Sunday, June 05, 2005

i) Muktamar x dpat gi.x best. anyway tahniah kpd yang dilantik.Besar tanggungjawab tuh.. pahala pun besarla jugak.bagus! berebut ntuk pahala...

ii)Hari Ahad tadi, JIM telah menganjurkan prgm jom lepak di shah alam sentral.berlangsung selama 2 hari (Sabtu/Ahad)dgn aktiviti bermanfaat.Cayalah abang bob!
Program mendekati remaja sebegini harus disokong/puji.

Hehe the best part... tadi kumpulan Ar-Raid menang hehee.Aku memang fanatik Ar-Raid nih... Tapikan, derangla pulak suka nyanyikan lagu aku dan Cpol cipta.



Lagu Dimanakah Abi? mereka nyanyikan dengan penuh mantap dan feel sekali.
siap dengan vokal arrangement yg begitu best dan tempo lagunya rancak sedikit dari versi asal.ALLAHHUAKHBAR!mantap!

versi Ar-Raid belom dirakamkan lagi... tapi versi abang diorang memang dah ada(raser macam terror lah pulok)sebab derang panggil Abang Ahmad.satu panggilan mantap.mungin sebab usia yang terlalu jauh.

Mereka kuracunkan dengan lagu2 perjuangan spt shoutul Harakah, Ar ruhul jadid,Dhuat hehehe.
pernah jugak soh derang nyanyikan lagu ya maulay... nantikan persembahan mereka tak lama lagi... aura(cakra) mereka terserlah.cuma perlu diserlahkan laGI.

Baiklah, kita amati lirik lagu yang juga membantu persembahan mereka pagi tadi....

-------------------------------------------------------------------------------------

Lagu berikut berkisarkan tentang kisah Isteri yang
kematian suaminya dan sedang memberikan kata semangat
ntuk anaknya(mendodoi). -lagu sedih .


Di manakah abi?

Verse

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

bridge

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...


Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...


Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Vocal:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Year of production: 2004

No comments: