Tuesday, August 07, 2007

Dipetik sebijik-sebijik daripada blog atuk saya. :) heh!


DOA BUAT DJW & FRIENDS


Sekiranya anda melalui setesen LRT pada lewat malam (sekitar 12 midnite & above) dan terserempak dengan anak-anak muda yang kelihatan manis menutup aurat, sedang menghidupkan enjin dan bersedia untuk membonceng motosikal, maka jangan lupa doakan untuk mereka. Anak-anak muda ini sebenarnya baru selesai menghadiri mesyuarat dan aktiviti yang seringkali berakhir lewat malam. Balik menaiki LRT dan seterusnya pulang ke rumah menunggang motorsikal mereka yang diletakkan di tempat pakir yang disediakan.

Jikalau gadis remaja lain sibuk menghabiskan masa dengan berhibur, bersuka-ria dan membuat kerja yang hanya bermanafaat untuk diri sendiri, tetapi sebaliknya golongan muslimah muda ini sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa menghiraukan kepentingan diri, demi untuk kesejahteraan ummah.

Hujung minggu mereka bukannya dipenuhi dengan window-shopping di OU, Mid-Valley, The Curve atau lain-lain tetapi pada hari Sabtu dan Ahad mereka dihabiskan dengan program dan aktiviti-aktiviti bersama adik-adik (yang mula tertarik dengan keindahan dan kesyumulan Islam).

Oleh itu jangan lupa doakan untuk mereka dan muslimat muda yang lain, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai realiti kehidupan, pelbagai ragam kawan serumah, kawan seofis mahupun ahli keluarga yang mungkin tidak faham dengan matlamat hidup mereka, namun mereka terus bersabar menggenggam erat tali Allah. Sesungguhnya mereka ini adalah mutiara-mutiara terpilih yang merupakan penyambung kepada matarantai perjuangan Rasulullah s.a.w


Doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat, doakan mereka mendapat jodoh yang terbaik, doakan mereka istiqamah menghadapi mehnah dalam perjuangan dan akhir sekali doakan mereka agar nanti dapat berhimpun di Jannah bersama rakan-rakan seperjuangan, menikmati segala keseronokan, segala kegembiraan dan segala kemewahan yang mereka tidak sempat kecapi kerana sibuk berjuang sejak dari usia yang masih muda.


Amin.


p/s:jangan lupa doakan

No comments: