Thursday, August 30, 2007

Monday, August 27, 2007

HIJAU (Enai feat Dhuat) - 2001

Prosa/Ritma:Enai


powered by ODEO

Saat terindah, jamming bersama guru musikku pada suatu ketika dahulu (2001).

Maksud tersirat lagu ini adalah, walau siapa sahaja yang ingin mencorakkan/merencanakan keperibadian kita,
KITA jualah yang berhak menentukan jatidiri kita sendiri dan bukannya orang lain.

Meminjam kata enai dalam bait kata aluannya di CD Tulang Episod 1, kurang lebih begini "Kami tidak dilahirkan untuk menjadi kambing hitam bagi segelintir manusia(kepala kononnya) untuk merealisasikan cita-cita mereka."

p/s:Enai, kalau aku silap tulis, perbetulkan ya?

Tuesday, August 21, 2007

MISKIN KARYA:KESAN TANDUS ALAT RAKAMAN






Rata-rata penduduk Malaysia adalah Dead End User.

Aku menulis entry ini adalah kerana sedikit kekesalan terhadap perancangan penjualan alat rakaman elektronik di Malaysia.

Mungkin, hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, penggalakan penjualan komponen elektronik untuk pengguna akhir dihebat-pergiatkan.

Mana perginya komponen elektronik untuk si pengkarya?

Adilkah kita jikalau hanya disogokkan oleh lagu dari barat dan Amerika sahaja.
Itu tak termasuk lagu Hindi dan Arab geletek lagi.

Ini adalalah kerana tiada karya asli Malaysia yang dihasilkan.

Tiada kempen penggalakan penggiatan berkarya.

Keuntungan hanya dimiliki oleh syarikat gergasi.
Mereka tak peduli pasal karya asli, tak peduli pasal 'daya kembang'.
Yang penting bagi mereka, apa jua yang menguntungkan itulah jawapannya.

Mereka sanggup melihat rakyat mengagungkan melodi asing.
Jauh lagi membantu serta membimbing anak negaranya berlayar seantero dunia.


Akhirnya kita dicengkam oleh melodi asing.

Tidak berdaya saing dan hanya mengangguk menerima sahaja melodi asing.

Buat sahabat India dan Tiong Hua, mahukah selamanya kamu mengimport lagu dari negara India, Hong Kong dan Taiwan?

Berkreatiflah sikit!

Sebarkan melodi jiwa Malaysia kepada dunia!

Saudara sekalian,
Recording devices amat mahal/sukar didapati di Malaysia pada ketika ini dan ia tentulah akan menyebabkan penghasilan karya yang amat lembab.

4 track machine misalnya, tiada lagi di Malaysia, seperi jugaMini Discs, Hi-End Cassette-corders jua.

Yang ada kini cumalah perakam mp3 digital yang miskin bunyinya.

Sebagai seorang yang cintakan rakaman, format rakaman mp3 (8 Bit-32 khz) adalah tidak 'standard' untuk menghasilkan kualiti bunyi seperti CD (16 bit-44.1khz).

Akhirnya tinggallah si miskin di jalanan bermain lagu duka yang menghiburkan.

p/s:geram sebab minidiscs rosak, pc rosak, ipod rosak, yang ada cuma cassete deck.

Entry ini adalah berkisar kesan penghasilan rakaman karya dek ketandusan alatan rakaman.Kreativiti juga bergantung kepada pengalaman dan ilmu seseorang pengkarya.Hal itu tidak disentuh di sini.
Seminggu nan lalu, aku ter'berjumpa' dengan Al Fadhil Ustaz Hasrizal.
Kami berbual santai.

Indah!

Moga berjumpa lagi.

Dapat berjumpa selebriti :)

Selebriti bloggers lain yang telah saya temul secara langsung/tidak langsung.

Roslansms, kickdefella, Ustaz Fauzi, Ustaz Nik Abduh, Ali Bukhari Amir
Mari kita ber-retorik.


MERDEKA! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Tahukah nilai sebenar sebuah kemerdekaan?
Kemerdekaan seharusnya bagaimana?

-bersambung pulok doh...
Mana satukah muhibbah kita?


Muhibbah baik

Kesukanan, setia-kawan, rukun tetangga, gotong-royong, semangat kejiranan

Muhibbah jahat

BN, kongsi gelap, PARTY PARTY!, kronisme, lintah-darat, drug-dealer, yamseng

Thursday, August 09, 2007

Apakah yang anda sumbangkan untuk KOMUNITI anda?-2




Masih ingatkah pendekatan ini?
Keluarga-jiran tetangga-masyarakat-negara?

Mana mungkin Negara bisa 'berkembang' apatahlagi menerapkan 'EMPOWERMENT' jikalau sesama tetangga pun kita tak saling mengenali seterusnya menghormati.

Siapa nama jiran sebelah kamu?
Seringkah bertukar buah tangan?
Sering kalikah berkunjungan?

Buat jagoa-an bolasepak, adalah peranan anda untuk bermain bola sepak atau futsal bersama tetangga kamu yang masih remaja mahu pun anak-anak.

Bergaullah dengan mereka.
Tanamkan sifat cintakan ISLAM.

Buat Ustaz dan Ustazah yang balik dari Al Azhar atau University atau pondok manapun, kembalikan ilmu anda kepada komuniti anda.Sebar dan kembangkan.

Jikalau kamu mampu, ajarkan Al Quran secara percuma kepada anak-anak kecil di kejiranan kamu.

Jika tidak mampu, kenakanlah bayaran yang mudah bagi mereka, kemas rumah ker... beli beras ke atau apa sahaja.(Di zaman dahulukala, di tanah Melayu, Ustaz diberikan tanah(untuk didirikan rumah), beras dan juga rotan agar mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran serta pendidikan ISLAMI anak-anak tetangga dan tak memikirkan langsung selain dari itu.)

Begitu juga kepada guru, kalau mampu ajarkan tuisyen secara percuma, jika tak mampu pula kenakanlah bayaran yang mudah bagi mereka.Pokoknya pendidikan ISLAM disalurkan secara bersahaja.

Menyediakan kolakarya atau bengkel untuk maslahah kejiranan juga harus dipergiatkan.Contohnya kelas memasak, menjahit, penulisan, multimedia, bertukang dan sebagainya.

Selain menjadi ahli komuniti di surau taman anda, menyertai Rukun Tetangga adalah sikap yang muhibbah dan mesra penduduk.

Hobi beradio dapat dimanfaatkan untuk komuniti sepertimana di Indonesia diwujudkan KOMUNITI-RADIO.Dari komuniti untuk komuniti itu sendiri.Komuniti nelayan, petani, peniaga dan seterusnya.

Hobi bermain layang-layang boleh dimannfaatkan untuk anak-anak kejiranan anda.
Peluang dakwah terdapat di situ.

Hobi bermusik, menghiburkan tetangga dengan lagu pengiktibaran, menghiburkan anak yatim.
Semuanya percuma.

Kenal atau tidak ketua kejiranan/kampung anda?
Jikalau tidak, anda perlu berbuat sesuatu...

Anda haruslah aktif diulangi aktif dan jangan sesekali statik!
Bergeraklah! Berkaryalah! Berdakwahlah atau apa saja yang memanfaatkan ummah sejagat.

Aku sokong apa sahaja perkara baik yang dianjurkan, aku menghargai, sungguh...

Majlis ilmu, program kejiranan atau apa sahaja.
Aku tak berkemampuan menyertai semua.
Untuk program-program yang baik ini, jauhi SKEPTIKAL!

Tetapi mungkin aku tak berkesempatan menyertai sesuatu yang dianjurkan itu.
Pilihlah aktiviti yang'menghidupkan' anda dan sebarluaskanlah dakwah.


Perkara MAKSIAT atau statik, aku tak sokong.

Apakah yang anda sumbangkan untuk KOMUNITI anda?

Terserah anda!

Wednesday, August 08, 2007

Revolusi Pejuang Sejati (versi demo/sketch)



powered by ODEO

Mumbling:
Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....

Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...

(suara ramai-ramai)
REVOLUSI Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi

Prosa/Ritma:Ahmad

Nota: Suatu ketika dahulu(sebelum 1991), musik Rock Amerika diharamkan di Russia,
mereka mengusahakan polka,rock waltz dalam musik pop mereka.
Yang ingin ku sampaikan di sini adalah lagu folk rock/rebel/sajak.
Hasil kajianku, Malaysia amat jiwang mungkin kerana cuaca khatulistiwa Malaysia yang amat selesa, berbeza di kawasan tropika di Thailand dan Indonesia, tambahan pula mereka ditindas habis-habisan dimana mereka sanggup berbunuhan demi untuk memberi anak mereka makan dek ketandusan makanan yang amat KRONIK! Kita di Malaysia amat selesa walaupun tol dinaikkan, hmnn budaya "tak apalah" menyebabkan kita dicandu dengan lelagu jiwang karat geli tanpa menghirau-peka keadaan realiti generasi kita yang kian ditindas.Diibaratkan Komunis ala Demokrasi.Makanya hasil musik kita takkan sama dengan mereka, musik umpama suara hati mereka yang kebuluran, kita cuma lagu duka ditinggalkan sang bidadari, heh.Berubahlah!

oh ya, kalau streaming tersangkut-sangkut, kalian bolehlah download lagu ini di multiply saya di bahagian lagu baru dhuat.
Terima kasih.
Dia adalah guruku!

Guru MUSIK.

ENAi namanya.

Saya mengenalinya semenjak di bangku sekolah.

Alhamdulillah 'BOND' kami agak kuat.

Mungkin juga kerana minat yang sama,
- puisi,falsafah dan juga musisi.

Seawal waktu di zaman rock band dahulu, dia yang mempengaruhi kumpulan kami(Scarstique).
Kami sering memainkan musisi beliau yang mana liriknya oleh sahabatnya PREM.

"River of Alcaline"

Saya telah mendengar karya terbaru beliau-pada tahun lepas.

Wahai guruku, aku amat menggemarinya.

Katanya, sayalah yang mempengaruhi karja jihadnya-Alhamdulillah Allahu Akbar!

Saya berbagga dengan karya terbaru beliau yang 'dua' ini.
Ikhlas, saya tak mampu sepertimana beliau, namun saya turut berbangga kerana dia adalah sahabat saya.
Dan sejak sekian lamanya saya nantikan karya yang sebegini- yang mana tak ramai mahu membuatnya.

Sebab itulah di masa zaman ertikata ini, tak ramai yang membuat lagu jihad.
Adapun lagu berkasih sayang.
Ohh pilunya!

Saya sertakan lirik terbaru lagu beliau;

1)

Jihad
Lagu & Lirik : Jenal Zulia

Sampaikan salamku, para mujahideen
Janjikan mereka dengan kemenangan
Bertasbihlah gemakanlah di dadamu
Dengan Nama Tuhan

Sematkan di hati, Tuhankan bersama
Para hamba-Nya, yang ikhlas berjuang
Menegakkan mengibarkan syiar-Nya
Dengan Izin Tuhan

Bersabarlah, percayalah
Bahwa Dia bersama kita

Berjuanglah, Bersatulah
Bertakbirlah, Tuhan Maha Besar

Siapa yang tahu, mungkin esok hari
Terakhirnya kita, hidup di dunia
Mulakanlah Jihadmu saat ini
Syahid impianku

Ya Mujahiddeen, Gemakanlah di dadamu dengan kalimah ini

Illahi Ya Rabbi, Subhanallah
(Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Suci Allah)


3)

Syahid
Lagu & Lirik : Jenal Zulia

Permaisuriku, dengarlah
Lagu ku tulis untukmu
Mungkin saat..

Kau mendengar lagu ini
Aku (telah) pulang ke sisi-Nya
Mungkin saat ini
Ku berada di syurga...

Usahlah kau menanti
Pergi ku tak kembali
Usahlah kau tangisi
Doamu di sisi

Oh..Tuhanku
Lindungilah
Kekasih ku yang satu
Sayangilah dia untukku

Maafkanlah diriku
Pergi tanpa relamu
Doakanlah untukku
Tempatku di sisi-Nya



Pada pertemuan kami, banyak dibincangkan mengenai musik, halatuju musik.
Beliau banyak menekankan SOUL,PRESENCE dan SUBTANCE musik.

Pokoknya semua bersumber dari hati yang jernih.


ALLAH .. jernihkan hati-hati kami,
Jauhkan kami daripada menjadi 'makhluk kurang ajar'
Sungguh... Jauhkan jauhkan...

Redhai kami Ya ALLAH
Dunia akhirat
dunia akhirat

Amin.



Di bawah, saya sisipkan lagu klasik enai, moga menjadi pengiktibaran kepada rockers/munsyid-munsyid di luar sana
agar MENGALUNKAN MELODI yang pada HAKNYA.



DARAH!


powered by ODEO

Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan

Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia

Pandanglah
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya

Selagi ada darah
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena disiang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mati

Segala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
Percayalah...

Tuesday, August 07, 2007

REMAKE LAGU THE DHUAT

Pada kebiasaannya, lagu yang diremake adalah lagu yang pernah mencatat kejayanan pada tahun nan lampau.
Tapi yang menghairankan pula, belum pun setahun lagu abi ni bernafas, ada munsyid-munsyid muda yang menyanyikan semula.

Sungguh, kami bersyukur.
Adik-adik muda menghargai karya kami yang tak seberapa ni.
Tambahan pula kami pula bukanlah kok siapa siapa adja(slang indon).

Pada tahun yang sama Arraid melakukan remake(2005), terdapat juga munsyid muda dari negara 'down under' membuat remake lagu yang sama.

ROSSO namanya.
Rosso memang terkenal sebagai pelukis komik dakwah di dakwah.info

Kita ikuti lagu Di Manakah Abi ? nyanyian solo beliau.


powered by ODEO


p/s:Muawiz Arraid sedang membuat susunan suara merdu baru bersama Arraidnya untuk REMAKE lagu kami (the Dhuat) yang seterusnya : HPM (Hidup Pasti Melangkah) Nantikan.... "ingin ku tinta langit biar memutih..."


Entah bilalah the Dhuat nak terbit album baru ni?

Entahlah...
Dipetik sebijik-sebijik daripada blog atuk saya. :) heh!


DOA BUAT DJW & FRIENDS


Sekiranya anda melalui setesen LRT pada lewat malam (sekitar 12 midnite & above) dan terserempak dengan anak-anak muda yang kelihatan manis menutup aurat, sedang menghidupkan enjin dan bersedia untuk membonceng motosikal, maka jangan lupa doakan untuk mereka. Anak-anak muda ini sebenarnya baru selesai menghadiri mesyuarat dan aktiviti yang seringkali berakhir lewat malam. Balik menaiki LRT dan seterusnya pulang ke rumah menunggang motorsikal mereka yang diletakkan di tempat pakir yang disediakan.

Jikalau gadis remaja lain sibuk menghabiskan masa dengan berhibur, bersuka-ria dan membuat kerja yang hanya bermanafaat untuk diri sendiri, tetapi sebaliknya golongan muslimah muda ini sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa menghiraukan kepentingan diri, demi untuk kesejahteraan ummah.

Hujung minggu mereka bukannya dipenuhi dengan window-shopping di OU, Mid-Valley, The Curve atau lain-lain tetapi pada hari Sabtu dan Ahad mereka dihabiskan dengan program dan aktiviti-aktiviti bersama adik-adik (yang mula tertarik dengan keindahan dan kesyumulan Islam).

Oleh itu jangan lupa doakan untuk mereka dan muslimat muda yang lain, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai realiti kehidupan, pelbagai ragam kawan serumah, kawan seofis mahupun ahli keluarga yang mungkin tidak faham dengan matlamat hidup mereka, namun mereka terus bersabar menggenggam erat tali Allah. Sesungguhnya mereka ini adalah mutiara-mutiara terpilih yang merupakan penyambung kepada matarantai perjuangan Rasulullah s.a.w


Doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat, doakan mereka mendapat jodoh yang terbaik, doakan mereka istiqamah menghadapi mehnah dalam perjuangan dan akhir sekali doakan mereka agar nanti dapat berhimpun di Jannah bersama rakan-rakan seperjuangan, menikmati segala keseronokan, segala kegembiraan dan segala kemewahan yang mereka tidak sempat kecapi kerana sibuk berjuang sejak dari usia yang masih muda.


Amin.


p/s:jangan lupa doakan

Friday, August 03, 2007

NGETOP DHUAT!

Sejak penghasilan musika sedari 2001 hingga kini(2007),
Berikut adalah Top Ten Dhuat (atas kajian+Syok sendiri)
10 dipilih daripada 43 judul lagu yang dihasilkan sejak 2001.


1)

La tahzan


powered by ODEO

semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Filsuf Sufi:Suatu Terapi


2)

Di manakah abi?


powered by ODEO

(Ini adalah nyanyian semula oleh Arraid)


Di manakah abi?

Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...


Prosa:Cpol (Karya asal) - http://cpol-blog.blogspot.com
Ritma:Ahmad
Vocal:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Tahun Penerbitan: 2004


3)

Prosa/Ritma:Ahmad
Vokal:Adik saudara Ahmad (Anuar yang comel)
Musik:Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia 2004

"Pantun Molek" -Nyanyian semula oleh adik Nuar.


powered by ODEO

Assalamualaikum daku ucapkan,
kepada teman dan taulan.
Pantun Molek, jikalau boleh,
ingin daku ungkapkan.

Pahlawan terbilang, segak berperang,
segak bergaya, menawan.
Lagi molek pahlawan lebih
Ubbudiyah kpada ALLAH.

Si gadis manis, bermain riang,
dengan teman di taman.
Lagi molek si gadis manis,
berhijab dan beriman.

Si anak muda, lagak satria,
gembira bermain sepak raga.
Lagi molek jikalau adik,
menutup auratnya.

Pakcik Ahmad, hilang lembunya,
pergi berjumpa sang dukun
Lagi molek jika Pak Ahmad,
berikhtiar dan solat hajat.

Kampung melayu, ramai penghuninya,
patuh kepada penghulunya.
Lagi molek jikalau penghulu
patuh kepada ALLAH dan Rasullullah (3x to end)


4)

MATAHATI


powered by ODEO



verse 1
bangunlah bersama sinar mentari
setelah lama dibuai mimpi-mimpi

verse 2
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 1
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*Reff 2
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati

verse 3
hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

verse 4
hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

*Reff 3
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 4
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*(Mumbling)
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

Prosa:Cpol
Ritma:Azhar/Ahmad

Penyusun Musik:Azhar
Lead Guitar:Yen
Bass/Rhythm:Azhar
Drum Programming:Azhar
Vokal:Ahmad

Genre musik :"Sajak Grunge"
Tarikh rakaman musik: 1998 atau 1999 lupala..
Tarikh Rakaman vokal: 2005
Recording/Mixing/Mastering Engineer:Ahmad

Penerbit:Cpol/Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia



5)

Videoklip Pesanan Kepada Dunia.
Hasil usahasama DieFly dan Dhuat.
Lirik oleh Cpol Musik oleh Dhuat.




Pesanan untuk Dunia(2004)
Ditujukan khas untuk mangsa tsunami.

Verse

Singkapkanlah tabir pagi ini,
dengan ucapan salam dan kasih.
Lihatlah ada kanak-kanak yang berlari,
usah diragut senyum manis di pipi.

Chorus

Oh dunia, kirimkanlah kiriman cinta,
Bukannya lafaz benci dan sengsara...
Suburkan, budi dan mawar kebenaran,
menguntum seri di taman keindahan...

(Lay back)

Pesanan untuk dunia,
sampaikan sinar keimanan...
Berbunga irama kedamaian,
bersama kita lestarikan...

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia




6)

Romeo+Layla (Demo)


powered by ODEO

Narrator:
Di kaki escalator,
menuju ke tempat kerja,
terlihat pemuda mengorat si dara.

Si pemuda namanya Romeo,
hasil daripada pendidikan secular,
terpukau dengan kecantikan si Layla,

Layla:
"Aku bukan dagangan.
Aku bukan murahan.
Kembalilah kau kepada punca."

Si Romeo kekagetan
dengan tikaman jawapan.
Romeo malu tidak terhingga.

Itu sudah 3 tahun lamanya,
sekarang Romeo ligat berusaha
memartabatkan Islam di persada dunia.

Dengan tidak disangka-sangka,
ayahnya si Layla,
pejuang setia seperti mana juga Romeo haha(suspen)

Mereka sering bersama
merperjuangkan agama
mengorbankan harta, jiwa dan raga.

Satu tika Romeo terlihat
si Layla menjemput ayahnya (ayah Layla)
Oh! alangkah terkejut terkesima!(Romeo)

Romeo membuat pengakuan
kepada ayahnya si Layla
tentang nakalnya dia(Romeo) di waktu muda.

Romeo ingin membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan.
Oh adakah si Layla masih keseorangan?

Romeo:
"Wahai ayah si Layla,
ingin hamba bertanya,
Adakah si Layla sudah ada kumbangnya?"

Ayah Layla:
"Wahai sang pejuang setia.
Ya, si Layla sudahpun berpunya,
namun tidaklah bermaksud dirimu hina."

Si Romeo akur dan redha.
Meneruskan perjuangan juga
walaupun tidak dapat bersama dengan si Layla...

Prosa/Ritma: Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati 2007




7)


Lagu Nasyid saya yang ke 2.(2001) Dinyanyikan oleh Paei@Dhuat. Lirik Berbahasa Inggeris campur Arabic (Fusha)(rakaman dilakukan pada tahun 2002)


powered by ODEO

For the sake of ALLAH



Pernah menjadi lagu Fenomena/Nostalgia di bumi 'Down Under'. Saya berharap sangat anda mendengar lagu ini.

Lagu ini sesuai untuk kedua-dua album Revolusi Pejuang Sejati dan juga Filsuf Sufi.


8)

Kibaran Islam


powered by ODEO


verse 1

Apakah masih ada khabar gembira untuk dibangga?
Melihat di hadapan mata, ummatmu derita dan sengsara…

verse 2

Menanti ketika kisah suram ummat tercinta.
Berlalu berganti suria, menyinar, indahnya oh indahnya…

Bridge

Hulurkan sejuta tangan membina satu impian…
Maralah sejuta langkah, satu nawaitu, satu arah…

Chorus

Pastikan esok nan tiba bersama Islam di persada…
Mengharum setanggi dunia sejahtera selama-lamanya… (repeat till fade)

Prosa: Cpol
Ritma: Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia 2004


9)

Angin (Demo)


powered by ODEO

bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini

bisiklah ke telinga mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah

Prosa:Aduka
Ritma:Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati



10)

TENTERA ALLAH (hIZBULLAH) - DEMO


powered by ODEO


OH TERBANGLAH ENGKAU MERPATI
JELAJAH LANGIT TUJUH
KHABARKANLAH RAHSIA SUCI
JIWA KHAIBAR YANG UTUH

ADA PANJI DI PUNCAK TINGGI
ADA JANJI TERPATERI
AROMA SEHARUM KASTURI
BUKAN ENGKAU BERMIMPI

KALAU BUNYI GENDANG DIPALU
GEMURUH DI KAMARMU
SARUNG TUBUHMU DENGAN MISI
BEBASKAN TAMAN INI

c/o
LASKAR CINTA MELANGKAH MENCARI MIMPI
KETEMU BIDADARI DI BATAS LIKU
MERPATI PUN TERSENYUM MENYANYI-NYANYI
INGIN PULANG KEMBALI KE PANGKUAN-MU

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Filsuf Sufi:Suatu Terapi
(Recycle lagu daripada Album Gagasan Pendakwah 2006)

Nota Ahmad:Ni demo tau, tak masuk piano dan gitar lagi ...

Sang tentera ALLAH yang rindu yang teramat untuk bertemu KHALIQnya.

Thursday, August 02, 2007

DON'T YOU EVER PLAY GOD!

'KEMBALILAH !'






Verse 1

Kita bukan rajawali, membelah megah awan gemawan.
Kita ibarat serindit, disangkar, hidup bertuan, tunduk menyerah...

Verse 2

Bukanlah kita pencipta mentari, bukan mengatur paksi rembulan.
Kita hanyalah hamba Illahi, diri dicipta hidup bertuhan...

Chorus 1

Namun mengapa masih tiada merasa hamba sujud dan redho
Mencipta-cipta hukum dunia, seangkuhnya bertakhta di singgahsana...

Chorus 2

Sedarlah diri hanyalah hamba, tetap lemah di sisi yang kuasa
Kembalilah, berimanlah, seikhlasnya sebelum tertutup mata...


Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Pesanan Untuk Dunia 2004