Saturday, February 28, 2009

La Tahzan (Rakaman Usang)

Komposer:Ahmad Dhuat
Lirik:Cpol



Semusim kemarau melanda
jangan disangka kan selamanya
jangan diratapi sedihmu itu
tersirat sari manisnya

Biarkan langit bermurung
takkan hilang camar di awan
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya

Usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilanglah sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia

Senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.

Tuesday, February 24, 2009

Media dan dakwah - Roslan SMS

Berikut adalah temubual saya bersama Roslan SMS dalam Rakaman Untuk Dunia siri ke 16


rud16.mp3 - DJ Dhuat


Untuk mendownloadnya, sila klik SINI dan save as...

Monday, February 23, 2009

Musika Hatiku (Musik dan anda) - Abang Bad


rud15.MP3 - DJ Dhuat

Temubual bersama abang Bad.

Untuk mendownloadnya, sila right klik SINI dan save as...

Ukhwah-Fillah (RETORIKKAH?)


Rud 14.MP3 - DJ Dhuat

Dedikasi khas untuk:Paiji,Badrul,Roslan,Cpol,Tajul,Elmafraqi,Rafaei,Enai,Iqwan,Harith,Farouq, dan kalian yang saya terlupa untuk paparkan namanya di sini...

Untuk mendownloadnya, sila klik SINI dan save as...

Friday, February 20, 2009

Aku, kamu dan buku! - Puan Arni







rud13.mp3 - DJ Dhuat


Untuk mendownloadnya. sila 'right click' SINI dan 'save as'

Wednesday, February 18, 2009

Rakaman Untuk Dunia telah kembali

Alhamdulillah, ya Rakaman Untuk Dunia telah kembali.

Akan saya gagahi supaya ianya menjadi tanggungjawab tetap saya.

Bukan berkala.
Tetap!


Rud 12.MP3 - DJ Dhuat


Rancangan yang menyuntik semangat juang, disamping membangunkan jiwa-jiwa supaya Kembali kepada Islam.

Saya dengan cara saya yang daif ini, tanpa izin dariNya, mana mungkin saya boleh
Bangun kembali, redefine diri.

Alhamdulillah dan Allahuakbar!

Sekalung penghargaan kepada semua yang menyokong Rakaman Untuk Dunia.

Tak lupa juga bantuan sahabat handai yang akan saya temubual pada episod mendatang.

Pemusik Enai, Peguam Elmafraqi, Doktor Salman (Alqasam), Ustaz Nizam (Albazrah), Composer Mujahid, Politikus Abang Lan (Kak Wan), Cikgu Jamil, Suri rumah Kak Diq, Jurutera Paiji (Suue), Penyanyi Muadz, Pendakwah Faei, Cikgu Cpol(sudah tentu!) Programmer Fakrul dan ramai lagi insyaallah.

Peranan saya, memindahkan gambaran atau gagasan mereka yang ditemuramah itu kepada ’bahasa awam’ supaya dapat dihadami oleh pendengar dengan rela hati, rela telinga. Oh ya, saya ni orang awam juga 

Seiring mereka berdialog dengan penuh ’passionate’ dan kesungguhan, ketika itu jugalah saya akan menjurus perbincangan kepada ’hidup bertuhan’.

Mereka passionate, saya passionate, hasilnya GIGAPASSIONATE!

Itulah saya, itulah kami, bersatu demi dakwah dan kasih sayang kami kepada penghuni dunia.

Antara tajuk yang saya terfikirkan:

Chenta remaja-remaji, jom!
Avatar muda-mudi:Internet dan TV kabel
Budaya ipod
Kenapa asyik asyik akuuuu je yang kena buat?
Introvert vs Extrovert
Melodi masakini tak bisa evergreenkah?
Kepimpinan penuh kesopanan (padahal kuku besi cara lembut)
Gothic: Jiwa, budaya atau bergaya?
Bila nak mula?
Being BOLD and humble at the same time
Lyric:Essence, depth and substance
Kenapa rancangan radio masa kini boring ya amat?
Ayahku wiraku
Soleh:Being reserved
Perasan diri itu bijaksana
Aku ini, aku itu aku aku (Kalian dengar sahaja)
Asas untuk pandai memasak
Haraki loves Sufi (a lot!)
Filem dakwah macam mana ya?
I’m HIP!
Malaysia:Order baru
Penangan Rancangan reality:Ramai yang suka komen berbanding membuat kerja!



p/s:
Terima kasih tak terhingga kepada inspirasi saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jikalau saya tersilap cara, gaya, kalian tegurlah saya. Saya manusia biasa, dengan cara saya yang serba serdehana, ingin memanfaatkan obsesi saya ’rakaman audio’ untuk dunia.

Ralat Untuk audio di atas

Indah Water
Premis domestik atau rumah kediaman dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.(Bukannya 100 sebulan)

17 February 2009 (Bukannya 2007)

I need script writer/content editor hehe...

Untuk mendownloadnya, sila right click sini and save as...

Tuesday, February 17, 2009

Redefine adalah perlu sebelum rebranding

Apa khabar dunia?

Redefine adalah perlu sebelum rebranding.

Re bermaksud membuat penilaian semula demi untuk memajukan sesuatu.

Redefine bermaksud mendefinasikan intipati, dalaman, matlamat ataupun fungsi utama sesuatu badan manakala rebranding lebih menjurus kepada pendekatan.

Redefine semacam proses fungsi sebenarnya sesebuah kereta,(untuk menguratkah, sebagai teksikah, racingkah, kenderaan dakwahkah) manakala rebranding pula adalalah lebih kepada ’make over’ luaran dan dalaman kereta, bergantung kepada fungsi sebenar sesebuah kereta tersebut. Rebranding tidak sesekali melibatkan fungsi, ia lebih kepada pendekatan supaya dirinya tampil ’lovable’.

Redefine Rakaman Untuk Dunia
Berusaha untuk lebih fokus dan jelas matlamat blog ini.

Rebranding Rakaman Untuk Dunia
Telah didesign oleh Cpol tahun lalu.

Dalam kes saya ini, rebranding telah berlaku dahulu sebelum redefine.

Oh itu itu tidak mengapa, kerana design web selalunya akan mengikut nadi web dan bukan sebaliknya. Hehe Cpol kene design untuk kesekian kalinya… itupun kalau dia tak busy sangatlah.

Takkanlah saya mahu menulis supaya bersesuaian dengan design blog saya kan?
Seharusnyalah design itu mengikuti nadi blog ini.

Aku tak pintar macam orang ilmiah , namun dari sudut penjiwaan seni, aku dalam.
Fine-art. Jiwa hahah

Asalnya, rakaman untuk dunia adalah sebuah blog yang berorientasikan rakaman musik ataupun talk-show aku untuk diperdengarkan kepada dunia.

Aku mencadangkan kepada desinger tersohor kami, Sifu Cpol agar mendesign blog aku lebih kepada abstract berbanding design yang graphic dan konstruktif. Banyak elemen fade, pencahayaan, dark, glow, semacam collage ataupun montage. Ala-ala Dave Mckean gitu komik the Sandman. Tapi tidaklah mempunyai elemen hantu…

Anak 1979: Freddie Aguilar (Tagalog)



value="http://www.youtube.com/v/yLGC7MmEIyo&hl=en&fs=1">





Nanti aku komen...

I've been tagged!

Tag dari Enai
First time nih aku buat tag orang

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the first minimal words of explanation.
b) Tag 5 other people to do the same once you've finished answering every question page of results.





1. The age you'll be on your next birthday :




2. A place you'll like to travel to :




3. Your favourite place :




4. What is your favourite food(s)?



5. Your favourite pet :



6. Your favourite colour combination :




7. Your favourite piece of clothing :



8. Your all time favourite song :




9. Your favourite tv show :




10. First name of your significant other/crush :




11. The town in which you live in :





12. Your screen name or nickname :




13. Your first job :




14. Your dream job :




15. Your worst fear :

(giant snake)

16. The one thing you'd like to do before you die :




17. The first thing you'll buy if you get $10,000,000 :




5 tags
1. Elmafraqi
2. Cpol
3. Budak Menulis
4. Tawel
5. Arni

Sunday, February 15, 2009

Redefine diri anda.

Suatu ketika dahulu, Tuan Guru melaksanakan 'redefine' untuk menentukan halatuju PAS
agar ia jelas, jujur dan menuju ALLAH.

Aku, ya, dan anda semua perlulah juga untuk redefine diri anda.

Redefine akan saya bebelkan di entry lain kali, kerana tak habis baca lagi hehehe

Apa matlamat anda?
Sudahkah anda putuskan, apakah pengkhususan anda?

Manusia ada pelbagai, ada yang menjadi ustaz, ahli politik, pendakwah, ahli musik.

Kita mahukan ustaz yang berkualiti, ahli politik yang berkualiti, pendakwah yang berkualiti.

Kita TAKNAK yang biasa-biasa.
Kita NAK yang HEBAT HEBAT!

Biasanyalah, mereka yang hebat ini mempunyai pengkhususan.
Sebagai cotoh perbandingan, pendakwah yang biasa-biasa akan buat kerja genenal manakala pendakwah yang bisa berkhutbah, akan memantapkan dirinya dalam ilmu pengkhutbahan.

Khutbahnya tidak boring, malah bisa mengetuk hati-hati manusia yang mendengarnya.
Kita manusia, harus belajar, harus menimba pengalaman, untuk memperoleh skill sedemikian.

Skill tidak akan datang bergolek.
Melodi mungkin akan datang begitu sahaja tetapi melodi yang dicari ditambah setelah memperolehi yang diilhami, lebih bermakna daripada melodi yang diilhami cuma.

Bersyukur adalah dengan memantapkan diri dengan skill penghkhususan yang telah kamu pilih.

TANGGUGJAWAB KAMU untuk menambah nilai skill pengkhususan kamu.

Method yang dicadangkan.

Ambil coti satu hari, naik komuter ke atau tasik perdana ke...
Tinggal di hotel semalaman ker (yang berkeluarga mestilah bawa keluarga bersama)

Sekian sshaja untuk kali ini.

Entry berikutnya: Redifine menuju Impian

Thursday, February 12, 2009

Super scenes! (with my commentary)













Memotivasikan diri dengan melihat, mengamati, merasai dan
menghargai produk hebat manusia lainnya.

Ya, entry yang sudah, saya kepilkan beberapa video yang saya kira hebat dalam
kelasnya yang tersendiri, dlam filem Eperation Condor, Asian Hawk (Jackie Chan) walaupun sekali diimbas seperti Indiana Jones versi 80an, dengan gadjet kembara-tempurnya.

Melihat filem hebat itu, menyuntik semangat saya untuk berkarya filem-pendek tetapi penuh dengan kualiti cerita, aksi, gaya, warna, audio, visual dan feel.

Yip-Man, stail tempurnya yang unik, mengalahkan tempur cara Bruce Lee, Jackie Chan serta Tony Jaa. Relak dan cool, Rajni pun kalah dari segi moral jika dibandingkan dengan Yip Man yang cool ini, menewaskan 10 askar Jepun.

Aces go places aka Mad Mission, saya kira agak terkenal di Eropah di tahun 80-an dahulu, tanpa perlu menjadi barat, mereka berjaya membuat filem dengan penuh bergaya, aduh kalah Rajni lagi haha...

Tetapi dari segi kharismatik seorang hero, Rajni number one hehe...

Aku akan menggabungkan kesemua elemen-elemen serta roh hebat filem mereka untuk aku suntik ke filem pendek aku.


LONG GONE SHERIFF (PLEASE COME BACK!)

Sinopsis

Kisah seorang pejuang (Agak OTAI) yang perlu kepada 'redefine' permasalah konflik dirinya,Ya mungkin kerana umurnya yang mengenjak 40 tahun serta beliau sering mengasingkan dirinya.

Dari segi usrah pula, beliau banyak tuang, program sosial ikut sedap hati je nak join atau idak walhal pada zaman dahulunya, beliaulah hero sebutan penduduk Kampung Stadium.

Kisah bermula apabila seorang pelajar U membuat 'reseach' tentang hero kampung kediamannya.

HEhe takleh bagi banyak-banyak info, nak tau updatenya, seringlah ke blog ini...

Kenapa PERAK penting?

PENGALIRAN PENGARUH ISLAM

Jika dikaji dari segi geografik, pusat pentadbiran negara Malaysia dikelilingi oleh negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Devide and Rule (divide et impera)
Ya, method ini masih diguna-pakai oleh warisan rejim Inggeris.

Mereka akan memastikan bahawa, negeri Kelantan tidak dapat melebarkan empayar Islam melalui PAHANG ke Kuala Lumpur.

Kedah semakin utuh, itu yang sangat pentingnya PERAK itu!

Untuk memastikan juga bahawa JOHOR tetaplah dengan ke'TOTOK'annya, maka dijaga habis-habisan Negri Sembilan dan Melaka supaya tidak goyah atau cenderung kepada islam.

Rujukan nyanyian saya

Iya, benar saya kepingin merakamkan melodi baru, pendekatan baru.
Layout design cover baru, SOUL baru.

SEMANGAT baru!

Kebanyakan cara nyanyian saya adalah ala-ala folk, hantam keromo.
Itu yang saya akan perbaiki dalam album mendatang kami.

Dari segi SOUL, saya merujuk kepada Ramli Sarip dan M. Nasir serta Iwan Falls.
Bruce Springsteen juga.

Juga ia berkaitan dengan pendekatan musik, sekiranya lagu sajak-grunge, aku akan seupaya mungkin menyanyi dengan merujuk kepada Gin Blossoms, Radohead.

Aku tau, agak terlambat juga untukku 'project' suara yang indah, mulus, gemalai nan harmoni.Tetapi itu tidak menghentikan aliran semangat ribut halilintar saya!

Walaupun album seterusnya masih lagi 'fast-rock' (langkah selamat woo) saya akan merujuk kepada mereka yang pada pengamatan saya mempunyai vokal yang best!
Arraid, Awiz, Alexumar, Muadz(tentulah!), Faizal Tahir, dan sewaktu dengan 'kelas' mereka yang tersendiri.

Semalam, berjumpa dengan Naib Ketua Pemuda kawasan saya, kasihan saya lihat kepadanya, masih bertungkus lumus berdakwah walau 'back-up' yang diterima amatlah menyedihkan.

Saya kata kepada beliau, "Anta ni, ana kagumlah, anta ni cinta dakwah kan? bukan cuma melunaskan tugas dakwah..."

Beliau menjawab, " Tak juga Ahmad, ana pun manusia biasa, kita kena mujahadah sentiasa."

Wake up call untuk saya dan mereka yang se'nasib' denganku!




powered by ODEO

Lirik/Komposer:Ahmad Dhuat
Pejuang Sejati Kembali Beraksi!

Pejuang sejati kini kembali beraksi!
Berdegar! Berkobar! Aku berikrar!
Cukuplah sudah tidur, cukuplah 'fatrah' ini.
Kini kukembali untuk beraksi!

Chorus
Sambutlah 'salamku' ini, duhai teman, para pendaei.
Berikan aku peluang ini, aku ingin beraksi...

aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...
aku ingin beraksi...



Nota:

Untuk sesuatu yang 'zest-injection' adalah perlu sesuatu lagu yang rancak yang penuh dengan tempo.

Bayangkan sebuah lagu 'mellow', bisakah ia menyuntik semangat?
Biasanya lagu 'mellow' adalah sesuai untuk lagu cinta, lagu jiwa, lagu sengsara.

Tak lama dahulu, saya ada menulis sebuah entry yang mengatakan bahawa saya perlu NGEROCK untuk menarik 'audience' yang majoriti.Tambahan pula, memang saya suka pop dan rock.

Musik dhuat adalah sebuah inter-terminal yang akan mempertemukan melodi, lirik bertemu dengan jiwa dan kewajipan dan dengan izin ALLAH, yang terpanggil akan melunaskan kewajipan.



Audience majoriti, kebanyakannya bukanlah di kalangan pendakwah.

Di zaman 'rock band' dahulu, sahabat band saya ada di antara mereka sukakan musik yang keras.Berbeza dengan saya yang terlalu suka akan 'Kembara'dan Search.

Berbezanya apabila menjadi ketua kumpulan Dhuat, saya lebih selasa kerana lebih bebas untuk berkarya dan menentukan halatuju musik Dhuat berbanding di zaman 'rock-jiwang' dahulu, terpaksa nyanyi lagu yang memikat hati keempat-empat kami.



Berbalik kepada intipati lagu ini, ia berkisarkan sebuah "COME BACK'.
Inshaallah akan lebih jelas terungkai dengan 'short film' terbaru kami yang berjudul
'LONG GONE SYERIFF'.

Antara kisah fiksyen kotemporeri yang sesuai difikirkan adalah apabila SUPERMAN sengaja menghilangkan kuasanya,kerana mahu bebas menjadi manusia biasa yang tak pedulikan manusia lainnya.Juga sebuah kisah dimana spiderman tak boleh lagi menggunakan kuasanya, tak berupaya dek kerana beliau hilang fokus, hilang keyakinan diri, dan bukanlah sebab beliau hilang kuasanya.

Kita, inshaallah sebagai seorang pejuang, memiliki 'keistimewaan' yang tersendiri.
Apabila semangat kita hilang, kita hilang tumpuan, secara relatifnya kita akan kehilangan keistimewaan tersebut.

Sebagai gerakan berjemaah, perlunya 'keistimewaan' yang dari pelbagai bidang.

Adapun peranan sahabat pendakwah ialah untuk berikan 'sokongan' kepada 'comeback' tersebut dan bukannya mencemuh dengan segala macam ungkitan.Itulah budaya 'TOP-UP men TOP-UP'.(Masih ingatkah kalian entry 'saling cover-mencover' saya? hehe..)

Musik sememangnya 'grey area', aku gagahkan juga demi realiti yang memerlukan aku begini.Dhuat tak minat nasyid lagi dah ke? Minat... cumanya ianya lebih sesuai bagi yang suaranya harmoni dan lemak merdu dan aku bukan di kalangan 'suara itu'.

Tambahan pula, untuk mempelajari ilmu suara pula, aku tak punya masa, kerana terlalu banyak lagu/idea yang ingin diluahkan dan sekiranya asyik tertumpu kepada nyanyianku sahaja, penghasilan produktiviti pastinya kan terbantut.Ya, pelajaran vokal saya selitkan sewaktu penghasilan produk.

Khususnya kepada sahabat saya, maafkan saya kerana tak berapa 'PERFORM' beberapa tahun kebelakangan ini.

Ya, aku kini kembali beraksi!

Thursday, February 05, 2009

Passion vs Obligation

Passion vs Obligation


Cinta itu melangkaui tanggungjawab.

Cinta terhadap kerja, tukang masak misalnya,
akan memasak dengan penuh kasih sayang berbanding tukang masak biasa yang memasak semata untuk melunaskan akad tanggungjawab semata.

Pemusik yang jujur juga seharusnya begitu, melahirkan musik atas kecintaan (baca:passionate) terhadap musik berbanding melaksanakan sahaja melodi nan indah, almaklumlah, melodi melimpah curah.
Abundance itu seharusnya dilaksanakan dengan penuh cinta.

Tujuan hidup, selain amanah dan tanggungjawab semata, cinta terhadap Sang Pencipta itu amatlah besar indahnya berbanding kita melaksanakan amanah semata-mata, TIADA CINTA.

Cinta adalah melangkaui motivasi, melaksanakan tanggungjawab tanpa rungut, tanpa menyerah kalah, tanpa ungkitan, tanpa mengharapkan balasan.

(Untuk kecintaan terhadap ALLAH, memanglah kita mengharapkan redha ALLAH, cinta ALLAH, syurga ALLAH)

Suami juga begitu, perlu diterapkan cinta kepada isterinya, berbanding
melunaskan tanggungjawab semata, tanpa chenta hehehe...

Apa aku melalut ni?

Ya ampun...

(Dalam bracket ini adalah doa aku yang aku sendiri je faham)

Amin...