Monday, July 16, 2007

DHUAT


Kalian sudah mengetahui ya, sedikit sebanyak bagaimana perjalan seni seorang dhuat.
Bemula dengan lagu yang bahagia(suasana ceria) mellowdic-jiwa(zaujah as solehah) akhirnya berubah kepada lagu rebel dan nahi mungkar?

Kenapa ya?

Kenapa MESTI juga memperdengarkan lagu zaujah as solehah di sini?
Untuk memperlihatkan karya musik saya secara seluruhnya.
Taaruf juga namanya.

Memperdengarkan apa yang salah dan apa yang betul.

Sebenarnya, berlagu jiwangdukalara itu tak salah, tetapi harus pada tempatnya.

SEBAB ITULAH LAGU ZAUJAH AS SOLEHAH DIBANNED OLEH DIRI SENDIRI SELAIN USTAZ JUGA YANG MENASIHATKAN SAYA. (SEKITAR 2001-2002)

Sebab itulah juga, walau sedari 2002 telah merakamkan lagu tersebut, hanya di tahun 2007 ia diperdengarkan.



Berikut disertakan 2 lagu kritik sosial dan semangat juang.

Ternyata berbeza berbanding tahun 2001 kan?

Lagu punk serta rock juga menyatakan sifat amarah mereka, kritik sosial tetapi akhlaqnya tidak ada.

Sedaya upaya saya menyedarkan pemusik yang berbakat di luar sana untuk berkarya untuk menyatakan keadilan dan kebenaran.



Revolusi Pejuang Sejati (versi demo/sketch)



powered by ODEO

Mumbling:
Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....

Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...

(suara ramai-ramai)
REVOLUSI Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi

Prosa/Ritma:Ahmad

Nota: Suatu ketika dahulu(sebelum 1991), musik Rock Amerika diharamkan di Russia,
mereka mengusahakan polka,rock waltz dalam musik pop mereka.
Yang ingin ku sampaikan di sini adalah lagu folk rock/rebel/sajak.
Hasil kajianku, Malaysia amat jiwang mungkin kerana cuaca khatulistiwa Malaysia yang amat selesa, berbeza di kawasan tropika di Thailand dan Indonesia, tambahan pula mereka ditindas habis-habisan dimana mereka sanggup berbunuhan demi untuk memberi anak mereka makan dek ketandusan makanan yang amat KRONIK! Kita di Malaysia amat selesa walaupun tol dinaikkan, hmnn budaya "tak apalah" menyebabkan kita dicandu dengan lelagu jiwang karat geli tanpa menghirau-peka keadaan realiti generasi kita yang kian ditindas.Diibaratkan Komunis ala Demokrasi.Makanya hasil musik kita takkan sama dengan mereka, musik umpama suara hati mereka yang kebuluran, kita cuma lagu duka ditinggalkan sang bidadari, heh.Berubahlah!

oh ya, kalau streaming tersangkut-sangkut, kalian bolehlah download lagu ini di multiply saya di bahagian lagu baru dhuat.
Terima kasih.





Demo lagu Angin juga usai dirakam.(Beberapa bulan sudah)

Angin (Demo)


powered by ODEO

bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini

bisiklah ke telinga mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah

aduka - Prosa
dhuat - Ritma

Jika ODEO menghadapi kesukaran untuk memainbalik mp3 tersebut,
kalian bolehlah mendownloadnya menerusi

http://odeo.com/show/12715363/1185279/download/Angin.mp3


Dirakam secara 'LIVE' dalam bilik dengan menggunakan laptop APPLE adik dan ALTO mixer.

Aku ingin memulakan Episod 'Lagu Nahi Mungkar'.

Lagu Amal Maaruf terlalu tepu di dunia Malaysia ini.

Maaflah kalau suara/melodi tak berapa sedap, inilah yang aku mampu setakat ini.

Ada rezeki aku akan buat 'Proper Recording' di studio dengan bunyian yang mahal.

Genre:Folk Rock

No comments: