Thursday, September 06, 2007





Yang ku takuti, akhirnya berlaku jua.

KASET HAMPIR PUPUS!

Semalam, berjalan di KLCC, kelmarin di Subang Parade, kaset audio tidak kutemui!
Kaset kosong juga sukar di dapati.

Buat makluman saudara Tawel khususnya,
saya benar benar menghargai keperihatinan anda tentang kaset ini.

Anda seorang sahaja yang komen perihal kaset ini.

Seikhlas hati saya, terima kasih saudara Tawel :)

Di era 80an, proses dubbing amat sinonim dengan masyarakat Malaysia di ketika itu.Kumpulan rock underground yang kian malayarkan sayapnya, menyebarkan demo-tape mereka melalui dubbing.

Begitu juga kaset-kaset ceramah, kaset-kaset nasyid di ketika itu.
Kaset Khomeini 1979 tak tercapai dek capaian saya untuk didubbingkan :)

Kaset, pada pengamatan saya, mempunyai 3 jenis yang umum iaitu, Normal(ferro) , type II(chrome,CrO2) dan metal.Saya sering menggunakan jenis chrome disebabkan kualiti rakamannya yang kurang bunyi bisaing dan kepekatan bunyi rakamannya berbanding jenis biasa.

Pada tahun 1997, sewaktu saya menziarah keluarga di Singapura, didapati di sana, tiada kaset musik dijual di kedai musik.Kebanyakannya adalah CD dan Minidisc.Sesetengah pendapat menyatakan bahawa apabila taraf hidup sesebuah masyarakat kian tinggi, masyarakat tersebut secara tidak langsung tidak lagi menggunakan format klasik seperti kaset.

Jikalau ini diambil kira, bermakna Malaysia telah mencapai kejayaan material sepertimana pencapaiaan Singapura di tahun 1997.

Hasil pembacaan internet sahaja meletakkan negara yang mundur dan membangun sahaja yang masih menggunakan kaset seperti Vietnam, India,Indonesia, Timur Tengah dan sebagainya.


KENAPA KASET?

Apabila kulihat rodanya berputar, seolah-olah ia bercakap denganku heh!
Kaset lebih 'jiwa' berbanding format digital.

Bayangkan anak muda sekarang ini, kurang bersabar dan cuma perlu skip untuk mendengar track pilihan dan mereka mungkin saja bisa mendownload segalanya(walau tidak disukai mereka) disebabkan kapasiti mp3 mereka yang berGIGA byte!

Untuk pengguna kaset pula, mereka perlu selektif dimana mereka hanya akan dubbing track yang benar-benar mencapai kepuasan hati mereka.
Apabila ini terjadi, maka tiadalah masalah untuk skip dan sebagainya kerana track lagu yang dipilih memanglah yang paling enak didengar.

Mereka bersabar dalam membuat senarai lagu yang akan didubbing dan mereka menghargai sendiri koleksi dubbing yang mereka lakukan dengan penuh sabar.

Realiti zaman sekarang ini, lebih meyakinkan untuk membuat format KASET dimana tiada lagi anasir dubbing ke atas karya asal saya dan juga kerana anak muda hari ini tidak tahu apakah itu dubbing, dan mereka cuma tahu cumalah multiply, encrypting, mp3ing.

Apakah mereka akan membeli kaset player di gedung raya hari ini semata-mata henda mendengar musik saya?


p/s:Anehnya, 'blank audio cassette' juga sukar didapati di gedungraya ketika ini.


Di Ireland gimana ya bro Tawel?

No comments: