Saturday, September 02, 2006

Ada apa dengan buku?

Seperti nasihat moncherie pada blog beliau (makasih ibuk Arni), (baca)

dear Pak Romizi, here I enclose Zawiyah Baba's column in Utusan today, for you to ponder. Happy reading...!


Bebas, sukarela jadi cara paling berkesan menggalakkan membaca
Membaca memang menyeronokkan. Keseronokan ini dinikmati apabila
seseorang itu membaca dengan sukarela dan memilih sendiri bahan yang
dibaca sesuai dengan cita rasa, mood, minat, tujuan atau keperluan kita
pada sesuatu masa.

Ada kalanya kita merasa tenang dan tenteram membaca al-Quran atau
kitab agama. Pada masa lain pula kita terhibur dengan membaca majalah,
buku cerita, hobi, buku-buku humor dan komik. Untuk memenuhi
keperluan ingin tahu mengenai apa yang berlaku di keliling kita,
surat khabar, sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik pula dibaca.
Seterusnya kita juga mendapat kepuasan memperoleh maklumat atau
jawapan yang dicari mahupun yang diperlukan dengan membaca atau
merujuk kepada buku.

Sesetengah orang pula merasa seronok mencabar minda dan mendalami
ilmu dalam bidang khusus dengan membaca buku-buku bukan cereka atau
ilmiah. Kepelbagaian bahan bacaan memberi bermacam jenis keseronokan
kepada pembaca terutamanya apabila membaca dengan kehendak atau
minat sendiri.

Penemuan kajian yang dijalankan oleh Universiti Southern California,
Amerika Syarikat jelas menunjukkan bahawa menggalakkan pembacaan
secara bebas dan sukarela (free voluntary reading) adalah cara paling
berkesan untuk menanamkan minat dan tabiat membaca.

Hanya dengan banyak membaca secara sukarela sahajalah seseorang itu
akan dapat menjadi seorang pembaca yang mahir, mempunyai gaya
penulisan yang baik, perbendaharaan kata yang luas, kebolehan mengeja
dengan cekap serta mempunyai penguasaan nahu yang mantap.

Pendekatan ini lebih berkesan lagi apabila pembaca memilih sendiri bahan
yang dibaca kerana ia menambah kepuasan membaca. Hasil kajian ini
terdapat dalam buku berjudul The Power of Reading: Insights from the
Research oleh Stephen D.Krashen (2004) yang diterbitkan oleh Heinemann.

Pengalaman saya sendiri semasa zaman kanak-kanak di Tampin, Negeri
Sembilan, banyak persamaan dengan penemuan kajian ini. Bahasa
pengantar di sekolah pada tahun 50-an dan 60-an adalah bahasa
Inggeris, dan guru-guru pula hampir kesemuanya bukan Melayu.

Oleh itu amat penting menguasai bahasa Inggeris sebaik sahaja masuk ke
sekolah rendah. Sejak kecil lagi kami adik-beradik memang suka membaca
komik bahasa Inggeris yang dibeli oleh bapa atau dipinjam daripada
kawan-kawan. Komik-komik cerita klasik, perang dunia kedua dan juga
mengenai cerita koboi dan Red Indian, iaitu orang asli di Amerika Barat,
bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi pendedahan awal
kepada bahasa Inggeris.

Menjadi kebiasaan kami juga membaca surat khabar Inggeris dan Melayu
dan majalah Readers Digest yang dilanggan oleh bapa.

Di sekolah pula, semasa darjah 1 dan 2, saya teringat koleksi buku yang
disimpan dalam almari di belakang bilik darjah. Walaupun tidak banyak,
buku-buku itu kesemuanya berkulit tebal dan setiap muka dipenuhi
dengan ilustrasi yang begitu hidup dan berwarna-warni. Guru kanan
sekolah itu, Mrs. Chapman, membacakan cerita dari buku-buku tersebut.
Selain itu, seminggu sekali beliau bermain piano dan kami akan menyanyi
bersama lagu kanak-kanak dalam buku tersebut. Sesi bercerita dan
menyanyi amat menyeronokkan bagi murid-murid sedarjah dengan saya.

Ketika di sekolah rendah, saya sering menemani ibu ke Melaka pada
hujung minggu untuk membeli kain batik dan kasa robiah untuk
perniagaan kecil beliau pada masa itu.

Sambil menunggu ibu memilih kain di Toko Abas, saya menghabiskan
masa di kedai buku yang bersebelahan. Di kedai buku inilah saya terjumpa
begitu banyak buku-buku cerita dalam bahasa Melayu . Lebih
menggembirakan lagi apabila saya dibenarkan oleh tuan punya kedai
untuk membaca buku-buku cerita tersebut termasuk Batu Belah Batu
Bertangkup dan Nyawa di Hujung Pedang.

Kadangkala saya masih belum habis membaca sesuatu buku itu apabila
diajak pulang oleh ibu. Saya berasa amat sayang meninggalkan buku itu
dan akan memujuk dan merayu kepada ibu agar membelikan buku itu.

Apabila ibu setuju, sayalah anak yang paling gembira dan merasa sangat
beruntung kerana menemani ibu.

Masih segar dalam ingatan saya hadiah buku yang saya terima buat
pertama kalinya dari pihak sekolah, iaitu sebuah buku cerita remaja
berjudul Black Beauty. Saya pernah membaca komik mengenai kuda
istimewa ini dan tertarik dengan ceritanya.

Di kulit dalam buku itu di lekatkan sijil penghargaan sekolah dengan
nama saya tertera dalam dakwat hitam dengan tulisan tangan yang
kemas dan cantik. Alangkah bangganya saya mendapat buku hadiah
itu. Bagi saya, selain daripada memberi pengiktirafan prestasi pelajaran
yang cemerlang, hadiah buku ini juga menunjukkan keyakinan pihak
sekolah terhadap kebolehan saya.

Nota dari Moncherie:
rasanya, kolum tersebut dapat memberikan jawapan,
bukan sahaja untuk Pak Romizi, malah untuk orang lain jugak.
If you asked me, tabiat membaca ini dah disemai oleh mak abah aku dari kecil. Sampai saatnya aku sambut hari ulangtahun,
mak abah aku belikan buku cerita. Tiada mainan, tiada anak patung.
Selain dari itu, they themselves are such an avid reader.
Kami bukan ulat buku sangat
(Aku pernah pergi rumah orang,
dimana perpustakaan mini derang menakjubkan)
tapi adalah sikit sikit buku dirumah.
Abah & mak banyak beli buku agama,
ada masa aku & hubby tumpang sekaki.
Aku dan adik adik banyak beli buku fiction & non fiction.
Though parents aku takde pun tumpang sekaki buku
yang kitaorang beli,
but we make sure we would tell them the whole story from A to Z.
It's a habit that one should nurture dan
kalau nak rajin rajinkan diri mulai sekarang,
perhaps one could start with something light.
Aku percaya,
sesuatu perkara yang kita nak jadikan ianya rutin hidup
ialah dengan melakukan perkara itu
berturut turut selama 21 hari without fail.
Cuba dulu...kalau korang dah try tapi tak menjadi jugak,
aku akan berikan solution yang lain.


Nota daripada Ahmad:

Aku mengusulkan kepada orang yang seangkatan denganku (malas membaca) supaya mulalah menanam minat membaca...

Apabila dah timbul minat, mungkin boleh mulakan dengan buku di bawah

Ada Apa Dengan Buku
Judul : Ada Apa Dengan Buku
Harga : RM19.00

Nombor siri : 2346112

Status Stok: Stok masih ada



Judul : Apa Ada Dengan Buku
Pengarang : Shaharom TM Sulaiman
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat : 275 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9676116165

Ya, ada apa dengan buku? Seperti cinta suci yang tulus, buku ada segalanya. Menjadi teman paling sabar, guru yang bijaksana dan jendela yang luas. buku menawarkan ilmu, pengalaman juga bujukan buat mengisi kalbu, memperkaya pengetahuan, mempertajam minda, menguja nuansa.

http://www.ujanailmu.com.my

No comments: