Wednesday, August 03, 2005

Jawapan kepada Mr Taufiq

Ribena ada arak - important for muslim!!

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan
arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar
yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak
mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika
ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu,
Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan
kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan
bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak
dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat
Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas
mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada
paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham,
Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu
masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak
dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini
umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini
halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi
lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna
dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan
sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang
disediakan untuk Ribena. - Agensi

No comments: