Sunday, September 17, 2006

Sahabat Tauladan
(Harap tuan punya artikel tak marah aku cilok tulisan beliau, mohon cilok...)
sisipan http://musicofmyheart.blogdrive.com/

Teman 1

Kisah yang ingin saya ceritakan ini, bukan kisah cereka, bukan juga kisah rekaan, ianya kisah benar. Ya, benar-benar terjadi dalam hidup saya. Saya mengenalinya lewat Ramadhan yang lepas, usai kelas bersama seorang Ustaz. Dia yang saya kenali pada perkenalan pertama, bicaranya hanya saya cicipi dengan perasaan endah tidak endah. Bagai malas melayan kenalan yang baru itu. Dialah. Dialah yang memberi saya satu nafas baru di kampus ini. Kami hanya berbasa basi bersembang. Sambil mengatur langkah pulang ke asrama. Namun jauh di dasar hati, saya mengatakan dia akan menjadi antara sahabat yang akrab di dalam hidup saya suatu hari nanti. Entah mengapa kuat benar naluri saya.

Dia adalah siswi biasa-biasa sahaja. Pada pandangan zahir, seorang yg sederhana namun menyenangkan. Kami mula saling akrab apabila iftar dan solat terawih bersama. Ya! Mungkin ianya umpama cerita biasa, Namun, bukan biasa bagi saya. Ketika berbual-bual sambil menunggu waktu berbuka, kami bertukar pandangan. Lantas bagai mengalir satu perasan yang halus tika bertukar pandagan. Dia muslimah bekas siswi Kejuruteraan. Namun, atas desak hati, menukar kuliah ke ilmu wahyu. Bukan itu kisah utamanya. Namun bagaimana cintanya beliau pada ilmu. Pesonanya memukau! Ilmunya membuat saya tersentak dari tidur saya yang panjang di kampus ini. Saya tahu setelah sekian lama berada di kampus ini, ana terasa amat kekosongan jiwa dan ilmu. Bukan senang melupakan segala keindahan mengutip ilmu di bumi anbiya; itu. Dia; memang cintakan ilmu. Rajin membaca amat klise dengan tabiat wanita yang lain. Gemar membaca buku ilmiah dan mampu mengeluarkan hujah-hujah dan mengingati fakta-fakta dengan baik.

Dia yang saya kenali, rajin membantu, malah tanpa teragak-agak ringan menemani saya dengan kereta kancilnya ke Kuala Lumpur; Plaza Low Yat mencari barang yang tertinggal beberapa hari yang lepas. Dia yang menemani saya dengan sabar walau tersesat bebarapa jam di tengah-tengah bandaraya itu. Bersama-sama makan di kampung baru. Dan tanpa teragak-agak menghulurkan 10.00 ketika peminta sedekah meminta ehsan di meja kami. Tanpa saya sedar. " mengapa awak bagi banyak sangat, takut mereka itu menipu. Nanti seolah-olah kita menggalakkan pula." Saya menegurnya, tidak puas hati." Saya ada duit kecil." Katanya..biarlah pahalanya tetap berjalan walau mereka menipu..sambil membaca potongan ayat Al-Quran berkenaan sedekah. Saya kagum metah. Dia memang tidak pandai marah. Malamnya, apabila saya mengadu sukar konsentarsi apabila membaca sendirian di bilik, beliau menemani saya membaca. Walau sama-sama letai benar,dan saya yang sebenarnya bukan membaca melainkan terhangguk-hangguk keletihan. Aduhai sahabat.

Dia yang saya kasihi, berbicara melalui pengalaman. Walau kami sedikit berbeza pandangan, namun kami bersatu dalam perasaan, dan berkongsi satu intuisi dan pandangan utama yg sama. Terdapat sata kata-katanya yang amat saya kagumi." Wanita walau dikatakan sesolehah manapun, sesiqah mana pun, sebaik mana pun, sezuhud mana pun bukanlah wanita solehah penenang hati, sakinah yang dijanjikan Allah dalam Al-Quran selagi mana bergelar 'awek' pd lelaki dan belum berkahwin dengan lelaki tersebut".Setuju amat saya. Mana mungkin kita mengatakan sudah bertemu teman hati; soulmate, pembakar semangat perjuangan andai akad tidak lagi termetri.Sambung beliau lagi " Perempuan selagi mana belum memetrai akad, hanya akan bawa masalah pada lelaki". Lantas ketawa kami berderai bersama-sama. Lucu rasanya apabila beliau menceritakan hujahnya dengan seorang adik yang beliau kenali dengan gayanya yang menghiburkan. Dia berbicara natijah pengalaman. Saya setuju benar.

Suatu waktu dahulu katanya, beliau gadis kota KL yang moden, ghairah membeli barang berjenama, dan suka bershopping di bandaraya. Bermain bowling, ski, dan lain-lain menjadi perkara biasa. Muzik non-Islamic halwa telinga. CLEO adalah kegemaraannya tiap bulan. Namun, tika hidayah Allah mengusik tirai jiwanya, bergemalah sinar taufiq yang menenangkan hati dan rasa. Jadilah beliau seperti sekarang. Pecinta ilmu Abid-Rahman yang unggul. Bukanlah bermakna salah kita bersukan indoor, namun hatinya sudah tiada lagi syuur untuk perkara-perkara itu. Titik.

Banyak benar perkara yang saya belajar darinya, beliau mengetahui web-web ulama' muta'khirin, malah menghafal nama kitab2 tafsir2 salafiyyun dan mutaqqaddimun walau baru benar di dalam bidang ilmu agama ini. Isinya berhikmah dan berisi. Cinta pada Rasulullah dan sahabat-sahabat juga ulama'2 salaf dan idolanya Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau sering mengadu pada saya. " saya rindukan sangat nak pergi ke Makkah dan Madinah, saya sering berdoa untuk ke sana bukan sekadar ziarah malah menetap di sana. Bulan Ramadhan lepas, hati saya meruntun-runtun ingin ke Mekah. Mengalir-ngalir air mata sya" Beliau pasti akan bercerita penuh perasaan. Kami berkongsi kerinduaan yang sama. Namun, mungkin beliau lebih lagi, Jiwa kami ibarat satu dalam dua. Berbeza namun mencinta the " ultimate". Dia menyatakan cintanya dan rindunya pada Rasulullah dan Makkah bukan omongan. Bukan disertakan dengan larangan-larangan- hipokrisi cinta Rasul. Namun tulus jiwa dan taat padaNya natijah. Seperti saya yang ingin amat ke sana, beliau lebih lagi. Kami berkongsi air mata. Dia yang saya kenali..

Itulah dia yang saya kenali, penghibur dan peneman saya di sini. Penegur dan sahabat buat saya. Dialah yang saya cintai kerana Allah. Mu'minah pencinta ilmu akhir zaman. Dia yang saya kasihi. Titipan saya ini tidak memadai menggambarkan kelapangan jiwa saya mengenali dia. Pasti tidak akan memadai. Saya pasti benar itu.

Nailofar.

Makatabah

6.19 p.m Friday, December 23, 2005


Komen aku: cerita yang menarik.Seseorang yang dalam taqwanya.

Aku BETUL BETUL JEALOUS dengan depa!

Contoh tambahan.

Seorang sahabat baikku mengajarkan daku malu.
Malu terhadap bukan mahram.
Malu bersahabat dengan perempuan selain isteri shj.
Malu berbuat dosa.

Apabila beliau diuji dengan ujian yang dahsyat tika zaman mudanya,
beliau cuma tenang sahaja.
Matang wataknya.
Warak akhalaqnya.

Kepada ALLAH sahaja diluahkan segala duka.
Segala-gala.

Hadith dan AlQuran sentiasa dalam pegangan.

Senyum manisnya, tenangnya.

Cintanya mendalam terhadap ALLAH terhadap Rasul.

Aku tahu aku tak seperti mereka.
Aku sedar tu.

Aku juga ingin jadi soleh seperti mereka.
Aku juga ingin masuk Syurga.

(Tapi jiwaku masih rock!)
-rupa-rupanya masih ada transisi lagi selepas sesuatu Major transisi.

Camner ni?

Moga University Ramadhan bisa mencorakkan daku.

Moga aku lulus dengan cemerlang.

Insyaallah...

No comments: