Wednesday, April 27, 2005

Artikel menarik dari Pakdi.

Memanglah blog pakdi adalah blog popoular, tapi saya rasa, tak semua blogger tahu akan kewujudan blog yang sebegini.Saya rasa tak salah jika saya kepilkan sebahagian entry Pakdi di sini.Hmnn kalau nak full version, sila ke blog Pakdi di www.pakdi.com

------------------------------------------------------------------------------------

April 14, 2005
Inilah mereka orangnya ...

Pakdi dapat satu emel. Senarai NGO dan individu yang menentang "Polis Moral".

Pakdi tidak peduli sangat bantahan mereka yang bukan Islam. Kita tawarkan sesuatu untuk kebaikan akhlak masyarakat mereka, namun kalau mereka tak setuju, kita tidak boleh paksa.

Tapi untuk mereka yang Muslim, pakdi kata, Islam ni ada 3 cabang besar. Tauhid, Syariat dan Akhlak. Kesemua cabang ini saling berkait antara satu dengan lain.

Dalam urusan Tauhid kita tahu ada orang cuba menghalalkan murtad.

Dalam urusan Syariat kita tahu betapa Syariat ini tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam urusan Akhlak sekarang kita lihat ada pihak yang cuba buang.

Islam = Tauhid, Syariat, Akhlak.

Kalau mereka berjaya paksa kerajaan buang kawalan akhlak dalam negara, apa Islam yang tinggal dalam negara Islam Had-hari ni?

Kalau mereka hanya bising pasal kaedah dan prosedur, kita boleh faham dan kita boleh baiki kelemahan perlaksanaanya. Tetapi kenapa perlu mencadangkan agar dimansuhkan?

Untuk non-Muslim, TOLONG JANGAN GANGGU URUSAN DALAMAN UMAT ISLAM!

Adakah seorang penganut Hindu suka kalau pakdi cadangkan lembu dihalalkan untuk penganut mereka?

Kepada seorang penganut Kristian, adakah kalian suka kalau pakdi cadangkan halalkan Paderi berkahwin?

Untuk penganut Buddha, adakah kalian suka kalau pakdi kata asap colok tu patut diharamkan sebab mencemarkan udara?

Untuk ATHEIS, maaf, anda tidak layak hidup di bumi Tuhan, sebab kalian tidak pernah percaya akan wujudnya Tuhan. Sila cari tempat lain yang tidak diciptakan Tuhan. Jangan hirup oksigen tuhan. Hidu oksigen yang kalian cipta sendiri sahaja.

Anda menghina Islam, Pakdi juga boleh menghina fahaman kalian kalau pakdi mahu. Tapi Islam tidak mengajar umatnya menghina agama dan fahaman agama lain.

Kita perlu saling menghormati. Pakdi tak kata sikap penguatkuasa Jabatan Agama semuanya betul kalau ia melanggar adab semasa mencegah maksiat, justeru kita perlu tahu apa yang kita cadangkan.

Logika mereka ini umpama cadangan mengharamkan penggunaan kereta di Malaysia. Sebab banyak sangat kemalangan jalan raya, maka kereta tidak boleh ada di Malaysia. Sedangkan yang cuai adalah pemandu, bukan sebab kereta itu sendiri.

Wallahua'lam.

Pakdi

-------------------------------------------------------------------------------------

No comments: