Monday, April 25, 2005

Satu entry yang bagus, ana cilok dari blog blueseca85 (Jeeper, anta x marah kan? sbb ana cilok entry ni...)
sahabatku sekalian,moga bermanfaat.

Monday, April 18, 2005

Kesatuan Ummah
Semakin cekap kita dalam dakwah, semakin besar cabarannya. Termasuklah cabaran sesama pendakwah sendiri. Masalah2 furu' yg kita justifikasikan sebagai masalah usul, tetap akan mengigit para pejuang ad-deen yg sememangnya tidak penah luntur semangat. Namun begitu, syaitan akan tetap datang, kerana iri hati terhadap kekukuhan himpunan2 pendakwah yg ingin menerobos benteng jahiliah.
Perlulah diingat, bahawa pabila kita ingin mem'bang' seseorang, ataupun men"tad'if"kan seseorang, AWAS! dan berjaga-jagalah. Ini kerana, kemungkinan justifikasi kita itu dialuni oleh tiupan2 seruling oleh syaitan yg direjam. Syaitan akan menggunakan pelbagai cara utk memusnahkan benteng dakwah. Kadang-kala melalui cara yg kita sendiri tak perasan. Masalah furu' tetap akan menjadi masalah furu' tidak kira di peringkat mana kita berada. Yg usul tetap akan jadi usul, betapa tinggi pun ilmu kita atau betapa byk pun pengalaman yg kita ada.Dan kita sentiasa akan kembali kepada usul walau di mana kita berada.
Maka, aku merasakan, secara praktikalnya, apabila berlaku salah faham antara pendakwah, marilah kita lihat kembali, bagaimana puak kuffar mampu bersatu utk menjatuhkan kita, umat islam. Imbas dan kenanglah kembali jati diri kita, yg diranapkan oleh kesatuan mereka, dan mereka tetap serius, komited serta berpakat utk merosakkan umat islam. Sesungguhnya berlapang dada bukanlah satu perkara yg mudah, yg kadang-kala kita rasa kita dah cukup berlapang dada, tapi sebenarnya belum lagi. Hayatilah sirah2 nabi serta para sahabat, utk kita analisa tahap manakah mereka berlapang dada, serta bagaimana mereka mampu utk bersatu dalam satu barisan yg utuh.
Rasanya sehingga satu tahap, jgn kita measure terlebih dahulu apa org lain dah buat, malah kita muhasabah diri kita terlebih dahulu. Inilah semangat persaingan yg kita mahukan, bukan semangat membanding2kan kerja, serta men"tadif"kan seseorang apabila kita merasakan yg mereka belum cukup bekerja lagi. Cukuplah Allah sebagai pendidik mereka, dan semoga Allah beri mereka petunjuk sekiranya benar mereka yg tidak berdakwah.
Tidak guna mencela kegelapan, kerana celaan tidak akan mencerahkan suasana, lebih baiklah kita nyalakan lilin yg ada di tangan kita itu.
Aku bukan maksudkan bahawa kita tidak boleh menegur langsung org yg tidak mahu berdakwah,namun perlu difahami perbezaan antara menegur dan mencela.dari kita mencela, lebih baik kita berikan pendapat, beri semangat, dan tegur secara berhikmah. Jgn mulakan percikan api antara pendakwah kerana syaitan akan lantas menyalurkan minyak bagi membuatkan percikan api itu menjadi api yg marak membakar ukhuwwah kita.
Wallahu'alam. Allahuakbar, walillahil hamd

No comments: