Saturday, June 28, 2008

Saksikan Rockybru di Astro Awani



Saksikan Rockybru di Astro Awani
Ahad ini jam 9 malam.

Thursday, June 26, 2008

Demo Untuk Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi

Sekarang ini dalam proses penyusunan semula musik.
Arrangement musik baru.
Rakaman suara baru.

Berikut adalah Demo Untuk Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi

La Tahzan REMIX(DEMO)

Prosa/Ritma:Cpol/Dhuat
Demo Untuk Album Filsuf Sufi:Suatu Terapi


powered by ODEO

Semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

Biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

Usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

Senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.


p/s:Untuk menghasilkan vokal 'jantan' aku terpaksa berjogging! ohh tidak!

Tuesday, June 24, 2008

Di Manakah Abi:Generasi ke-3

Di Manakah Abi:Generasi ke-3(2008)

AbiG3 - The Dhuat

(Rujukan:versi Asal 2004)
Di manakah abi? - Dhuat

(Akustik with enai 2007)
Di manakah abi - Dhuat

Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Jurutera Bunyi:Romeo
Studi Rakaman:Hizbi Studio
Album:Generasi ke-3



Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...



Nota:
Di sini, ingin saya kongsikan karya (klasik dirombak ke versi G3) kami untuk kalian sampaikan kepada generasi adik-adik.

G3(Generasi3) adalah untuk adik-adik yang membesar di zaman multimedia, astro, playstation, broadband.

Kebanyakan mereka tidak tahu akan kewujudan kisah memali.
Kalau nak lagu ini silalah email ke dhuat79@yahoo.co.uk
Harap dapat disampaikan lagu ini kepada generasi-3 kalian.

Setelah mereka menyukai(mintak-mintaklah) lagu tersebut, barulah diceritakan isikandung lagu tersebut.

Lagu ini memang berkait rapat dengan ISA dan isu memali.

Monday, June 23, 2008

Cahaya (ii)

(Doa selepas Solat, siri 16)

Wahai ALLAH! Jadikanlah di dalam hati kami cahaya,
pada pendengaran kami cahaya, pada pemandangan kami cahaya,
di dalam kubur kami cahaya; dari arah hadapan kami cahaya,
dari arah belakang kami cahaya; dari arah kanan kami cahaya,
dari arah kiri kami cahaya, dari arah atas kami cahaya,
dari arah bawah kami cahaya, pada rambut kami cahaya,
pada kulit kami cahaya, pada daging kami cahaya,
pada darah kami cahaya, pada otak kami cahaya,
pada tulang kami cahaya.
Wahai ALLAH! Besarkanlah kepada kami cahaya,
kurniakanlah kepada kami cahaya dan jadikanlah
seluruh tubuh badan kami diselubungi cahaya


Wahai ALLAH! Pancarkanlah cahaya ke dalam hati kami
dengan cahaya hidayah-MU sebagaimana Engkau memancarkan
cahaya matahari Engkau itu ke seluruh muka bumi
yang berkekalan selama-lamanya iaitu dengan rahmat
dan kasih sayang Engkau, wahai yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.


- dipetik dari kitab karya Said Bin Che Ros
Wirid dan Doa Selepas Solat (disiplin doa).
(Kitab edisi asalnya adalah di tahun 1988, versi ini adalah 2000)

Cahaya (i)

Doa 2008 rakaman semula



Doa 2004 (Pesanan Untuk Dunia) versi lama



DOA
Filsuf Sufi:Suatu Terapi
Lirik/Komposer:Ahmad

Kami rindukan
Kami rindukan
Kami rindukan SyurgaMu ALLAH

Kami rindukan
Kami rindukan
Kami rindukan KekasihMu ALLAH

Kami rindukan
Kami rindukan
Kami rindukan KepadaMu ALLAH

ALLAH, berikan hidayah pada yang hina ini,
agar kami mendapatkan cahaya cinta sejati.
ALLAH, terimalah taubat hamba yang hina ini,
Kami hanya mengharapkan....

hanya keredhaanMu...

Thursday, June 19, 2008

Sandarkan kepada doa sendiri, berbanding doa manusia lainnya selain Rasul ALLAH(s.a.w)

Hehe... jujurnya, doa menghadapi tekanan lagi Authentik berbanding doa rabitah.

Kenapa ya?

Sila baca di sini

DOA MENGHADAPI TEKANAN

DOA MENGHADAPI TEKANAN


اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia


يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،

وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?



إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،

غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu


أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،

وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat


أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ

Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya


لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha


وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله

Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah


Wednesday, June 18, 2008

Tahniah kepada bakal pengantin :)

Sahabat-sahabat saya(bebudak Hira' lah tu), bakal melangsungkan pernikahan pada pertengahan bulan bulan 7 dan juga pertengahan bulan 8 tahun ini.

Tahniah buat kalian.Ya, anda yang membaca entry ini :)

Saya, kununnya adalah ex-student Hira' maka sebab itulah saya tau.

Tahniah dari saya dan semoga kalian beroleh barakah :)

Dunia Akhirat
Dunia Akhirat
Dunia Akhirat


Doa saya bersama kalian :)

Monday, June 16, 2008

Menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

Berdakwahlah semampumu..

Saya tahu bahawa amat berat untuk menaik-taraf menjadi pendakwah tegar.
Sebenarnya, setiap hari-hari kita adalah hari berdakwah.
Percakapan kita dan perbuatan kita adalah dakwah.
Akhlaq kita adalah dakwah.

Kini, kemelut ’minyak’ sedang membadai Malaysia, dan kita sedang berusaha
menyesuaikan dengan keadaan berdasarkan sumber pendapatan yang sangat-sangat terhad.

Ketahuilah, bahawa akhirat itu nyata, dan bukanlah kalam ini merajuk dengan dunia.
Keadan dunia ketika ini seolah-olah bersetuju dengan keutuhan akhirat.

Kalian merasakannya juga kan?

Berbalik kepada persoalan dakwah tadi, ya kemelut minyak sedikit sebanyak
mempengaruhi emosi, semangat kerja dan semangat dakwah kita juga.

Dahlah masa begitu terhad dengan keluarga, ditambah lagi perlunya sebahagian daripada kita untuk bekerja lebih masa atau kerja luar tambahan demi untuk memberi anak-anak makanan, pakaian dan pendidikan.

Ya, institusi keluarga juga terjejas disebabkan kemelut minyak ini.Bertambah kuranglah ’waktu kualiti’ diluangkan untuk keluarga.Tu belum termasuk dalam kes individu yang ’Angin Sentiasa’ tatkala duit tak ada.Ketika inilah persefahaman
yang mendalam daripada seluruh seisi keluarga diperlukan untuk menangani masalah ini.

Fenomena ini juga turut mengundang peningkatan jenayah demi untuk meneruskan gaya taraf hidup yang ’stylo-milo’.

Doa memainkan peranan penting, seperti pentingnya kita berusaha.

Di kala ujian ekonomi menerpalah para pejuang diuji akan kesungguhannya.

Berdakwahlah semampumu, bersabarlah, berhikmahlah menghadapi ujian ALLAH ini.

Bersyukurlah, kita masih dapat makan, masih dalam keadaan negara aman, bekalan makanan masih mencukupi.

Tidaklah bermaksud bersyukur itu mendiamkan diri tatkala kita ditindas.Pengurusan bumi Malaysia ini masih di jajah oleh ’Warisan nan RAKUS’!.Pak Lah adalah produk daripada rejim ini.

Kesemua ini adalah petanda kiamat sudah dekat.Tolonglah, kembalilah kepada ALLAH.
Bersungguhlah membina banglow di akhirat kelak, tapi janganlah langsung melupakan dunia. Tu, si miskin, belalah nasib mereka, tu yang tersasar, pimpinlah depa.

Kalian tentu sedarkan bahawa ini merupakan peringatan daripada ALLAH.


Kembali kepada punca.

Setiap manusia mempunyai peranan masing-masing di dalam dunia ini.
Ada yang menjadi guru, ada yang menjadi nelayan, juruteknik, designer,
doktor dan sebagainya.Profesion ini adalah amanah daripada ALLAH buat kalian.

Jalankan dengan penuh jujur dan ikhlas.
Dakwah akan terpancar di sana.

Jikalau bolehlah, sertailah jemaah kalau kamu mampu.
Naqib akan membantumu memancarkan dakwahmu di kejirananmu, di tempat kerjamu kerana itulah dakwah kamu hari-hari.

Dakwah bukanlah berkumpul dan ’huhahuha’ di suatu tempat dengan kelompok yang sama, membuat perbincangan ’terjangkau’ dan kununnya realistik dan ’syok sendiri’.

DEY! Kita tak cukup pendakwah tau, masa pun tak cukup, duit pun semakin diserap ke entah ke mana.Cukuplah berhimpun dengan sesama sendiri dan bercakap besar.

Nah, sekaranglah masanya untuk menyebarluaskan dakwah di tempat-tempat yang sangat relevan denganmu iaitu di tempat kerja dan mukim kamu bermastautin.

Mulakan dengan nama ALLAH dengan penuh berhikmah, biarpun bertahun lamanya.
Berdakwahlah sesungguhnya di tempat yang kamu telah ditempatkan oleh ALLAH.
Dapatkanlah tips berdakwah menerusi kolakarya/usrah kamu.



Chilhood Dream.

Cubalah renungi apakah sebenarnya cita-cita kerjaya kamu di kala kamu masih anak-anak?Dengan menuju ke arah tersebut, potensi dakwah serta kemanisan hidup kalian kian bersinar, percayalah!

Namun, pembaris realistik janganlah dipinggirkan.Ya, kerja sekadar mencari nafkah dan untuk menjana dakwah serta hobi kalian.Berbanding bekerja di bidang yang kalian benar-benar idamkan, di mana potensi sebenar diri kalian akan DIGERGASIKAN, mana yang lebih bermanfaat untuk dakwah?

Bukanlah tujuan saya untuk mengubah hidup kalian, tetapi nasihat ini lahir dari hati yang jujur untuk kalian fahami bahawa hidup kalian adalah amanah daripada ALLAH dan kalian berhak untuk menjadikannya yang terbaik.Ya, kalian berhak untuk MEMILIH!

Pilihlah kerjaya, calon isteri/suami dengan menepati idamanmu serta tidak bercanggah dengan kehendak ALLAH.

Ketahuilah bahawa hidup ini sekali dan jadikanlah ia bermakna!
Akhir kata, akahirat jangan lupa.

Perihal Album Dhuat yang akan datang

Album seterusnya selepas Filsuf Sufi:Suatu Terapi yang bakal menyusul adalah
‘Rakaman Untuk Dunia’.

Ia merupakan pilihan karya kami yang akan diterjemahkan ke bahasa dunia seperti
Arab, Urdu, Mandarin dan Inggeris.

Cuba bayangkan lagu Di Manakah Abi dinyanyikan dalam bahasa Mandarin, Revolusi Pejuang Sejati dalam bahasa Russia, Karya Tuhan dalam bahasa Urdu.

Di sebalik penghasilan Revolusi Pejuang Sejati dan Filsuf Sufi:Suatu Terapi.
Album kedua-dua di atas merupakan album berkembar sebenarnya.
Ia merupan jelmaan Amal Maaruf (Filsuf Sufi) dan Revolusi (Nahi Mungkar).

Kedua-dua album berikut dijelmakan kerana penulis agak kecil hati, sedih dan terkilan dengan keadaan yang difahami oleh kacamata penulis sendiri.

Album ini agak unik sebenarnya; kerana ia ditujukan kepada golongan pendakwah, khasnya.Lahir dari hati sanubari kami untuk meniupkan serta menghidupkan semangat juang yang kian lumpuh oleh pejuang hari ini.

Si sufi meminggirkan ’orang awam’ dan si amillin meminggirkan amalan zikir, bacaan Al Quran, solat malam/extra, munajat malam, pohon keampunan serta taubat nasuha.

Saya cuba membawa pendengar dari kalangan Haraki dan Sufi khususnya supaya bertemu di suatu titik temu, maka sebab itulah saya katakan bahawa album ini adalah album berkembar.

Bayangkan si Pejuang Sejati ’syok sendiri’ mendengar album Revolusi Pejuang Sejati dan si sufi ’naik syeikh’ tatkala mendengar lagu khas untuk mereka dialunkan.

Bayangkan juga sesuatu yang baru di mana si sufi dapat menghidupkan semangat juangnya dan bersedia untuk memimpin orang awam ke jalan kebaikan, menyertai haraki dan si pejuang sejati pula tak putus-putus bersyukur, tak meminggirkan zikir harian, solat malam/extra, koreksi diri.

I really dreamed for so long, ‘Haraki blend with Sufi’ and vise-versa.

Monday, June 09, 2008

Preety UGLY dah buat lagu minyak tu Yey!



Song / Lagu : Kelab Jiwa Muzik - Pretty Ugly

Lyrics / Lirik Kelab Jiwa Muzik :


Naik minyak dengar berita
Sana-sini dah huru-hara
Ramai hero di tepi jalan
Kena sembur lari lintang-pukang

c/o:

Apakah dikau buta?
Kita sedang sengsara
Aku bukan mengkritik
Mari sertai Kelab Jiwa Muzik

Jalan gelap hitam berkilat
Itu tanda nak kaya-raya raya
Hijau, merah nyalakan api
Biru biro gelombang mikro

c/o:

Apakah dikau buta?
Kita sedang sengsara
Aku bukan mengkritik
Mari sertai Kelab Jiwa Muzik
Apakah dikau buta?
Kita makin berpecah
Ini bukan politik
Mari sertai Kelab Jiwa Muzik

bridge :
Yuran percuma
Tiada janji manis
Tak perlu payung
Hujan satu meja
Yang penting tahu
Nyanyi satu lagu
Negaraku Malaysia

Lagu : J
Lirik : Neves
Publishing : Cdbagasi Music


p/s:Lega, takyahlah saya pecah kepala nak pikir buat lagu minyak ni sebab depa dah buat.Lagipun lagu depa ni memang in-line apa? Caiyokla Pretty Ugly!

Faham tak lagu ni?

Friday, June 06, 2008

Seloka Minyak

(Musik kritik-rebel dalam pembikinan)



Ya ya aku tau aku bukanlah Iwan Falls tetapi
masing-masing punya peranankan?

Nah, mainkan peranan anda!

Yang menulis, menulislah!
Yang berdemo, berdemolah!
Yang berparlimen, berparlimenlah!

Jangan jadi 'kutu' yang asyik 'komplen sinis'
menjelaskan bahawa tindakan kami tak membawa sebarang manfaat.

BERTINDAK
jauh lebih baik daripada 'komplen sinis' dan TAK BUAT APA-APA!

p/s:Sumber gambar asal saya tak tau, tapi yang ini saya 'cilok' dari
Johny OnG hehe

Thursday, June 05, 2008

Termurah di pasaran

The Top Twenty list:-

1) Turkmenistan - US$0.02 per litre (ultra cheap, are you sure this is top grade oil?)
2) Venezuela - US$0.03 / litre
3) Iran - US$0.09 / litre
4) Libya US$0.13 / litre
5) Saudi Arabia - US$0.16 / litre
6) Qatar - US$0.19 / litre
7) Bahrain - US$0.21 / litre
8) Kuwait - US$0.22 / litre
9) Egypt - US$0.30 / litre
10) Yemen - US$0.30 / litre
11) Oman - US$0.31 / litre
12) Algeria - US$0.32 / litre
13) Brunei - US$0.34 / litre (Brunei is in the same region with Malaysia)
14) United Arab Emirates - US$0.37 / litre
15) Trinidad and Tobago - US$0.43 / litre
16) Azerbaijan - US$0.46 / litre
17) Ecuador - US$0.47 / litre
18) Angola - US$0.50 / litre
19) Nigeria - US$0.51 / litre
20) Malaysia - US$0.53 / litre (approx. RM1.71)

Sumber
http://johnny-ong.blogspot.com/2008/05/is-malaysias-fuel-price-cheaper.html

Road Tax dan 'cost of living' lain kira la dey!
Pokoknya kita ditindas!

Hehe jangan dok diam jer... Che det? Future Trade minyak dulu?

Kesannya sekarang kan?

Wednesday, June 04, 2008

MINYAK NAIK!!!

IWAN FALS

1)

Galang rambu anarki - Iwan Fals

Galang rambu anarki anakku
lahir awal januari menjelang pemilu
galang rambu anarki dengarlah
terompet tahun baru menyambutmu
galang rambu anarki ingatlah
tangisan pertamamu ditandai bbm
membumbung tinggi (melambung)

Reff:

maafkan kedua orangtuamu
kalau tak mampu beli susu
bbm naik tinggi
susu tak terbeli orang pintar tarik subsidi
mungkin bayi kurang gizi (anak kami)

galang rambu anarki anakku
cepatlah besar matahariku
menangis yang keras, janganlah ragu
tinjulah congkaknya dunia buah hatiku

doa kami di nadimu

Nota:Bahan Bakar Khusus (BBK)

Petikan skrip Music and lyrics


Alex Fletcher
: It doesn't have to be perfect. Just spit it out. They're just lyrics.
Sophie Fisher: Just lyrics?
Alex Fletcher: Lyrics are important. They're just not as important as melody.
Sophie Fisher: I really don't think you get it.
Alex Fletcher: Oh. You look angry. Click your pen.
Sophie Fisher: A melody is like seeing someone for the first time. The physical attraction. Sex.
Alex Fletcher: I so get that.
Sophie Fisher: But then, as you get to know the person, that's the lyrics. Their story. Who they are underneath. It's the combination of the 2 that makes it magical.


Nota Ahmad:Haha, hmnn apa pendapat anda?