Friday, August 26, 2005

Copy and Paste lagi...


Subject: FW: Elak Panahan Mata



Assalamualaikum.


Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja
tidak kira jantina,
bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke
perabot yang berasal dari
Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan
saya tidak lagi
mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan
beliau kerana tugas.

Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau
sewaktu melihat saya
ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil
membalas, "Tuan pula
semakin kacak dan segak,".

Segera beliau menyampuk,"Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah
dulu baru cakap
perkataan tadi,"
Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah,
tuan semakin kaca dan
segak sekarang,"

Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu
tambah perkataan
MasyaAllah tadi?"

Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata,"

Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak
merenung pun mata tuan,"

Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang
dari Allah. Kita
pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana
pemberiannya sama ada menyebut
Subhanallah atau Masya Allah.
Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan
dipuji orang kerana cantik dan
sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu
dapati ia secara tidak
sengaja terkoyak atau rosak.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus
tetapi dalam bulan itu atau
dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan
menyebabkan lebam di
muka atau ditubuh.
Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu
membuat kerja atau
menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan
reputasi kerja.
Itulah yang dikatakan panahan mata,"

Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu
dengan panahan mata ?

Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu
datang dari hati ikhlas, oleh
itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum
memuji benda lain dan
anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang
berpadang pasir panahan
mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji
kerana cantik, keesokkan
paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan.
Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang
memesongkan panahan mata
ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang. Tapi kita
memang dianjurkan untuk
memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam
saja," jelasnya

Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika
ada kebaikan ambil
dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya. Wassalam.


p/s: Subhanallah .............. .........., ........... . ............. ........... .......... ............., Amin.

No comments: