Thursday, August 10, 2006

MUSIK CITRA TERINDAH


Assalamualaikum kalian.

Alhamdulillah lagu pertama kami untuk album kesekalinya (Gagasan Pendakwah) berjaya dirakamkan semalam.

Setelah Isyak di pejabat, aku bergegas ke rumah untuk melakukan rakaman sebab idea ritma (sketch humming) yang lalu
mungkin boleh diguna-pakai di dalam lagu Cpol yang paling bernas kali ini.

I bet lagu ni boleh beat lagu "DI MANAKAH ABI?" yang mana kami juga yang mencipta lagu tersebut.Terima kasih tak terhingga buat Arraid kerana mempopularkan lagu kami ("DI MANAKAH ABI?") yang tak seberapa ni.

Semalam juga, aku termuntah2. Perut makan makanan yang tak segar agaknya,
Pulang ke rumah, aku lesu...

Tetapi mindaku acapkali manyanyikan lagu "Hidup Pasti Melangkah".
Aku mesti melakukan rakaman. Dah lama aku meminggirkan Projek Dhuat.
Paiji cucuk baik punya dan bakar semangat montel aku hehe.

Semalam, mamaku offer kek coklat pemberian jiranku.
Birthday papa Shazwan.Shazwan berumur 2 tahun.
Adik perempuan Shazwan sangat takut akan aku.
Selalu adik perempuan Shazan kata kat aku
"TAKNAK KAWAN!"

Kek coklat tu best!Ada pisang, krim coklat pun ada pada kek itu.
Sungguh lazat.ALLAHHUAKHBAR!
Paling penting, dengan izin ALLAH,
kek itu memberiku tenaga kepadaku yang sangat lemah longlai di kala itu.

Pada malamnya di waktu orang lain sedang enak dibuai mimpi,
ada juga yang bertahajud menitiskan airmata,

Aku sekonyong konyong melakukan Citra Musik Terindah!

Adalah sampai jam 3 pagi.Tidur sebentar.

Sambung rakaman usai solat Subuh.

Penat jugak sebab rush hehe.
Ada 2 versi.

Lagunya berjudul "Hidup Pasti Melangkah"

1)Versi Nasyid funk beat
2)Versi Pop Ballad


silalah download kedua dua lau baru ni yer...

"Hidup Pasti Melangkah"

sila klik perkataan di bawah ini

LAGU BARU DHUAT

Lagu ni takder tarik2 sebab ni lagu jiwa(deep soul)
Lagu ni takder harmoni sebab penyanyi sorang jer.

Moga ia bermanfaat.

Assalamualaikum

No comments: