Wednesday, May 30, 2007

Demo lagu Angin usai dirakam.

Angin (Demo)


powered by ODEO

bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini

bisiklah ke telinga mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah

aduka - Prosa
dhuat - Ritma

Jika ODEO menghadapi kesukaran untuk memainbalik mp3 tersebut,
kalian bolehlah mendownloadnya menerusi

http://odeo.com/show/12715363/1185279/download/Angin.mp3


Dirakam secara 'LIVE' dalam bilik dengan menggunakan laptop APPLE adik dan ALTO mixer.

Aku ingin memulakan Episod 'Lagu Nahi Mungkar'.

Lagu Amal Maaruf terlalu tepu di dunia Malaysia ini.

Maaflah kalau suara/melodi tak berapa sedap, inilah yang aku mampu setakat ini.

Ada rezeki aku akan buat 'Proper Recording' di studio dengan bunyian yang mahal.

Genre:Folk Rock

Sunday, May 27, 2007

Bapak aku pandai menulis rupanya hehe...
(Alhamdulillah kritik sosial ini berjaya menyedarkan mereka, kini gaji pekerja anak yatim mulai di bayar, tahniah Papa!)

NGO Malaysia perlu bersatu salur bantuan

Oleh Abu Dhuat (Harian Metro 15 Mei 2007)

SEJAK tsunami melanda Aceh pada 26 Disember 2004, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan Malaysia tampil membantu. Dengan menahan bau busuk di atas timbunan mayat yang bergelimpangan, mereka menabur bakti tanpa mengira penat dan lelah.

Dengan ikhlas mereka menghulur bakti membantu mangsa tsunami. Antara NGO dan sukarelawan Malaysia terawal datang menghulur bantuan ialah Aman Malaysia, Global Peace dan Mercy.

Kesannya terhadap mangsa bencana agak ketara. Mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana tidak melupakan mereka ketika dalam kesedihan.

NGO terbabit menyediakan kepakaran dalam perubatan, prasarana dan kaunseling. Sebagaimana yang kita ketahui, akibat dugaan Allah s.w.t. yang berat ini, ramai anak menjadi yatim, ibu menjadi janda, bapa pula menjadi duda.

Abang pula kehilangan adik, cucu kehilangan datuk dan berbagai-bagai lagi. Trauma yang mereka hadapi dan alami, hanya Allah s.w.t. yang tahu.

Ada mangsa yang curiga dengan bantuan NGO bukan Islam dari negara Barat kerana dikhuatiri anak Aceh akan dipesongkan akidah mereka.

Sebelum adanya arahan tidak membenarkan anak yatim dikeluarkan dari Aceh, ramai anak yatim ditempatkan di rumah bakti yang tidak bercirikan Islam.

Keadaan ini turut membimbangkan masyarakat Aceh, termasuk beberapa NGO dari Malaysia.

Menyedari hakikat yang mereka boleh membantu, dengan kerjasama Konsul Besar Malaysia di Medan yang ketika itu disandang Yusoff Bakar, beberapa badan dan NGO seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), kerajaan negeri Johor, dan Melaka, Yayasan Al Nur dan Yayasan Sinar ikut serta dalam mewujudkan yayasan anak yatim di Aceh.

Ada juga hartawan dari Malaysia yang datang membantu beberapa pesantren di sekitar Banda Aceh.

Yapeim menubuhkan Yayasan Antarabangsa bagi menempatkan anak yatim perempuan. Kerajaan Johor pula mendirikan sebuah bangunan di atas tanah sumbangan warga Aceh dan menempatkan 40 anak yatim lelaki.

Kerajaan Melaka mendirikan sebuah bangunan rumah anak yatim di atas tanah sumbangan warga tempatan manakala Yayasan Al Nur menempatkan 15 anak yatim lelaki dan Yayasan Sinar menempatkan enam anak yatim perempuan.

Bendera Malaysia dan Indonesia berkibar beriringan di rumah yayasan ini. Bagaimanapun, dari segi bantuan kewangan, berbanding dengan sumbangan negara Islam lain, Turki contohnya, sumbangan NGO dari Malaysia mungkin tersangat kecil nilainya.

Tetapi ia amat bererti dari segi kemanusiaan dan kejiranan. Namun, di sebalik kegigihan pelbagai pihak dari negara ini, ada juga individu yang bergerak atas nama NGO sanggup mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

Teringat sebelum awal penubuhan Yayasan Antarabangsa apabila penulis dipanggil untuk menghadiri mesyuarat penubuhannya di ibu pejabat Yapeim di Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Konsul Besar Malaysia di Medan dan Ketua Pengarah Yapeim, Dr Abd Malek Awang Kechil.

Antara yang hadir adalah wakil kerajaan negeri Johor, pengerusi Yayasan Sinar Malaysia, wakil Yayasan Terengganu, bank tempatan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara topik yang bincangkan ialah bentuk bantuan kepada anak yatim. Untuk itu, mesyuarat membincangkan syor menubuhkan satu yayasan induk bagi dianggotai semua yayasan yang hadir.

Ketika itu, hanya Yayasan Sinar yang sudah bertapak di Banda Aceh dengan menyewa sebuah rumah untuk menempatkan enam anak yatim perempuan dan diuruskan seorang ibu asrama tempatan.

Bagaimanapun, mesyuarat itu gagal mencapai matlamatnya, antara punca kegagalan ialah walaupun Yapeim berjaya menubuhkan Yayasan Antarabangsa di Aceh, anggotanya bukan terdiri daripada badan dan NGO yang hadir, tetapi orang perseorangan yang berminat membantu rakyat Aceh.

Bantuan berterusan kepada anak yatim juga sukar dipantau kerana masing-masing mempunyai cara dan agenda yang tersendiri.

Kerajaan Johor dan Melaka pula masing-masing meneruskan pembinaan rumah anak yatim di atas tanah yang dihibahkan oleh masyarakat tempatan. Johor mendirikan Yayasan Anak Yatim Aceh dan Melaka dengan Rumah Anak Yatim Melaka Tsunami Aceh.

Dalam rangka lawatan ke Aceh baru-baru ini, penulis diajak seorang teman untuk melawat rumah anak yatim Melaka. Rumah anak yatim ini didirikan kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Sekretariat Melayu Dunia Islam (SMDI), Gerakan Belia 4B Malaysia, Komite Nasional Pemuda Indonesia (KPNI) Aceh dan World Assembly of Youth (WAY).

Bangunan tersergam tiga tingkat di Desa Punie Mata’ie Darul Imarah, Banda Aceh itu dihuni 18 anak yatim lelaki. Rumah yang boleh menampung 100 penghuni ini dulunya pernah mengambil 25 anak yatim dari beberapa daerah di Aceh.

Malangnya rumah yang mempunyai ruang belajar, ruang makan dan tempat tidur yang selesa ini bukan saja kurang penghuni, malah tidak mempunyai pengurus.

Pengurus yang ditugaskan tidak lagi berkhidmat di sini sejak 6 April lalu. Apa yang menyedihkan, empat kakitangan yang bertugas tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu dan sewa bas sekolah anak juga tertunggak untuk tempoh yang sama.

Kini pemandu bas yayasan bertindak sebagai pengurus. Kali terakhir dia mendapat wang daripada pengurus lama ialah 15 April lalu sebanyak rp2 juta (RM760).

Wang sebanyak ini bukan saja tidak mencukupi untuk membayar gaji pekerja, malah tidak mampu menampung makanan anak bagi satu bulan. Untuk menampung keperluan asas minimum, yayasan memerlukan dana sekitar RM160 setiap anak yatim sebulan.

Untuk 18 orang anak yatim, biaya yang diperlukan adalah RM3,000 setiap bulan. Kekurangan sebelum ini sering ditampung oleh pemberian masyarakat setempat.

Dengan bendera Malaysia yang berkibar di Yayasan ini, di manakah letaknya harga diri kita? Andaian penulis, kemungkinan sumbangan diberhentikan kerajaan Melaka adalah tipis. Dalam hal ini, mungkin berlaku penyelewengan yang harus diselidiki dengan terperinci. Beberapa faktor berikut mungkin menyumbang kepada keadaan ini. Pertama, wakil kerajaan Melaka hanya berkunjung ke yayasan itu sekali dalam masa tiga bulan.

Selain itu, yayasan belum mendapat izin untuk melaksanakan kegiatannya daripada pemerintah Indonesia dan sekarang bergerak tidak mengikut undang-undang. Disebabkan faktor ini, akaun bank tidak dapat dibuka atas nama yayasan. Sumbangan selama ini dibuat atas nama peribadi (pengurus) dan penama berkenaan tidak lagi bertugas di yayasan.

Untuk memastikan perkara itu tidak berulang dan berterusan, sudah tiba masanya semua NGO Malaysia yang mendirikan yayasan di Aceh bergerak di bawah satu payung.

Dengan bergabung semua yayasan itu, pemantauan yang rapi dapat dilakukan agar segala bentuk penyelewengan dapat dielakkan.

Wednesday, May 23, 2007

Tiada istilah ulama atau profesional di sini.

Itu adalah permainan Inggeris tidak lama dahulu.

Persoalan yang sama telah melanda ikhwanulmuslimin pada suatu ketika dahulu.

Kita tak ambil pengiktibarankah?

Mahu menyelusuri juga kepayahan yang sama?

Yang ada cuma Amilin, Amilin dan Amilin!
Revolusi Pejuang Sejati:Suatu Projek yang tertunda!

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini saya ingin memaklumkan bahawasanya
projek ini berjalan dengan lembab sekali di bahagian pre-produksi musik.

Ini semestinya menyebabkan kelewatan ke atas bahagian produksi iaitu rakaman itu sendiri.

Ini adalah kerana nadi utama kepada rakaman ini iaitu 'recording devices' telah rosak.

Pada kebiasaannya, rakaman multirack dirakam dengan menggunakan PC+mixer, manakala
live recording dirakam dengan menggunakan MiniDisc Recorder.

Kedua-dua mutiara tersebut telah jalan!

Hendak beli MRS8 seperti enai, saya belum mampu lagi.

Tentunya agak sukar melakukan proses 'cakar ayam' iaitu 'sketch music'. *lakaran/gubahan/komposisi asal sesebuah musik.

Walaubagaimanapun, bahagian post produksi tetap diteruskan bagi memanfaatkan ruangan yang ada.
Post produksi merangkumi pemasaran, iklan, t-shirt ,cd layout, interaktif dan sepertinya.

Terimakasih yang tidak terhingga kepada yang selalu membantu dan menyokong saya di belakang tabir.
Cpol, Paiji, Meowsoleh, Aduka, Elmaf, Enai, Budakmenulis, kersani.

Itu sahaja kot, hehe ngefan saya tak ramai pon.

Maklumlah lagu syok sendiri...

Tuesday, May 22, 2007

Talk Show Sahabat Masjid Siri Ke-2 : Melawan Godaan Syaitan

Salam Semua
 
PAKSI Educare Subang Jaya dengan Kerjasama Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya akan menganjurkan Talk Show Sahabat Masjid Siri Ke-2 seperti berikut:
 
Tarikh : 26 Mei 2007 (Sabtu)
Masa  : 8.30pg – 11.30pg
Tempat : Dewan Muslimat, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya
Tajuk : Melawan Godaan Syaitan
Sasaran : Pelajar 9-12 tahun
Yuran : RM 2.00 SAHAJA
 
Program ini, sebagaimana siri yang pertama, akan menggabungkan pelbagai pendekatan menarik termasuk tayangan video, permainan dan latihan dalam kumpulan (LDK) bagi menarik minat golongan muda mendekati masjid dan juga menerapkan amalan yang dapat membantu melawan godaan syaitan.
 
Kepada yang berminat sila hubungi:
Ust Azwar – 019 277 9233
Pn. Sadikah – 013 203 2600
Zikr for the day.





















Al-Hayy : The Ever Living One. The living whoknows all things and whose strength is sufficient for everything.















Al-Qayyum : The Self Existing One who maintains the heavens, the earth, and everything that exists.



Selawat serta junjungan buat Rasulullah tercinta.

Tanpa beliau, aku tak kenal ALLAH pun.

Terima kasih ALLAH, terima kasih Rasul.

Guru segala guru, guru kepada Al Ghazali, guru kepada Al Banna,


“Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa
yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat,
maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau
siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
When Haraki blends with Sufi - i like!

Hasil dotrin inggeris, memisahkan hal ibadah masjid dan pentadbiran.

Ini berlaku di semua takluk jajahannya.

Haraki dan sufi seolah dipisahkan jua.

Kita terikut rentak mereka.

Walhal kita dijadikan di bumi ini untuk menjadi khalifah.

Peranan Khalifah adalah untuk menjaga Agama dan mentadbir dunia.

Politik dan sufi memang tak dapat dipisahkan.




Aku kepilkan wasiat Hassan Al Banna.(Setiap 100 tahun diutuskan seorang manusia unggul!)

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA (Ringkasan)
1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat.
2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik, berzikir dan jangan membuang masa.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana itulah syiar Islam.
4. Kurangkanlah pertengkaran kosong.
5. Kurangkanlah ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu pastinya selalu tenang lagi tenteram.
6. Kurangkanlah bergurau kerana umat yang sedang dalam perjuangan itu pastinya berkeadaan bersungguh-sungguh.
7. Berbicaralah dalam nada suara yang sederhana, yang diperlukan oleh pendengar agar tidak sia-sia atau menyakiti hati orang lain.
8. Jangan mengumpat.
9. Mudahkan diri untuk berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Bijaklah menggunakan masa kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.
SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN
Siapakah Hassan al-Banna?
Pengasas Ikhwanul Muslimin, juga Mujaddid kurun ke-14 Hijrah.

Bilakah Hassan al-Banna dilahirkan?
1906 di Mahmudiah dekat Iskandariah, Mesir.

Apakah pekerjaan bapanya?
Tukang jam. Juga imam dan guru al-Quran.

Bilakah Khilafah Islamiyyah jatuh?
1924

Bilakah Ikhwanul Muslimin ditubuhkan?
1928 di Mesir.

Siapakah penyusun al-Ma’thurat?
Hassan al-Banna.

Apakah organisasi yang pernah dianggotainya?
Persatuan Akhlak Mulia
Gerakan Anti-Maksiat

Apakah tariqat yang pernah diikutinya?
Tariqat Hasafiah

Apakah kebolehannya?
Hafaz al-Quran, ribuan hadith dan 18,000 bait puisi Arab.

Siapakah tokoh-tokoh yang pernah mendapat perhatiannya?
Syeikh Abdul Wahhab al-Hasafi (syeikh Tariqat Hasafiah)
Syeikh Muhammad Abduh
Rashid Rida

Apakah pekerjaan Hassan?
Guru bahasa Arab.

Berapa usianya ketika dia mula mengajar?
21 tahun di Ismailiyyah

Dimanakah Hassan memulakan dakwahnya?
Di kedai-kedai kopi.

Bagaimanakah Hassan syahid?
Dia telah ditembak, dibiarkan di hospital tanpa rawatan dan hanya boleh dikebumikan oleh anggota keluarganya sahaja.

Apakah pandangan Hassan tentang masalah khilafiyyah seperti tawasul, saidina, tahlil arwah dan lain-lain?
Sama seperti bacaan al-Fatihah makmum bermazhab Hanafi dan makmum bermazhab Syafie, dua-dua betul- tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak.


P/S:Bukanlah bermaksud al Banna tak pi dakwah di Masjid ya, kerana Masjid adalah medan dakwah utamanya.
Kedai kopi adalah tempat public yang terkandung pelbagai mad'u berpotensi.

Yuk pi dakwah kat kedai mamak!

Siap-siagalah dengan risalah dan kelengkapan. Juga para pendakwah.

Risalah saya nanti siap, akan saya kongsikan bersama agar kalian di kawasan masing-masing dapat memasarkan risalah dakwah ini juga.
Suatu malam di Seven 'E'.

Mesin scan harga di meja cashier menterterakan harga
minuman tin aku berharga 1.70 sen

Aku kehairanan lantas bertanya kepada cashier tersebut.

"Dik, harga kat tin ni 1.60, kenapa tertera 1.70?"

Cashier tersebut menjawab persoalanku

"Oh, memang harga dah naik, tu harga lama, harga air kotak pun dah naik!"


p/s:Hmnn teori domino?Tepung-minyak masak-roti canai?

Setiap barangan ini mempunyai 'portion rasuah' atau 'cukai kerajaan' yang
mesti marhaen keluarkan yang mana nilai itu digunakan untuk membayar hutang bagi pihak kerajaan(individu tertentu?).

Untuk kes rasuah pula, portion ini mengalir dengan sendirinya kepada punca, iaitu perasuah tersebut.

Perlu kerja teliti untuk menjejaki setiap sen yang mengalir kepada segelintir perasuah tersebut.

Aku tak mampu mengungkaikannya.Saudara Husam dan Anwar Ibrahim mungkin?

Dhuat:Kembalikan kuasa beli barang! Pada harga yang sepatutnya.

Saturday, May 19, 2007

(Wednesday, August 02, 2006)-Tarikh asal entry ditaip.

Matematik dan SPM

Assalamualaikum.
Baiklah para blogers semua.

Banyak kejadian yang berlegar di sekitar kita iaitu Isu Murtad, Israel serang Lubnan, Mahathir Khairy dan sebagainya.

Di sini, tidaklah saya ingin meminggirkan isu-isu tersebut, tetapi setiap bloggers ada peranan dan keistimewaan masing-masing mengikut situasi dan emosi.

Saya ingin menyuntik semangat juang para calon yang ingin mengambil perperiksaan SPM pada tahun ini.

Tajuk ceramah saya pada kali ini adalah IKHLAS.

Mengungkap kembali kisah peribadiku di sekitar tingkatan 4, honeymoon year di mana sebebasnya aku ponteng sekolah(dengan izin mama haha)kami ke Subang Parade, Carrefour, lala lala la.Begitu Indah sekali.Tak buat homework matematik.

Eiii aku paling benci matematik!

Dan zaman itu juga aku berpewatakan rebel, kaki gaduh/tumbuk haha.

Lone ranger to be precise.


Gangster wannabe. Kaki lewat pi skolah.
Bersahabat baik juga dengan Ketua/Guru Disiplin yang mana ibubapaku tidak dipanggil lantaran kelewatanku ke sekolah berhari2.

Ketua pengawas dan timbalannya kesemuanya kroni baikku.

Tetapi itu tidak memperbaiki masalah matapelajaranku.
Aku akui, aku pelajar tercorot.Pelajar biasa saja.
Selain kelas Kebudayaan/dikir barat, persatuan Bahasa Melayu...

Berbalik kepada cerita matematik tadi... ya aku selalu berjaya mendapat markah 8/100 14/100.Ntah kenapa ceq pun tak tau.Matapelajaran lain biasa sahaja...

Sehinggalah pada suatu ketika, guru kelasku memnggil beberapa pelajar corot ke rumahnya untuk dia memperteguhkan lagi kefahaman matematik kami.

Dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, aku melangkah setapak demi setapak untuk lebih berjaya dari sebelumnya.

Tibalah di suatu ketika di mana aku ingin membayar duit tuisyen kepada guruku itu atas kesungguhannya mengajar kami.

Jawabnya:Tak payah bayar.Saya ikhlas ajar kamu.Kamu pun tekun belajar.Kamu dapat markah baik, itulah bayaran saya.

Oh tidak! aku tersentuh dengan keikhlasan guruku itu.

Tidak lama selapas itu, prestasi matematikku mendadak naik.Graf markahku naik sedikit demi sedikit.Begitu juga dengan matepelajaran lainnya seperti sains, ekonomi, bla bla bla agak drastik beb!

Hingga pada suatu ketika final trial, aku mendapat markah 95/100 dan aku sendiripun tidak percaya. Malah, sahabat lain di kelasku seakan2 memboikotku kerana mereka tidak dapat menerima aku yang BARU itu.
Ada juga yang dengki; seperti memeriksa kertasku untuk mencari kesalahan pemarkahan, agar markahku dipotong; tetapi ALLAH menyebelahiku.
Ada juga yang terasa egonya tercabar kerana pelajar corot ini mengatasi mereka.

Mereka kaget!Terkesima!

Mereka boleh terima keadaan itu jika yang mengatasi mereka itu adalah salah seorang dari mereka tetapi BUKAN aku!

hheehhe paku buah keras


IKHLAS lah wahai kalian....

Aku doakan agar guruku/keluarganya itu diberkati ALLAH dunia akhirat

Friday, May 18, 2007

Tarikh : 3 Jumadil awwal 1428 / 20 Mei 2007
Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Masjid Al Falah USJ 9
Kitab: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nasihat Agama dan Wasiat Iman.
Tuan Guru : al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki


Tarikh : 7 Jumadil awwal 1428 / 24 Mei 2007 (Khamis)
Tempat:Masjid Al Falah USJ 9
Majlis Bersama Dengan al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim

Aturcara:

7.00 petang
Kehadiran tetamu dan para jemaah
7.25 malam
Sholat Maghrib
Bacaan Ratib Haddad
Pengijazahan Sanad Ratib Haddad
Bacaan Qasidah
Ceramah oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
10.30 malam
Sholat Isya’ dan jamuan makan


Seluruh muslimn & muslimat, untuk makluman & tolong sebarkan...;

FORUM: MEMPERINGATI 100 TAHUN HASSAN AL-BANNA

Tarikh;
20 Mei 2007 / 3 Jamadilawwal 1428 (Ahad)

Masa;
08:30pg - 12:30tgh

Tempat;
Auditorium Kompleks Taman Seni Islam
Seksyen 10 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(Bersebelahan Masjid Negeri SSAAS)


Pengisian Program;

Ulasan Biografi Hassan Al-Banna "Sumbangan Pemikiran Mujaddid Abad Ini..."
- Ustaz Riduan Md Nor

Wacana "Pengaruh Hassan Al-Banna & Ikhwanul Muslimin Terhadap Dunia Islam"
- Moderator: Ustaz Nazmi Abd Karim
- Ahli Panel: Haji Khalid Samad, Haji Saari Sungib (Abu Urwah), Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz

Persembahan & Pameran
- Selingan nasyid & jualan buku-buku Hassan Al-Banna & Ikhwanul Muslimin serta Fikrah Islami

Penyertaan;
- Terbuka kepada seluruh muslimin & muslimat
- Penyertaan daripada pendokong-pendokong Gerakan Islam, pelajar, pendidik serta pihak swasta amat dialukan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi;
Azli Yusof (019-387 9570)
Ahmad Sayuti (019-214 0240)
Mohd Azmin (019-220 7634

Anjuran;
I Generasi Inovatif

Thursday, May 17, 2007

Promo Lagu Marhaen



- marhaen -

terdengar bisik angin lalu
membawa pesan dari kota gapura
bukalah tingkap dan pintu
ada kisah buat marhaen merdeka

raksasa kuning di tanah merah
membawa budi sebesar guni
hujan pun turun mencurah-curah
anak kampung pun menari-nari

*chorus
oh sudah lima tahun berlalu
entah berapa kali dituai padi
anak kecil dan basikal baru
hadiah lima tahun sekali
oh lima tahun lalu nan berlalu
jalan sekaki diturap kembali
kukira burung yang terbang lalu
rupanya permata dari langit

jauh pandangan di singgahsana
bangsawan segak mencemar duli
berbunga janji penglipurlara
suri dan dara dibuai mimpi

(ulang chorus)*

jangan menangis tepian cemara
luka yang lalu simpan di hati
termakan budi di hari raya
hidup bangsaku menanti mati

(ulang chorus)*

Prosa:Cpol
Ritma:Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati

Wednesday, May 16, 2007

Kenapa 'HERO' jatuh sakit? Hilang tumpuan?

1)Sudah lama tak makan madu.
2)Kesedihan/depress yang menyebabkan sistem badan lemah.
3)Sudah lama tidak membaca Al Quran.
4)Ujian ALLAH ke atas keimanan kita.
5)Diampunkan dosa-dosa.
6)Sudah lama tidak melakukan senaman.
7)Pemakanan yang tidak sihat/melampau.
8)Minda yang tewas.
9)Bachelor of Arts-kondisi yang tidak stabil.
10)Semberonoh/'tidak apa' attitude.
11)Sudah lama tak pergi urut badan, perbetulkan sistem saraf/buang angin jahat!
12)Tension yang berpunca dari masalah peribadi.
13)Sudah lama tidak melakukan 'Hobi' penghidup jiwa-Rakaman sebagai contoh.

Terkadang kita perlu jatuh menjunam sebelum bangkit kembali untuk menjadi lagenda! mungkin?

Terkadang.

*sakit=lemah badan,muntah-muntah,angin dalam saraf,

p/s:Harus melakukan rakaman sesegera mungkin untuk pulih dari sakit ini.

Tuesday, May 15, 2007



-CD cover with LOMO MAGIC enhancement!-

Monday, May 14, 2007

Friday, May 11, 2007

A poem for the westernised Muslim

Brainwashed
Stained by the illogical
Forgot about reality
The Inevitable
will come
But we are too dreamy
In our fantasies
And I am struggling
To be strong footed
To be rooted on the way
shown to me from The Wise
But man is swayed
towards the promised lies
from his enemy
But what was meant to be
remains to be
Thank you foolish dreams
Thank you creative minds!
Disaster
Cos we thought we knew ourselves
By listening to the voices
Oh... the voices
Beautiful voices
Or so it seems
Thus beware
Many will not even dare
to gaze at the Fire
Whatmore to taste its infinite torture
Its heat and its foul-smells of nightmares
So beware
If you care
Put out the flares
of the beautiful voices
Do not be careless
of the realities
and the true promise
that will come to pass
Again, but what do you believe?
If only you believe!
Or have you forgotten
Or have you been deceived
Hey, who is your master?
O Muslim!
Is it just a name?
Is it just a game?
Is the Oath just a mask of your soul?
Your final goal, is nothing but small
if Allah is not what you call
And among the losers you'll become
For the truth will come
And nothing runs
From the laws that govern
this life and beyond
And from whom is it from?
o muslim....
So beware
If you care
Put out the flares
of the beautiful voices!

Words:Duduh
Melody:Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati

Thursday, May 10, 2007



Sejak semakin dewasa ini, obsessi berkarya(musisi,grafik,interaktif,montaj,drama) tidak lagi merentasi galaksi seperti dahulu.

Entahlah.

Aku berdoa agar projek Revolusi Pejuang Sejati kami (Aduka,Cpol,Hunusan Lidah,Elmaf,Kersani,Dhuat) berjaya membangunkan anda semua!

Transcendental towards practical!
Malaysia mahu jadi pengeluar darah tiruan - bharianonline 10-5-07

AKU TAK SETUJU!

Monday, May 07, 2007

Angin

bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

datanglah hembuslah
rasuah dari terus mengalir
didalam salur salur darah
para pemimpin ummah ini

bisiklah ke telinga telinga mereka
harta dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah kehati-hati mereka
jeritkanlah pada mereka
kuasa bukan untuk dipecah
tapi adalah satu amanah

aduka (6/5/07) - Prosa
dhuat (7/5/07) - Ritma

Sunday, May 06, 2007

Cuti 2 hari tiada apa-apa yang menarik pun.

Cuma bercamping sahaja.

Berbekalkan lampu LED(design ala lampu minyak tanah), torch light dan sleeping bag.indah!

Cuma hari kedua, Paiji berkesempatan ke tempat perkhemahanku, aku menjamunya Nescafe
yang kujirang.Sedap! katanya.
Father and Son

Kangen!

Friday, May 04, 2007



Sedang membaca buku ini...

Nak tahu kisah apa?
Bacalah sendiri.

Sorry, tidak boleh dipinjamkan dan difotokopi.

Belilah sendiri.

Thursday, May 03, 2007

Sebenarnya, hari ini adalah antara hari muram duka nestapa yang amat dalam yang pernah aku rasakan.


Perasaan sendu ini tiba-tiba datang menerjah.

Cumanya di pagi hari tadi, rasa pelik ini menerpaku sekelip mata.

Aku kurang pasti apakah punca kepada perasaan pelik ini.

Bagai badai taufan yang menggugat akar berdiri pejuang sejati.

Perasaan ini menjahanamkan keindahan hari ini.

Barulah aku tahu bagaimana keadaannya merasai dan mengalami perasaan sedih yang amat sangat.

Segala-galanya tidak berwarna, tidak bernyawa, tidak bermaya.

Harap-harap rasa sendu ini kian pudar.

Aku harus menghirup udara segar.

Aku ingin mekar.(walupun dah tua)