Wednesday, December 01, 2004

Not another Daei story.

Berumur dalam lingkingan 50han, HJ Najeeb tak seperti dahulu.
Kenapa dengan dahulu?
Kenapa dengan sekarang?

Sekarang, HJ Najeeb hanya bersahabat dengan yang senasib dengannya...
Pencionist.Penganggur veteran.

Kenapa? Mengapa?
Apa kerja dia dahulu? mana duit dia?
Apa dah jadi dengan Sahabat setianya dulu?

Apa dia buat sekarang?

Ketika menjadi Ketua Auditor suatu ketika dahulu,
beliau digeruni sahabat, saudara, jiran tetangga.
Kebanyakkan kata2nya dipakai terima.

Berkereta besar,rumah besar, bini besar hehe.

Namun ujian melanda..
Diketika tahun kegawatan ekonomi Malaysia yang ke 2
pada tahun 1997 merubah keadaan , seluruhnya.

Sahabat yang senasib dengannya akan melepak di kedai kopi/mamak.
Bukan bincang kosong ya. Mereka berbincang ntuk mencari projek.
Mereka berjihad ntuk mencari nafkah
ntuk anak2 mereka yg masih belajar di universiti.

Di kalangan mereka, dahulunya General Manager, Branch Manager
Chief Auditor an sewaktu dengannya.

Sekarang ni di kalangan mereka,ada yg menjadi pemandu teksi,
membuat jualan langsung, membuat apa yang terdaya,
agar anak bini mereka dapat selesa.

Hidup tak seindah dahulu,
Letih lelah berusaha,
tiba di rumah, anak dan bini menyinga.
Bini: "Babahnya, duitnya mana?"
Dalam kocek hanya ada 5 ringgit cuma.
Duit itulah nak bayar bil tertangguh berjela,
Umpama start dari mula.

Sekarang baru mereka memahami kenapa
para ulamak dahulu menamakan duit sebagai duit.

Doa - Usaha - Ikhtiar - Tawakkal

Mengapa Sahabat mereka dan pengikut setia mereka pada
suatu ketika dahulu tak menolong mereka? (bantuan projek,duit,semangat moral)
malah mencebik
"Itulah, masa kaya dulu taknak beringat, dah susah baru nak susahkan orang."

salah siapa?

Mereka ni tak berkesempatan untuk memikirkan soal daawah/
solat berjemaah ke masjid/program kekeluargaan/kejiranan/kemasyarakatan
-usrah jauh lagi la.

kerna makin sebok mencari pendapatan keluarga.

Macam mana nak pastikan agar perkara ini tak berulang kepada kita?

Bincangkan.

No comments: