Assalamualaikum kalian semua.
Semoga dirahmati ALLAH.
Ya, kita semua sebok, sebok dengan urusan dunia, menuju akhirat.
Namun, apa yang ingin dikongsikan ini, lebih berupa kepada obsessi peribadi
Bunyi-bunyian!
Jikalau anda inginkan set-up audio headphone, saya cadangkan Grado SR-60.
Bunyinya memang jujur di samping design RETRO.
Untuk set-up, home audio pula, harus diselidiki oleh diri anda sendiri...
Anda penggemar Videokah, video gamerkah anda, pembikin musikkah anda?
Tiada audio set-up yang mempunyai multi fungsi.
Untuk pembikin musik, sound engineer anda bolehlah ke CK Music atau ke jalan pasar untuk membeli 'speaker khas' untuk rakaman-mixing-mastering.
Pun jika anda ingin budget(seperti saya) belilah micro hifi di kedai barangan
'second-hand'.Jangan beli speaker (2.1) untuk rakaman. Ini adalah kerana, bunyi yang jujur tidak dapat dihasilkan oleh 'satelite speaker bersama' boom box(bass).
Dari segi hipotesis, mereka mengatakan bahawasanya bunyi 'mid-range' dihasilkan dengan campuran bunyi 'hi-range satelit' dan bass oleh boom box.
Bose juga mengaplikasikan teknik ini.
Saya sarankan lagi sekali, untuk komposer-engineer, dapatkanlah speaker stereo sahaja.
Jikalau anda peggemar audio tegar, set-up speaker malal bersama amplifier adalah pilihan tepat buat anda. Speaker Mission bersama amplifier Harmon Kardon memanglah idamanku tetapi ongkos menjadi penghalang. Awas! Bil elektrik anda akan melimpah ruah lagi jika ditambah dengan penggunaan tiub.
Untuk pengguna komputer di rumah pula, saya menyarankan Bose, companion 5 untuk anda. Saya telah merasainya(nikmat bunyi di kedai) pergh memang best untuk halwa telinga... mencakupi bunyi surround dan juga sesuai untuk filem dan musik.
Jikalau anda peminat tegar bunyi, dapatkan yang terbaik buat anda dan bekerjalah bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah, saya telah menikmati bunyi-bunyian yang sangat indah sejak sekolah menengah lagi. Saya merasai nikmat Deluxe Super Leanear-Bass(DSL), T Bass, BBE. Dolby B, Dolby Digital. MASH, Mega Bass. AVLS, dan banyak lagi.
Alhamdulillah!
Thursday, June 25, 2009
Monday, June 22, 2009
Washing Machine
"Baju kotor semua, kami taknaklah... eiii"
*Washing Machine*
"E eh baju telah dibersihkan, cantiklah pula..., kaliankan milik kami... sini!!!"
-dpt idea dari ummu hawa :)

Friday, June 19, 2009
Lembaran Baru (Redha)
Lirik:Cpol
Komposer:Dhuat
Lembaran Baru (Redha)
http://www.4shared.com/file/112785723/2c700b12/lembaranbaru.html
tika diri tersadung di persimpangan
tersungkur dan tersisa
jerihnya menderita menanggung siksa
terluka dan berduka
usah digenang airmata sengsara
gelap tak selamanya
pandanglah pada makna setulus rasa
semurni jiwa hamba
andai sudah suratan terimalah
pahit atau manisnya
c/o
pasti ada senyuman ketenangan
bersatu dalam diri keyakinan
mengetuk pintu sufi di persada
seluas taman cinta
asyik dalam gelora di lautan
berterbangan di langit mendamaikan
redhamu berkilauan dipandangan
di puncak perhambaan...
p/s:Lagu tertunggak setahun nan lalu.

Thursday, June 18, 2009
Pesanan Untuk Dunia
Merupakan album koloberasi pertama saya dan Cpol.
Kebanyakan musik dihasilkan daripada keyboard Harith.
Menggunakan mixer analog berjenama ALTO.
Bunyinya jujur.
Untuk mendownloadnya,
sila ke http://www.4shared.com/file/112629252/d9c71b14/dunia.html
Duta kasih sayang (3)

duta kasih sayang
tika suara tidak sekata
tafsiran yang berbeza
membibit resah dan prasangka
tergugahkah ukhuwwah...
kalaupun ada perbezaan
depaninya dengan senyuman
saling mengerti memahami
bukan saling membenci
hulurkanlah tanganmu
berjalan beriringan
walau pandangan tak serasa
kita tetap saudara...
c/o kitalah duta kasih sayang
memaknakan hidup manusia
yang resah dalam penentangan
fahaman yang berbeza
suburkan benih-benih cinta
membaja erti bersaudara
satukan fikrah dan usaha
bersamalah melangkah...
Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad
Wednesday, June 17, 2009
Art Walk (1)
Setelah disarankan oleh MD aku supaya 'behaviour' tidak 'stagmantic', aku pun melakukan perjalanan seni ku yang ke entah berapa kali agaknya.
Sewaktu di kolej seni dahulu, lecturer aku pernah membawa kami sekelas berjalan ke Balai Seni Lukis Negara yang masih berdiri teguh di berhampiran Stesyen Keretapi Kuala Lumpur pada ketika itu.
Berbalik kepada cerita aku, aku pun pergilah menaiki LRT ke Abdullah Hukum waktu 'lunch time'. Barulah aku tahu bahawa ia merupakan kawasan yang berhampiran dengan Kampung Kerinchi, tempat aku dibesarkan.Oh! aku mendapati pula bahawa ia dekat dekat sahaja dengan MID Valley. Jenuh juga berjalan di bawah mentari nan terik ini.
Selang lebih kurang 15 minit, aku pun sampai di MID Valley.
Hmn balik ke ofis naik teksi. Hihi tak larat nak jalan jauh lagi.
Puas!
Unsur seni yang aku dapati dalam perjalanan ini, nati aku terangkan di lain kali.
Sehingga itu dahulu,
Assalamualaikum.

Tuesday, June 16, 2009
Creative to the max! (2)
Projek Keratif
Banyak yang ingin kuhabiskan pada tahun ini.
1) Menyiapkan melodi lagu 'Duta Kasi Sayang' (DKS) Lirik nukilan Cpol.
Projek tertangguh ini akan ku garap lebih 'ISTIMEWA'.
2) Menyiapkan Video/Montaj Klip Untuk lagu Enai.Judulnya 'Awan'.
Video ini tentunya melibatkan digital Imaging dan Animation. Diserapkan bunyi surrounding untuk menghidupkan video ie guruh.
3) Rakaman Untuk Dunia 20. Permainan anak-anak zaman 80-an.
Projek tertunggak ini melibatkan kerja keras (malas?) hehe
4) Filem Pendek - Sajak atau apa jua garapan yang memuaskan nafsu kreativiti aku :)
Creative to the max!

Labels:
kreatif,
pre-production,
promosi,
rakaman untuk dunia,
video
Sunday, June 14, 2009
Kembara Wisata Kelana
Fuh.. Penat jugaklah naik bas KL-Terenggan dan 2 hari berikutnya Terengganu-Kuantan-KL-Shah Alam.
Ditemani oleh sondtrack of my life Hujan dan Faizal Tahir hehehe.
Hujan, kerana nak berasa jadi anak muda 20 an hehe go go go!
Kalau abang Bad nak turn 30, aku turn 20 hehe.
Faizal Tahir kerana nak belajar vokalnya.
Guess what?
Aku dengar pakai Disc man wow wow wow (jerit cara Hujan)
Entahlah, aku suka teknologi klasik kot...
Di Terengganu, aku tak banyak menolong, banyak hibernisasi.
Member kerap teh tarik session, Eklmafraqi dan Fakrul, lama tak lepak dengan depa.
Almaklumla depa tu penuh tanggungjawab, aku hehe go with the flow...
Paiji, lama gella tak jumpa dia.Busy jaga anak kot, cian dia.
Aku memang suka kembara last minit.
Time tu nak pergi, time tu lah packing dan 3 jam sebelum tu baru beli tiket.
Dah banyak kali dah.. Seronok.
Ok jumpa lain waktu, nak edit Rakaman Untuk Dunia ni... "Permainan anak-anak di zaman delapan puluhan".

Wednesday, June 10, 2009
Kasihan Indonesia
Yang kaya terus kaya.
Yang sedehana terus hanyut dalam musika dan telenova.
Yang berinternet terus sahaja berperangan indon-malingsia.
Tuntasnya, kalian ditindas oleh pimpinan kalian.
Bangun! Dan terjahlah kekalutan ini.
Aduh kasihan
p/s:Ya sama, kasihan juga buat Malaysia :(

Monday, June 08, 2009
Piring
1)Putu piring di tempat jualan Muktamar berlangsung memang best! (extra Malacca sugar)
2)"Piring Terbang!" adalah kata hikmat bagi pemain licik bola tampar siri Moero Attack!
3)Piring hitam diganti dengan kaset yang agak 'kureng' bunyinya. Cakera Padat pun tak dapat menandingi kualiti bnyi Piring Hitam yang penuh dengan 'soul'.
4)Piring Terbang UFO aku tak berkenan.
5)Pinggan itu piring. Dalam sehari, berapa kalikah kita cakap "pinggan"? Ya Terpulang....

Duta kasih sayang (2)
Assalamualaikum kepada sekalian pembaca yang dirahmati ALLAH.
Saya, sebagai amilin biasa-serdehana, memang banyak pincangnya.
Lelah, penat, Astro, internet, DVD adalah penyumbang utama kepada kelesuan
melakukan gerak kerja jammah oleh manusia biasa seperti saya.
Saya akan memanfaatkan kelemahan saya ini sebagai kekuatan saya.
Saya akan hasilkan produk kreatif yang gempak-gempak!
Orang nak perlekeh, biarlah.
Paling tidak, aku punya cita-cita.
Berbalik kepada tajuk asal, apa pun keputusan yang telah dibuat, biarpun kita mempunyai kecenderungan tersendiri, kita kena terima dan redha sahajalah,
kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh ALLAH menerusi pengundian yang tulus ikhlas.
Adakah kita mahu menjadi golongan yang menafikan atau meragui keputusan Yang Esa? Kita ikut sahaja.
Sebenarnya, aku suka kedua-dua golongan ini.Saling lengkap melengkapi.
Situasi sekarang adalah kedua-duanya bersama dan yang terpilih menerajui, tetapi tidaklah mengabaikan golongan yang satu lagi.
Sudahlah... kita ni kan adik beradik.
Berdamailah :)
Yuk teruskan kerja!

Tuesday, June 02, 2009
Makan-makan di Shah Alam
Muktamar akan berlangsung tidak lama lagi.
Selamat Bermuktamar!
Adapun, entry saya pada kali ini bukan lah untuk melobi siapa-siapa.
Cuma untuk memberi gambaran umum barang makanan yang anda boleh dapati di Shah Alam ini.
1) Restoran Syed Seksyen 9 - anda boleh mendapatkan Nasi Beriyani Bukhara yang enak.
2) Bariyani POWER di Seksyen 13 tidak kurang hebatnya.
3) Makanan Pagi-ala melayu yang santai, boleh didapati di seksyen 3 dan seksyen 13 juga(La Tansa) Hmnn Laksam die pergh... lagi best daripada yang ada di kelantan.
4) Makanan Ala Thai number UNO adalah di Seksyen 20, berhampiran dengan DarulEhsan Medical Centre.
5) Makanan mamak yang tak menghampakan adalah Bistro Al Raffi di Seksyen 13 dan Mirasa di Seksyen 9.
6) Makanan pagi ala omputeh, saya syorkan Dunkin Donut di Petronas berhadapan Stadium Shah Alam.
7) Bubur nasi yang paling enak adalah di Tesco Ekstra(Food Court) dan di Seksyen 11(Circle).
8) Nasi kawah yang best di dunia Shah Alam adalah di TTDI Shah Alam.Hari Jumaat memang FULL HOUSE!
9) Seksyen 2 aku tak main, sebab penuh dengan bebudak ITM. Tak best!
10) ABC yang best gella terdapat di dalam Giant Seksyen 13 Shah Alam.Kuey Teow/Nasi goreng best gella juga terdapat di sini.
11)Di luar Tesco Ekstra terdapat brother yang menjual laksa di van bergeraknya...Huishh best wo laksa utara tuh...Best best. Cendol dia pun tak kurang hebatnya tetapi Karim Cendol(Van) yang bertapak di Seksyen 9 lagi Hero.
Rojak Karim takyah cakaplah, memang HERO!
12) Cakap pasal HERO, pasaraya Hero di seksyen 13 memang best dan murah. Hhehe air oren kegemaran muda mudi masa kini(aku ler tuh) yang berjenama 'TWISTER" hanya berharga 2 Ringgit manakala harga di luar mencecah 2.40sen sehingga ke 2.60sen.
13)Masakan paling best adalah masakan mama aku.Hanya yang bernasib baik sahaja dapat merasainya...best woooo!
p/s:Nak pergi makan ke nak pergi Muktamar? heh!
Sekian adanya...

Monday, June 01, 2009
Anda dan peralatan anda
Nama. ya saya menamakan barang saya.
PC saya bernama Amir.
Kereta saya bernama kuda putih.
Basikal saya bernama belalang hijau.
HP saya bernama R2D2
Hehehe sekian sahaja dahulu
(bersambung...)
PC saya bernama Amir.
Kereta saya bernama kuda putih.
Basikal saya bernama belalang hijau.
HP saya bernama R2D2
Hehehe sekian sahaja dahulu
(bersambung...)
Subscribe to:
Posts (Atom)