Monday, November 12, 2007

Apakah pencapaian di dunia ini yang kamu idamkan?

- Pejuang sejati (Supaya kamu dipandang tinggi sebagai pejuang kah?)

- Dermawan (supaya dermaan kamu untuk disebut-sebutkah?)

- Cendiakawan (supaya intelek kamu diperkatakan kah?)

Ayuh, dengar tazkirah ini.
Moga ia bisa mengobat hati.

Berikut adalah kuliah dari Tuan Ibrahim Tuan Man


powered by ODEO

(ikhsan Wewr http://ceramahmelayu.multiply.com)

Komen dhuat

Sebenarnya aku amat sedih kerana di Kotaraya ini amat sukar untuk mendapatkan kuliah
daripada kedua-dua Tuan Guru kita terutamanya Nik Abdul Aziz.
Rata-rata muda-mudi pada hari ini hanya mengenali Tuan Guru sebagai orang politik walhal dialah
di kalangan orang intelek yang pernah aku kenali dari jauh.(Maafya, Syed Naquib Al Attas tak dapat mengatasi beliau)

Pada awal pembabitan aku dalam mendengar kuliah Tuan Guru, memang aku akui beliau orang baik,simple, berakhlak dan berilmu dan tidak lebih dari itu.

Tetapi baru-baru ini, aku diajar oleh 'Mok Usu' aku teknik untuk 'decrypt' kuliah Tuan Guru NIk Abdul Aziz.

Decrypt bermaksud menghurai, mengamal, mengkaji, menganalogi dan mengguna pakai anologi pada tempatnya.

Beberapa minggu sudah aku dengar kuliah beliau kalau tak silap berkenaan jangan bersikap PONGOH.
Best kaset ini, antara isinya adalah.... seorang doktor yang bagus, jikalau pesakitnya demam, tidaklah diberi ubat
selain ubat demam.Tidaklah diberi ubat selsema kerana itu tidak bermanfaat buat pesakitnya.

Mok Usu aku Decrypt petikan itu sebegini...

"Jikalau anok Usroh Mok Usu hebat dengang public speaking, dokkangla Mok Usu suroh diye wat kerje paperwork atau mende hok diye dok gemor.Sudah tentulah Mok Usu akang gilap bakatnye sehingge bersinar."

Aku bersorak di dalam hati"WOW!"

Aku masih belajar ilmu encrypt ini...


Bahasa Tuan Guru amat tinggi sehinggakan boleh mencakupi 'audience' dari kalangan orang kampung sehinggalah professore.

Mungkin sebahagian dari kamu ingat bahawa tazkirah beliau untuk orang-orang kampung sahaja.

Tidak tuan-tuan, sistem encrypt/decrypt ini berlaku sedari zaman Rasul lagi.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.



Aku salin sebahagian daripada KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

........Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Perasan tak petikan ini?

"Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku."

Pada pandanganku, itu ilmu encrypt bukan?

Kita memerlukan ilmu juga untuk decrypt.



Wallahhuaklam.


Oh ya, silalah juga melayari http://seikhlashati.blogspot.com
Aku mengumpulkan tazkirah terpilih untuk didengar oleh anak-anak muda hari ini.
Anak muda hari ini hanya mengenali dan akses ilmu dari mereka yang terpapar di kedai kaset cuma,
Ustaz Syamsuri, Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Aqil Hayy...

Ohh berapa banyaklah anak muda yang berinternet mencari kuliah mp3?

No comments: