Friday, August 18, 2006

1)

Kita ada Tuhan.

Kita ada ALLAH.

Hidup dan matiku kerana ALLAH.

Banyak kisah yang berlegar menentang Islam
Antaranya kes Gubra, Lina Joy, Politik Malaysia, Perang di Lubnan dan pelbagai lagi.

Sebab itulah kita memerlukan gerak kerja yang tersusun agar Islam dapat menangkis serangan dari pelbagai segi melalui media,jentera serta pelbagai pahlawan Islam moden yang sama fikrahnya.

Untuk mencatur media,jentera,method dan pahlawan-pahlawan ini, kita perlukan Khalifah.Tiada khalifah dunia, kita mulakan dengan khalifah negara.
Dia haruslah seseorang yang paling bertakwa di kalangan kamu.

Jikalau tidak, media,jentera dan pahlawan-pahlawan ini akan bertindak sewenang hati yang mana tiada kerjasama yang bertaut padu.

Khalifah umpama pencatur yang merancang gerakan anak2 catur agar Islam dapat menawan dunia/melindungi ummat dari kesesatan dunia.Merancang gerakan dengan begitu licik dan tidak merugikan bahkan manfaatkan kerjasama antara pawn, bishop,castle,knight.

Dan juga supaya anak2 catur tidak melakukan kerja2 yang bertindih dan merugikan Ummat.

Umpamanya semua kestria Islam berebut untuk memakan castle pihak lawan walhal itu hanyalah perangkap.Tetapi tiada siapa yang melihat dari kacamata pengcatur kerana tiada pengcatur!Kesatria berlagak pandai(terpaksa!) kerana tiada khalifah.Mungkin juga kesatria bertelagah sesama sendiri.Mengaku tindakan mereka paling tepat.

Mungkin!

Ini hipotesis aku.
HIPOTESIS cuma.


2)

Sedih dan hampa gulana apabila mendengar carta nasyid ikim tadi.
Adake lagu jiwang yang masuk carta?Antara top 10 pula tu...
Tak munasabah betul!
Institut Kefahaman Islam Malaysia pulak tu.

Penampilan aku takyah cakapla...
Tak macam di era 80an dahulu dimana mereka bangga berpakaian mengikut sunnah.
It's an honour for them.
Sekarang pula, makin malu untuk berpakaiaan sunnah bahkan lagi suka berpakaian "Pop Culture" Supaya pakaian ini mesra peminat , katanya....

Janggut mereka pun dah hilang...

No comments: