Thursday, September 15, 2005

Sahabatku,
Mengenalimu tujuh tahun lalu
Merupakan rahmat buatku

Sahabatku,
Kau mempunyai ciri seorang hamba Allah yang baik
Anugerah Ilahi yang mesti disyukuri
Bodohlah aku jika mengingkari
Teman yang sebaik dirimu

Sahabatku,
Kau mengajarku erti kehidupan
Tidak semua yang manis itu indah
Bukan semua yang pahit itu buruk
Redha dengan apa yang ada

Sahabatku,
Kau umpama ibu dan bapaku
Juga umpama abang dan kakak
Memberi panduan dengan ikhlas
Walaupun aku mungkin berkecil hati
Aku berterima kasih

Sahabatku,
Kau umpama cermin bagi diriku
Yang sentiasa mengingatkanku
Yang serba lemah dan lalai
Kadangkala kabur dan hampir luntur

Sahabatku,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerana kau masih sudi
Bersamaku dalam apa jua keadaan
Menenangkanku
Ketika aku kehilangan orang yang dikasihi

Sahabatku,
Onak dan duri
Dugaan dan cubaan
Sepanjang tahun-tahun ini
Menjadikan aku lebih kuat dan tegas
Dalam menjalani kehidupan

Sahabatku,
Baru aku sedar
Seorang sahabat yang baik tidak semestinya
Ada di depan mata setiap ketika
Untuk memperingat dan menasihat

Sahabatku,
Walaupun kau nun jauh di mata
Tetapi,
Nasihatmu sentiasa sampai di angin lalu
Menjadikan aku manusia yang berbahagia
Kerana masih ada yang sudi
Menjadi temanku
Di waktu suka dan dukaku

Sahabatku,
Semoga kau berbahagia
Bersama keluarga dan tugas harianmu
Mendapat rahmat Allah sepanjang kehidupan
Sebelum bertemu hari terakhir
Buat diriku dan dirimu

Sahabatku,
Ucapan Alhamdullillah kepada Allah
Dan terima kasih kepadamu
Kerana menjadi seorang sahabat
Yang terpilih dikalangan para sahabat
Yang memberi kebaikan kepada orang lain
Seperti aku

SELAMAT HARI LAHIR – 1 Nov, 2003.

w.n.afinaz
Kuala Lumpur – 31 Okt, 2003

No comments: