Friday, November 28, 2008

DOA MENGHADAPI TEKANAN (2)

DOA MENGHADAPI TEKANAN


اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia


يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،

وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?



إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،

غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu


أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،

وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat


أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ

Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya


لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha


وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله

Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah


Aku dan diriku (2)

Matematik dan SPM

(Rabu, Ogos 02, 2006)-Tarikh asal entry ditaip.

Matematik dan SPM

Assalamualaikum.
Baiklah para blogers semua.

Banyak kejadian yang berlegar di sekitar kita iaitu Isu Murtad, Israel serang Lubnan, Mahathir Khairy dan sebagainya.

Di sini, tidaklah saya ingin meminggirkan isu-isu tersebut, tetapi setiap bloggers ada peranan dan keistimewaan masing-masing mengikut situasi dan emosi.

Saya ingin menyuntik semangat juang para calon yang ingin mengambil perperiksaan SPM pada tahun ini.

Tajuk ceramah saya pada kali ini adalah IKHLAS.

Mengungkap kembali kisah peribadiku di sekitar tingkatan 4, honeymoon year di mana sebebasnya aku ponteng sekolah(dengan izin mama haha)kami ke Subang Parade, Carrefour, lala lala la.Begitu Indah sekali.Tak buat homework matematik.

Eiii aku paling benci matematik!

Dan zaman itu juga aku berpewatakan rebel, kaki gaduh/tumbuk haha.

Lone ranger to be precise.


Gangster wannabe. Kaki lewat pi skolah.
Bersahabat baik juga dengan Ketua/Guru Disiplin yang mana ibubapaku tidak dipanggil lantaran kelewatanku ke sekolah berhari-hari.

Ketua pengawas dan timbalannya kesemuanya kroni baikku.

Tetapi itu tidak memperbaiki masalah matapelajaranku.
Aku akui, aku pelajar tercorot.Pelajar biasa saja.
Selain kelas Kebudayaan/dikir barat, persatuan Bahasa Melayu...

Berbalik kepada cerita matematik tadi... ya aku selalu berjaya mendapat markah 8/100 14/100.Ntah kenapa ceq pun tak tau.Matapelajaran lain biasa sahaja...

Sehinggalah pada suatu ketika, guru kelasku memanggil beberapa pelajar corot ke rumahnya untuk dia memperteguhkan lagi kefahaman matematik kami.

Dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, aku melangkah setapak demi setapak untuk lebih berjaya dari sebelumnya.

Tibalah di suatu ketika di mana aku ingin membayar duit tuisyen kepada guruku itu atas kesungguhannya mengajar kami.

Jawabnya:Tak payah bayar.Saya ikhlas ajar kamu.Kamu pun tekun belajar.Kamu dapat markah baik, itulah bayaran saya.

Oh tidak! aku tersentuh dengan keikhlasan guruku itu.

Tidak lama selapas itu, prestasi matematikku mendadak naik.Graf markahku naik sedikit demi sedikit.Begitu juga dengan matepelajaran lainnya seperti sains, ekonomi, bla bla bla agak drastik beb!

Hingga pada suatu ketika final trial, aku mendapat markah 95/100 dan aku sendiripun tidak percaya. Malah, sahabat lain di kelasku seakan2 memboikotku kerana mereka tidak dapat menerima aku yang BARU itu.
Ada juga yang dengki; seperti memeriksa kertasku untuk mencari kesalahan pemarkahan, agar markahku dipotong; tetapi ALLAH menyebelahiku.
Ada juga yang terasa egonya tercabar kerana pelajar corot ini mengatasi mereka.

Mereka kaget!Terkesima!

Mereka boleh terima keadaan itu jika yang mengatasi mereka itu adalah salah seorang dari mereka tetapi BUKAN aku!


IKHLAS lah wahai kalian....

Aku doakan agar guruku/keluarganya itu diberkati ALLAH dunia akhirat

Thursday, November 27, 2008

Masterpiece kami

For the sake of ALLAH -Dhuat/Faei


powered by ODEO




Iftitah -Dhuat/Cpol









Karya Tuhan -Dhuat/Albazrah


powered by ODEO



Pesanan Untuk Dunia -Dhuat/Cpol









Di manakah abi? -Dhuat/Cpol


powered by ODEO




MATAHATI -Aidil/Dhuat/Cpol


powered by ODEO




Angin -Dhuat/Aduka


powered by ODEO

Wednesday, November 19, 2008

Rakaman Untuk Dunia 11






Alhamdulillah, berjaya juga membuat 'come back' untuk Rakaman Untuk Dunia siri yang ke 11.Walaupun tidaklah serancak seperti rancangan sebelumnya, namun kehadiran semula rancangan sebegini insyaallah pasti akan memungkinkan rancangan berikutnya semakin baik, semakin soleh.

Terimalah.

Untuk mendownloadnya, sila klik sini(right click and save as)

p/s:credit to albazrah for the sountrack.Hmnn ingat nanti nak jemput suami Albazrah dan suami Alqasam ke dalam rancangan Rakaman untuk dunia.Boleh tak?

Tuesday, November 18, 2008

Apa yang penting? KERJASAMA!



Hidup hanya sekali, jadikan ia bermakna!

Duo Ikhwah merupakan projek aperantis The Dhuat.
Mereka membawakan lagu-lagu the Dhuat untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Ternyata mereka ini kreatif dan inovatif.

Banyak lagi lagu-lagu yang bakal mereka rakamkan.

Syabas Duo Ikhwah!

Lirik: Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Vocal:DUO-Ikhwah
Album: Hidup!
Jurutera Bunyi:Romeo
Studio Rakaman:Hizbi Studio

iftitah-DUO.MP3 - The dUO ikhwah

iftitah

kenali dirimu, apa tujuanmu
yang setitis itu, apakah engkau tahu

azan bergema, menyapa di telinga
lahirlah manusia bersama taqdirnya...
pandanglah wajah, megah ciptaan-Nya
engkau dicipta, menjadi khalifahnya

bukan sekadar, melata di dunia
memimpin manusia,alam seluruhnya...

c/o
perkasakan jiwa, setinggi angkasa
semangat di dada, biarkan menjelma
serlahkan segalanya, maralah melangkah

binakan diri, apa yang kauleka
masa berharga, selami dalamnya
harungilah dunia dengan sesungguhnya...




Untuk mendownload, sila ke sini http://media.switchpod.com//users/kaset79/iftitahDUO.MP3

Monday, November 17, 2008

Apabila banyak berkata-kata

Bukanlah hasrat berbunga, berbahasa, bergelora
Yang didamba tentulah yang berkat, setiap saat
Kualunkan kata-kata hikmat bertebaran di angkasa
Silih berganti purnama, rasa ini semakin hebat
Faham benarlah daku bahawasanya ianya sudah dekat
Ukuran firasat, aku bersedia berkhidmat!

Friday, November 14, 2008

Umar Al-Khattab

“Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali andai kau tahu apa yang dicari” Umar Al-Khattab

Friday, November 07, 2008

Penjualan album the Dhuat






Alhamdulillah, banyak juga yang terjual, hampir 35 keping cd kot yang telah terjual.
Cumanya, tak mampu lagi memberi komisyen bentuk faraid kepada team dhuat yang telah banyak menyumbangkan jasanya.Kos menghasilkan musik syok sendiri sebegini bukanlah murah.

Enai pembeli pertama!(versi berwarna)
Terima kasih Aiman budak menulis, Abang Bad, Kak Suria, Tanter Arni dan ramai lagi pembeli yang simply membeli tanpa mendengarnya terlebih dahulu.

Pada mulanya, cover album cuma berwarna hitam putih cuma, mama yang komen supaya ianya berwarna warni agar kelihatan menarik, tertarik memang debomb!

Terima kasih tiada terhinggga buat team dhuat kami, Aduka dan Cpol, kerana jikalau tanpa dorongan, pertolongan serta doa mereka, the dhuat sudah pastinya telah terkubur pada suatu ketika dahulu.

Penjualan album pada kali ini tidak selektif, ditujukan terus kepada rakyat jelata, yang bertutup litup, yang berseluar pendek, yang muda, yang tua.Itu yang menghairankan, makcik yang membeli(baca:pendakwah juga) yang umurnya mencecah 60an tutut menyokong lagu rock dakwah ini, beliau meminta dibuat lagu ditujukan khas untuk warga muda supaya menghormati warga tua.

Aku nekad untuk menyampaikan jua lagu dakwah kami moga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat jelita eh jelata, ya Hidayah adalah milik ALLAH, pastinya aku takkan 'play safe' pada kali ini, menjual kepada masyarakat 'berfikrah' semata.

Dakwah untuk semua!

Berdasarkan maklum-balas, ramai yang menggemari lagu berikut

Angin
Palestina
Hizbi
Revolusi Pejuang Sejati
Kembali beraksi!

Ekhem, hangpa yang dok membaca entry ini, bila nak beli?



1)-Prolog Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


2)-Angin- Aduka/Dhuat

powered by ODEO


3)-Generasi- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


4)-Palestina:Dendangan Luka- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


5)-Romeo+Layla- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


6)-Kibaran Islam- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


7)-Hizbullah- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


8)-Marhaen- Cpol/Dhuat

powered by ODEO


9)-Abdullah's Song- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


10)-Kembali Beraksi- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


11)-Revolusi Pejuang Sejati- Ahmad Dhuat

powered by ODEO


p/s:CD cover terdapat 4 versi plain colour dan 1 versi bergambar.Versi bergambar SOLD OUT!

Tribute:Angin

Angin versi 'ROCK'
Komposer:Ahmad Dhuat 'the dhuat'
Lirik:Aduka 'the dhuat'
Vokal:Ahmad Dhuat
Artis Undangan:Tam 'childhood friend'
Studio Rakaman:Hizbi Studio
Tahun Produksi:2008


powered by ODEO(Demo)


powered by ODEO


bilakah angin keadilan
datang menyapu hati insan
bersih dari sifat penting diri
biar rakyat derita sengsara

hembuslah
rasuah dari terus mengalir
di dalam salur ummah ini

bisiklah ke telinga mereka
bahawa dunia hanya sementara
hindari dari menjadi bahan bakar
api yang marak di kemudian hari

terjahlah ke hati mereka
jeritkanlah pada mereka
bahawa kuasa satu amanah

Thursday, November 06, 2008

Jom berkaraoke atau berpuisi!



Syabas kepada mereka!

Belajar Dari Dua Umar

Buku Belajar Dari Dua Umar dipetik dan disusun dari perbualan & ceramah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz hasil penerbitan setiausaha sulitnya Annual Bakri Haron (Anbakri Publika Sdn Bhd). Annual Bakri merupakan seorang yang meminati seni terutamanya seni bahasa yang terkandung dalam Al-Quran. Dua Umar yang dimaksudkannya adalah Umar Al-Khattab (Khalifah kedua) dan Umar Abdul Aziz (Khalifah kelapan Bani Umayyah di Damaskus). Sehubungan dengan itu juga, antara mereka dikatakan mempunyai pertalian darah keturunan yang sama. Tambahan pula aku memang meminati karektor dua orang Umar ini. Baru-baru ni sedang aku jalan-jalan dalam galeri sebuah kedai buku, aku terpandang buku ni, tengok-tengok dari Tuan Guru dan Annuar Bakri (Dua orang tokoh ni juga aku minat), apa lagi aku terus sambar la. Aku sukakan sikap zuhudnya, aku sukakan sikap pandangan jauhnya. Umar Al Khattab kata Nabi saw merupakan seorang manusia yang dukurniakan Allah ilham. Sebab tu dia seolah-olah mampu melihat apa yang orang lain tak pernah terfikir dan capai oleh mata kasar. Contoh pertelagakannya dengan Abu Bakar tentang tawanan perang Badar. Walaupun pada asalnya Nabi saw menerima pandangan Abu Bakar untuk membebaskannya, tetapi mendapat teguran dari Allah yang menerima pandangan Umar itu adalah lebih tepat. Bagimana Umar melihat perlunya Al-Quran dibukukan, kerana ramai para penghafal tekorban dalam perang. Pandangan ini juga pada asalnya tidak dipersetujui oleh Abu Bakar kerana baginya dia tidak mahu melakukan apa yang tidak pernah Nabi saw buat. Bagaimana kisah Umar mengutuskan surat kepada Sungai Nil memerintahkan ia supaya mengalir. Sungai tersebut tidak pernah berhenti mengalir sejak dari zaman Firaun lagi, tapi Allah ingin menguji Saidina Umar dengan menghentikan alirannya. Bagaimana dia memberi arahan kepada tenteranya yang sedang berperang sedangkan dia ketika itu sedang berkhutbah di tempat yang lain.

(Dipetik daripada blog sahabat rapat saya-Zuhdi)

Monday, November 03, 2008

Kebajikan kesihatan seharusnya percuma!



Untuk tontonan terperinci atau lebih lanjut, silalah layari youtube.com dan buatlah carian filem ini dengan menggunakan kata kunci micheal moore atau sicko.

Saya sudah menontonnya.

Sistem kesihatan di Malaysia?
Anda boleh mengubahnya!