Wednesday, January 19, 2005

Ana bukanlah arif tentang ilmu2 agama.
Tapi ana terlalu cintakan Islam.
Baru sekarang nak mengejar sesuatu yang sepatutnya
ana kendung sejak dulu lagi.

Ana juga bukanlah arif tentang bunyi-bunyian,
tetapi ana juga cintakan irama ruan.

Maka ana tujukan segala untuk ALLAH.

Buat biar ikhlas kan?
Sedang Nabi Ismail ikhlas ntuk dikorbankan...
inikan sekadar suara rakaman pun susah nak ikhlas...

Kenkadang ana raser susah nak dapatkan
vokal yang ikhlas dari hati.(by heart)

komposisi melody yang ikhlas.
dan kalaupun ana menulis lirik,
susah bagi diri ana sendiri nak sampai
tahap kata-kata itu lahir dari hati yang tulus.

Susah bagi ana.

Jazakallah kepada sahabat ana Cpol, bertungkus-lumus menghasilkan lirik2
yang ana kira lahir dari hati jiwangnya hehehe..

Juga jazakallah kepada sahabat2 especially BAB yang banyak menegur kelemahan2 ana.
Teguran antum membina peribadi ana.

Ana la plak rasenyer kene nyanyi lagi seikhlas daya agar mesej2 itu dapat
meresapi jiwa yang tulus.

Susah nak ikhlas dalam menyanyi ni beb!

Kalau buat 2 cubaan(2 take of recording),
tak tentu capai tahap keikhlasan vokal tersebut.
Ada ketika kene rakam hari lain kerna ikhlas tak hadir.

Antara lagu yang ana kira ana nyanyi paling ikhlas adalah lagu
"Di manakah Abi" dan "Laungan Takbir".

Ahaa kalau nak capai tahap vokal Sami Yusuf (lagu Muallim) hmmm jauh lagila..

Tersentuh jiwa kerana vokalnya yang tulus bersama lirik ikhlasnya kepada Rasul.

Ana harap ana punya vokal makin ikhlas dan semakin ikhlas.

Solat ya solat seharusnya semakin ikhlas dari hari ke sehari.

Wallahua'lam





No comments: