Wednesday, January 31, 2007

Janganlah Begitu


Janganlah kita senantiasa mahukan agar semua orang mengikuti rentak kita sahaja sepanjang masa.
Sebagai orang yang baik, kita juga harus "meraikan" juga rentak yang lain walaupun tak disepanjang waktu.

Lihat alam.
Ramai orang.
Ramai ragam.

Be concern. jangan pentingkan diri sendiri.

sensitive la sikit..

kat public pentry...

Tanya kawan dia nak minum apa, bagi segala untuk menceriakan dia.
Jangan pula kita tunggu sahaja air apa yang bakal disediakan oleh teman kita.
Air kopi: Takmo
Air Milo: Nak

kenapa ni?

Teman dah sediakan tu, minum sahajalah...
berterima kasihlah...
mujur dia buatkan air milo.
dan juga kerana dia tahu minuman kegemaranmu itu

Kamu?

Tunggu sahaja air untuk diminum, nikmati dan komen sahaja kalau air tak sedap.

Ada kamu tanya kepada teman kamu apa pula minuman kegemarannya?

( JAUH lagilah untuk membikin air untuk temanmu itu... )

Tanyalah...

atau kamu juga boleh menolongnya ke dapur, bersama-sama membikin air milo
atau membelikan milo untuk dinikmati oleh kamu dan juga temanmu...

Rentakmu, rentakku jua...
Rentak kita bersama.

p/s:Air milo dan rentak hanya kiasan sahaja...

Tuesday, January 30, 2007

selamat tinggal sahabat semua...

Friday, January 26, 2007

Koleksi sajak-sajak Klasik dhuat

-dah lama tak bersajak, maklumlah dulu banyak masa terluang...

Nanti nak buat interaktif seperti semula!





Kaset Mawlay best bangat deh!-cantik pula tu...



Lagu versi kaset yang kupunyai ini, musisinya agak minimal.
Kekuatan lebih kepada vocal harmony.

Baiklah siapa yang ingin membeli CDnya? hubungi saya di dhuat79@yahoo.co.uk atau YM id : dhuat79

Thursday, January 25, 2007

Cerita1:Sang Ketua

Dhuat: Ketua, saya ada cadangan, supaya kita menayangkan video isu hangat ini pada hari kebesaran kita.

Ketua: No, no itu tak relevan tambahan pula saya yang membuat keputusan.Anda harus bergerak dalam ruanglingkup anda dan jangan nak memandai.Tahulah saya kendalikannya.Penat pening biarlah saya membuat keputusan.Anda hanya bertindak mengikut arahan.Jangan masuk campur urusan TINGGI ini.

Dhuat:(dalam hati, ok selamat tinggal sang ketua.Semoga berjaya)


Cerita 2:Blend Media

Sang Kapitan:Dhuat, bolehtak kamu bantu kami untuk membuat "blend media" untuk memasarkan program dakwah kami?

Dhuat:Boleh :)

Apabila Blend Media telah disiapkan

Sang Kapitan: Kenapa design bla bla bla.. kami nak begini...lagu ni tak bestlah, tukarkan gambar ni...nak sesegera mungkin.

Dhuat:Memberi hujah designer bla bla bla

Sang Kapitan: Hoooh tidak boleh begitu sang dhuat, kami mengenali produk kami lebih daripada kamu.

Dhuat:Tapi saya mengusulkan sesuatu yang mengikut citarasa seorang kreatif.Seharusnya begini.Ianya tak bisa ditukar.

Sang Kapitan:Kami mendapati ianya tidak sesuai.

Dhuat:Kalian tidak begitu pasti apa yang kalian mahukan, tiada definisi tetap.Saya telahpun membuat kajian.
dan pada hemat saya, hasil sebeginilah yang seharusnya.Saya juga telahpun memahami isikandungnya.

(Ini soal kreatif bukan soal perundangan, halatuju., wawasan dan saya tak sentuh pun bahagian 'rasmi'.)

Dhuat:Adakah kehadiran saya membantu kalian seolah-olah saya ni robot semata?Tiada vokal untuk menentukan citra kreatif?Saya kira saya berjaya transcent gagasan kalian melalui medium "Blend Media" ini.

Sang kapitan: Hoohh ini misi kami, perjuangan kami... kami lebih mengetahui...

Dhuat:(Sudahlah.... ok selamat tinggal sang kapitan.Semoga berjaya....)



Aku tidak dilahirkan di bumi ini untuk berkhidmat seraya mengikut kehendak sebilangan manusia yang mahukan kesempurnaan agar gagasan mereka berjaya tanpa mengambilkira nilai estatika seni yang ingin aku salurkan seikhlas hati.
(Mahukan kesempurnaan tanpa menghormati pendapat sang kreatif)

Ikhlas seni adalah penting untuk menterjemahkan serta memartabatkan media-media agar menusuk secara telus ke dalam hati.

Moral:Budak kreatif biasanya tak suka apabila cadangannya tidak dipertimbangkan, tambahpula disekat halatuju kreatifnya.


From now on, we did it "MY" way! And please do not TOUCH my creative parts. EVER!
-kerja dakwah-

Ini adalah arahan!!!

Kalian diwajibkan hadir di mesyuarat yang kesekian kalinya di Sabak Bernam.
Dan sila bawa bersama risalah yang telah kami edarkan pada tuan-tuan melalui email rasmi.
Setiap dari kamu harus membuat 1000 cetakan.

Daei Sobri, seorang pekerja buruh di sebuah kilang percetakan.
Sedih, gusar dan bimbang dengan arahan yang diterima melalu sms.

1) Email tu apa benda?
2) Internet dan bayarannya?
3)Nak pergi ke sabak Bernam berapa tambangnya?(takde kereta)
4)1000 keping photocopies berapa harganya?

Sabak Bernam tu di bahagian mana? aiseh bil telefon lagi....

moral:kalau nak bahagikan kerja atau bagi arahan, pakailah otak siket!
tak ke naya orang seperti depa ni?
Bila tak mai mulalah dikatakan tak komitedlah hapelah...

Kenapa 'memaksa' mereka ini menjadi 'pekerja' kamu pada MULAnya?

Dan kamu Sobri, kenapalah kamu merelakan dirimu menjadi 'mangsa'?

Ini hidup kamu Sobri, jadikan ia bermakna.
Takkan selamanya nak menjadi hamba kepada cita-cita manusia yang lain?
Carilah kekuatan hidupmu Sobri.

Biarlah kamu berdakwah semampumu dan bukan atas desakan RETORIK semata.

Buatlah kerja kerana ALLAH dan bukan kerana manusia.

-been there , done that-
i had enough!


Saya sudah pun mempunyai kasetnya.
Subhanallah, antara kaset yang tercantik pernah kulihat di dunia ini.

Lagu versi kaset yang kupunyai ini, musisinya agak minimal.
Kekuatan lebih kepada vocal harmony.

Baiklah siapa yang ingin membeli CDnya? hubungi saya di dhuat79@yahoo.co.uk atau YM id : dhuat79

Edisi terhad! dari timur tengah

Hanya tinggal 17 keping lagi....

Thursday, January 18, 2007


powered by ODEO

For the sake of ALLAH


Lagu Nasyid saya yang ke 2.(2001) Dinyanyikan oleh Paei@Dhuat. Lirik Berbahasa Inggeris campur Arabic (Fusha)

Pernah menjadi lagu Fenomena/Nostalgia di bumi 'Down Under'. Saya berharap sangat anda mendengar lagu ini.

nak download? sila ke http://dhuat.multiply.com/music/item/27

powered by ODEO

HIJRAH

Verse 1
Berjalan, dua sahabat
menuju kota Madinah.
Ameer, Ya Rasulullah,
diiringi Abu Bakr.

Hijrah kerana ALLAH
tak hirau dugaan melanda.

chorus
Korban harta benda,
korban nyawa,
korban segalanya.

bridge
Sekarang, adakah kesan
hijrah dalam dirimu?
Ayuh! berubahlah
tinggalkan kesenanganmu/amal burukmu.

Verse 2
Menuju jalan yang lurus
pautan aqidah yang satu.
Tokoh, Ya Rasulullah
kami hijrah bersamamu (walaupun lain zaman)

Prosa/Ritma:Ahmad
Rakaman:2004

Wednesday, January 17, 2007

Moh kite main Futsal !!!

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Berita baik untuk para penggemar dan penggiat Futsal!

Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pusat (DACS) dengan kerjasama Jawatankuasa Sambutan 20 Tahun ,Harakah akan menganjurkan Kejohanan Futsal di seluruh negara bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-20 suara rasmi PAS - Harakah.

Kejohanan yang akan berlangsung mengikut zon itu bermula pada Ahad, 4 Februari 2007 bagi zon tengah yang merangkumi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak Selatan, 3 Mac 2007 bagi zon utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak Tengah dan Perak Utara), 31 Mac 2007 bagi zon selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), dan 6 April 2007 bagi zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu).

Menurut Pengerusi DACS, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, acara akhir (grand finale) kejohanan futsal itu akan dilangsungkan di Kota Bharu pada 7 April 2007.

Bagi zon tengah, kejohanan futsal ini akan diadakan di Sport Planet, Ampang dan dijangka menarik penyertaan 128 pasukan.

Yuran penyertaan adalah RM200 bagi satu pasukan yang menawarkan hadiah wang tunai RM2500 untuk tempat pertama, kedua (RM1500), ketiga (RM600), keempat (RM400) dan tempat kelima hingga kelapan (RM200).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Februari dan undian pada 3 Februari 2007.

Pasukan futsal yang berminat mengambil bahagian diminta menghubungi Abdul Latif (019-3922736) dan Nizam (019-2779692).

Menurut Ustaz Mohd Firdaus, 4 pasukan teratas setiap zon layak ke peringkat 'grand finale' yang akan diadakan di Kota Bharu pada 7 April akan datang.

"Saya menjemput pasukan futsal yang ada di seluruh Semenanjung agar menyertai kejohanan ini. Pemuda PAS Kawasan juga boleh membentuk pasukan futsal bagi menyertai kejohanan ini," katanya kepada Harakah.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah jurulatih profesional, Azman Haji Eusoff. Azman yang juga Timbalan Pengarah II DACS pernah membimbing beberapa pasukan bola sepak negeri dan kelab bolasepak tempatan.

sila download borang di bawah (right click-save as or open in new window)

Borang penyertaan Futsal 20 tahun Harakah

Tuesday, January 16, 2007

Hanya sebahagian daripada LAGU NGETOP DHUAT!!!

Enjoy!!! Moga bermanfaat.



powered by ODEO


Matahati


verse 1
bangunlah bersama sinar mentari
setelah lama dibuai mimpi-mimpi

verse 2
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 1
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*Reff 2
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati

verse 3
hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

verse 4
hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

*Reff 3
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 4
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*(Mumbling)
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

Prosa:Cpol
Ritma:Azhar/Ahmad

Penyusun Musik:Azhar
Lead Guitar:Yen
Bass/Rhythm:Azhar
Drum Programming:Azhar
Vokal:Ahmad

Genre musik :"Sajak Grunge"
Tarikh rakaman musik: 1998 atau 1999 lupala..
Tarikh Rakaman vokal: 2005
Recording/Mixing/Mastering Engineer:Ahmad

Penerbit:Cpol/Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia

Monday, January 15, 2007



Tazkirah : Post Korban


powered by ODEO
Rasuah - rakaman menerusi RTM1


powered by ODEO

Saturday, January 13, 2007




Art Xpress

Art Xpress merupakan satu projek untuk mengumpulkan karya seni / kreatif yang bertemakan Ketuhanan/Kemanusiaan yang menekankan unsur-unsur keagamaan dan pendidikan. Matlamat dan falsafah Art Xpress ialah berkreatif bukan sekadar menghibur tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa kesedaran, keinsafan dan tanggung jawab TANPA mengenepikan nilai-nilai estatika dan kreativiti.

Art Xpress menyediakan satu platform untuk mereka yang berbakat untuk menyerlahkan potensi masing-masing samada dalam bidang nyanyian (nasyid, puisi etc), multimedia ( short film, slideshow etc), sketsa, puppetshow dan lain-lain.

Art Xpress berhasrat untuk melahirkan lebih ramai insan kreatif yang bertanggungjawab. Dengan mengadakan konsert-konsert sebegini, adalah diharapkan bakat-bakat unik mereka ini dapat di cungkil dan dikongsi bersama masyarakat. Sudah tiba masanya golongan kreatif yang mahu memperjuangkan nilai-nilai murni ini diberi peluang yang lebih jauh dan meluas. Konsert ini juga berhasrat untuk merubah persepsi bahawa hiburan yang Islamik itu seringkali monotonous, hambar dan tidak kreatif.

Projek ini dikendalikan oleh: Team Dhuat,Team Warna Warni dan Team Rawdah.

Friday, January 12, 2007

Piket Aman-Membantah kenaikan harga Tol di bandar Sunway 7 Jan 2007


powered by ODEO



Media Express
Music Express
Sajak Express


Sejak bertahun, berzaman, Art Express dijayakan di pelusuk dunia.
Nah kini tibalah masanya ianya di jayakan di Malaysia.
Buat pertama kalinya.

Nantikan...

Thursday, January 11, 2007

Sunday, January 07, 2007



powered by ODEO


Jika streaming terlalu "slow" atau anda tidak punya masa untuk mendengarnya, anda bolehlah mendownloadnya
(right click and save as..) di http://dhuat.multiply.com/music/item/35
Tujuan amal baik dikhabarkan/ditonjolkan adalah supaya hati-hati yang lain berdegar-berkobar untuk melakukannya juga.

Ya saya gemar bernyanyi.

Adakah dengan bernyanyi cuma, dapat merubah dunia?

Tidak bukan?

Maka sebab itulah saya suka menekankan supaya para musyid agar MESTI menjadi PEJUANG SEJATI!

Takkan sekadar bernyanyi sahaja kot? atau hujung minggu berlatih vokal,musisi, susunan musik, lirik puitis dan sebagainya...

HIDUPKAN ROH islam itu sendiri.

Lakukan dakwah, pergi berusrah, pergi muktamar, pergi demo, nahi mungkar, BEING VOKAL, Berukhwah fillah, rehlah, jaulah,

Solat berjemaah di MASJID, Juga hidupkan majlis limu, banyakkan berzikir, baca Al Quran

Nah itu barulah PEJUANG SEJATI!

Nyanyian PARA PEJUANG lagi bermakna berbanding nyanyian munsyid retorik dan PENAKUT!

p/s:Jom pergi DEMO anti kenaikan Tol pada petang ini jam 4 petang ni berhadapan Sunway Pyramid.

Jika aku tidak berkata-kata, munsyid(PEJUANG SEJATI) yang lain akan meneruskan kata-kata.

Friday, January 05, 2007

Thursday, January 04, 2007



powered by ODEO


Jika streaming terlalu "slow" atau anda tidak punya masa untuk mendengarnya, anda bolehlah mendownloadnya
(right click and save as..) di http://dhuat.multiply.com/music/item/35


powered by ODEO

Tuesday, January 02, 2007

Mengembara ke alam maksud

-biar perlahan agar termaktub

Antara nikmat dan hakikat

-yang dimimpikan tak semestinya berkat

Tersepit antara dua dimensi

-hanya salju putih mempunyai jati-diri
Akan Datang!!!

- Bicara Bersama Elmafraqi "MAT REMPIT" Bahagian 2
Elmafraqi semakin mengganas!!! Hoho

- Rakaman Untuk Dunia 5
KAli ini adalah sedikit berbeza kerana kebanyakan rakaman dilakukan di luar studio
dan yang paling ketara ianya dilakukan secara kembara/santai di negeri KELATE.
Aku angin yang berlalu,

biarkan berlalu,
tak perlu tunggu,

biarkan angin berlalu,

kerana kisahku sering begitu,

berlalu...