Thursday, January 15, 2009

Aku akan mula menulis

Salam Sejahtera

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog ini (adakah?)

Haha, ya aku tahu, sudah lama juga aku tidak menulis sebenarnya,
banyak entry yang dipaparkan adalah siaran ulangan.

Berkenaan diri ini, alhamdulillah aku semakin mengenjak dewasa.
30 tahun pada 19 haribulan ini.

Ke kerja dengan menaiki train, banyak faedahnya berbanding berkereta.
Sewaktu di dalam train, aku banyak berfikir, melihat sekeliling, prihatin tentang ummat
dan paling penting, dekat dengan masyarakat.

Muda lagikah aku?

Sahabatku Elmaf, menyatakan pendiriannya supaya orang muda seharusnya bergaya.
Lagaknya, cakapnya, berpakaiannya, ketrampilannya.

Ya, tidak seharusnya kita tua sebelum usianya.

Tiadalah bermaksud supaya berpakaian ala skaters, grunge dan sebagainya.
Itu kosmetik. Yang dimaksudkan di sini ialah JIWA!

Projek tertangguh

Sungguh negatif sekali tajuk di atas ini.
Baiklah aku tukar.

Perlaksanaan Projek mendatang!

Rakaman Untuk Dunia

-podcast
-kritik sosial terkini dan relevan
-format penyampaian yang bertenaga!
-temubual masyarakat
-musik dakwah dari pemusik indie
-isi penyampaian yang padat
-ikhlas


Filasuf Sufi:Suatu Terapi
DHUAT:MUSIK DUNIA
-lagu dhuat dinyanyikan semula oleh anak muda
-lirik disertakan kertas kerja+nota kaki+case study
-live recording
diakhiri dengan konsert DHUAT and superfriends
di Kelana Jaya.


Long gone Sheriff
-Filem pendek
-akan dipancarkan sewaktu program 'Art Express'
-Mengumpulkan kenalan pembikin filem dakwah
-oh you-tube sudah tentu!


Art Express
-December
-Berpengkalan di Shah Alam
-Pameran+persembahan multimedia, sajak, aksi, drama, lagu


Amin....
(Yang untuk itu pun)
Memang Amin soqmo!




No comments: