Saturday, April 30, 2005

i)

Terima kasih Cpol

Cpol; seorang sahabt kepada paiji, otomatis menjadi sahabatku.
seorang pendiam, pemalu, rendah diri.

Suka berkarya kerana ALLAH. Kreatif dan tegas.

Sila ke link sajak best.
kebanyakan sajaknya berunsurkan ketuhanan.

Bait2 gaya bahasa yang disusunnya indah.
Gaya penceritaan yang baru (sila dengar lagu Di manakah Abi)
Antara lirik lagu yang telah dibikin oleh Cpol adalah
matahati,Pesanan kepada dunia, Di manakah Abi dan banyak lagi.

Soalan: Kenapa tiba2 Ahmad buat posting pasal Cpol?

Jawapan: eeii sukahati akula, ini blog aku hehehehe.

Harapan, aku harap Cpol akan istiqomah berkarya, menyampaikan mesej daawah melalui sajak2 dan lirik2nya, agar manusia jauh dari kemungkaran dan kembali kepada Islam yang sebenar.Dan jugak aku doakan Cpol lekas lekaslah m e _ _ _ a h.

Anyway terima kasih Cpol!
(aku tak pandai puji lebih lebih hehe)


ii)

Music Studies.

Dulu la... banyak jgak mengkaji musik orang lain.
semata2 nak produce sesuatu yang bermanfaat ntuk Islam.

Dari search,flybaits,kembara,bgees,2phat,nadamurni,dewa, banayakla juga kaset dan cd dibeli/download dari net semata2 nak mengkaji bunyi bunyian!

Ada juga dari jepun,south Africa,spanish,latin america.

Ahmad dapat satu rumusan setelah tadi mencari2 lagu kompilasi Amr Diab.
Sambil2 mendengar demo cdnya di kedai, Ahmad perhatikan liriknya.
mak oiii! lirik cinta memanjang... iya, memangla melodinya indah tapi...
kebanyakan lagunya puji ntuk makhluk, puji mata, cinta membara and so on...

Tetiba plak terlihatkan jugakla kompilasi Cat Steven.
Memang minat giler ngan Yusuf Islam nih.

Di dalam dc demo ni adalalah cerita serba sedikit tentang kembara perjalanan musiknya sampaila dia jumpa kedamaian, iaitu Islam.

Lirik Cat Steven dulu, banyak yang baik, suruh buat baik, suruh nikah(father and son)
dan ada pada suatu ketika, Yusuf baru menyedari, sebenarnya mesej lirik itulah nadi kepada sesuatu musik.Tak seperti penglibatannya pada mula2 dahulu, dia lebih menjurus kepada gaya music.

Cpol, takpa, mungkin lirik ntuk album kali ini, anta boley berbincang tentang lirik, isi kandungan tajuk lirik, gaya bahas lirik dengan Kak Yummi ker,iena ker,Paiji ker,Tajul ker, malah sesiapa sahaja.

Ialah sebab melalui perbincangan dengan ramai orang creative nih, kita akan produce sesuatu yang bermakna ntuk sejagat berbanding berbincang seorang diri dan membuat dengan kapasiti seorang diri.

Betul tak?

Dan sekarang Ahmad sedang mencari M Nasir dan Bro Mujahid hehehe ntuk disscuss ttg gaya musik.(hek eleh, nak ke mereka tuh...)

No comments: