Wednesday, September 06, 2006

NILAI TAMBAH

Bro Elmafraqi petang tadi, sewaktu bersama-sama menghirup aroma teh tarik
di Kl Sentral, beliau mengajarkan kepadaku satu ilmu baru yang menyedarkanku.


Nilai Tambah!

Beliau memberitahuku bidalan mengenai nilai tambah.
Kata beliau, "Gelas minuman ni kan,(merujuk teh tarik kami) hanyalah
sebagai bekas air minuman sahaja.Tetapi, apabila diberi nilai tambah
kepada gelas, gelas tidak lagi berfungsi sebagai gelas sahaja.
Malah lebih dari itu!

Begitu juga manusia, harus diberi nillai tambah dari masa ke semasa.
Jika diberi nilai tambah terhadap ilmunya, maka cara menangani sesuatu
permasalahan itu dapat ditangani dengan lebih mudah, yakin dan matang.

Alhamdulillah aku semakin faham dan dapat tangkap maksud beliau.
Dari segi ilmunya, akhlaqnya, ekonominya, ketaqwaannya,jumlah
anaknya(hehe),kecerdasan badannya dan yang paling pokok sekali ialah
nilai tambah kepada diri! (ie dulu daei sekarang rijal.)

Tiada indikator yang khusus sampai tahap mana berakhirnya nilai tambah ini.


p/s:patutlah bro Elmafraqi tak putus-putus tanya soalan keramat tu?
Agaknya soalan keramat beliau tu termasuk dalam nilai tambah tak?

No comments: