Friday, October 19, 2007

Intro
Kenapakah blog ini berkisarkan musik semata dan mempunyai unsur-unsur syok sendiri?
Tidak begitu ilmiah malah dibuat sesuka hati.

Islam merangkumi semua, saya terpanggil untuk menyalurkan sumbangan melalui medium musik.Saya obsess dengan bunyi-bunyian.

Tidaklah bermaksud saya tidak menyertai program partai langsung kerana dok asyik bernyanyi saja.

Segala asam garam berdakwah saya lagukan, semangat juang saya tiupkan, kesedihan saya belaikan, ya dan mana mungkin kami melakukan itu semua tanpa berjiwa daei, menyertai program dakwah, protes-demo, membantu komuniti yang ditindas, tanpa menyertai seraya memahami konsep perjuangan.

Bagi kami, penghasilan munsyid yang melakukan kerja dakwah lebih kami hargai kerana lagu yang mereka hasilkan mempunyai roh islam.

Bukan semata bernyanyi dan mempunyai suara 'harmoni-cantik-cantik', 'lunak-lemak madu', tetapi kami ingin menerapkan penghasilan lagu yang bukan RETORIK.

KAMU ADALAH APA YANG KAMU LAGUKAN.

LAGU KAMU SEBAGAI PENIUP SEMANGAT, PENGIKTIBARAN.

Justeru itu, kami seikhlas hati ingin menghasilkan bunyi-bunyian yang jujur, lahir dari hati sanubari kami Pendakwah Sejati, Pejuang Sejati!

Jikalau kamu (musyid) dok asyik bernnynyi tentang cinta sahaja, saya pasti kamu bukanlah pejuang agama, kamu hanyalah pejuang melodi nasyid dan tidak lebih dari itu.

Bukanlah saya memperkecilkan kamu, tetapi saya menyeru kamu munsyid di luar sana supaya menjadi daie mengatasi menjadi munsyid.

Aku pun bukannya bagus sangat, tetapi inilah yang boleh aku sumbangkan.
Terima kasih Paiji,Cpol,hunusan lidah,budakmenulis atas sokongan selama ini.

Terima kasih!





NGEROCK DHUAT


Cukup duit sahaja, aku rakam balik lagu rock di bawah ini... kat studio.
Iya-lah sebab bebudak sekarang(mad'u) lebih mendambakan kualiti rakaman dan musik kental asli.

Masakan Mad'u tertarik dengan 'sekadar demo' gue?

AKU YAKIN, SETELAH MEREKA TERTARIK DENGAN HASIL, MEREKA AKAN MENCARI SUMBERNYA.

Bak kata guru musik aku, sesebuah musik akan solid sekiranya jujur dan mempunyai SUBTANCE.

Melodi aku tidaklah sehebat mana, tetapi AKU BERPUAS HATI DAN AKU AKAN MELAKUKAN RAKAMAN JUA!

YAHOOOO!!!

Sabarlah menanti duhai ngefan dhuat oiii!

Ngefan aku tak ramai, tiga orang cuma, budak menulis, hunusanlidah, paiji.

Album Revolusi Pejuang sejati mengandungi 10 Judul setakat ini.

1) Daei
2) Romeo + Layla
3) Angin
4) Syuhada
5) Inilah Kami
6) Revolusi Pejuang Sejati
7) Marhaen (belum dirakamkan demonya)
8) Rasuah (belum dirakamkan demonya)
9) Jangan berzina (belum dirakamkan demonya)
10) A poem for the westernised Muslim (belum dirakamkan demonya)

Baiklah, pada kali ini, saya selaku penerbit, ingin promote beberapa lagu di atas termasuk sebuah lagu lama, 'matahati' ciptaan bersama aidil azhar dan cpol.

Lagu yang akan saya promote pada kali ni adalah lagu ...

Revolusi Pejuang Sejati (versi demo/sketch)
Prosa/Ritma:Ahmad



powered by ODEO

Mumbling:
Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....

Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...

(suara ramai-ramai)
REVOLUSI Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi



Nota: Suatu ketika dahulu(sebelum 1991), musik Rock Amerika diharamkan di Russia,
mereka mengusahakan polka,rock waltz dalam musik pop mereka.
Yang ingin ku sampaikan di sini adalah lagu folk rock/rebel/sajak.
Hasil kajianku, Malaysia amat jiwang mungkin kerana cuaca khatulistiwa Malaysia yang amat selesa, berbeza di kawasan tropika di Thailand dan Indonesia, tambahan pula mereka ditindas habis-habisan dimana mereka sanggup berbunuhan demi untuk memberi anak mereka makan dek ketandusan makanan yang amat KRONIK! Kita di Malaysia amat selesa walaupun tol dinaikkan, hmnn budaya "tak apalah" menyebabkan kita dicandu dengan lelagu jiwang karat geli tanpa menghirau-peka keadaan realiti generasi kita yang kian ditindas.Diibaratkan Komunis ala Demokrasi.Makanya hasil musik kita takkan sama dengan mereka, musik umpama suara hati mereka yang kebuluran, kita cuma lagu duka ditinggalkan sang bidadari, heh.Berubahlah!

oh ya, kalau streaming tersangkut-sangkut, kalian bolehlah download lagu ini di multiply saya di bahagian lagu baru dhuat.
Terima kasih.

Revolusi Pejuang Sejati..

Ekperimentasi Folk Rock/Sajak Rebel - Musik yang Janggal

Tentu ada sahabat yang tertanya-tanya, kenapa lagu Dhuat pada kali ini ritmanya amat janggal dan sukar diterima halwa telinga.
Hehe kalau nak terbiasa dengan melodi sebegini, ulangmainlah banyak kali pastinya boleh diterima telinga nanti hehe...




Berikut adalah komen mengenai Melodi yang janggal ini hehe


el_mafraqi
he he he.. ok ok lagu dulu..

dhuat79
refer kat blog aku utk notakakinya yg kurang berasas tu hehe

el_mafraqi
well.. lirik bagus..
nada.. agak asing bagi ana

dhuat79
haha memang..
ni genre sajak rebel agak baru di Malaysia
haha

el_mafraqi
pitching pulak macam hantam ja

dhuat79
memang disengajakan hehe

el_mafraqi
ooo ada ke rebel punya lagu
sori bro ana lemah skit info tentang musik ni

dhuat79
ekpressi marah, sebab tu melodi tak berapa HERO
tapi komen anda bagus...
cuma jgan dok biasa nyanyi salah pitching camni, hanya profesional jer buleh wat cam gitu... :P



“Romeo dan Layla”


powered by ODEO

Romeo+Layla (Demo)

Narrator:
Di kaki escalator,
menuju ke tempat kerja,
terlihat pemuda mengorat si dara.

Si pemuda namanya Romeo,
hasil daripada pendidikan secular,
terpukau dengan kecantikan si Layla,

Layla:
“Aku bukan dagangan.
Aku bukan murahan.
Kembalilah kau kepada punca.”

Si Romeo kekagetan
dengan tikaman jawapan.
Romeo malu tidak terhingga.

Itu sudah 3 tahun lamanya,
sekarang Romeo ligat berusaha
memartabatkan Islam di persada dunia.

Dengan tidak disangka-sangka,
ayahnya si Layla,
pejuang setia seperti mana juga Romeo haha(suspen)

Mereka sering bersama
merperjuangkan agama
mengorbankan harta, jiwa dan raga.

Satu tika Romeo terlihat
si Layla menjemput ayahnya (ayah Layla)
Oh! alangkah terkejut terkesima!(Romeo)

Romeo membuat pengakuan
kepada ayahnya si Layla
tentang nakalnya dia(Romeo) di waktu muda.

Romeo ingin membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan.
Oh adakah si Layla masih keseorangan?

Romeo:
“Wahai ayah si Layla,
ingin hamba bertanya,
Adakah si Layla sudah ada kumbangnya?”

Ayah Layla:
“Wahai sang pejuang setia.
Ya, si Layla sudahpun berpunya,
namun tidaklah bermaksud dirimu hina.”

Si Romeo akur dan redha.
Meneruskan perjuangan juga
walaupun tidak dapat bersama dengan si Layla…

Prosa/Ritma: Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati 2007

Nota:Moga cerita ini menjadi pengiktibaran.Seperti selalunya, lagu folk menceritakan kisah benar.(Yang ini campur-campur)
Oh ya lagu folk seperti Dire Straits,Tom Waits,Bruce Springsteen, Eric Clapton,Bob Dylan memang ku kagumi.Tapi aku harus mengolah dengan baik supaya genre yang menarik ini dapat menyumbang kepada penghayatan islam seterusnya menyedarkan orang ramai supaya kembali kepada islam.Seperti format ‘folk song’ yang lain, ia mempunyai narrator dan juga dialog.Lagu folk lebih kepada penceritaan.Story Telling.Suara lain kira hehe…

Kupasan Lirik Romeo+Layla.

Baiklah, saya terpaksa ceritakan juga bahawa kami(saya dan juga sahabat dhuat) bukan setakat membuat musik dan lirik semata.
Mungkin MUSIK lebih tertonjol di sini kerana itu adalah seperti yang dimahukan oleh penulis.(Penulis bias hehe)

Ya kami juga mengikuti program seperti kalian, berusrah , pergi DEMO, hantar memorandom, pilihanraya, program Amal Maaruf Nahi Mungkar, menulis untuk menegur dan apa saja untuk memartabatkan islam.Overhaul!

Yang ingin saya tonjolkan di sini adalah ‘karya yang bukan retorik’.(maaf kalau terkasar bahasa)
Retorik di sini bermaksud semata-mata bernyanyi tanpa membuat kerja-kerja daawah,
merangka program untuk generasi mendatang untuk kembalikan islam kepada tempatnya.

Hasil islami lahir dari ROH islami.

Baiklah kita kembali kepada perbincangan mengenai lirik Romeo+Layla.

1)Pertembungan budaya (Middle East meet West)
2)Perbezaan pemahaman islam dimana Layla adalah jauh lebih thiqoh.
3)Hormati wanita dengan melakukan perkara yang wajar sahaja untuk menikahinya (baca:BUKAN BERCOUPLE!)
4)Tiada dating-dating di sini.
5)Cara gentleman/bersungguh adalah menyatakan hasrat kepada ayah si gadis.
6)Seperti selalunya anak yang solehah akan akur kepada keputusan ayah.
7)Ayah yang bijak akan berbincang dan bertanya kepada isteri serta anak gadisnya sebelum membuat sebarang keputusan.
8)Ayah Layla memang mengasihi Romeo seperti anak sendiri.
9)Keindahan islam merapatkan jurang 2 lelaki yang berbeza usia.
10)Dengan mendalami/memahami islam, kita akan lebih menghormati dan menghargai sesiapa sahaja yang sefikrah.
11)Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang TERAGUNG.

Semoga bermanfaat!

Sumber untuk download

http://media.odeo.com/1/6/5/Romeo_Layla-mono.mp3
http://dhuat.multiply.com/music/item/1

http://kaset79.blogspot.com


Angin (Demo)
aduka - Prosa
dhuat - Ritma


powered by ODEO


bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini

bisiklah ke telinga mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah


Jika ODEO menghadapi kesukaran untuk memainbalik mp3 tersebut,
kalian bolehlah mendownloadnya menerusi

http://odeo.com/show/12715363/1185279/download/Angin.mp3


Dirakam secara 'LIVE' dalam bilik dengan menggunakan laptop APPLE adik dan ALTO mixer.

Aku ingin memulakan Episod 'Lagu Nahi Mungkar'.

Lagu Amal Maaruf terlalu tepu di dunia Malaysia ini.

Maaflah kalau suara/melodi tak berapa sedap, inilah yang aku mampu setakat ini.

Ada rezeki aku akan buat 'Proper Recording' di studio dengan bunyian yang mahal.

Genre:Folk Rock


MATAHATI


powered by ODEO
Prosa:Cpol
Ritma:Azhar/Ahmad

Penyusun Musik:Azhar
Lead Guitar:Yen
Bass/Rhythm:Azhar
Drum Programming:Azhar
Vokal:Ahmad

Genre musik :"Sajak Grunge"
Tarikh rakaman musik: 1998 atau 1999 lupala..
Tarikh Rakaman vokal: 2005
Recording/Mixing/Mastering Engineer:Ahmad

Penerbit:Cpol/Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia


verse 1
bangunlah bersama sinar mentari
setelah lama dibuai mimpi-mimpi

verse 2
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 1
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*Reff 2
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati

verse 3
hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

verse 4
hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

*Reff 3
nafasmu bernoda kegembiraan cuma
dalam bujukan mawar dunia
tersesat di persimpangan

*Reff 4
engkau terus mengejar bayang-bayang
bersama peribadi yang hilang
hidup bertuankan nafsu

*(Mumbling)
masih ada waktu tuk kausedari
hidupmu masih bererti
belajarlah memandang dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...

hidupmu bertuhan, syariat kan panduan
tidakkah engkau fikirkan
bangunlah ummahmu memerlukan

hulurkan tanganmu menegak kebenaran
pandanglah dengan matahati
kan kautemui perhentian pasti...




Ahmad Dhuat

No comments: