Monday, July 16, 2007

Di suatu tepat yang ramai muda-mudi berpeleseran hingga larut malam,
seorang pemuda yang mempunyai cita-cita yang tinggi juga berada di situ.

Pemuda ini mengharapkan pembaca setianya mendalami apa yang ingin dikongsikan bersama, memahaminya serta mendalami isi-isi perkongsiannya.
Tidak seperti pelanggan CC lainnya, mereka bermesra di alam maya, berfantasi, bermanjalaraduka, ternyata pemuda ini sangat berbeza dengan pemuda-pemudi yang lainnya.

Pemuda ini ingin berkongsikan sesuatu.


Pedoman Pak Shukor

Tulislah dalam apa genre sekalipun, namun seorang penulis mestilah mempunyai misi yang tertentu dan berfungsi:

1.Menjadi jurubicara hati nurani masyarakat pada zamannya.
2.Menjadi saksi dan pelaksana kepada perjuangan kebenaran dan keadilan.
3.Menjadi pemangkin kepada perjuangan kemanusiaan seluruhnya.
4.Menjadi perakam sejarah zamannya.
5.Menjadi jurutera kepada jiwa manusia.
6.Menjadi pembuka minda masyarakat untuk melihat dan menganalisis pelbagai kemungkinan masa depan dunia dan segala isinya yang akan berlaku.
7.Bersikap amanah terhadap profesionnya.

Moga apa yang dikongsi oleh pemuda ini bisa membuka lembaran baru bagi penulis sejati seperti anda.

No comments: