Tuesday, July 03, 2007



Mini Disc - Format yang seakan lupus.

Ia menggemparkan dunia rakaman digital di sekitar tahun 1992.
Harganya sekitar 5 ribu di ketika itu.
Kebanyakan dipakai oleh jurutera bunyi profesional.

Bunyinya adalah jauh lebih jelas bernanding kaset dan kualiti bunyi yang dihasilkan agak sama dengan Compact Disc.

Pada tahun 2000-2003, penggunaannya di Malaysia kian meluas.
Di tahun 2004 pula, ipod serta mp3 player mengambil alih tugas MIni Dics.
Peranan penting electronic player bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia adalah untuk memain balik mp3 dan tidak lebih dari itu.

Hanya segelintir manusia seperti saya yang dambakan keupayaan 'hi quality-recording' yang dihasilkan oleh Mini Disc.

Sekarang ini, di Malaysia, Mini Disc telahpun pupus!
Mini Disc Player dan Mini Disc agar sukar didapati di gedung elektronik di Malaysia.

Kedai 'second-hand' memang banyak mp3 player yang dijual tetapi mungkin boleh bertahan selama setahun atau kurang akan penggunaannya.

Anehnya format kaset masih bertahan :)

Cumanya, kualiti bunyi rakaman yang dihasilkan tidaklah 'segempak' Mini Disc.

No comments: