Monday, April 18, 2005

XPDC Daawah.

Seperti yg dipinta oleh Bro Paiji n Sis Nailofar, ana ceritalah serba sedikit (sedikit tau)
tentang XPDC daawah.Moga bermanfaat.Nama tempat dan orang terpaksa difiksyenkan.
Gaya penceritaan Ahmad harus berbeza kerana best begitu.Ahmad sebenarnya x pandai sangat menulis/bercerita. kalau bersajak/bergraphic/menyanyi pandaila hehe...

Seramai lebih kurang 200 orang ninja sukarela turun ke kampung A.B dan C kerna
teramat kronik gejala sosial mereka.

Pelbgai jenis dan gaya fesyen pakaian ninja hehe almaklumla nak berjumpa ngan orang awam.
Ada pakai cam tabligh, cam org biasa, cam rappers cam bagus, reporter hmm macam2 ado!

banyakla risalah diberikan kepada target audience.

Terjumpala sorang mamat yg baru shj menghabiskan araknya;
mamat tu, terharu melihat para ninja memberi risalah bahayanya Hendonisme.

Hendonisme; merupakan fahaman yang mementingkan keseronokan semata-mata.Golongan yang memntingkan hawa nafsu melebihi segala-galanya dan kehidupan ini hanyalah utk bersukaria.

mamat terbebut menongkrong di tepian jalan bandaraya kampung B.
mamat tu menyesal tapi katanya sukar baginya ntuk melepaskan aktiviti mabuk.
3 tahun katanya telah melarikan diri dari pulaunya.
Di sini, dia diberi tempat tinggal, makan dan peralatan ntuk bermabukan.
bayangkan 3 tahun bermabukan... hidup ntuk mabuk! Hari2 mabuk. kasihan badannya(refer blog tajul)

KEMUNGKINAN Para Shogun Samurai memberikan arak pada pesta perayaan.. emmm patutlah mudah kelihatan arak berkelimpangan pada hari2 kebesaran !
Dan PASTInya syarikat arak beri percuma ya percuma dengan jumlah yang banyak pada hari2 tersebut.

Banyak penghuni kampung B tak ambil endah dgn risalah ini.Ada jg yg senyum, ada yang mencebih, ada yang masam, ada yg taknak layan dan macam2 lagilah...

Bila ramai ninja bekerjasama, ALLAHHUAKHBAR!, terasa kekuatan itu dari ALLAH. kami tak gerun, bahkan penghuni kampung B yang gusar dgn kehadiran ninja2 ni.Macam perang badar la plak...

Bayangkan kalau buat kerja secara solo? Sebab tulah dianjurkan berjammah.

Salat berjemaah, buat kerje berjemaah. itu lebih disukai(berjemaah) berbanding solo - (walaupun tahap iman meningkat masa solo)

Kan ada satu ayat Quran..
Tentang business yang paling untung,
mesilah korbankan JIWA dan RAGA,
Ikut perintah ALLAH dan Rasulnya...

Setakat ni apa dah kita korban ye?

masa gi PKS punya taklimat, Pak Mirwan ada mengatakan bahawa masalah duit tu small matter jer;
Rahsianya duit poket kita= duit jemaah. tapi janganla pulak duit jemaah = duit kita, salah tu hehe.
(kalau salah Paiji/Tajul tolong betulkan yer...)


Berbalik kepada xpdc tersebut.. berbondong2 manusia beratur ntuk masuk ke disco.
Mereka suka dan gumbira dan bebas berbuat apa sahaja...
Maksiat makin mengganas, dan apabila menular menjadi majoritas, maka ketika itu, doa2 ahli solehin TAKKAN MAKBUL!

Kita tak sampai tahap lagi...
Berusahalah!!!

No comments: