Wednesday, January 30, 2008

PILIH SATU

a) Berhujah dan terus berhujah.

b) Berhujah, bermesyuarat dan melaksanakan
AL-FATIHAH


SHAH ALAM 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas hampir 21 jam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.50 petang akibat pendarahan dalam kepala.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.


PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

Utusan-online

Tuesday, January 29, 2008

Tahap ketinggian ummat Islam di dalam sesuatu, (intelektual,matematik,musik,falsafah,bahasa)

hanya bisa diperolehi ketika Negara Islam sudah pun terbentuk!

Aman.

Tenang.

Bebas bereksperimentasi.


Kita kini di alam pejuangan, manakan bisa mengkhususkan sesuatu yang paling 'cream' di kala kita masih di belenggu penjajahan, palestin masih dalam cengkaman.



Gunakanlah 'bahasa umum' untuk semua.

Bahasa hati nurani.

Jujur.


Nota:Kan agak berbeza pada zaman Mekah berbanding zaman tamadun Islam?Mana ada ahli kimia yang paling hebat tahap kimianya di zaman Mekah/Madinah kan?Mereka sebok berperang untuk Islam kerana itulah yang PALING AULA di ketika itu!


p/s:Yuk berdakwah! dan lakukan peranan anda di kawasan masing-masing.
Revolusi Pejuang Sejati (Lagu Tema)
Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Artis jemputan :Tam(Childhood friend)





powered by ODEO



Mumbling:

Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....

Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...

Jangan asyik mengaduh,
jangan pula asyik mencemuh,
kita paut bahu bersama,
muliakan yang paling UTAMA!

chorus:
(suara ramai-ramai)
REVOLUSI
Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi
ALLAHUAKBAR!

1)
Alhamdulillah, my chilhood band are willing to support 'the Dhuat' all out due to produce superb (high spirit, high motivational, dynamic and energertic) kind of rock.

2)
Adik-adik saya (1 lelaki dan 1 perempuan) sudahpun bernikah dan saya tak perlu risau dan marah-marah kalau mereka sering bersama pasangan mereka, pun di waktu mereka keluar beramai-ramai mengelakkan fitnah Qubro.

(Saya amat bagus dalam bidang berleter dengan adik-adik.)

3)
Abang Bad pula berleter tentang diri saya.Saya juga berleter tentang diri saya.

Sunday, January 27, 2008

Lirik:Cpol (the Dhuat)
Komposer:Ahmad Dhuat (the Dhuat)
Artis:Dhuat
Palestina - Dendangan Luka!



powered by ODEO



Verse

hanya sekadar rasa
tak mampu meroboh tembok sengsara
mana kan bisa merawat luka
sekujur tubuh tersisa

Bridge

bidadari pun hiba
menanti selamanya (di pintunya)
rijal tersungkur bukan di sempadan
tetapi di tilam empuknya

Chorus

Palestina...
(salam yang tiada balasnya)

Palestina...
(saban hari menghitung syuhada)

Palestina
(rindu yang belum menjelma)

Palestina
(keringat, darah dan air mata)



Nota dari Cpol:

Palestin, di situlah qiblat pertama, di situ letaknya maruah ummah, Palestin itu adalah cerminan kepedulian kita. Palestin itu terus berduka dan terluka, managih simpati saudara seagama, sekurang-kurangnya untuk berkongsi rasa.
Namun, kamus dunia tidak punya istilah belas, apatah lagi untuk menceritakan erti keadilan. Segala rintihan itu sekadar sia-sia.

Apatah lagi, tatkala umat Islam sudah diulit kemewahan, harta (maddiyyah) sudah menjadi fikrah. Siapakah yang ingin menanggalkan gelang emas di tangan, semata-mata untuk menyalutinya dengan nanah dan darah? Siapakah insan waras yang sanggup meninggalkan mahligainya demi bernaung di bawah pasir dan debu? Siapakah bangsawan yang sanggup menjadi bangkai tanpa nama di hujung senjata? Siapa…?

Cukuplah dengan dendangan leka yang saban hari bermain di telinga. Cukuplah dengan segala takrifan manja tentang jihad dan dakwah, cukuplah dengan hanya berlipurlara tentang nasib ummah di layar perak. Cukuplah dengan segala slogan dan kata-kata. Selama mana kita sanggup menipu diri sendiri demi menjadi warga kelas pertama di mata dunia, walhal kita adalah barua yang hina di sisi Allah?

Bukankah tangisan mereka juga seharusnya mengalir di pipi kita?

Renunglah saudara, andai kalam ini masih belum bisa mengetuk kepedulianmu, pasti ada sesuatu yang telah mengalingi nuranimu.

Saya menulis kerana diri yang lupa ini perlu sentiasa diingati, bahawa kita masih punya misi membebaskan kota suci itu, sebelum dijemput ke alam abadi.


p/s:Untuk mendengar produk lain daripada dhuat, sila ke sini

Friday, January 25, 2008

Terima kasih semua!


Berikut adalah lagu lama dhuat yang diberi nafas baru.

Prosa:Cpol
Ritma:Dhuat
Artist:Dhuat
Music Arrangement:Dhuat
Sound Engineer:Dhuat
Producer:Dhuat

HIZBI-Versi rock


powered by ODEO


OH TERBANGLAH ENGKAU MERPATI
JELAJAH LANGIT TUJUH
KHABARKANLAH RAHSIA SUCI
JIWA KHAIBAR YANG UTUH

ADA PANJI DI PUNCAK TINGGI
ADA JANJI TERPATERI
AROMA SEHARUM KASTURI
BUKAN ENGKAU BERMIMPI

KALAU BUNYI GENDANG DIPALU
GEMURUH DI KAMARMU
SARUNG TUBUHMU DENGAN MISI
BEBASKAN TAMAN INI

c/o
LASKAR CINTA MELANGKAH MENCARI MIMPI
KETEMU BIDADARI DI BATAS LIKU
MERPATI PUN TERSENYUM MENYANYI-NYANYI
INGIN PULANG KEMBALI KE PANGKUAN-MU



Kredit:Terima kasih semua!Paiji,Cpol,Hunusan Lidah,Meowsoleh, Abang Bad, Abang Lan, Mera Naquib He, Kak Mas, Kak Wardina, Geng Nisa'(Faza,Sofea,Erza), Rafaei, Budak Menulis, Alqasam, Arraid, Hembusan, Zulnani, Azli Yusof,

Childhood frend tentunya, Harith, Farouq, (Enai-sang GURU sudah pastinya), Tam.

Terima kasih mama dan papa terutamanya.(Malam-malam terpekik terlolong dan derang sporting)

Pak Ali yang membaiki 'keyboard old skool' - keyboard ini adalah hadiah dari cik joe.


Aku akan terus berkarya!


Berikut adalah ulasan Cpol mengenai lirik HIZBI

Alhamdulillah, dhuat telah kembali dengan lagu Hizbullah yang diberikan nafas baru. Lirik bagi lagu ini saya tulis sekitar tahun 2007, tidaklah saya ingat tarikh sebenar bilakah ianya disiapkan (untuk versi lama, anda boleh klik di sini).

Saudara Amad, selaku ‘perancang’ utama dhuat, telah meminta saya untuk membuat sedikit ulasan tentang lirik lagu ini. ‘Tiada masalah’ - itu jawapan pertama saya. Lagipun, mungkin disebabkan oleh liriknya yang agak abstrak dan tidak ’straight forward’ seperti lagu-lagu lain, maka ramai yang tertanya-tanya akan maksud sebenarnya.

Ceritanya begini (heheh…)

Hizbullah berkisarkan kepada tema pejuang agama Allah. Saya menggunakan perkataa merpati sebagai kiasan, merujuk kepadanya. Pada rangkap pertama, lirik tersebut menyeru agar para pejuang agama Allah ini agar terbang - yakni menjelajah ke seluruh pelusuk dunia - dan khabarkan kepada manusia tentang keindahan berjihad di jalan Allah (khabarkan rahsia suci, jiwa khaibar yang utuh).

Pada rangkap kedua, disebutkan antara janji-janji Allah yang pasti (ganjaran syuhada’) kepada para hamba-Nya yang berjuang pada jalanNya (aroma seharum kasturi, bukan engkau bermimpi).

(Laskar cinta, melangkah mencari mimpi) - para pejuang Allah yang mencari janji Allah (syahid) pasti akhirnya ketemu dengan janji-janji tersebut - (ketemu bidadari di batas liku) - syahid di jalan perjuangan yang penuh liku. (merpati pun tersenyum menyanyi-nyanyi, ingin pulang kembali ke pangkuanMu) - Baris ini saya ingin gambarkan betapa gembiranya jiwa-jiwa syuhada’ yang akan pulang menghadap Allah S.W.T. dalam keadaan penuh kemuliaan.

Rangkap (kalau bunyi gendang dipalu, gemuruh di kamarmu, sarung tubuhmu dengan misi, bebaskan taman ini) adalah satu seruan kepada seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, agar bangkit berjuang di jalan Allah apabila mendengar seruan jihad. Perkataan taman itu membawa erti dunia secara amnya dan kiblat pertama, Palestin, yang sehingga ke hari ini masih terjajah!

Saya kira, demikianlah sedikit sebanyak maksud yang tersurat mahupun tersirat bagi lagu ini. Mudah-mudahan Allah berikan kefahaman buat semua yang mendengarnya.

Saya yang dhaif ini amat bersyukur kepada Allah tatlaka Dia mengurniakan ilham buat saya bagi menghasilkan lirik ini.

Wallahu A’lam.

Thursday, January 24, 2008

KUDOS ARRAID!

Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
New Vocal/Harmony Arrangement:Arraid
Artis:ARRAID - HPM (HIDUP PASTI MELANGKAH)







Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
New Vocal/Harmony Arrangement:Arraid
Artis:ARRAID
JUDUL:HPM (HIDUP PASTI MELANGKAH)


VERSE

ANDAI TERLUKA-DITUSUK-SEMBILU
PANDANGLAH PADA KATA-KATA
MENDUNG TAK AKAN SELALU
MURUNG PASTI BERLALU…

DIBALIK SURAM-KAMAR SEPI
RUPANYA KASIH TERSEMBUNYI
BIAR-DIRI-DICEMUH
GURIS-HATI-NAN LULUH
YAKIN TAK AKAN BERUBAH…


CHORUS

INGIN-KUTINTA LANGIT BIAR MEMUTIH
BASAH DI-DALAM ZIKIR INSAN TERPILIH
KILAU AGUNG-MU PASTI DI DALAM KALBU
TERUKIR-SALJU RINDUKU…

TERASA-PIMPINANMU SEPANJANG WAKTU
BERTAKHTA DI-NURANI KEAGUNGAN-MU
HIDUP PASTI-MELANGKAH MENUJU RINDU
DALAM-JANJI YANG SATU…



Ok, ok kita kena pandang ke hadapan.
Insyaallah kalau kena gaya, beberapa buah lagu baru akan dicipta 'KHAS' untuk ARRAID.
Berdoalah ya :)

Monday, January 21, 2008

Karya Asal:Deddy Dhukun (1985)
Nyanyian Semula Gigi (2008)


AKHIRNYA



Kusadari akhirnya
Kerapuhan imanku
Telah membawa jiwa dan ragaku
Ke dalam dunia yang tak tentu arah

Kusadari akhirnya
Kau tiada duanya
Tempat memohon beraneka pinta
Tempat berlindung dari segala mara bahaya

Oh Tuhan, mohon ampun
Atas dosa dan dosa selama ini
Aku tak menjalankan perintah-Mu
Tak perdulikan nama-Mu
Tenggelam melupakan diri-Mu

Oh Tuhan mohon ampun
Atas dosa dan dosa
Sempatkanlah aku bertobat
Hidup di jalan-Mu
Tuk penuhi kewajibanku
Sebelum tutup usia
Kembali pada-Mu

Friday, January 18, 2008

TAFAKUR SEORANG HAMBA
Lagu & Lirik: Hasrizal Abdul Jamil
Nyanyian: Bambang
Persembahan: Usrah al-Firdaus Jordan
Album: Dunia Ini, 1996
Stereo Mastering 2008:Dhuat




powered by ODEO



Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana



Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya



Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam



Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya




Aku memang menghargai 'nasyid old skool' walaupun bukanlah aku seorang musyid sejati.

Nasyid mereka jujur.
Sungguh.

Itu adalah antara sebab aku tertarik untuk 'Mastering' lagu ini walaupun sumber asal yang aku perolehi untuk
dimasteringkan cumalah mono-mp3.

Ada sedikit perbezaan untuk versi mastering ini berbanding sumber mp3-mono asal.

Aku cuba untuk memberikan sedikit warna, sedikit tenaga.
Sikit jer kerana taknak 'overdone'.
Kalau 'overdone' nanti, lain pula jadinya.
Serdehana sahaja.

1)Suara Ustaz Bambang difokuskan sedikit.
2)Diperkukuhkan bunyi secara serdehana untuk keseluruhan bunyi.
3)Surround stereo untuk backing vokal dan syntethyser.
4)Tambahan bunyi-bunyian burung pada permulaan lagu.Pagilah katakan :)
5)Penambahan syntethyser mengikut chord.
6)Penambahan ambiance syntethyser (bunyi ambiance).





Nota kaki:

1) Sumber asal lagu ini diperolehi: http://www.saifulislam.com

2) Mastering, a form of audio post-production, is the process of preparing and transferring recorded audio from a source containing the final mix to a data storage device (the master); the source from which all copies will be produced (via methods such as pressing, duplication or replication). The format of choice these days is digital masters, although analog masters, such as audio tapes, are still being used by the manufacturing industry and a few engineers who specialize in analog mastering.
The source material is processed using equalization, compression, limiting, noise reduction and other processes. Subsequently, it is rendered to a medium such as CD or DVD. This mastered source material is also put in the proper order at this stage. This is commonly called the assembly or track sequencing. More tasks such as editing, pre-gapping, leveling, fading in and out, noise reduction and other signal restoration and enhancement processes can be applied as part of the mastering stage.


3) A synthesizer (or synthesiser) is generally any kind of electronic musical instrument, or electronic device capable of producing or manipulating audio tones, such as musical notes, through audio signal processing. The term originates from the Greek syntithetai < synthesis (συντίθεται < σύνθεσις).
There are many types of synthesizers, including analog, digital, and samplers. Analog synthesizers work by manipulating electrical signals which are perceived as sound when processed by audio amplifiers. These tones are generated by electrical circuits which may work by manipulating a signal through a series of oscillators and filters in an analog circuit (as in analog synthesizers), or may perform mathematical manipulation of signals using a microprocessor and digital signal processing (as in digital synthesizers), or by a combination of both methods. Both analog and digital synthesized sounds may sound dramatically different than recordings of natural sounds, though digital sampling synthesizers significantly blur this distinction.

4) Musik mereka jujur.(Keseluruhan, munsyidnya, liriknya dan melodinya.)

5) Aku bukan bodek :p

Wednesday, January 16, 2008

Edelweiss




powered by ODEO

Edelweiss, Edelweiss, every morning you greet me
Small and white, clean and bright, you look happy to meet me
Blossom of snow may you bloom and grow, bloom and grow forever
Edelweiss, Edelweiss, bless my homeland forever...




"Edelweiss" is a show tune from the 1959 Rodgers and Hammerstein musical The Sound of Music. It is named after the edelweiss, a white flower found high in the Alpine hills. When the song is sung by Captain Georg Ritter von Trapp, it is used as a double metaphor. He sings it as he rediscovers music and a love for his children, in a rebirth similar to the flower's rebirth after the snows of winter recede; Later on in the show it is sung as a defiant statement of Austrian patriotism by the von Trapp family in the face of the pressure put upon Captain von Trapp to join the navy of Nazi Germany, similar to the hardiness of the flower as it blooms, dies and blooms again.

The great popularity of the song has led many of its audience to believe that it is an Austrian folk song or even the official national anthem.

Tuesday, January 15, 2008

Generasi 2:Integrity
Prosa/Ritma:DHUAT



powered by ODEO

Lakukan apa yang ingin kau lakukan...(bersambung)

Monday, January 14, 2008

Bukalah Hatimu
Artist: M Nasir





Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu
Andaiku tahu - Ungu

Tuesday, January 08, 2008

Latest Robbery/Car- Jack Tactic

Dear friends,

The latest tactic used by robbers to stop you while driving and to rob, rape
or slash you has come to my attention after a friend of mine was trapped in
this situation.

LATEST CASE

My good friend was driving along Kesas Highway with his wife just after
Plaza Tol Puchong towards Kajang last Sunday 23rd December at around 11 pm
after attending a dinner function at his relative's house in Bandar Sunway.

Suddenly, a motorbike overtook them and the pillion rider threw 2 eggs
towards his car windscreen. Within seconds, his whole windscreen was smeared
with the messy broken eggs. His immediate reflex action was to turn on the
windscreen wipers which quickly covered the whole surface and blurred his
vision.

So he immediately slowed his car and brought it to a halt along the
emergency lane.

Then he got out of his car and was trying to wipe and wash the windscreen
while his wife was seated inside the car. All of a sudden a Proton Satria
stopped behind his car and 3 guys came running towards him with Samurai
swords screaming at him to surrender his car and wallet.

Luckily my friend, who is attached to the police CID, managed to pull his
gun out and fire two warning shots in the air. The 3 guys ran helter skelter
back into their car and drove off at a very high speed.

He called up for assistance and was told the getaway car had a false number
plate.

Apparently, this tactic has been used quite often in the latest string of
road side robberies especially with lady drivers or men driving alone or
with women and small children.

So please, should you encounter such a situation, REMEMBER to make sure:

1) Not to turn on your car windscreen wipers.

2) Continue driving, with whatever available vision, to the nearest petrol
station, police station, 7 Eleven store or any other crowded or brightly
lit place to attract attention.

Please forward this information to friends and family members.

Be Safe

Sumber:email

Monday, January 07, 2008

"Nilai Dunia" & "Ingat" by Da'mie (ex-Barongan)

Friday, January 04, 2008

Lagi-lagi REMIX!


Sunnah Berjuang


powered by ODEO



Pantun Molek


powered by ODEO
Ini adalah ulang tayang siaran Rakaman Untuk Dunia-episod pengenalan.


powered by ODEO

Rakaman Untuk Dunia! - Episod Pengenalan oleh DJ Ahmad


p/s;Rakaman Untuk Dunia Siri baru akan muncul!

Thursday, January 03, 2008

K A D A N G

oleh Fatih




powered by ODEO

Perjalanan hidupku ini
kadang ada susah kadang ada senang
Kulalui itu semua dengan
jiwa yang mengikhlas pada diri-Mu

Kadang ku ada disini
Kadang ku ada dibawah
Kadang ku ada diatas
Kusyukuri itu semua
karena hidup adalah roda yang berputar

Dimanakah ku harus bersandar
Tak lain hanyalah Padamu Tuhan

Nikmat-Mu yang kau berikan pada sluruh umat manusia
Kasih-Mu yang tak ternilai dan takkan pernah tertandingi

http://nasyidfatih.multiply.com/music

Tuesday, January 01, 2008

1)
Tristan: Victoria, for your hand in marriage, I'd cross oceans.
Victoria: [giggles] You're funny, Tristan.



2)
Yvaine: [in the pirate ship] Tell me about Victoria.
Tristan: Well, she... she...
[Yvaine waits for an answer]
Tristan: There's nothing else to tell you.
Yvaine: The little I know about love is that it's unconditional. It's not something you can buy.
Tristan: Hang on! This wasn't about me trying to buy her love. This was to prove to her how I felt.
Yvaine: Ah... And what's she doing to prove how she feels about you?
Tristan: Well...
[doesn't answer her question]
Tristan: Look Yvaine, you'll understand when you meet her, all right? If we don't get murdered by pirates first.
Yvaine: Mmm... Murdered by pirates, heart turned out and eaten, meet Victoria... I can't quite decide which sounds more fun...


3)
Yvaine: You know when I said I knew little about love? That wasn't true. I know a lot about love. I've seen it, centuries and centuries of it, and it was the only thing that made watching your world bearable. All those wars. Pain, lies, hate... It made me want to turn away and never look down again. But when I see the way that mankind loves... You could search to the furthest reaches of the universe and never find anything more beautiful. So yes, I know that love is unconditional. But I also know that it can be unpredictable, unexpected, uncontrollable, unbearable and strangely easy to mistake for loathing, and... What I'm trying to say, Tristan is... I think I love you. Is this love, Tristan? I never imagined I'd know it for myself. My heart... It feels like my chest can barely contain it. Like it's trying to escape because it doesn't belong to me any more. It belongs to you. And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange - no fits. No goods. No demonstrations of devotion. Nothing but knowing you loved me too. Just your heart, in exchange for mine.