
powered by ODEO
(Lagu format berkualiti tinggi boleh didownload di http://dhuat.multiply.com)
Di manakah abi?
Verse
Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...
bridge
Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...
Chorus
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Prosa:Cpol (Karya asal) - http://cpol-blog.blogspot.com
Ritma:Ahmad
Vocal:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Tahun Penerbitan: 2004
Saya diperkenalkan kepada Cpol oleh penerbit ulung kami Paiji - http://duadua.blogspot.com
Pada pembabitan awal dan hingga kini, kami membuat lagu kami pada jarak jauh.
Ya, saya dan Cpol jarang bertemu.
Hanya panggilan telefon dibuat agar saya dapat memahami isikandungan lirik yang telah diemailkan.
Apabila mendapat lirik Di manakah abi? (sekitar tahun 2004) jiwa saya tersentuh
dan meronta-ronta untuk segera merakamkan lirik yang puitis ini ke dalam bentuk pop nasyid.
Rakaman dibuat beberapa kali (baca:take) untuk mendapatkan jiwa(feel) yang sesuai.
Ada ketikanya saya sebak kerana tak boleh menyanyi dek liriknya yang begitu sayu.
Terima kasih buat Paiji dan ALUMNI HIRA' kerana dah 2 kali menjemput
insan yang tak seberapa ini untuk memeriahkan majlis kalian.
Saya masih ingat lagi, semasa di awal pembabitan saya membuat persembahan di AGM HIRA',
saya diiringi ahli kumpulan arraid yang mantap suaranya sebagai penyanyi latar.
Kali ke dua saya dijemput (ke sendiri jemput?) ke Alumni di tahun kesekian kalinya,
lagu ini pastinya menjadi lagu penutup/kemestian dek kekuatan jiwanya.
-Komentar Cpol (penulis Lirik)-
Ana diminta untuk menulis bagaimana lahirnya idea untuk menulis lirik lagu Di Manakah Abi oleh Amad. Terkedu juga bila membaca permintaannya itu, apatah lagi bilamana mengingatkan betapa lirik lagu tersebut (Di Manakah Abi) bukanlah suatu hasil kerja yang 'terlalu hebat' yang pernah ana buat. Tetapi untuk tidak menghampakan harapan seorang sahabat, ana coretkan sedikit dari mana ana mendapat ilham untuk menghasilkan lirik tersebut, dan sambil-sambil membaca, anda boleh mendengar lagu tersebut (hasil kreatif Amad) menerusi radioblog odeo di atas.
Berikut adalah catatan yang ana ambil dari ruangan comments blog Amad.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dari mana ana dapat ilham untuk buat lirik 'di manakah abi'. Ianya berlaku ketika ana diminta oleh Amad (time tu, ana baru je kenal Amad - diperkenalkan oleh Paiji) untuk mencipta beberapa buah lirik. Antara lagu terawal yang ana buatkan untuk Amad ialah Kibaran Islam dan Di Manakah Abi. Cuma persoalannya, dari mana datangnya ilham untuk buat lirik Di Manakah Abi?
Ketika memandu untuk ke construction site di Bukit Jalil, ana terfikir untuk membuat lagu berkisar kepada kisah anak dan ibunya yang kehilangan bapa/suami yang gugur sebagai syuhada' di medan jihad. ana rasa, tidak banyak lagu-lagu seumpama ini (perjuangan, jihad) dibuat, dan barangkali keluarga para syuhada Memali khasnya, tentu merindui lirik-lirik lagu yang boleh menyejukkan keresahan dan kesedihan mereka.
Ana kemudiannya, teringat sebuah lagu dari album Soutul Jihad sekitar tahun 90-an, yang berkisarkan kepada tema yang sama -dialog seorang anak mencari ayahnya.
Lantas, ana mula mencari pena dan kertas, dan segala-galanya bermula di sini....
Ketika menulis lirik, apa yang terbayang di fikiran ialah betapa sayunya (dan sukarnya) hati seorang ibu untuk menerangkan (atau lebih tepat-mengisahkan) apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya yang kecil, yang masih dahagakan kasih seorang yang bergelar bapa! (Sudah pasti anak itu tertanya-tanya, kenapa aku tak punya bapa seperti mereka yang lain).
Dan ana terus membayangkan keadaan tersebut (untuk mendapatkan feel dan idea sebelum diterjemahkan ke atas kertas).
Sehinggalah akhirnya, lirik tersebut dapat disempurnakan - thanks Amad atas kepercayaan yang diberi :)
That's All...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
-Cpol-
Arraid, sebuah nama yang tak asing lagi pada peminat nasyid sekitar lembah kelang.
Saya tak pasti berapa banyak kalikah Arraid memenangi pertandingan nasyid.
Cuma saya sememangnya gembira lagu saya dan cpol dinyanyikan semula
dalam bentuk alunan dan susunan suara yang lebih segar. Mantap!

powered by ODEO
Lagu kami mendapat pengiktirafan daripada kumpulan Arraid.
Terima kasih Arraid.
-cuma janganlah lupa untuk babitkan nama Cpol dan Dhuat masa menyanyikan lagu ini :P
Seterusnya kami disokong oleh penulis kreatif si miawsoleh - http://karyamuslim.blogspot.com
Ya, beliau telah mencerpenkan lagu kami.
"Di manakah Abi?' - cerpen oleh Miawsoleh.
Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.
"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."
Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.
"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman." Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.
"Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi."
"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?"
Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.
"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."
"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"
"Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."
"Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan."
Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.
"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan."
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih 'hijau' apalah yang hendak dimengertikan...
Nantikan projek Dhuat,Cpol,Paiji,Meow Soleh seterusnya di tahun 2007
Filem PENDEK "Di Manakah Abi?" format digital stereo-widescreen.

-Karya Klasik Meowsoleh
Dilagukan oleh dhuat (rakaman langsung)
powered by ODEO
Lahir dari tugasan kursus penglahiran bakat dan karya kreatif, ianya adalah bentuk syair. Cuma itu lah, mesej dia agak tegas sedikit, bayangkan syair yang kita alunkan begitu mendayu-dayu tetapi terkandung di dalamnya mesej yang tegas yang menyentuh soal akidah.
-Meowsoleh (sekitar 2001-2002 kot)
BATAS IMAN DAN KUFUR.
Iman itu sangat berharga,
Jadi perisai kepada noda,
Boleh bertambah berkurang juga,
Menjadi syarat untuk ke syurga.
Hindarkan perkara yang membatalkannya,
Amalkan perkara yang meningkatkannya,
Banyakkan amal setiap masa,
Itulah amalan insan bertaqwa.
Kufur pula sangat merbahaya,
Boleh membawa kita ke neraka,
Mendapatkannya senang sahaja,
Jauhi perintah dekati laranganNya.
Ayuhlah bersama wahai saudara,
Tingkatkan iman di dalam dada,
Jauhi kekufuran di dalam jiwa,
Agar hidup aman bahagia.

Thursday, December 07, 2006

RAKAMAN UNTUK DUNIA 4 - SANTAI
powered by ODEO
Assalamualaikum sahabat semua.
Rakaman untuk dunia 4 sudah ke udara!
Nak tahu apa isikandungnya, lagu-lagunya ?
Silalah dengar....segar!
-silalah download :)
(Selain boleh didownload di odeo, boleh juga didownload di http://dhuat.multiply.com)
Tahun yang kurang produktif.
4 lagu cuma dibikin pada tahun ini.
powered by ODEO
Dzikir- ALLAH
Lagu inilah kami... (lagu intro) tidak dapat diupload ke server odeo kerana ketidaksesuaian formatnya.
Walaubagaimanapun, anda boleh mendownload lagu ini di http://dhuat.multiply.com/music/item/40
kami bukan sasterawan negara
mendamba rasa di hujung tinta
kami hanya penyampai kata
risalah Allah Yang Esa
bukan kami pejuang perwira
dikagumi kesatriaannya
kami hanyalah anak muda
mengagumi fikrah yang nyata
c/o
kami sekadar bersuara
mengingatkan sesama kita
kamilah pewaris negara
dakwah kami buat semua
hanya kami aktivis muda
ingin hidup dalam agama
fahamilah kami semua
kami hanya penyampai kata
Album:Gagasan Pendakwah
Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
powered by ODEO
TENTERA ALLAH (hIZBULLAH) - DEMO
OH TERBANGLAH ENGKAU MERPATI
JELAJAH LANGIT TUJUH
KHABARKANLAH RAHSIA SUCI
JIWA KHAIBAR YANG UTUH
ADA PANJI DI PUNCAK TINGGI
ADA JANJI TERPATERI
AROMA SEHARUM KASTURI
BUKAN ENGKAU BERMIMPI
KALAU BUNYI GENDANG DIPALU
GEMURUH DI KAMARMU
SARUNG TUBUHMU DENGAN MISI
BEBASKAN TAMAN INI
c/o
LASKAR CINTA MELANGKAH MENCARI MIMPI
KETEMU BIDADARI DI BATAS LIKU
MERPATI PUN TERSENYUM MENYANYI-NYANYI
INGIN PULANG KEMBALI KE PANGKUAN-MU
Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
powered by ODEO
HIDUP PASTI MELANGKAH
VERSE
ANDAI / TERLUKA-DITUSUK-SEMBILU
PANDANGLAH / PADA KATA-KATA
MENDUNG / TAK AKAN SELALU
MURUNG PASTI BERLALU...
DIBALIK / SURAM-KAMAR SEPI
RUPANYA / KASIH TERSEMBUNYI
BIAR-DIRI-DICEMUH /
GURIS-HATI-NAN LULUH /
YAKIN TAK AKAN BERUBAH...
CHORUS
INGIN-KUTINTA / LANGIT BIAR MEMUTIH
BASAH DI-DALAM / ZIKIR INSAN TERPILIH
KILAU AGUNG-MU / PASTI DI DALAM KALBU
TERUKIR-SALJU / RINDUKU...
TERASA-PIMPINANMU / SEPANJANG WAKTU
BERTAKHTA DI-NURANI / KEAGUNGAN-MU /
HIDUP PASTI-MELANGKAH / MENUJU RINDU /
DALAM-JANJI / YANG SATU...
_______________________________________
BRIDGE
BERSEMANGATLAH DI ATAS UJIAN/
PENUH REDHA SYUKUR DAN KETAATAN/
KIBARKAN SAYAPMU DAN TUJULAH MASA DEPANMU BIAR GEMILANG...
... (BACK TO CHORUS)
_______________________________________
INTRO-VERSE-CHORUS-VERSE-BRIDGE-CHORUS-CHORUS-OUTRO

Subscribe to:
Posts (Atom)