Friday, June 23, 2006

Kata Kusyi

Nak minta tolong orang,
pandai-pandailah...

Apa ubat penat? Ubat penat bukannya rehat atau tidur, tetapi kegembiraan. Sebab itu ramai yang kata, asal hati gembira, penat pun tidak mengapa. Selalu saya kata penat, tetapi dalam penat itu masih boleh tersenyum, bermakna hati puas dan lega.

Yang tak lega dan sakit apabila kena berhadapan dengan orang yang tidak pro dan suka cincai cincai.

Ada beberapa pihak yang minta saya menguar-uarkan aktiviti kegiatan amal mereka di sini, boleh, apa salahnya. Silakan. Asal saja ia berita baik, saya tak akan menolak.

Cuma saya harap sangat, praktikkanlah cara PR yang betul. Kalau tak tahu, belajar. Percakapan telefon amat penting. Bak kata teman saya Idham, suara melambangkan apa saja. Profesionalism, keikhlasan dan ketulusan. Apatah lagi kita tidak berjumpa dan hanya berurusan di telefon dan alam siber. Paling saya pantang bila orang tidak mengenalkan diri ketika menelefon sebaliknya bertanya 'siapa tu?'. Bila menelefon seseorang, tolong, tolong perkenalkan diri anda dulu! Tolonglah, itu PR yang paling basic tu.

Seorang kakak ini meminta saya menghebahkan kerja amal persatuannya dan saya pun sudah bersetuju. Namun saya amat berharap dia dapat menghormati kesibukan saya juga. Bermakna dia kena punctual. Saya memerlukan infor awal untuk diupdate bila datang Jumaat (setiap Jumaat web ini diupdate).

Sebelum Rabu, kata saya. Tetapi dia terus berlengah-lengah. Beberapa kali saya menghantar reminder, katanya nantilah dulu. Dia sibuk. Katanya lagi, just tinggalkan slot untuk dia.

"Kat mana ni kak?" Tanya saya bila dia cakap pun macam tak keluar suara, macam sakit mulut.
"Tengah facial ni, kat salun... Ada mask ni kat muka!"

Oh!

Jika dia sibuk, saya tidak? Tak patut kita mengambil mudah keadaan dan situasi orang lain. Sebab itu, dalam hal ini saya selalu menekankan profesionalism.

Dia pihak yang meminta tolong tapi nampak gaya seperti saya yang terhegeh-hegeh. Mengingat dan mengingat. Hey, siapa minta tolong siapa ni???

Sesungguhnya, saya juga sibuk. Dengan kerjaya, dengan Hafiz & The Silver yang baru dilauch dan dengan website ini. Kalau mengikut priority, kerjaya palling penting dan juga buku saya tu. Tetapi kerana minat dan commitment saya beri 100 peratus tumpuan untuk majalah online ini.

Oh ya, soal jawap agama dan kaunseling, yang paling banyak memenuhi kotak emel saya. Minta maaf kerana terpaksa skrin dan memilih yang sesuai dan dari sumber yang dipercayai.

Berbalik kepada kakak tadi, alih-alih pagi tadi, sebelum pergi kerja saya check emel, baru nampak emelnya masuk, tentang infor dan segala macam perkara yang hendak di uar-uarnya. Laaa...

Saya terpaksa emel balik, 'Maaf kak, Rabu dah lewat, ada cerita lain mendahulu, Saya ingat akak tak jadi,' tulis saya. 'Posting sudah dihantar que dan untuk dua hari Khamis dan Jumaat, saya full dengan tugasan, yang tidak memungkinkan saya mengintai, mengedit infor akak yang agak panjang tu.'

Kak, saya kena bertegas dalam hal ini kerana tidak mahu jadi tertekan dan miserable hanya kerana terpaksa melayan kes last minute seperti itu. At least akak tak tertekan mana sebab sempat buat facial lagi.

Hai, sakit juga hati ni. Bukan kerana tak dapat buat facial tetapi kerana terjadinya benda-benda lain yang tidak sepatutnya berlaku, hanya kerana tidak punctual.

Saya dah edit artikel Akhmar dan cerita dia juga kena mengena dengan kes ini. Tunggu Jumaat ya!

Tidak jadi nampaknya untuk publish infor kakak tu kerana majlis dia Isnin ini... Who's to blame? Not me lah...

Kak Kusyi

http://www.jendelaku.com/

No comments: