Monday, July 23, 2007

Aku sebelum hari ini... (Hmm... macam pernah nampak jer judul ni, kat mana ya? :) )


Di kesempatan ini aku ingin mencoret perihal kaset79.

Kenapa Rakaman Untuk Dunia?

Baiklah, di sini kalau ada fanatik mawi tuh, sori yek aku terlebih dahulu utarakan perkataan WORLD tetapi ramai yang tak perasan heheh.

Rakaman Untuk Dunia bermaksud untuk memperketengahkan musik nasihat kepada seantero dunia.
Aku tahu ini memerlukan kerja yang teliti.
Oleh sebab itulah aku ingin merakam semula karya terbaik aku dan menyanyikannya semula dalam bahasa global iaitu bahasa Arab, China, English dan Peranchis.

Sejarah awal rakaman.
Tadika - menggunakan radio tape recorder berjenama "sencor".
Aku tergelak apabila pamanku merakam suara tangisanku semasa bertelagah dengan adikku aku kira.
Aku tertarik dengan bunyi yang dirakamkan (terutanmanya suara aku:) )

Tahun-tahun berikutnya aku sudah pandai membuat dubbing, membuat rakaman dimana aku bisa berdialog dengan rakaman yang aku rakam seolah-olah aku berbicara dengan radio.

Semasa di tingkataan 1, aku melakukan rakaman radio kaset.Ya, aku menjadi DJ nya.Berceloteh, menghiburkan dan memainkan musik yang terhangat di ketika itu.Kaset itu didengari oleh kebanyakan rakan sekelasku.Mereka terhibur dengannya.

Semasa di tingkatan 3, aku meneruskan karya stesen radio kaset aku yang aku gelarkan rancangannya Gelombang 1 3 6 7!
Semasa di tingkatan 4 pula, aku melakukan perubahan di sekolahku dengan memperkenalkan sistem dubbing dalam pementasan drama.Ya, aku juga adalah direktornya.Dan apabila kau menjadi direktor, amat kontradik untuk menjadi heronya, maka; aku cuma menjadi pemain tambahan (second hero).Antara drama pentas yang aku arahkan adalah
spoof Anakku Sazali, Star Wars, untuk Hari Pengawas di mana pengawas di sekolahku berlakon drama pentas 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' untuk dipersembahkan kepada pengawas2 yang hadir di sekitar lembah kelang.Di hari persaraan Guru Besar kami, dimana aku diminta untuk mengarah drama di hari persaraan Guru Besar kami.(sound FX menjadi majorku di ketika ini)

Dan untuk pertama kalinya, dalam drama tersebut juga, aku dan sahabatku menyanyi live dalam drama tersebut.Lagu yang aku gubah tersebut bertajuk 'Selamat tinggal bungaku'.

Semasa aku di kolej seni, ya aku sememangnya designer tetapi aku malas berkarya dan sebab itulah blog aku tak secantik mana.Semasa aku di kolej seni, aku giat pergi Jamming dengan Rock Band aku yang namanya berubah-rubah seperti the Blisters, Sarcarstique dan sebagainya.Rakaman live semasa jamming memang menjadi kebiasaanku.Setelah mendengar rakaman, barulah kami sedar bahawa kami bukanlah bagus sangat.Sekadar ingin cuba cuba dan berhibur sahaja.
Antara lagu yang kami sering dendangkan adalah Hidup Brsama, River of Alkaline, Boo Hoo Clapping songs, Subang Parade(lagu gatal ciptaanku).Terdapat juga beberapa lagu yang aku enggan nyanyikan kerana bertentangan dengan Aqidah dan juga beberapa lirik yang aku tukar agar tidak langgar syariat islam contohnya lirik berbunyi "suicide is the best solution" aku tukar ke "suicide is the bad solution"

Mungkin bagi kesemua ahli band aku, obsessi mereka terhadap musik tidaklah sekuat aku.
Pada jangkamasa yang sama juga, aku telah berjaya memperoleh ilmu PC Multitrack Recording yang agak baru pada zaman itu.Ada 2 artis sahabatku menggunakan kepakaranku untuk merakamkan lagu mereka.

Prosesnya memang agak rumit bermula dari proses rakaman, Mixing dan seterusnya Mastering.
Aku tak berapa fasih dalam proses Mastering di ketika itu.

Setelah 3 tahun di kolej Seni, aku terbang ke negara Kanggaroo untuk melanjutkan Degree aku.
Di sana aku menjadi DJ untuk siaran radio berbahasa Melayu.Pada ketika ini, tak banyak rakaman dihasilkan, cuma ada rakaman luar di mana aku menemuramah penduduk melayu di sana untuk dedikasi lagu sahaja.
Di sana, aku jadi LAIN.Perubahan attitude yang mendadak! Kenapa dan bagaimana akan aku ceritakan di entry lain.

Sekembalinya aku ke Malaysia, aku memulakan rakaman nasyidku yang pertama.

Apa yang aku nak? Apa matlamat aku? Apa tujuan aku? Bila?

Rata2 aku dapat merumuskan bahawa jikalau sesorang itu UNDECISIVE, dia akan keliru dan hilang punca dan
tak tahu apa sebenarnya yang dia mahukan.

... (bersambung) (Pengaruh M Nasir dalam karyaku.)

No comments: