Friday, April 29, 2005

Anak Yatim Terbiar

Sekadar renungan kita bersama.

ALLAHDULILLAH, kebanyakan kita dilahirkan berfamily
yang merupakan salah satu anugerah ALLAH kepada kita.

Pernah dengar tak kisah anak2 yatim yang kebuluran?
Pakai baju yang lusuh, tiada arah hidup.Kasihan mereka.
Hmnn kita kat rumah makan sedap jer…
Cakap apa jer nak makan… dah depan mata(mudah)

Betapa sayangnya kalau kita tak menjaga mereka.
Menjadikan mereka aset bernilai ntuk kembangkan Islam.


Anak2 yatim yang terbiar ni, kasihan mereka.
Makan tak tentu, tinggal tah mana2.

Mungkin mintak sedekah kerana nak makan,
Mungkin ambik jer sisa2 makanan, curi mungkin,
Kerja dengan lanun vcd, lanun dadah, pusat video,tempat2 maksiat.

Kelak, tak terjaga Islam mereka. Tak tahu halal haram.




Ikatan keluarga amat2 penting.
Insyaallah kalau kita berpegang kepada Islam,
Ikatan kekeluargaan kian utuh, sesama Muslim jugak.

Soalan saya; Kenapa anak2 yatim ini berada di rumah anak2 yatim? Di manakah keluarga terdekat mereka? (saya pun takut juga ujian sebegini.Takut anak2 saya menjadi anak2 yatim piatu)


Katakan saya dan isteri saya accident dalam satu perjalanan.(mintak dijauhkan)

Kalau ikatan keluarga saya tak utuhla kan…
Maknanya anak2 saya semua dirumahkan ke rumah anak2 yatim.

Makcik taknak bela, nenek taknak bela….

Rumah anak2 yatimlah bela mereka

Pada pemerhatian saya,
Golongan anak2 yatim terbahagi kepada 4


1)Di rumah anak2 yatim.
2)Duduk dengan saudara terdekat
3)Dijadikan anak angkat
4)Terbiar/merempat atau mungkin ada yang bekerja
dengan lanun vcd, tokeh dadah dsb.


Kita beriman tak dengan ayat ALLAH agar memuliakan anak2 Yatim?

Lengkapkanlah keperluan mereka ini.(anak2 yatim terbiar)

Rasullullah kasihkan anak yatim.
Kita mesti kasihkan mereka.

JANGAN herdik mereka.
Mereka lapar tu.Tak makan tu.
Bukannya suka2 mintak di beri makanan/duit.

Kasihan mereka.

Kita - Makanan lazat, tilam empuk, pakaian segak, hati tenang.Mendapat kasih sayang.

Mereka - Kebuluran, kaki lima, pakaian lusuh, hati tabah/pilu.Mendapat herdikan/hinaan.

Apalah salahnya, belanja mereka makan makanan lazat2 yang biasa kita makan.

Apalah salahnya kalau dicarikan tempat atau rumah anak2 yatim ntuk mereka menumpang kasih.

Agar suatu hari kelak, meraka dapat berbakti khususnya ntuk agama tercinta.ISLAM.


Hmnn saya rasalah kan, kalau mereka yang tidak membayar zakat tu kan, mereka memakan harta anak yatim sebab
mereka tak meletakkan tempat pada haqnya bahkan merekalah
memakan harta yg sebahagiannya diallocatekan ntuk anak2 yatim.

Di samping berdakwah, hak kemasyarakatan juga harus diberikan perhatian.



Anda semestinya tahu peranan anda.


Mainkan peranan kita!!!

No comments: