Friday, September 21, 2007

Sumber:email

Moga bermanfaat.





Kasihnya Anak

"Jangan kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mereka.. Kerdhaan
ALLAH x kan hadir tanpa keredhaan Kedua Ibubapa... Ya-ALLAh ampunilah
dosaku, Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & muslimat & orang-orang
yang aku kasihi.. AMIIN YA Rab..."



Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan
bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya
dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata
sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit
hitam (ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang
mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah
dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah
kebencian ibu.


Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya
yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah
yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga
kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut.
Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku
sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku
dibenci oleh ibu. Sedih rasanya.


Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi
sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika
menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya
hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan
air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur
lena apabila mengenangkan.


Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa
makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan
pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan
untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku
berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di
asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul
ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa
tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku
(tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput.
Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika
ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan
standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan namasekolah. Ayahku
terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari
sekolah.

Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding.Tetapi
aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki
asrama penuh.
Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah
aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku
tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang
peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun
jauuuh di sudut hatinya.


Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar
negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat
lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak
terungkap di sini.

Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku
ceritakan disini.

Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh
menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu
mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku
terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim
lain kerana ayahku telah tiada).


Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang
terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di
tengah-
tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak
redha ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari
pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa
di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah
tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .
panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anak anakku menangis mau
rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat.
Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya.


Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan
dicium.

Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci.
ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas.
Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punya
anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada
berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai
anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu
yang mengandungkan selama 9 bulan , melahirkan kita dengan seribu satu
penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau
didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas
jasa ibu . . .

Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa
yang ingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar
kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita
lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.

No comments: