Saturday, August 26, 2006

memBACA

Hobi yang patut aku pupuk sedari kecil.

Mengungkap kisah pembacaan buku pertama aku ialah buku cerita bergambar "Anak Kucing Tiga Beradik"Kalau ada jual buku tu lagi nescaya aku beli punya!.
Diikuti novel alihbahasa Melayu seperti Hardy Boys, 5 Penyiasat, Nancy Drew lalalala.

Pernah juga masa darjah 3, aku tak pulangkan buku kerana kena makan anai-anai.
Banyak bacaan cerpen kompilasi, Bacalah Lagi, Dengarlah Sayang-itu untuk anak2 yer...
banyak cerita rakyat dan cerita melayu tahyol.

Masa zaman tu juga, buku variasari tengah top juga, Bercakap dengan Jin.
Gila-Gila majalah kegemaranku sehingga hari ini walaupun dah lama tak beli.

Zaman KRU pula, orang disekelilingku membaca tulisan Ahadiat Alkhashah haahha penulis yang kurang beretika tu, tulisan Zuraidah Othman juga kegemaranku tapi aku lagi suka tulisan Matt Romeo siap 2 jilid aku beli novel beliau-kisah anak pilitik kampung dan kisah kegatalan Romeo.

Sungguh tak bermoral bacaan tu.

Novel melayu yang paling aku suka ilah IMAM dan Tenggelamnya Kapal Vendarvjik.
Novel melayu yg paling panjang pernah aku baca ialah IMAM.Rakanku mengesyurkan untuk membaca novel SAKA, SAGA tapi aku tak berkenan.

Teringin juga nak tahu kisah The Missing Piece part 2 tapi takperla sebab banyak buku hadith, sirah dan buku2 agama yang tersusun rapi dalam rak.Kesian buku tu.Kesian aku.

Novel MARIA, yang Ustaz Mad pionjamkan kepadaku memang best.Kisah perempuan yang kental imannya.Buku ni edaran PEMERAM.

Baru-baru ni, hanya nak cuba kelainan, untuk pertama kalinya aku baca novel inggeris(sebelum ni ada sahabat pinjamkan buku "She's Comeundone" buku yang menarik sampai aku simpan dan hilang dalam rumahku lalalalala.)

Novel Inggeris yang sedang saya baca ini berjudul Color of law.

Best jugak buku ni.



Sengaja aku tak sisipkan sinopsis buku ni. Haha!

Tak kisahla bahasa Ingeriska, bahasa Melayuka, bahasa skema ka, bahasa pasarka, yang paling penting, kamu bertutur mengikut kesesuaian dan kamu jujur terhadap diri kamu. The most important here is your straight faith towards ALLAH Taala regarrdless what languanges stick in your heart.

Sekarang kalian ceritalah mengenai sejarah pembacaan kalian di blog kalian.

Saya begitu teringin untuk mengetahuinya.

Do tag me when you re done!


(Arabic adalah bahasa yang paling aku suka)

No comments: