Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 28, 2009

TEMAN

Kau bagai inspirasi
Datang pada tiap mimpi
Dalam diam ku kagumi
Hadirmu membawa erti

Teman ingin aku tahu
Apa resah di hatimu
Teman andai aku mampu
Bersama dalam dukamu

Jalinan ikatan rasa
Ada dihati kita
Saling mengerti
Saling memerlukan
Semoga engkau bahagia

Aku sanjung harapanmu
Ingin membela bangsamu
Walaupun sekadar lagu
Itu adalah cara mu

Teman andai aku pergi
Relakan setulus hati
Kenangku dalam doa mu
Aku adalah teman mu


Tak pernah dengar lagu 'OLD SKOOL' ini?
Sila download di SINI

Ruhil Amani (akhir80an - awal90an)juga mengambil 'melodi' yang sama untuk lagu Kawan.
Lirik Kawan pula ditulis oleh S Amin Shahab

Monday, July 27, 2009

Friday, July 24, 2009

Ulang dengar:Rakaman Untuk Dunia 10 -Sound System



Wawancara bersama Encik Angah, wakil daripada Anggerik.net mengenai peripentingnya audio-set up yang menghasilkan bunyi kemas.

Untuk mendownloadnya, sila ke SINI

Rakaman ini mengambil masa 10 minit untuk mendengarnya.

Semoga bermanfaat

Thursday, July 23, 2009

Comeundone!

Comeundone!(berlalulah)

Kita, sebagai makhluk, seharusnya berusaha dan berdoa.
Ia, memang...
Keputusan hak Mutlak milikNya.

Apakah kita melangkaui keputusan ALLAH dengan berkira-kira?

Sekiranya begini atau sekiranya begitu...

ALLAH Tuhan,
kita makhluk!

Makhluk berusaha, berdoa dan redha
bukannya BERSERAH sepanjang masa!

BANGUN dan berjuanglah habis-habisan!

Maksud tak tercapai, terkapai di tengah jalan
sedang kita dalam keadaan 'berusaha'... nah
itu lebih molek berbanding berserah sebelum bermula.


Comeundone! Tepilah!
Orang nak lalu!

Comeundone! Kau boleh belah!


Nota:Comeundone = berserah sebelum bermula, juga gerhana

Thursday, July 16, 2009

Hizbi

HIZBI-(Octave Vox) - DHUAT
Cpol/Ahmad



VERSE
OH TERBANGLAH ENGKAU MERPATI
JELAJAH LANGIT TUJUH
KHABARKANLAH RAHSIA SUCI
JIWA KHAIBAR YANG UTUH

ADA PANJI DI PUNCAK TINGGI
ADA JANJI TERPATERI
AROMA SEHARUM KASTURI
BUKAN ENGKAU BERMIMPI

KALAU BUNYI GENDANG DIPALU
GEMURUH DI KAMARMU
SARUNG TUBUHMU DENGAN MISI
BEBASKAN TAMAN INI

c/o
LASKAR CINTA MELANGKAH MENCARI MIMPI
KETEMU BIDADARI DI BATAS LIKU
MERPATI PUN TERSENYUM MENYANYI-NYANYI
INGIN PULANG KEMBALI KE PANGKUAN-MU




Nak download?
Sila ke SINI


P/S: Maka tidaklah menghairankan saya apabila Burhanuddin Helmi diminta menjadi Tuan Presiden walaupun beliau daripada PKMM. Sebenarnya, beliau adalah antara orang yang mula-mula yang menyertai HIZBI. PAS adalah rentetan daripada itu, ketidakberjayaan HIZBI yang diharamkan pada suatu ketika dahulu.Tuntasnya ISLAM, PAS adalah cara.

Monday, July 13, 2009

Free for the moment

Lagu 'Free' asalnya oleh Martinis

Terjemahan bahasa Melayu:

Kehadiran menerjah di fikiran
Diucapkan kata sejuta kali
Siapa kau untuk memberitahuku ianya seharusnya begini
Kututupkan mata dan berputar di sekitar
dan kutinggalkan segalanya

Sungguh lapang di saat ini
Hilang di antara bumi dan langit
Sungguh lapang di saat ini
Hilang jejak kerana aku tak mahu dijejaki
Jangan cuba mencariku

Selalu ku cuba memudahkan hidupku
Perkara berulang kulakuan berjuta kali
Siapa kau untuk memberitahuku ianya seharusnya begini
Kututupkan mata dan berputar di sekitar
dan kutinggalkan segalanya

Apa yang boleh kulakukan
Bukanlah sesuatu yang teruk
Apa yang kau akan lakukan
Bukanlah sesuatu yang teruk

Sungguh lapang di saat ini
Hilang di antara bumi dan langit
Sungguh lapang di saat ini
Hilang jejak kerana aku tak mahu dijejaki
Sungguh lapang di saat ini
Hilang di antara bumi dan langit
Sungguh lapang di saat ini
Hilang jejak kerana aku tak mahu dijejaki
Jangan cuba mencariku



p/s:Sedang dok layan soundtracks Empire Recods.Teringat zaman grunge dolu-dolu.
Kununnya zaman kegemilangan Seattle Amerika.

Saturday, July 11, 2009

Lay back music, powerful lyric ?



Perhatikan lagu 'kegemaran' di atas. Memang mengujakan tetapi apabila didengar berulang kali ankan menjadi racun kepada keyakinan diri. Mempercayai diri itu 'sampah'aka loser.

Berbeza dengan lagu di bawah, didengar berulang kali akan membangkitkan motivasi yang tinggi.



Touch atau sentuhan diri bisa dicari oleh orang yang mencari.

P/s:Rock rock juga, tetapi sila jauhi emo lirik serta lirik yang syirik.

Monday, July 06, 2009

Rakaman Untuk Dunia - 20:Permainan 80-an

Alhamdulilllah ALLAH bagi keizinan untuk menjayakan rakaman ini.
Moga bermanfaat.




Untuk mendownloadnya, sila ke SINI

Sunday, July 05, 2009

Testing! Testing! Wartawan Terjun:Episod Pengenalan

Pagi yang cerah itu berlaku sepertimana biasanya.
Burung-burung berkicauan memainkan lagu yang biasa dinyanyikannya..

Taman Nakhoda Delima, Fasa 2, sebuah taman yang telah hidup lebih daripada 20 tahun.
Sekarang ini, generasi ke 3 telahpun wujud di taman ini.

Hari itu tidak seperti biasa Bagi Umar Mukhtar.
Perasaan malas memang mengusai diri.

Umar malas ke kerja hari ini.

”Bangun Umar!” terdengar laungan dari Ummi dari bawah.

Keadaan yang amat biasa bagi Umar untuk tidur semula usai solat Subuh.

Sudah 3 tahun Umar bekerja di firma pengiklanan sebagai pereka grafik.
Dengus Umar berfikir-fikir tentang masa depan kerjayanya.
Dia terlihat awan mendung hitam kelat!

”Bangun Umar!” kali ini lebih bertenaga laungan Ummi berbanding sebelumnya.

”Iyelah, iyelah.” Umar menjawab sopan.

Usai mandi.

Baju T-Shirt berbelang koko bersalut kuning dikenakan bersama seluar jeans biru gelap.
Oh, tidak lupa, wind breaker merah kegemarannya dikenakan atas pakaian berbelang itu.

Umar turun ke bawah.

Rumah teres 2 tingkat itu didiami oleh Ummi, Umar Mukhtar dan adik perempuannya Ainon Balqis.Ayahnya, Azizan Abidin Bin Maarof telah meninggalkan mereka 10 tahun nan lalu akibat jantung berlubang.
Ummi pula baru bersara sejak 6 bulan yang lalu.
35 tahun berkhidmat di bidang pendidikan memanglah memenatkan.
Universiti Malaya, bahagian sastera Melayu memanglah sebati dengan Puan Salmah Binti Hj Saad.

Menjadi tanggung jawab si Ummar sekarang, menjaga mereka sekeluarga, melindungi Ummi dan adik kesayangannya.Oh ya, Umar memang Handsome!

”Makanlah cucur kodok tu sebelum pergi ke kerja.” kata Ummi sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya ’Wanita Pagi Ini’.

Selesai makan, Umar salam ibu kesayangannya sebelum menghidupkan motor HondaEX5nya.

Umar mengelamun seketika ketika lampu isyarat bernyala merah.
Haha, kekasih lamanya yang diingatnya.Yang sudah tu sudahlah Umar yer...
PON!

Tersentak Umar dek hon dari kereta kancil di bahagian kanannya.
Kedudukan motor Umar yang mendepani kereta kancil putih itu menyukarkan pemandu tersebut untuk bergerak ke hadapan.Ya, Umar mengerti lampu sudah hijau.

Eh, ke mana pula Umar hari ini? Ini bukan laluan biasanya.

Wednesday, July 01, 2009