Thursday, November 25, 2004

( P S I K I K ) http://www.geocities.com/opx04/psikik.htm

kita selalu disogokkan dengan cerita-cerita barat mengenai individu yang mempunyai kuasa istimewa. dengan lebih spesifiknya, kuasa psikik. kuasa yang menggunakan fikiran ini membolehkan tuan punya kuasa untuk menggerakkan barang, maklumat disampaikan kepada orang lain melalui gelombang fikiran, membaca fikiran orang lain, melihat masa lalu dan masa hadapan. yang terbaru di tv3 - cerita jake 2.0. heronya mempunyai kuasa untuk membaca fikiran dan juga mengawal sirkit komputer. hebatkan? dulu aku selalu tertanya-tanya. benarkah wujudnya kuasa ini? adakah ia hanya ada pada orang barat? tak adakah dikalangan kita mempunyai kuasa tersebut?

aku menemuinya jawapannya kira-kira 4 tahun yang lalu. kami sebenarnya rakan lama di dunia irc. tak pernah berjumpa - dipertemukan Allah melalui isteriku, yang se-kursus. itupun secara tak sengaja aku mengenalinya apabila kami membuka cerita mengenai dunia irc. bertemu dengannya juga bermakna persoalanku terjawab. kuasa psikik dalam cerita-cerita barat yang kita lihat di wayang/tv tak mustahil adalah benar. mungkin ia diperhebatkan lagi dengan cgi dan special effects. untuk menyedapkan cerita.

sedikit mengenai rakan ku tersebut. dia sama seperti kita semua, pada zahirnya tiada apa yang berbeza. tiada yang asing padanya. cukup segala sifatnya. makan dan minum. belajar dan bekerja. hobinya - suka membaca. terlalu suka membaca. dan suka berfalsafah.

mulanya aku tidak perasan akan sebarang kelainan padanya. cuma aku hairan mengapa mukanya sering kemerah-merahan apabila kami bertemu. awalnya aku fikirkan dia seorang yang pemalu - terlalu pemalu jika begitu sikapnya. rupa-rupanya mukanya merah kerana dia terbaca fikiranku. patutlah dari dulu dia tidak mahu memandang tepat mata aku. bersalam pun dengan cepat. mungkin dia tak mahu 'terbaca' fikiranku. ah. apa saja yang kau dapat baca tu wahai sahabat hehehe.

secara ringkas aku akan ceritakan beberapa insiden mengenai kuasa psikiknya:

[1] keluar berjalan di bandar. ketika singgah di sebuah perhentian bas, dia menyandarkan diri di tiang penghadang tepi jalan. dia memegang tiang tersebut dan berkata 'minggu lepas korang tunggu bas kat sini. yang ada masa tu polan-a, polan-b, polan-c dan polan-d'.
kuasa psikiknya membolehkan beliau melihat kejadian yang pernah berlaku di tempat tersebut dengan hanya memegang barang yang pernah dipegang oleh rakan-rakannya. mungkin dengan kuasa tersebut beliau dapat merasakan kehadiran rakan-rakannya di tempat tersebut sebelum ini.
 

[2] dengan hanya melihat mata seseorang, walaupun sepintas lalu, dia dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran orang tersebut pada masa itu. bukan itu saja. dia juga boleh membaca apa saja yang pernah berada dalam fikiran kita. dari perkara yang lama sehinggalah yang baru berlaku. membaca fikiran juga boleh berlaku melalui sentuhan - seperti bersalam. ya. ia juga boleh berlaku apabila kita menyentuhnya.
 

[3] dan yang terbaru - 2 minggu lepas. dia menghantar email kepada isteriku. bertanyakan samada perut isteri ku masih sakit lagi. isteriku terkejut. bagaimana dia boleh tahu? aku dan isteriku tertanya-tanya kerana dah lama kami tak menghubunginya. tetapi kami tidak hairan. sekadar kagum dengan anugerah yang dikurnia tuhan. 

[4] dahulu ketika kuasanya berada dikemuncak, dia  dapat berinteraksi dengan barang-barang disekelilingnya. sudu, garpu, pisau - apa saja yang disentuh berkata-kata dengannya. tapi ia juga membuatkan dia jatuh sakit teruk. kepalanya sendat dengan suara-suara yang berkata-kata dengannya. walaubagaimanapun, apabila beliau mula dapat mengawal diri dan kuasanya, dipercayai dia tidak lagi dapat berinteraksi dengan barang-barang disekelilingnya. aku juga tidak pernah bertanya samada dia dapat menggerakkan barang dengan fikirannya. mungkin jika berkesempatan aku akan bertanya.

beliau juga ada memberi tips untuk menghalang seseorang yang mempunyai kuasa psikik dari membaca fikiran kita. ia tidak sukar. tapi tak semua dapat melakukannya dengan betul. beliau mengatakan, untuk menghalang si pembaca fikiran, kita hanya perlu mengosongkan fikiran. jangan fikirkan apa-apa pada waktu itu. kosongkan minda. jika berjaya - orang yang mencuba untuk membaca fikiran kita akan terasa sakit di kepalanya. ini kerana pada ketika itu, otak mereka perlu berada dalam keadaan fokus untuk membaca fikiran orang lain. apabila membaca fikiran yang kosong, otak mereka akan mencari-cari di dalam gelap. bagi mencapai objektif, mereka akan terus mencari dengan kadar fokus yang lebih tinggi dan ini mengakibatkan kepala mereka terasa sakit. ia juga boleh membuatkan mereka hilang kawalan terhadap diri.

berjumpa dengannya bermakna Yang Esa telah memberi jawapan kepada pertanyaanku dulu. kini aku tahu. seorang melayu. seorang islam. dianugerahkan Allah dengan kuasa sehebat ini. aku faham mengapa dia tidak mahu menonjolkan diri dengan kuasa tersebut. sikap rendah diri dan berahsia, aku percaya dia tidak mahu orang mengetahui mengenai kebolehannya. mungkin tidak mahu dijadikan bahan ujian. mungkin tidak mahu dieksploitasi. mungkin juga tidak mahu dipandang negatif. tahu sajalah sikap masyarakat apabila berhadapan dengan sesuatu yang pelik.

mungkinkah ramai lagi rakyat malaysia sepertinya?
mungkinkah mereka ada dikalangan kita?
mungkin... dan ia
tidak mustahil...

No comments: