Wednesday, September 05, 2007

2 Kempen yang tertunda.

Kempen 1-mendengar kembali kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebenarnya, saya amat menghargai ilmu TGNAANM.
Oleh sebab itu jugalah, setelah beberapa kali dinasihati oleh Mok Usu saya, supaya mendengar, memahami dan menghayati menyebabkan
saya dan sahabat terpanggil untuk melancarkan kempen mendengar kuliah rakaman audio TGNAANM.

Kami akan mengumpulkan segala kuliah beliau didalam format mp3.
Mempergiatkan 'dubbing' kaset terpilih, kuliahnya dan diberikan secara percuma kepada umum.Atau juga menjualnya dengan harga kos tanpa untung.

Sebenarnya, saya agak sedih juga dengan kualiti rakaman TGNAANM, dan kalau diberi kesempatan, ingin juga saya sendiri turun padang dan mengajar orang di sana cara rakaman yang bersih dan betul.

Ini adalah kerana, kita akan terlalu penat nak 'struggle' untuk memahami butir kata TGNAANM dek rakaman yang ala kadar melepas batuk di tangga.

Bunyi bingit, angin menzahirkanpenat; penat bukan untuk menghadam ilmu tetapi penat untuk meneka apakah perkataan atau ayat yang diucapkan.Kualiti teruk bebenor.

Kesian orang banyak seperti saya yang begitu hampa.

(Bukannyo hambo dok pahe bahaso Kelate.)

Dubbing atas dubbing juga menyebabkan penurunan kualiti kaset.
Bayangkan 10 generasi dubbing.

Dubbing seharusnya darpada SATU master cassette sahaja.



Kempen 2 - Transcend

Tulisan/grafik/karya/audio/filem/animasi bloggers terpilih akan diterjemahkan formatnya daripada medium maya(virtual) ke medium realiti(objek yang boleh dipegang) untuk disebarluaskan kepada umum.

Formatnya adalah; tulisan, makalah atau grafik yang telah diprint, CD atau kaset yang telah diburnkan kuliah atau ceramah ilmiah.Begitu juga VCD atau DVD mengenai flem dakwah, majalah,animasi.

Download > burn > beri secara percuma kepada mad'u.



Bukan semua orang memiliki internet bukan?

Kempen perlu logokah? Perlu digazetkankah ?

Uhhh tipikalnya....

p/s:Jauhi daku dari berlaku RETORIK, amin.

p/s:Dah lama tak makan nasi paprik.

No comments: