Sunday, June 11, 2006

Assalamualaikum para blogger sekalian.

Banyak kisah yng berlaku berlegar di sekitarku dalam masa dua bulan ini.

Namun, apa yang akan aku paparkan merupakan cebisan pengamatanku untuk difikirkan bersama.

Blogger sekalian,

Tahukah kalian halatuju hidup kalian?

Tahu kan?

Oleh itu haruslah dikurangkan bongkak bicara dan diperbanyakkan ramah bekerja.
Halakan menjurus kepada destinasi objektif.
Tak semestinya terlalu sempurna.
Yang penting ia menjadi produk akhir bersesuaian dengan masa, tenaga dan keupayaan kita pada sesuatu masa yang ditetapkan.
Kita mesti pandai menjimat tenaga dan masa jg wang ringgit agar ia dapat menjana kita hingga ke destinasi nafas terakhir.


Usrah cawangan di Sunway baru2 ini menyedarkan aku tentang erti kehidupan.
Berkisarkan surah Al An Am (binatang ternakan)

Bukanlah aku baharu sahaja dikejutkan dengan erti kehidupan, tetapi aku semakin faham bahawasanya kita punya kekuatan untuk menentukan halatuju hidup kita sendiri dengan berbekalkan kudrat ALLAH.

Binatang ternakan ini mengikuti rutin kehidupan yang sama bertahun2 lamanya sehinggalah sampai ke nafas yang terakhir.

Ini adalah kerana dek bujukan zon selesa.

Usrah di rumahku (1 minggu sebelum usrah di Sunway) memberi suatu nafas kebangkitan!
Aku semakin berani hidup dan aku berani untuk mati! aku tak gentar.
ilmulah yang meniup nafas kebangkitanku itu.

Cumanya terkadang... aku lurut bersama madu indah.

tak kisahlah, madu indahka, nafas kebangkitanka, halatujuka... segala galanya untuk ALLAH. Aku kembalikan segalanya kepada ALLAH.

Aku yang mencuba sehabis baik!

No comments: