Wednesday, July 23, 2008

Aku Ingin Bersama Selamanya

Aku Ingin Bersama Selamanya

Ketika tunas ini tumbuh, serupa tubuh yang mengakar

Setiap nafas yang terhembus adalah kata

Angan, fikir dan emosi bersatu dalam paksi nan luluh

Sejarah kita terikat, jiwa kita bersatu

Menyuluh nusantara degan gagasan Islam

Maka setiap apa terucap adalah pedoman sang Alim Ulama

Ah, di luar itu pasir, di luar itu debu

Hanya angin meniup saja, lalu hilang terbang tak ada

Tapi kita tetap menari, menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandu, maka duduk saja

Maka akan kita bawa semua

Kerana kita adalah satu

Monday, July 21, 2008

Anda ingin menjadi Batman?

Batman bertindak dan melakukan apa yang dirasakan betul.
Batman ialah Villain dan bukan superhero.

Realiti di Malaysia, kita tak perlukan penulis bertopeng
sama ada solo(Vendetta/Batman)ataupun berjemaah(Vietkong)
untuk memperbetulkan keadaan.

Kita perlukan gerak kerja yang tulus dan berjamaah seperti Parti PAS, ngo JIM,ABIM dsb

Paling penting, bertindak mengikut arahan!

Fiqh Jamaeikah itu sehingga sanggup membuka kekurangan jemaah?

Friday, July 18, 2008

Selamat bernikah adik-adikku...

"Suasana Ceria"
Prosa/Ritma:Ahmad


powered by ODEO


Masihkah terasa?
Saat yang bahagia...
Berteman suasana cinta hanya pada yang esa.

Masihkah terasa?
Damai yang bahagia...
Berteman suasana riang, hanya pada yang esa.

Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Syukur kami padamu ALLAH,
Berdamai, bergembira di hari nan ceria... (2x)

masihkah teringat?
Teman-teman yang hadir...
menceriakan suasana di hari nan gembira...

Tidaklah terasa lagi
sunyi yang menyepi diri
kerna teman menikmati
saat bahagia ini...

Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Syukur kami padamu ALLAH,
Berdamai, bergembira di hari nan ceria... (3x) till fade

Tahun Produksi: 2001, Malaysia.


Lagu ini menggambarkan perasaan gembira nan bercahaya yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada makhluknya.Lagu ini, seluruh jiwa, saya perdengarkan buat bakal pengantin di luar sana... Bro Imran dan Sis Sarah. Semoga kalian beroleh barakah dunia akhirat :)

Tak lupa juga untuk adik seislam saya (budak Hira' juga?)
yang akan bernikah pada bulan Ogos kelak :)
Yang bulan Ogos tu, bulan Ogoslah entrynya ana buat ya?


p/s:Aku ni alumni Hira' ke?


Thursday, July 17, 2008

HIDUP!-prolog kepada Filasuf Sufi


-Entry berikut ditulis oleh saudara Cpol-


Assalamualaikum Warahmatullah.

Seperti yang telah saya janjikan dalam artikel yang lalu, saya akan menulis sebuah entri berkenaan projek terbaru Dhuat. Alhamdulillah, setelah lebih daripada 5 tahun, Allah masih memberikan perkenan (dan kekuatan) untuk kami melangkah dengan karya-karya terbaru. Tempoh 5 tahun memberikan kami terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang amat berharga, yang dapat dikutip di sepanjang perjalanan yang dilalui. Sepanjang tempoh tersebut juga, ranjau dan halangan tak putus-putus - seakan ingin mengingatkan kami betapa sukarnya jalan yang ditempuhi (dan betapa lebih banyak mehnah yang belum kami tempuhi).

Masya Allah, betapa kerdilnya kami untukmenyatakan bahawa kami telah puas dengan semua ini.

Sepanjang perjalanannya, Dhuat telah menghasilkan beberapa album dakwah (bukan nasyid), dengan kemampuan yang ada. Sebagai sebuah entiti yang bergerak di luar lingkungan komersial, segala yang dihasilkan adalah atas satu motif - mengajak manusia kembali kepada kehidupan bertuhan. Manhaj dakwah kami mudah - berdakwah menerusi hiburan - sekadar kemampuan yang ada.

Setelah Filasuf-Sufi, Insya Allah, Dhuat akan tampil dengan album baru: HIDUP.

Apa Yang Kami Serukan?

HIDUP mengetengahkan persoalan mengenal potensi diri dan menginsafi hakikat kewujudan diri. Kegagalan mengenal erti kewujudan insani menyebabkan manusia semakin menyimpang jauh daripada tujuan penciptaannya yang sebenar. Kerosakan dan kemusnahan yang berada di hadapan mata kita adalah akibat punahnya nilai peradaban.

HIDUP bakal membincangkan persoalan rohaniah dan motivasi, maknawi insani dan nilai sebuah kewujudannya. Ini kerana, tidak dapat tidak, makhluk yang bernama manusia perlu mengenali dirinya dan memahami mengapa ia dijadikan, di dalam perjalanannya menuju makrifatullah (mengenal Allah).

Ternyata persoalannya tampak berat, justeru ingin kami garapkannya dalam bentuk yang paling mudah dan indah, agar mesejnya dapat difahami bersama.

Dialah (Allah) yang menjadikan manusia dari segumpal darah menjadi makhluq yang paling mulia, dan selanjutnya Allah memberikan potensi (al-qudrah) untuk berasimilasi dengan segala sesuatu yang ada di alam raya yang selanjutnya bergerak dengan kekuasaan-Nya, sehingga ia menjadi makhluq yang sempurna, dan dapat menguasai bumi dengan segala isinya.

Wallahu A’lam.


Nota tambahan:

Kronologi album Dhuat
2002-For the sake of ALLAH
2004-Pesanan Untuk Dunia
2005-EP Pejuang Sejati
2005-EP Gagasan Pendakwah(Album tak jadi)
2008-Revolusi Pejuang Sejati
2008-Filasuf Sufi:Suatu Terapi
2008-Hidup!

Alhamdulillah dan Allahuakbar!


Berikut disertakan lagu motivasi kegemaran saya di sekitar 90 an.


fikirkan boleh - metropolitan

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



Disertakan lagu motivasi oleh kumpulan Tulang.











Darah
Composed and lyric by Enai

Jauhnya perjalanan
Umpama satu mimpi
Mimpi yang panjang bagai satu
Realiti kehidupan
Kejutkan ku dari tidurku
Kejutkanlah aku kawan

Bangunlah
Bangkitlah dari mimpi
Yang tidak pasti
Buangkan ia

Pandanglah
Lihatlah ke hadapan
Masa depanmu
Anugerah-Nya

Selagi ada darah
Mengalir di dadaku
Selagi adanya sinaran
Matahari di hari-Nya
Takkan kulena disiang hari
Aku ingin hidup sebelum ku mati

Segala persoalan
Tersiratnya jawapan
Ku pasti kita akan temuinya
Ku pasti kita akan temui segala jawapannya
Percayalah...

Monday, July 14, 2008

Jatidiri

Sedari kecil, memang saya suka baca buku motivasi.
Satu-satunya buku motivasi yang paling saya minati ialah BEING HAPPY!oleh Andrew Matthews.

Sajak motivasi memang 'aplikasi' saya untuk membangunkan diri tika kejatuhan.

Semasa sekolah menengah, sajak-sajak saya deklamasikan adalah memang berkisar
membangun diri.
Memanglah antara cita-cita saya untuk membuat lagu motivasi, untuk membangun semangat jatidiri selain semangatjuang.

Guru musik saya, enai, tidak lari juga daripada membuat lagu-lago motivasi.
Lagu yang memberikan 'Booster' untuk membangunkan diri.

Di bawah ini adalah DEMO, diulangi DEMO sebab memang vokal range saya tak sesuai untuk lagu sebegini.Hmnn mungkin akan dinyanyikan oleh penyanyi lainnya.Fakhrul Ipoh?

Kita ikuti demo ini.




Jatidiri(DEMO)
Puisi/Melodi:Ahmad Dhuat
Album:Hidup!
Nota mengenai Hidup-Album ini berbeza sedikit berbanding Filsuf Sufi, prequel sebelum Filsuf Sufi kerana barangsiapa yang hendak mengenal Tuhan, mestilah mengenal dirinya sendiri.


powered by ODEO

Tenung, menjauh ke dalam diri
Murung, ta'kan kubiar berdiri
Tersadung, menyusur landasan ini
demi hentian pasti.

Kelam, akan berganti cahaya
Suram, akan pudar/gembira akhirnya
Diam akan pergi/pudar selamanya
Akan kukecap bahgia

c/o
Kau adalah masa depanmu
kaulah tunggak generasimu
kau mencorak kehidupanmu
pastikanlah harimu
bermakna...

Thursday, July 10, 2008

Hikmat disebalik makanan

Madu ibu segala ubat.(Ubat yang sedap dan tak pahit seperti ubat lain)

Kurma itu menenangkan jiwa.(Kisah Maryam mengggocangkan pohon kurma)

Gandum itu gembirakan hati yang dukalara.(Nanti check ceritanya)

Kalau stress, pi makan ice cream.

Ohh tidak, aku pun terkena writer's block!

Adeh!

Pantun Moleklah sikit

MEMPROMOSI SEMULA KARYA KLASIK DHUAT

Prosa/Ritma:Ahmad
Vokal:Adik saudara Ahmad (Anuar yang comel)
Musik:Ahmad
Album:Pesanan Kepada Dunia 2004

"Pantun Molek" -Nyanyian semula oleh adik Nuar.


powered by ODEO

Assalamualaikum daku ucapkan,
kepada teman dan taulan.
Pantun Molek, jikalau boleh,
ingin daku ungkapkan.

Pahlawan terbilang, segak berperang,
segak bergaya, menawan.
Lagi molek pahlawan lebih
Ubbudiyah kpada ALLAH.

Si gadis manis, bermain riang,
dengan teman di taman.
Lagi molek si gadis manis,
berhijab dan beriman.

Si anak muda, lagak satria,
gembira bermain sepak raga.
Lagi molek jikalau adik,
menutup auratnya.

Pakcik Ahmad, hilang lembunya,
pergi berjumpa sang dukun
Lagi molek jika Pak Ahmad,
berikhtiar dan solat hajat.

Kampung melayu, ramai penghuninya,
patuh kepada penghulunya.
Lagi molek jikalau penghulu
patuh kepada ALLAH dan Rasullullah (3x to end)




Apakah lagu rakyat itu?
Menggambarkan apa?
Situasi bagaimana?

Sesungguhnya, saya benar-benar sedih dengan lagu rakyat kita yang tiada suatu pun berteraskan Islam.

Yang ada cuma ikan kekek, bangau oh angau, anak itek tokwi, air pasang dalam, watinang landok, ntah apa-apa lagilah.

Aku akui, aku bukanlah hebat manapun untuk membikin sebuah lagu rakyat yang mana lagu itu bisa terpahat (evergreen) di hati-sanubari sesebuah masyarakat, tetapi kita tak pernah terlambat unuk melakukan sesuatu yang baik bukan?

Lagu rakyat ini adalah versi 'kurang mencela dan mengata'.

Akhir kata, SEBARKANLAH LAGU RAKYAT yang tidak seberapa ini.

Terima kasih dunia.


P/s:Memang berat hati nak ke Karnival merah.Walaupun aku suka musik, tetapi karnival memang bukan tempat untuk menyatakan marah atau sesuatu yang serius.

Tuesday, July 08, 2008

Karya Tuhan:Versi berkembar


Karya Tuhan

Lirik: Albazrah
Komposer:Ahmad Dhuat
Album: Filsuf Sufi:Suatu Terapi

Versi Akustik

powered by ODEO

Versi Pop

powered by ODEO


+Terjemahan bait lirik Albazrah di bawah ini, saya yang minta beliau membuatnya.Cpol juga terpaksa membuat terjemahan liriknya untuk difahami oleh sang penulis ini (baca:sayalah tu) sekiranya sukar difahami penulis (baca:saya lagi).Sambil mendengar lagu ini, kalian juga boleh memanfaatkan masa
dengan membaca terjemahan di bawah.Terima kasih :)

Insan karya Tuhan
Terselit keagungan
Bagi hati yang inginkan
Kecintaan kedamaian

(Syarahnya:
Seluruh alam termasuk manusia, merupakan hasil seni penciptaan Tuhan. Sebagaimana novel adalah hasil seni pengarangnya. Sebagaimana lukisan ia adalah hasil seni karya pelukisnya. Begitu juga dengan lagu, ia dicompose oleh composer lalu diterjemahkan menjadi lagu, suatu seni music yang bermain-main dalam sanubari seseorang pemuzik terlahir dengan rentak yang pelbagai.

Dan manusia merupakan suatu karya agung Allah s.w.t. Dalam diri manusia jika kita teliti akan terbukti keagungan Tuhan. Insya Allah, Apabila kita tahu hakikat manusia tersebut hati akan tenang, hati akan dikurniakan cinta oleh Allah)

Di antara berjuta makhluk
Si faqir insan ditinggikan
Menjadi biasan tajalli
Nama-namaNya.

(Di dalam berjuta-juta kejadian dan makhluk Allah, daripada yang besar hingga yang paling kecil, dari dasar lautan sehingga ke angkasa raya, Allah telah memilih manusia sebagai khalifah memikul amanah. Manusia ditinggikan martabatnya dibanding segala makhluk yang lain.

Dari kalangan manusia Allah melantik para Nabi. Dari kalangan manusia lahirnya Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi kekasih Allah. Ini kerana manusia merupakan ”opposite” kepada nama-nama Allah. Manusia menjadi cermin yang mereflekkan nama2 Allah. Sepeti munajat uwais al-Qarni, ”Antal Qawiy wa Ana al-Dhaif, Antal Raziq wa ana al-Marzuq, Antal Syafi wa ana al-Maridh, Antal ’Aziz wa ana al-Dhalil”. Jadi dengan memerhati dan melihat kekurangan dalam diri kita, kita akan tahu bahawa Allah mempunyai nama-nama yang ”opposite” dengan sifat kita.)

Dia Yang Menjadikan
Dan insan itu kejadian

(Ini daripada Munajat ’Uways Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq, Engkau Maha Pencipta, dan aku yang dicipta)

Dia Menguasai
Lalu insan dikuasai

(Anta al-Malik wa ana al-mamluk, Engkau Yang Maha Menguasi, akulah yang dikuasai)

Tika hati terluka
Dengan dosa juga noda
Pulang kepada Dia
Kerna Yang Pengampun pasti terima

(Ini daripada munajat ’Uwais Anta al-Ghafur wa ana al-Muznib, Engkau Yang Pengampun, dan akulah yang melakukan dosa)

Bila insan ketakutan
Dia datang Mengamankan

(Ini daripada munajat ’Uwais Anta al-Amin, wa ana al-khaif, Engkau yang Memberi keamanan sedangkan aku ketakutan)

Bila insan kesakitan
Al-Syafi tiba menyihatkan

(Ini daripada munajat Uwais, Anta al-Syafi wa ana al-Maridh, Engkau Maha Merawat dan akulah yang sakit)

Sungguh sempurna kejadian
Menjadi khalifah hamba Tuhan
Semua makhluk tunduk akur
Memberi khidmat buat insan

(Dan apabila seseorang itu mempunyai iman, dia akan dapat menilai semua perkara dengan menghubungkan kepada Nama dan Sifat Tuhan. Dia akan tunduk dan tawadhuk kerana sedar segala kekurangan dan kedhaifan adalah sifat manusia. Apabila dia sedar segala kekurangan ini, apabila sedar sifat2nya yang lemah, manusia itu akan bergantung semata-mata kepada Allah. Allah memiliki segala sifat dan nama yang ’opposite’ daripada sifat manusia itu tadi.

Jadi, hamba yang tawadhuk dan merendah diri ini pasti akan dibantu Allah. Lalu Allah akan memerintahkan seluruh makhluk di alam ini, supaya mencintai hamba tadi. Supaya berbuat baik kepada manusia yang beriman tadi.

Seperti Nabi Yunus, ketika baginda telah tersilap meninggalkan kaumnya merajuk lalu membawa diri. Ketika itu Allah sangat marah, lalu memerintahkan seluruh alam marah. Laut bergelora, Ikan menelan baginda. Baginda merupakan kekasih Allah, lalu terus menyedari kesilapan diri. Baginda bertaubat mengadu segala kezaliman dirinya. La’ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Nabi Yunus mengaku Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha suci Engkau sesungguhnya aku daripada orang2 yang zalim.

Setelah baginda mengulang-ulang doa penuh khusuk sujud dalam perut ikan, lalu Allah perintahkan alam berlembut dengan baginda. Munajat Nabi Yunus menggemparkan langit, lalu ikan telah menghantar baginda ke pantai. Laut kembali tenang, malam yang gelap menakutkan kembali cerah dengan bintang-bintang. Allah marah bukan benci tetapi Allah mendidik. Dari situ kita mengenali Allah dengan kekurangan dalam diri)

Di dalam diri insan
Ada rahsia Tuhan
Sekali dimengerti difahami
Terbongkar rahsia alam

(Itulah rahsia yang Allah sembunyikan dalam diri manusia, manusia adalah cermin yang sempurna untuk mengenali Allah. Apabila seseorang manusia faham tentang rahsia ini, iaitu rahsia nama-nama Allah yang tersembunyi dalam setiap inci kejadian diri manusia, manusia akan faham seluruh alam semesta. Alam juga akan dilihat sebagai cermin mentajallikan segala nama Allah yang indah. Sifat keras Allah seperti ’Aziz, Jabbar, Mutakabbir akan dapat difahami apabila melihat bencana seperti tsunami, gempa, banjir dan gunung berapi. Dicelah-celah itu ketika melihat ada bayi yang terselamat ketika orang lain semua mati, kita akan faham itu sifat Allah yang pengasih dan penyayang. Lihat pula kepada seluruh cakerawala yang kemas tersusun rapi tidak pernah berlanggar, proses fotosintesis mengambil karbon dioksida dan lepaskan oksigen utk manusia, putaran kejadian hujan, siang dan malam itu menunjukkan pelagai nama Allah lagi seperti Al-Mudabbir yang maha mentadbir, Al-Hafiz dan sebaginya. Dengan faham tentang nama-nama Allah ini kita akan tenang hadapi apa sahaja. Ketika melihat kelembutan seorang ibu, kita akan nampak sifat Allah Al-Hannan, Al-Rahman. Melihat kepada, penyakit, doktor, jururawat, hospital dan ubat seharusnya kita ingat Allah yang sifatnya al-Syafi. Begitulah dikiaskan dengan segala yang ada dalam alam)

p/s:Allahhuakbar! Tahniah Albazrah!
Memahami makna nyanyian amatlah penting.
Sekiranya sang penyanyi tidak memahami apa yang dinyanyikannya,
maka samalah beliau dengan burung kakak tua atau tape recorder.

Bersaiz kompak konon!


Berformatlahsaiz apa pun.
Anda, Berita Harian, tetap kami akan boikot!



Ketahuilah bahawa salah satu sebab mereka memikirkan
untuk membuat saiz kompak adalah kerana 'drop sales'.

Sepertimana 'kosmo', mereka juga inginkan golongan pembaca belia.

p/s:Boo Hoo Clapping song to them!(Carburator Dung as well)

Monday, July 07, 2008

Di tahap yang 'PEGUN'.

Tarik nafas...

Hembus!

Tarik nafas...

Hembus!


Menyesali akan kelemahan diri, tidaklah akan membuat keadaan bertambah baik.
Hanya fikir-fikir, kemungkinan kalau dan jikalau...

Nah...

BERLARI!!!

(Semoga kalian berjaya)


Friday, July 04, 2008

Bekal ke ofis

Tidak lain tidak bukan, minyaklah musabab utama saya membawa bekal ke ofis hari ini(kununnya).
Minyak juga menyebabkan saya tidak sampai hati untuk menjual cd-cd saya, makanya saya hanya sampaikan secara percuma ataupun email kepada peminat musik dhuat(kununnya juga).
Saya tahu kita semua kesempitan.
Demotivated juga rasanya untuk meneruskan musisi.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini.
Ya, saya rasa macam budak tadika balik, membawa bekal ke ofis.
Apa tidaknya, makan di kedai sahaja menurut seorang sahabat saya, harganya mencecah 6 ringgit.
Kisah saya pula, hanya memakan ikan keli berserta sayuran, hanganya pula RM 4.50.

Dua hari sudah saya ke pasaraya membeli 'tupperware'.
Persediaanlah katakan.

Alhamdulillah, pagi tadi, adik saya, Aini memasak spaghetti goreng.
Best juga.
Membawa bekal ke ofis.
Teringat zaman budak-budak.
Seronok berperasaan begini.
Nikmatnya adalah makan di ofis :)

Oh ya insyaallah saya berangan nak buat potluck konsert.
Picknic dan potluck memang kesukaan saya sedari kecil.
Mama dan papalah yang mendidik kami supaya seronok berkhelah di air terjun.

Best woo (sejuk sambil memakan sardine sandwitch bekalan makanan)

Tetapi sedihnya, saya berbelanja lebih tadi.
Lebih dari yang sepatutnya kerana sudah kenyang, makanya dibelilah makanan
dessert yang melangkaui perbelanjaan biasanya.

Moral:kalau dah bawa bekalan ke ofis tu, tak payahlah berbelanja makanan langsung!


Berikut disertakan entry adik ipar saya yang menyentuh hati mengenai bekal ke sekolah.
Layari blog beliau di

Bekal Ke Sekolah

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bari yang terletak dalam 500 meter dari rumah kami hanya berjalan kaki untuk pergi dan pulang. Kebetulan ayah pun tidak pernah membelikan kami basikal.

Ibu selalu memasak pada awal pagi bagi membolehkan kami bersarapan dan membawa bekal ke sekolah. Jika tidak sempat menyiapkannya sebelum kami pergi ke sekolah, maka ayah akan menghantarnya ke sekolah sebelum masa rehat kami. Aku masih seakan-akan ternampak bayang-bayang ibu yang bangun awal pagi dan menyalakan dapur kayu dan ianya menghasilkan asap-asap yang akan memenuhi seluruh rumah dan dapat dilihat dari bayang-bayang lampu dari dapur. Peristiwa ini hanya sempurna terlakar dalam memori, kerana tak mungkin dapat diceritakan melalui tulisan ringkas ini.

Ibu suka memasak Nasi Goreng, Mihun Goreng, Mee (kuning) Goreng, Nasi Lemak, Roti Sambal, Laksam dan Jemput-jemput. Aku sangat gemar pada rasa Roti Sambal ibu yang sangat lembut dan sedap. Jika ibu membuat lebih biasanya aku akan membawa lebih ke sekolah dan menjual kepada kawan-kawan, tapi aku pun sudah lupa berapa harga yang aku letak. Tapi aku juga sangat suka bila ibu membuat Laksam, kerana aku akan turut serta dalam proses membuatnya. Suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan apabila dapat menuangkan cecair tepung ke atas tudung periuk atau bekas loyang leper dan diletakkan dalam periuk kukusan yang sedang panas di atas dapur, apabila sudah masak akan digulungkan dan dipotong-potong sebelum dimakan dengan kuah putih dari santan.

Bekalan makanan yang dibawa ke sekolah yang diisi dalam bekas plastik bertingkat-tingkat hijau muda itu akan kami adik-beradik makan beramai-ramai di bawah suatu pokok yang rendang di belakang kantin. Aku teringin melihat jika pokok itu masih ada di situ. Kadang-kadang di situ jugalah kami bergaduh berebutkan makanan yang sedikit. Sudah namanya budak-budak...

Komen Isteri beliau (adik perempuan saya)

Mesti comel kamu adik beradik makan di bawah pohon hijau tu..Kalaulah zaman tu zaman camera digital, pasti ada yang ambil gambar.. hehe...

Teringat pula saya tentang bekalan saya ke sekolah dahulu.. kamu amat beruntung kerana ada orang yg menyediakan bekal ke sekolah..berbeza degan saya yang hidup di kota, dunia yang penuh kesibukkan.

Ibu bapa tidak sempat menyediakan bekalan saya ke sekolah.Awal-awal pagi sudah kena pergi kerja untuk mengelakkan jem.. heh.. jadinya ibu tak sempat menyediakan bekalan saya ke sekolah..

Saya amat cemburu dengan kawan-kawan yg membawa bekalan dr rumah.Pernah satu ketika saya menyediakan bekalan sendiri (roti+milo dan air milo) dan dengan bangganya saya memberitahu kawan-kawan, "Mak kite pun buat bekal untuk kite!"


-sedih juga entry adik ipar saya dan komen adik perempuan saya :(

Thursday, July 03, 2008

Getaran Doa

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku ” The Hidden Messages in Water ” karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sebab:

1. Tempatkan Nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 toples dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
2. Masing-masing toples di label yang berisi kata-kata sebab:
3. Toples A : ” Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Toples B : ” Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kamu, Bengom tahap kaw-kaw! ”
5. Botol-botol ini diletakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, dan membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.
6. Dan inilah hasil yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu :

Nasi dalam botol yang dibacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bauan yang tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yang dibacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Anda boleh mencubanya sendiri.
Kalau di buku, dikatakan ada yang mencuba dgn tiga botol, dimana botol ketiga tidak di beri label apa-apa atau diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dlm botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang memaparkan perkataan ” Kamu Bodoh”.

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari fikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memilih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah fikiran yang timbul dalam batin kita.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.


p/s:gua copet darinya http://supernetpress.wordpress.com/2008/06/26/kata-kata-negatif-dan-kata-kata-positif/

Wednesday, July 02, 2008

Harapan sang ayah.

Harapan sang ayah.

Dialog 1
Ana nak dia menjadi pejuang agama seperti ana.

Monolog 1
Maulana yang tinggi akhlaqnya, insyaallah itu yang akan kau jadi nak...

Dialog 2
Hafiz, menghafal seluruh isi alquran dan menterjemahkannya ke dalam bentuk perbuatan, nah itulah harapanku buat anakku.

Monolog 2
Seorang yang berbakti kepada masayarakat amnya, ahli politik yang takut akan ALLAH, itulah cita-cita saya yang tidak dapat dicapai di kala ini, mudah-mudahan anak ini bakal meneruskan cita-cita murni itu.



Nota:

Sang ayah dan ibulah yang membentuk anaknya.
Setiap manusia mempunyai peranan dan cita-cita yang berbeza.
Jikalau sama, punahlah dunia.

Bayangkan... semua mahu jadi petani.
Ok semua mahu menjadi murabbi...
Hmnn semua mahu menjadi parajurit agama...

Bukan tidak boleh, pilih dan didiklah anak mengikut kecenderungan si anak itu.

Jikalau si dia meminati seni dan musik, masakan dipaksa anak itu menjadi akauntan.Dan jika pula si anak minat belajar agama, janganlah pula dipaksa anak itu menjadi ahli politik.

Pengkhususan amat penting bagi saat ini dan amat jarang sekali manusia pakar dalam segala bidang.

Tetapi harus di ingat, walau apapun karier yang bakal dipikul kelak, sang anak tidak boleh tidak meminggirkan peranan menjadi DAEI, RiJJAL, AMILLIN.

Pokoknya, di bidang apa jualah si anak itu, didiklah hatinya agar sentiasa tunduk kepada ALLAH juga tidak lupa untuk memberi manfaat kepada manusia seluruhnya.

Yes! SUFI HARAKI.

Nasihat:

Jauhilah kata-kata kesat.
Kepimpinan melalui teladan.
Jauhi/tapis pengaruh buruk masuk ke dalam rumah (ie manusia, media, berita)
Pupuklah minat si anak.
Sering mendoakan si anak.

Tuesday, July 01, 2008

Lagu walid untuk anaknya...(u know who)

Permataku - Mirwana

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


-lagu dari sang ayah kepada permatanya-
syahdu... hmnn teringin gak nak jadi abi :)

Anak Beruang



Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Artis:Ahmad Dhuat

La Tahzan

Semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

Biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

Usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

Senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.

Tajul Ammar dan Izzuddin el Hakim

Kedua nama di atas merupakan generasi mendatang yang akan menyinari persada dakwah nusantara.

Kedua ayah mereka adalah sahabat saya.

Tajul dan Elmafraqi.

Ya, elmafraqi baru seminggu bergelar "Walid".

Tahniah bro!

Selamat datang wahai pendakwah muda!