Wednesday, April 20, 2005

Some infoes to share with -


Moga membuka hati - hati.

Agar kita berhati - hati.

Play your part!!

----------------------------------------------------------------------------

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah
suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang
mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama
(baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.

Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah
muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti
SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism,
Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan
Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada
Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan
Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat
menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya
seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada
MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan
dengan lancar.

* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai
¡¥Kebebasan Beragama¡| dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ¡¥Festival of Rights¡| diadakan dengan
tema ¡¥Kebebasan Beragama¡|.

* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan.
Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat
dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In
Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang
mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam
kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC
diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah
melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli
jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari
2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal
merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan
Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara
terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh
mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia
beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin
berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar
daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam
tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk
Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya
selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan
pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya
peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan
untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di
semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan
juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika
ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal
agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan
Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama
sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan ¡V Freedom of religion
(Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan
tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk
disesuaikan dengan kepentingan sendiri.

Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama
sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama
Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama
Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam
sendiri.

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma
antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

"h Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948

"h Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita
(disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)

"h Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.

"h Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan
diskriminasi berasaskan agama.

"h Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum,
agama dan bahasa minoriti.

"h Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali
yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut
ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak
membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi
norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja
ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah
dihapuskan.

Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan
aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas
melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih
boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan
agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ¡¥setiap orang
mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk
kebebasan menukar agama....(artikel 18)¡|. Ini bermaksud status sebagai
seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.
Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya
keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah
bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama
Islam.

Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk
menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu
percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian
dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf
undang-undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma
ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus
Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato¡| Sri
Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat
bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral
individu.

Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang
untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini
bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk
mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak
terpakai dalam kehidupan individu.

Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket ¡§hak asasi manusia¡¨.
Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

7. Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?

Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaan
manusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demi
kemajuan kebendaan. Penganjuran konsert, pengabaian terhadap pelaku rasuah,
membiarkan pencerobohan terhadap kesucian agama, tidak konsisten dengan
amalan Islam, anti sekolah agama dan tiada pembelaan terhadap mereka yang
berusaha menegakkan agama membuktikan semua itu. Islam dikesampingkan.

Kita tahu ramai menteri Umno yang beragama Islam menyokong kuat penubuhan
IFC. Sikap sebegini menjadikan mereka yang anti Islam lebih berani melakukan
tindakan pencerobohan terhadap Islam. Islam Hadhari yang membuka pintu
kepada tertubuhnya IFC.

No comments: