Thursday, October 30, 2008
Top 7 Novel bacaan dhuat
1) IMAM - Abdullah Hussain
2) SAASATUL IBAAD - Faisal Tehrani
3) BOHEMIAN - Imaen
4) Ayat-ayat Cinta -
5) EKUINOKS - Azizi Ali
6) RM 100. 000 - Rina Khan
7) Van der Wijck - Hamka
p/s:Saya akan ambil tempat nombor 2 tu!
Monday, October 27, 2008
Thursday, October 23, 2008
New Song:Alhamdulillah
Ya ALLAH, I m so happy and grateful now that my body
is creating perfect health and harmony.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
Ya ALLAH, thank you for the gift of my life today.
Today is the best day of my life!
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
(Rapping)
Ya ALLAH, I m so happy and grateful now that my body
is creating perfect health and harmony.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
Ya ALLAH, I m so happy and grateful now
for the abundance that is coming to me everyday.
ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
Written and Composed by Mr Pumpkin and Mr Dhuat
Album:Hidup!
To download, click here(right click and save as)
Tuesday, October 21, 2008
Kembali kepada punca!
Ingat tak sewaktu mula-mula dahulu, hati bersih putih dan semangat cekal kental.
Diseliputi pula fatrah datang dan pergi sepanjang perjuangan.
Sahabat, ada yang datang dan pergi tetapi persoalan penting yang akan saya sentuh di sini adalah berkenaan ketulusan dalam berdakwah.
Ia bukan tentang aku aku dan aku tetapi tentang kita, ya kita semua.
Tindakan kau akan melibatkan aku dan tindak-tanduk aku juga, pasti akan melibatkan engkau.
Pengamatan saya mendapati bahawa slogan 'islam pasti menang' dan 'ukhwah fillah' sering diguna pakai secara melulu untuk menyedapkan suasana yang sebenarnya runcing dengan masalah ketulusan hati dan ukhwah fillah(baca:akhlak) tanpa memainkan peranan yang sepatutnya untuk merangkul gelaran pemuda yang dikasihi ALLAH.
Oklah, nak sambung kerja ni.
Bersambung...
Monday, October 20, 2008
Moga Berbahagia Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Minggu sudah, saya PAU buku TGHAHW di rumah abe Lan.
Mula-mula nak pinjam, tup tab tub tap buku siri yang ke-dua itu SAYA PUNYA!
Rupa-rupanya saya mempunyai kitab yang ketiga cuma, dari keseluruhan kitab sirah.
Hmnn nak cari buku episod One bila dapat gaji nanti haha.
Oh ya, memandangkan tida kesempatan untuk membuat rakaman(keyboard pun rosak), maka saya meminjamlah lagu ciptaan dan
nyanyian oleh akhi Rosso dari Australi untuk diperdengarkan kepada Tuan Guru.
Moga Bahgia(Selamat Hari Lahir) judulnya.
Kalian boleh mendownload lagi ini di sini(right click and save as).
Saturday, October 18, 2008
Social Contract-Don't Ever touch them!
Kenyataan Khas Majlis Raja-raja Melayu
“Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
“Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
“Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.
“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”
diCEKUP dari blog cpol.
Sunday, October 12, 2008
Dhuat goes into world music
Dah namapun rakaman untuk dunia, memanglah gagasan kami untuk memartabatkan
pemikiran suara Islam Melayu ke serata dunia.
Ini memerlukan ketelitian (vokal terutamanya:suara saya hehe) dari segi arrangement
iaitu adasptasi genre pop kepada 'world beat'
dan juga proses menterjemahkan lirik kami ke bahasa dunia (Arab,Melayu,France,China,Urdu dsb)
Selamat datang ke penjelajahan perjalanan musik kami seterusnya;
Dakwah:Musik Dunia.
Aku tau, album filsuf Sufi dan hidup! tak selesai lagi, tapi yo! kita kena pandang jauh ke hadapan!Insyaallah kesemua projek kami(Filsuf Sufi, Hidup! dan Musik Dunia) akan selesai pada pertengahan 2009.
Kan Cpol kan?
Berikut adalah rujukan saya untuk menghasilkan Musik Dunia.
Selamat berbahagia dunia akhirat
Moga kalian sentiasa dalam lindungan ALLAH taala.
Im happy for both of you :)
Sori ana tak dapat pi Jitra.
Sori sangat-sangat.
Thursday, October 09, 2008
Sudahlah
Tuesday, October 07, 2008
Penangan Bruce Springsteen!
Artis yang mempunyai pendirian politik.
Datuk Siti Nurhaliza-BN
Aqil Hayy-PAS
ITO-PKR
Mana lagi?
Monday, October 06, 2008
Maaf zahir batin.
Saya, dengan ini memohon maaf zahir batin, moga dimaafkan segala kesalahan
yang disengajakan dan tidak disengajakan.
Saya cuma manusia biasa.
Maafkanlah saya...
Lagu Raya 2008!
Serulah Nama Tuhan
dengan penuh keyakinan.
Hancur pihak menentang.
Ya, kita telah menang.(ulang)
Terima kasih Tuhan
atas segala ikhsan,
malam seribu bulan
memimpin kemenangan.
Reff
Saxsafon goreng
Kembali kepada Tuhan
gandakan ketaqwaan
serlahkan ketaatan
hidup matiku untukmu Tuhan (ulang)
Reff
Saxsafon goreng
Serulah Nama Tuhan
dengan penuh keyakinan.
Hancur pihak menentang.
Ya, kita telah menang.(ulang)
Trivia:
Lagu raya aku lain sikit.Tiada kisah duka di hari raya, tiada kuih raya.
Tiada kisah ditinggalkan kekasih di hari raya.Oh ya, mercun pun takde!
Hanya menyatakan perasaan berbangga melaungkan takbir tatkala kemenangan
diberikan oleh ALLAH taala kepada makhluknya yang setia di perperangan
Al-Ahzab selama 2 tahun bertempur.
"Al-Ahzab sentiasa bergema dalam takbir hari raya: "Lailaha IllaLlahu Wahdah, Sodaqo wa'dah, wa Nasoro `abdah, wa a-`Azzajundahu wa Hazamal Ahzaba Wahdah." Yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janji-Nya, dan telah menolong hamba-Nya, dan yang telah memuliakan tentera-Nya, yang berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab (Barisan bersatu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaan-Nya."
Mengajak pendengar untuk kembali kepada fitrah, menjadi hamba yang soleh.
Penyerahan yang TOTAL kepada ALLAH.
Terdapat bunyi guruh di awal lagu untuk menggambarkan kekuasaan ALLAH taala.
Janganlah sesekali terdetik untuk menderhaka kepada Sang Khaliq.
Agak sukar mendapatkan melodi untuk lagu ini kerana ’keyboard’ telahpun rosak.
FX untuk vokal menggunakan HIGH COMPRESSION bagi menggambarkan kejayaan itu bukan mudah, FX ini menghasilkan bunyian vokal yang seakan-akan ’struggle’ dengan bersungguh-sungguh.
Humming dan melodi terpaksa dilakukan berhadapan komputer (keyboard maya) berbanding cara sebelumnya yang lebih ’original’ iaitu menggarap melodi tatkala jemari menyentuh keyboard pejal dan nyata!Tidak hairanlah sekiranya melodi kali ini kurang menyengat sepertimana biasa.(ceh perasan!)
Aku juga suka ’style’ lagu Bruce Springsteen yang memakai bunyi Saxsafon serta
Sheila On 7 yang memakai bunyian string mahupun violin.
Kali ini, dari segi musisi aku bereksperimentasi.Verse suara manusia diselang-selikan dengan chorus tuipan Saxsafon.
Indah!
ALLAHHUAKBAR!
Moga bermanfaat.
Hardware(s) yang membantu aku selama ini:i-pod 4th generation,Panasonic SA-PM25, Line 6 Tone Port KB37, ZOOM H4, ZOOM504 Accoustic, ALTO S-8 mixer, Kenwood Cassette Deck, Phillips LD Karaoke, Pioneer DVD player, Dell Computer, SONY Microphone F-V420, Shiha Microphone, SHARP Mini Disc Recorder, Aiwa Tape Recorder, Aiwa Stereo Microphone, SONY MP3 player, Panasonic CD player, Suzuki Harmonika, YAMAHA keyboards, Tabla, Tamborine, KORG Chromatic Tuner, SONY MDR earphones, AKG K.66 Headphones, Gradolabs SR60 headphones, Altec Lansing Speaker dan tak lupa juga Panasonic kipas yang menyejukkan daku di studio yang panas.
p/s: Masa rakam suara, sila tutup kipas.
Untuk mendownload, sila klik sini (Right click and save as)






